Monday, April 20, 2009

Kerana Dia....

Lepas habis latihan pantun dalam pukul 2.30 petang, saya dengan Yus terus gerak pergi kantin sebab saya memang bercadang nak beli air sebelum balik. Sampai kat kantin, tengok banyak jugak bilangan pelajar pagi yang datang dengan berbaju sukan. Oh ye,diorang ada pertandingan Islamic Hunter. Mula-mula ingat nak ajak NANIRO masuk tapi memandangkan masing-masing sibuk dengan hal sendiri, jadi terpaksa lah kami membatalkan niat suci dan murni kami ni. Lain kali,mungkin?


Lepas saya selesai beli air, tiba-tiba saya didatangi seorang kakak senior saya yang mengajukan soalan yang agak mengejutkan saya. Rasa pelik jugak kenapa tiba-tiba tanya saya berkenaan isu yang tiada kaitan langsung dengan saya? Saya tanya balik untuk mendapatkan kepastian. Oh,baru saya tahu kenapa. Perkataan pertama yang terlintas dalam otak saya yang tengah letih waktu tu adalah "astaghfirullahalazim". Dengan rasa bersalah yang menebal ditambah lagi dengan kekesalan yang kian menggunung,saya terus bertanya dengan lebih lanjut. Lepas bersoal jawab, terdetik dalam hati saya waktu tu, 'Ya Tuhan, hanya itu je puncanya?'


Kenapa perlu isu yang sebegitu kecil menjadi bahan bualan? Kenapa perlu isu yang sebegitu kecil merosakkan nama manusia lain yang tak bersalah? Kenapa perlu isu yang sebegitu kecil diperbesarkan?
Kenapa perlu isu yang sebegitu kecil dijadikan sasaran sedangkan banyak lagi perkara yang berfaedah boleh dibuat? Sumpah,saya tak sangka tindakan atau kata-kata saya mampu membawa kesan buruk untuk orang lain. Sumpah,saya tak pernah ada niat nak mencemarkan nama orang lain lebih-lebih lagi kawan saya sendiri. Saya tak sangka sampai ke tahap itu perkara ni boleh merebak. Sebab bagi saya,isu ni cuma sekadar isu yang tak perlu dipandang serius.


Percayalah,kalau saya tahu saya salah memilih orang berkongsi cerita, kalau saya dapat undur balik masa,tarik balik kata-kata saya, saya akan buat. Tak pasal-pasal sekarang ni, nama saya sekali tercemar. Mungkin ada insan di luar sana yang mula menaruh persepsi negatif pada saya,siapa tahu kan? Menyesalnya saya! Saya tak pelik kalau ada yang kata hal remeh pun nak menyesal teruk sangat ke? Biar saya maklumkan kenapa dan mengapa saya perlu berasa kesal. Saya kesal sebab hal remeh ni kesannya terlalu besar untuk saya. Saya tak suka hidup diburu rasa bersalah. Satu perkara yang pasti, saya akan lebih berhati-hati memilih rakan.

Idea Berterbangan


Tepat jam 1.30 tengah hari tadi, saya terus kemas beg,ingat nak balik. Tiba-tiba baru teringat sesuatu. Cepat-cepat kaki saya mengorak langkah mencari Cikgu Sarimah. Hari ni sepatutnya ada latihan pantun dengan cikgu. Jadi,saya tanya cikgu sama ada nak latihan hari ni jadi ke tak jadi. Cikgu kata ada latihan. Tak lama lepas tu, saya maklum kan kat Nabel dengan Yus. Romai tak dapat ikut sekali sebab ada hal. Okaylah, tiga orang je. Masa nak mulakan perbincangan dengan cikgu,tiba-tiba cikgu bukak satu topik mukadimah yang sungguh tidak disangka oleh anak-anak muda seperti kami bertiga. Heheh =D .



Terus pecah ketawa kami yang dah tak mampu ditahan apatah lagi disorok. Adui~ Cikgu ni buat kelakar pulak tengah hari terik macam tu.Tapi kami masing-masing menyedekahkan senyuman yang teramatlah lebar kepada cikgu tanpa sebarang jawapan yang mampu menjawab persoalan yang diajukan oleh cikgu. Jalan selamatlah konon! Haha! Kami pun mulakan perbincangan. Aduh~ Idea saya dah berkaratlah. Betul-betul kosong otak saya ni bila fikir pasal pantun. Tadi siap kena perli baik punya dengan cikgu. Menusuk tepat ke jantung betullah sindiran cikgu. Adui~ Risau pulak bila ingat balik. Pertandingan dah lah 30 April ni. Berapa hari je lagi nak berlatih.. Tapi nasib baik bila berbincang dengan cikgu, banyak jugak idea yang muncul secara tak sengaja. Hehe.

Memori Indah


Masa Chemistry, Pn.Boo tak masuk kelas. Apa lagi,adat menjadi budak sekolah, cikgu tak masuk kelas macam merdeka sakan. Jadi masing-masing buat kerja sendiri. Saya,Ojie dengan Nad pun mulakan kerja bincang topik best untuk dibualkan. Maklumlah,tiga orang je yang ada, Ain tak datang sebab cuti sakit, Nabel dengan Romai seperti biasa, sibuk selesaikan kerja-kerja berkaitan Lembaga Pengawas yang tak pernah selesai.


Topik kami hari ini adalah jeng jeng jeng... zaman sekolah rendah. Sekurang-kurangnya hilang jugak kesedihan yang bersarang dalam hati ni. Hehe.. Gelak besar bila cerita dulu-dulu yang tak pernah didengar , diceritakan semula. Termasuklah cerita-cerita yang sangat memalukan. Gelinya hati bila ingat balik. Rupanya banyak cerita yang tak pernah saya tahu selama ni. Itu dia. Pecah tembelang! Haha. Nad yang jarang bersuara,banyak cerita kisah-kisah yang menarik hari ni. Aish~ Zaman sekolah rendah memang tak boleh lupa!


Saya Bermasalah??


Aduh.. Tak tahu lah mana silap,mana dosa,mana salah,mana cuainya saya sampai hari ni saya rasa macam ditimpa kekecewaan yang bertubi-tubi. Mula-mula masa dapat markah ujian yang sebanyak 3 subjek. Memang jelaslah markah-markah tu bukanlah markah yang patut dibanggakan. Rasa macam terhina pun ada bila tengok markah-markah orang lain semuanya bagus-bagus, dahsyat-dahsyat. Apalah agaknya jampi serapah yang diorang guna ye? Hehe. Masuk kelas terus dapat markah Fizik. Oh,saya tak dapat nak kata apa-apa sebab macam saya cakap sebelum ni,saya tak target apa-apa. Jadi bila tengok markah teruk macam tu,saya macam orang tak ada perasaan. Selamba je siap sengih-sengih macam kerang busuk padahal itulah markah paling teruk pernah saya dapat.


Lepas tu,dapat markah Maths yang sememangnya teramatlah memalukan bagi seseorang yang duduk dalam kelas aliran Sains Tulen. Yang sedihnya, subjek Maths pun saya tak mampu score ke? Dahlah Add.Maths memang hancur. Kenapa lah teruk sangat saya ni? Lepas rehat,dapat pulak markah Chemistry. Arghh!! Teruknya! Tak sanggup dah mata ni nak menatap markah-markah ujian. Cukuplah menyeksa mental dan emosi saya untuk hari ini. Saya betul-betul tak sanggup dah nak tengok kertas tu semua. Rasa nak je hantar kat pusat kitar semula ke,ada jugak faedah daripada saya bakar kertas-kertas tu semua. Tapi saya tak tahu kenapa, saya tak mampu nak keluarkan setitik pun air mata walaupun dalam hati saya dah menangis macam air terjun. Hehe.


Saya masih mampu tersenyum, gelak-gelak walaupun pencapaian teruk macam tu. Sikit pun riak wajah saya tak menunjukkan kekesalan + kekecewaan sedangkan dalam hati ni, Allah je lah yang tahu.Ditambah lagi dengan pertanyaan Nabel tadi "Ayah kau tak marah ke?". Huh?? Ayah mana pulak yang melonjak riang bila tengok pencapaian anak teruk kan? Teringat pulak pasal ayah. Haha. Matilah kalau ayah tahu. Ayah kalau marah, memang syok gila! Haha. Nabel, lain kali cubalah tanya soalan yang best sikit macam "Agak-agak ayah kau bakar tak kertas ujian kau ni?". Kalau soalan macam tu mungkin susah sikit nak jawab sebab soalan tu tak ada skema jawapan. Erm.. Esok kena berhadapan dengan satu lagi hari yang mengecewakan......atau mungkin tidak?

Saturday, April 18, 2009

Biggest Regret

Finally the second monthly test is over. The mental torture ends for a moment before it continues for the coming mid-term exam. Frankly speaking,I don't think I could score on any subject. Seriously without jokes. For this particular moment,I feel like a failure.

I can't even put any hope for the subjects since I did it like rubbish. I didn't wish to get the marks. Let it go. Even for some papers I left the answer space blank because I was clueless. Let it be. Totally damn disappointed with myself. I target for nothing. That's all I can say. =(

My Apology!



I know it may be a bit late to say this, but still I wanna say sorry to all my team members for my absent during the sivik's drama. I know some of them might cursed me a lot but I'm begging you for this time,please trust me. Perhaps my member teams might think that I am an irresponsible leader. Again,please take note-I didn't do it purpose. I had an internal problem.

Oh,I wish I could be there to see how our efforts and ideas have been paid off with the marks from teacher. On the evening, I called some friends to ask for the timetable for the second monthly test. But after I've been calling about 10 friends and none of them answered me, I decided to call Musa. Luckily he picked up the phone-thank God.

So I asked him the timetable and had a very short conversation with him. I asked him how was the drama from my group. He said it was okay and kind of interesting if I'm not mistaken. And I heard that they got the highest mark for the drama. What a relieve! Glad to hear that. I know they can do it.Congrats,dear teammates! You can never imagined how the guilt conquered my mind for the whole day. And again,I am sorry!

Tuesday, April 7, 2009

Karut Lagi Mengarut





Tiada sebarang idea yang muncul untuk diri ini menulis sesuatu demi mengemaskini blog yang sering ditinggalkan. Saat jari jemari lancar menaip huruf demi huruf di papan kekunci yang menjadi peneman setia ketika diri ini sibuk tersenyum sumbing membaca halaman blog orang lain, otak masih lagi tercari-cari apa yang perlu ditulis berkenaan hidup yang tidaklah sesibuk orang yang menjaga negara. Oh,kebuntuan melanda. Tak apa lah. Nak tulis sesuatu tak semestinya memerlukan idea kan? Hentam saja lah.
Sepatutnya hari ni(7.4.2009) kumpulan saya mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan kekeluargaan. Biasalah,nama pun subjek Pend.Sivik & Kewarganegaraan. Jadi semuanya dah siap iaitu dialog yang dibahagikan sebanyak tiga babak. Babak pertama dialog dibuat oleh Aiman Akmal, babak kedua(part 1) oleh saya dan babak kedua (part 2) oleh Hakeem. Salinan untuk dialog pun sudah diagihkan kepada semua ahli kumpulan. Apa yang tinggal hanya meminta watak-watak yang terlibat menghafal setiap baris yang perlu dilakonkan oleh mereka.



Saya pun sebenarnya dah agak senang hati lah jugak sebab ingatkan semuanya akan jadi seperti yang dirancang. Tiba-tiba si Ayah memaklumkan saya malam semalam dia tak dapat hadir untuk melakonkan sketsa. Saya dah panik + buntu + gelabah la jadinya. Yela,bayangkan lah. Watak si Ayah adalah antara watak terpenting dalam sketsa ni. Baris untuk dialog si Ayah memang agak banyak la jugak. Apa saya nak buat pun saya tak tahu. Lainlah kalau saya yang tak ada. Tak apa lah jugak sebab watak saya tak penting sangat. Saya cuba contact ahli kumpulan lelaki yang lain untuk minta pertolongan mereka tapi semua tak dapat. Rasa nak menangis pun ada. Walaupun benda ni mungkin sekadar sivik tapi saya kalau boleh tak nak lah mencacatkan persembahan. Akhirnya,saya hanya mampu minta pertolongan beberapa ahli kumpulan yang lain. Saya betul-betul kekusutan minda. Dan saya mengakhiri hari saya dengan tidur yang lena. Bila bangun pagi,satu senyuman puas terukir akhirnya apabila dengan tidak semena-mena dalam otak saya terus terlintas satu idea pasal satu cara penyelesaian untuk kekusutan yang sedang dihadapi ni. Hehe. Saya gembira!



Sampai je kat sekolah,saya dengan Ojie terus pergi dewan yang tersusun rapi dengan harapan mencari NANIRO yang lain. Itu dia! Saya nampak nad,ain & romai. Belum sempat nak menyapa Romai dah suruh pergi meeting pengawas. Yela, yela. Habis meeting pengawas, saya tanya Romai berkenaan sivik. Rupa-rupanya baru saya tahu pelajar Islam diarahkan ke surau. Pelajar bukan Islam ada ceramah yang disediakan khusus untuk mereka di dewan. Patutlah dewan elok je tersusun. Huhu. Dalam hati saya melonjak riang tatkala mendengar berita tersebut. Lega betul! Perkara pertama yang saya ingat adalah sivik. Jadi kami tak akan ada kelas sivik untuk minggu ni. Lepas rehat baru belajar. Dekat surau,ada ceramah Maulidur Rasul. Macam best tapi maaf,saya terlalu mengantuk semasa ceramah.



~End of Story~






Saturday, April 4, 2009

Si Dia




Hari khamis hari tu,jiran baru saya di kelas dapat hadiah coklat daripada si misteri. Yang kelakarnya, masa mula-mula jiran saya ni tengok ada coklat dalam laci dia,dia boleh lagi tanya saya "Weyh,ni coklat siapa yang dalam laci aku ni?". Saya lagi lah tercengang tak tahu apa-apa. Manalah saya tahu coklat siapa. Tengok-tengok ada kertas diselitkan bersama coklat tu. Rupanya memang coklat itu untuk dia. Wah,ini dah macam drama dah ni! Hehe.

Jiran saya ni terus buat muka berkerut-kerut tak puas hati. Mungkin sebab dia betul-betul nak tahu siapa pemberinya. Jiran saya ni cakap lah dia tak suka benda-benda macam ni sebab dia takut mungkin ada orang cuba nak kenakan dia. Dia kata dia malas nak peningkan kepala sangat. Hari berikutnya,jiran saya ni dapat lagi dua coklat. Wah,ini serius! Saya mula rasa si misteri ni tak main-main. Ini bermaksud si misteri ni dah lama perhatikan jiran saya ni. Well,perkara tu bukan sesuatu yang pelik bagi pelajar sekolah menengah kan? Dan lagi best bila si misteri mula memberikan satu demi satu "hint" bagi membantu usaha jiran saya ni menjejak misteri si misteri.

Si misteri tahu blog jiran saya ni,tahu tempat duduk jiran saya ni. Maksudnya,setiap perkara berkenaan jiran saya ni, ada dalam pengetahuan dia. Wah, ini dah boleh buat telenovela sepanyol! Apapun, saya harap semuanya akan jadi pengakhiran yang gembira. Salam.

Debaran


Hari pertandingan. Debaran dalam hati saya ni, Tuhan jelah yang tahu. Saya dah lah baru pertama kali masuk pertandingan ni. Tak dapat nak bayangkan atau jangkakan apa-apa. Tak sangka pulak saya debaran dalam hati ini sampai terpancar kat muka. Sampailah cikgu Sarimah tegur saya "Kenapa awak muka tension sangat ni? Jangan tension sangat. Tenang je." Saya sendiri tak perasan sebenarnya. Saya sampai je kat SMK Raja Mahadi tu,tengok-tengok dah banyak dah orang yang sampai. Sampai-sampai terus daftar lepas tu cabut undi. Saya peserta kedua terakhir. Masuk je dalam perpustakaan tu,saya nampak ada satu muka yang saya macam kenal. Oh,baru ingat. Dia lah pemantun SMK Dato Hamzah yang pembayang pantun dia sampai orang tergelak-gelak tu. Saya ingatkan saya je yang cam muka dia. Oh,rupanya dia pun masih ingat jugak. Sempat lagi dia tegur saya siap kenakan saya pulak tu. Adui~ Lepas tu,pertandingan pun bermula.


Aish.. tengok peserta-peserta lain dari semua sekolah satu daerah klang ni, kecut perut tahap maksima lah saya. Rasa nak muntah,pengsan semua bercampur aduk. Ditambah lagi dengan keadaan kesihatan saya yang tak berapa baik hari tu. Batuk,selesema betul-betul buat saya rasa takut. Mula-mula ingatkan saya yang terakhir sebab peserta terakhir tak sampai-sampai pun. Tak lama lepas tu,ada satu chinese guy ni datang duduk sebelah saya. Saya tengok giliran dia. Dialah peserta terakhir tu. Hehehe. Comel + kacak lah Chinese itu. Baik pulak tu. Hehe. Banyak jugak lah perkara yang saya bualkan dengan dia. Heee~ Ok,cukup. Kemudian,ada lagi satu peserta kecil molek lelaki dari sekolah mana entah(saya tak ingat,maaf!),masuk perpustakaan tu pulak. Semua mata tertumpu pada dia sebab rata-rata peserta yang masuk pertandingan tu paling muda pun Ting.3. Rupanya dia baru Ting.1. Tapi saya dah jangka dah budak ni mesti hebat. Bila saya tengok dia bersajak,wah! Tepukan untuk dia. Dia memang ada potensi dan banyak lagi peluang sebab dia baru Ting.1. Selesai pertandingan,saya nampak dua orang pelajar SMK Raja Mahadi masuk perpustakaan tu. Saya kenal siapa diorang. Diorang lah pemantun Raja Mahadi yang berlawan dengan kami masa peringkat akhir tu. Biarlah.


Keputusan diumumkan. Rezeki saya tak ada. Saya pun memang daripada awal tak menaruh harapan untuk menang lebih-lebih lagi bila tengok peserta yang semuanya hebat-hebat tu. Tempat ke-3 peserta dari SMK Dato Hamzah dan johan peserta dari SMK Pulau Indah. Tepukan gemuruh untuk mereka. Mereka memang layak menang. Selesai upacara penyampaian hadiah,saya balik ke sekolah. Masa tu dah pukul 1,patut lah banyak budak-budak dah balik. Saya pergi ke kelas saya memandangkan kelas saya pun dekat bawah je,saya jumpa kawan-kawan(NANIRO). Tak tahu kenapa tapi bila saya tak dapat luangkan masa sehari dengan diorang,rasa rindu tiba-tiba menjelma. Pelik jugak sebab selama ni tak ada pulak rasa macam tu. Sekian.


Sajak oh sajak!




Untuk pertama kali dalam hidup saya setelah 16 tahun saya hidup(tu pun belum genap lagi),saya diminta oleh cikgu untuk menyertai pertandingan sajak. Aduh! Saya sebenarnya tak berapa minat sangat bersajak-sajak ni. Cukuplah sekadar pantun. Tapi disebabkan Pn.Sarimah dah mintak tolong, saya macam tak sampai hati nak tolak. Jadi,saya pun hanya mengikut haluan takdir saya. Saya pun masuk lah pertandingan ni. Saya tahu dan jugak sedar saya tak pernah ada pengalaman bersajak. Jadi,bermula lah latihan saya bersama cikgu-cikgu yang semuanya berpengalaman. Mula-mula ingatkan saya akan berlatih dengan Pn.Sarimah je. Jadi tak ada lah malu sangat sebab saya pun agak dah biasa dengan Pn.Sarimah. Sekali tengok-tengok, saya dilatih oleh Pn.Norafizah,Pn.Norsiah,Pn.Habibah dan jugak Pn.Sarimah. Fuh,malu dan segan yang tak terkata. Saya punya pertandingan Selasa(31.3.2009), jadi hari Isnin tu, berlatih separuh nyawa sampai dah nak tercabut anak tekak saya.

Mula-mula berlatih dekat dewan. Masa tu tengah perhimpunan rasmi. Jadi,cikgu suruh saya berlatih masa orang tengah berhimpun tu sebab cikgu kata cikgu kena balik awal pulak hari tu. Saya pun tanpa banyak tanya,ikut jela. Masa tengah berlatih tu,adalah sebahagian daripada ayat-ayat dalam sajak tu yang memerlukan saya menjerit. Tak lama lepas tu, saya nampak pakcik guard tu lalu-lalang dekat dewan tu sambil terintai-intai orang dalam dewan masa tu. Mungkin pakcik guard tu ingat ada benda buruk berlaku sampai terjerit-jerit. Dia tak tahu yang orang tengah berlatih sajak. Saya dengan cikgu dah ketawa-ketawa dah. Adui~


Kemudian,saya berlatih dekat bilik kaunseling. Masa ni pun malu jugak lah. Dah lah masa tu,ada banyak budak-budak Form 5 dekat bilik kaunseling tu. Tapi nak tak nak,saya terpaksalah tebalkan muka,belasah jelah praktis. Saya tahu mesti ada yang tergelak-gelak punya. Biarlah. Saya pun memang dah bersiap-sedia dah menebalkan muka. Lepas rehat, Pn.Nora masuk kelas. Habis je penerangan tentang kerja yang dia bagi, terus Pn.Nora minta saya berlatih mendeklamasi sajak depan rakan-rakan sekelas. Ya Allah! Segannya! Tak pernah saya buat kerja-kerja macam ni. Tapi saya teruskan jugak. Diorang memang supportive. Tapi sambil dengar,ada jugak yang sibuk siapkan kerja. Memandangkan diorang pun tak mengganggu saya, saya pun macam dah tak segan sangat dah bila saya terpaksa ulang beberapa kali.


Dan yang terakhir,saya berlatih dekat bilik ketua bidang. Seperti yang kita sedia maklum,sajak ni memang lah perlukan penghayatan yang teramatlah dalam so masa saya berlatih ni,suara yang saya gunakan kira yang dah tahap maksima punya dalam level suara saya. Ditambah pulak dengan saiz bilik ketua bidang tu yang bukanlah sebesar stadium putra bukit jalil. Orang yang berulang-alik ke pejabat sekolah pulak bukan lah seorang atau dua orang apatah lagi tiga orang. Tapi banyak sangat orang yang ulang-alik ke pejabat tu. Semua yang lalu pulak mesti tengok saya berlatih sajak dengan muka yang masing-masing menunjukkan riak "apahal budak ni?". Hahaha. Adui~ Tapi demi sekolah,saya tolak tepi jelah semua keseganan dan perasaan malu yang bersarang dalam hati. Serius,lepas balik rumah tu, saya macam dah tak mampu nak bercakap dengan sesiapa pun. Penat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...