Tuesday, May 31, 2011

Satu kejadian.

Jejak kedai. Niat suci ; beli ubat.

Aku melangkah. Yakin langkah aku hebat. Terus direct masuk kedai.

Dan jejak kaki kat kedai, aku meluru ke kaunter kedai. Malas mencari. Baik mintak budak yang cari kan.

Aku cari kaunter. Teliti satu kedai. Elok berdiri kat pintu. Eh,bila kedai ni renovate? Gempak. Dah maju bisnes dia sekarang. Aku terfikir.

Oh,no wonder.Kedai dia pun dah ramai customer dah sekarang. Sesak je. Bagus bagus. Ada anjakan paradigma.

Dan dengan tiba tiba satu kedai pandang aku. Semua muka hairan tak puas hati. Aku dah pelik. Apahal? Baju aku koyak kah? Tahi hidung bersepah kah? Aku dah cuak gigil.


Aku cool,tenang,rileks je. Ala, sajalah tu nak bagi aku publisiti murahan. Huh. Macam aku tak tahu.

Datang seorang lelaki. Senyum penuh makna. Cina. Sapa aku dengan baik.

"Adik datang sini apa pasat? Mau kasi try itu 'ong' punya nombor ka?"


Huh? Aku nak beli ubat. Nombor apa pulak jadah tiba tiba ni?

Semua yang selesai urusan di kaunter,mesti bawak sekeping kertas kecil. Aku dah mula rasa tak sedap hati.
Aku keluar balik kedai. Selaju mungkin. Tiba tiba muka panas. Darah dah naik satu muka.


"Damn! Ni kedai sports toto lah gila!"

Serentak tu,aku tak mampu nak berdiri situ. Terasa nak tutup muka. Tak apa. Kedai lain banyak.

Pergh! Malu siol~



Sunday, May 29, 2011

Years From Now.




What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much

Sometimes it's scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you


Will the sun shines the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy







Saturday, May 28, 2011

Dua manusia, dua dunia.


Mee hoon sup depan mata gua tatap. Berasap asap. Mengidam nak makan sup restoran “Ani Sup Utara” termakbul akhirnya. Baru nak mula suap, datang seorang lelaki.

Berjubah biru,berkopiah putih. Bangsa ; gua tak pasti. Ikutkan kulit, Afrika mungkin. Datang ke arah gua. Cakap beberapa perkataan yang gua tak pasti maksudnya. Tak pasti bahasa apa yang dia guna. Gua jadi tercengang.

Satu pelekat ayat ayat suci uncle tu hulur kat gua. Ok,baru gua paham. Uncle ni nak jual ayat ayat suci rupanya. Gua malas nak layan. Sorry uncle, tapi gua tak paham apa lu cakap. Lagi best layan meehoon sup gua. Tapi uncle tu macam tak faham faham. Gua tak pandang dia; cuak gila. Jadi gua tunduk. Pandang mangkuk meehoon sup tu.

Gua dah pelik. Apahal uncle ni terpacak sini? Sekali gua pandang, dia dah tenung gua macam nak makan. La..paksa beli ke? Ada jugak manusia macam ni. Gua ingat sukarela. Tak guna betul. Dan gua cepat cepat tarik beg duit keluar, hulur seringgit dua demi tak nak membantutkan selera. Fuh,lega.

Dan gua meneruskan suapan. Terbantut lagi.

Datang lagi sorang lelaki.

“Saya nak mintak dua minit je daripada akak. Sekejap je,boleh kak?”

Kali ni melayu. Umur dalam 30-an mungkin. Senyum ramah je. Gua pun senyum jelah balik.

Yang kali ni bawak satu set panduan solat dan amalan amalan harian. Explain baik punya kat gua. Gua pun dengar dengan khusyuknya. Der, gua pun ada adab lah. Orang datang cara baik,kita layan baik lah. Tapi sayang, gua dah ada dah set tu semua. Jadi lepas dia habis explain, gua angkat tangan gesture “No,its okay.” Dan gua terus cakap “terima kasih” beserta senyuman. Brader tadi pun mintak diri,teruskan kerja kat meja meja lain dalam restoran tu pulak.

Gua perhati brader tadi.

Brader tu sapa akak meja sebelah. Usik usik baby akak tu. Tapi akak tu macam kurang senang. Dia tetap jugak senyum. Cuba mintak masa nak explain. Dialog sama diulang. Pergi meja lain pulak. Dan begitulah seterusnya.

Gua senyum. Dan masa tu gua terus berkata dalam hati.

Betapa sanggup manusia buat apa je yang possible demi nak cari duit. Bagi mereka yang tak bernasib baik kerja hebat hebat. Pedulikan malu. Pedulikan segan. Tebalkan muka. Sampai ada yang memaksa beli. Janji duit dapat. Rezeki halal. Dah cukup.



Gua bersyukur. Gua antara manusia beruntung. Nasib sebaik baik manusia. Mungkin ada yang teringin nak dapat life gua. Sedangkan gua desire life orang lain. Betapa gua tak reti di untung. Allah sediakan jalan terbaik untuk gua. Tapi kenapa gua masih tak nampak nampak?



Friday, May 27, 2011

La Tahzan

Bila otak sendiri dah tak mampu nak yakinkan hati yang semuanya adalah yang terbaik walaupun sedar dengan hakikat itu bukan kehendak diri,runsing dalam kepala Allah saja yang tahu. Terlalu kusut sampai tak dapat nak interpretasi kan dalam ayat. Solusi terakhir, menangis lagi.


Ya, salah satu kehidupan manusia yang sangat menyedihkan. Tak payah cakap. Sedar diri. Seperti mahu dihantuk kan saja kepala ke mana mana tempat biar hilang ingatan selama lamanya. Terasa macam dunia tak adil. Dan mula bertindak seperti manusia tak beragama. Persoal kuasa tuan punya dunia sedangkan diri adalah hamba. Salahkan itu dan ini. Meraung kesalkan nasib yang tak serupa dengan orang. Walaupun tahu itu semua pemberat dosa. Tetap degil ikutkan syaitan. Jahil jahil.


Apa yang diperlukan sekarang, cuma kata kata semangat daripada seseorang atau dua orang atau seramai mungkin manusia sekeliling. Tapi siapa saja yang tinggal untuk buat semua tu? Tak ada. Nak diluah, tak tahu pada siapa. Keluarga? Tak mungkin. Kawan ; semua sudah tenggelam dalam kesibukan masing masing. Tinggal diri sendiri. Bukan tak pernah cuba jadi psychiatrist untuk diri, tapi jarang berkesan. Hati pun masih tak tetap lagi, kejap stabil kejap goyang, macam mana nak yakinkan diri? Ya Allah. Please give me all the strength to face all this.


Akhirnya,terjumpa sesuatu yang sangat berguna. Hopefully LA TAHZAN wouldn’t be a waste for me. Please stay there, remind me everyday of how lucky I am today,tomorrow and the day after. Please inspired me all the times.


“Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.”


“Oh Tuhan, buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.”


“Ya Tuhan,halakan lah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu, dan tindakan tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus, dan palingkanlah orang orang yang menyimpang dari-Mu kepada hidayah-Mu.”


“Ya Allah,lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaukanlah keresahan dari jiwa kami.”


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, sedang Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”




I really need to stick to those words by all means. La Tahzan again and again. Syukran. I’ve found one of the best companion. =)



Wednesday, May 25, 2011

Count your blessings.

It is just too complicated to work out something without the presence of sincerity. Somehow, you will try your hardest, dig out the best in you, acting like you actually love what you are doing, just to show to the loved ones how much their smile spark the joy in your happiness. And certainly, you would give up anything to just hold the smile there, with you. You have been pushing yourself so hard. You know you are heading to a place where you do not own even a piece sense of belonging. You know you are chasing for people’s wish but not yours. And yet, you would do whatever it takes, almost everything that could make sense, to simply know at least there is something remarkable good deeds you ever do. At least,dear. At least.


Taking steps to proceed the journey till the end of the road, without having a second thought at the first place, is just as hard as it could possibly be. Nothing can be fixed unless letting another fat tear trickles down my face,crying my heart out silently. And it goes on like that, until it became a routine. Well, supposedly you should count your blessings,girl. For having the only opportunity to see your next day. And yes,undoubtedly, I am.


*sigh*

Humans are humans. We can never satisfy ourselves and I am reflecting on my own. As time goes by,as you are watching how people move on with their life, drifting away to grab their wishing stars, travel along the road that they had chosen, you keep on wondering alone. Imagine; you are supposed to be like them by now. Entering a new life by now. Leave everything behind and focus on the current mission; to correct the failure. Because that’s exactly what you ever really want to do in your life no matter how hard you try to avoid from thinking about it. And even more horrendous thought grips me. Holding the power to choose but you are just not allowed to. How bad could it be?


You swallow all your words. You put yourself in the second rank of your own priorities. You said what they want to hear. You smiled to what they like. You tell people how good your current condition are. Because you are sticking to “they know better than you do”. And guess what? None of them asked back. Why? Simple. They bought those.


“Once your life is blessed, insyaAllah, Allah permudahkan segala perjalanan hidup kau.”



Credit to Haziq Ishak. Sometimes, you are really inspiring,friend!



p/s : Praying Kelantan would show me any seeds of sincerity. I am seriously looking forward to it. How hard it is to just be sincere? Perhaps Kelantan is far enough for it.



Monday, May 23, 2011

Terima Kasih,Dzahier Haziq.


"To Allah we belong, and to Him we shall return"


Sekali lagi, buat kali yang kedua dalam hidup aku, menerima berita pemergian seorang lagi rakan seperjuangan. Sebak dalam hati terlalu indescribable. Kali kedua menerima berita pemergian seorang lagi rakan, bukan mudah.

Al-Fatihah buat seorang rakan seperjuangan, sama-sama berkongsi ilmu, sama-sama menduduki SPM tahun lepas, Dzahier Haziq bin Muhd Muin yang telah terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Memang aku cukup tak percaya dengan berita ni, sampai aku google semua berita yang ada. Cari sebanyak mungkin kesahihan. Dalam hati masa tu, aku memang berdoa, kawan kawan aku yang sampaikan berita tu salah orang. Mungkin Dzahier lain, tapi bukan kau. Tapi lepas tengok berita kat tv, aku sedar. Kau memang betul betul dah tak ada. Ini memang bukan main main. Berita-berita ni dah cukup buat aku menangis,kawan.






Aku mungkin tak rapat dengan kau sepertimana yang lain lain, tapi aku tetap sayang kau sama macam aku sayang yang lain lain. Sekurang kurang nya kita pernah gelak ketawa sama sama kan? And terima kasih kerana menjadi antara manusia yang paling rajin keep in touch dengan aku. Terima kasih kerana tak lost contact dengan aku walaupun lepas habis sekolah ni. Terima kasih kerana selalu bertanya khabar aku. Terima kasih kerana percaya kat aku untuk bagi pendapat dekat kau masa kau buntu nak pilih further study ke Matrikulasi Gopeng or UiTM. Terima kasih sebab bagi semangat kat aku masa aku tengah down hari tu. Terima kasih atas wish congrats kau masa aku dapat tawaran untuk TESL ni. Terima kasih sebab sakat aku pasal "Teacher's Day". Terima kasih sebab dah wish "Teacher's Day" awal awal kat aku. Terima kasih sebab sakat aku pasal si budak Puncak Alam tu. Terima kasih sebab jadikan aku tempat rujukan kau untuk tanya pasal matriks punya schedule sebab aku ada bagitahu kau kan abang aku dulu matriks. Terima kasih sebab tak pernah lupa aku. Terima kasih sebab dah menjadi seorang kawan yang sangat baik. TErima kasih sebab selalu cerita kat aku pasal cita cita kau. Kau pernah bagitahu aku kan kau memang nak pursue bidang medic? Terima kasih sebab bagi aku last chance untuk bersembang dengan kau sebelum kau pergi. Terima kasih sebab tinggalkan last text kau dalam handphone aku sebelum kau pergi. Baru kelmarin sembang dengan kau kan pasal matriks? Haih.. Macam tak percaya je semua tu dah tak ada. Semua texts kau jelah yang tinggal sekarang ni buat tatapan aku. Sumpah. Allah jelah yang tahu how much I really appreciate it.


And by the way,sorry Dzahier. Aku tak sempat contact kau hari tu untuk bagitahu details pasal matriks punya schedule even aku dah janji nak contact kau kan? Aku betul betul mintak maaf Dzahier. Deeply sorry sebab tak tunaikan janji aku. Tak sangka kau akan pergi dulu.


Eh,nak tau tak, dulu masa sekolah aku selalu sembang dengan Hana, betapa baik dan uniknya kau. Betapa lainnya kau nak dibandingkan dengan lelaki lelaki lain kat sekolah tu. One of a kind kot. Tak pernah sekali pun kami dengar kau tinggikan suara pada sesiapa. Tak pernah sekali pun kami tengok kau mengamuk. Muka kau sentiasa cool,tenang. Bercakap sentiasa guna nada lembut. Lepas tu, setiap kali Jumaat, mesti buat sujud sajadah, dan kau antara orang yang kerap jadi Imamnya. Dan setiap kali tu jugaklah aku selalu terdetik dalam hati, kagum dengan kefasihan kau menghafal surah sepanjang itu. Nak dibandingkan dengan aku ni yang tak seberapa ilmu agamanya. Haih.. rindunya nak berimamkan kau buat sujud sajadah lagi. Kau orang baik, Allah lebih sayangkan kau. Untung kau, menyahut panggilan Allah sebagai pejuang fisabilillah, pergi mengaji dekat rumah anak yatim tu. Aku syukur bila tahu kau masih Dzahier yang sama aku kenal.


Dan bak kata Tot dan Syaza Mariyah, mungkin pemergian kau ni macam another wake up call untuk aku, dan jugak semua yang lain. Pemergian kau buat aku berfikir balik. Mendalam. Hidup kita ni tak lama. Allah nak tarik nyawa bila bila masa. Bila dah sampai janji Dia, tak cepat atau lambat sesaat pun. Tak kira tua atau muda. Boleh jadi hari ni kita merancang nak pergi belajar ke sana sini, esok lusa kita dah menyahut panggilan Allah. Tak ada yang mustahil. Kita selalu lupa, nyawa kita milik Allah. Sebab tu kita selalu target yang kita akan mati bila dah tua. Jarang terdetik dalam hati yang boleh jadi umur kita sampai hari ini sahaja. Sentiasa anggap masih ada esok untuk aku. Masih sempat nak bertaubat esok hari. Jujur, aku jugak selalu berfikiran macam tu. Dan betapa Allah masih sayangkan kita yang masih hidup ni, bagi peluang untuk kita buat persediaan sebelum menghadap Dia. Bagi peluang bertaubat. Muhasabah diri. Jangan terlalu leka dengan keseronokan duniawi. Sebab Allah boleh jemput kita kembali pada Dia bila masa saja yang dikehendakiNya.



Tak ada apa lagi yang mampu aku hadiahkan untuk kau Dzahier selain Al-Fatihah,doa, dan Yassin. Sedikit sebanyak aku ter"effect" dengan pemergian kau. Ada satu perasaan sebak dan hiba yang tak dapat nak kata. Bak kata mereka, kawan mana yang tak sayang kawan. Tapi aku cepat cepat sedar. Aku berhenti menangis, sebab aku tak nak kau terseksa kat sana. Aku nak kau bersemadi dengan tenang. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Semoga roh kau dicucuri rahmat. Kami akan teruskan perjuangan kami,sahabat. Semoga pemergian kau mampu membawa perubahan positif kepada kami. InsyaAllah. Amin~









p/s : Kalau tak,selalu sakat kau, dengan nama "Dato Zahier sebab initial 'D' kat nama kau tu, kami jadikan dato'". Lepas tu kau mesti balas dengan "datin Izzatul". Tinggal kenangan dah semua tu. Kami sayangkan kau, Dzahier Haziq Muhd Muin.




Sunday, May 22, 2011

How I will miss those people and moment. :'(

-Main microfon dekat dalam Dewan Makan, jerit kuat kuat guna mikforon. Haha-




-Last day SPM, revision Bio sambil sarapan-

-Camwhore lepas perasmian sekolah. Sultan Perak baru lepas balik. Hee~-


-Masa program BM, actually tujuan utama gambar ni diambil sebab suka tulisan dekat whiteboard tu. Kami kan senior masa tu! HAHA!-


-Semua pakat nak kenakan si makcik sebelah kanan sekali tu, dengan pakai baju sama beramai ramai sebab kami tahu dia tak suka orang pakai baju sama dengan dia. HAHA!-


-Lepas jamuan Hari Raya dengan Pn.Nadrah, ni lah geng tidur bersama, makan bersama dalam kelas.-



- Lepas tengok sembelih lembu. Semua bau lembu tak ingat. Pertama kali sambut Hari Raya Korban dekat sekolah.-


- Lepas photoshoot untuk majalah sekolah, semua orang dah balik kelas, kami je yang sibuk nak camwhore sana sini-


- Kat surau masa bulan puasa 2010, lepas solat tarawih, main kamera-


-Lepas solat terawih jugak,bulan puasa jugak, tangkap gambar beramai ramai. Tema untuk gambar ni "buat muka paling hodoh anda"-


-Dormmates selama setahun yang sangat sempoi dan best. Gambar ditangkap semasa pengemasan untuk pemulangan kunci nak pindah dorm untuk SPM.-



-Lepas jamuan raya puan nadrah, main lepak tepi court ni. Gambar sangat memorable-



- Masa pengemasan kelas sebelum SPM. Semua hiasan dicabutkan, dan tangkap gambar kelas beramai ramai. Kali terakhir kumpul dengan classmates bersama sama.-




-Hari Kecemerlangan SABDA. My house captain. Kawan suka duka sampai mati. Yang paling annoying dan yang paling baik hati-


- Lepas photoshoot rumah sukan untuk gambar majalah sekolah,semua rumah main enterframe tangkap gambar beramai ramai. Instant posing.-


-Masa sambutan kemerdekaan bulan puasa tahun lepas. Ambik seat paling belakang dan kamilah satu satunya group perempuan paling bising masa tu. Orang lain pandang,buat tak tahu je.-


-Masa jalan jalan keliling sekolah tunggu waktu berbuka puasa, depan rumah pengetua-





No matter where we are heading to after this, I really pray that we will never forget each other. As you guys had shown me how does it feels like to be in a big family. One year and a half was a short period but it should be more than enough to say that I love you guys sincerely.


My new life is about to begin this 20th June. And it will take about 5 years. Pray for my success. I will always pray for us. InsyaAllah.



Eh eh ,budak andalas and NANIRO sayang. gambar kau tak ada? Eh adalah. Tapi aku tak letak. Nanti next post. HEEE~




Friday, May 20, 2011

Goodbye Perlis, Hello Kelantan. =)

So,dalam masa terdekat ni semua orang pun akan bergerak ke tempat belajar masing masing. Bertebaran ke seluruh negara. Mungkin ada yang ke luar negara. Semua pun dah tahu mana hala tuju yang nak dilalu. So lepas ni, agak susah lah kan nak gather ramai ramai balik? Well,that's the fact of life that we have to accept. Suka atau tidak.

Aku pun sekarang. Mulanya plan asal ke Matrikulasi Perlis. Tapi sebab aku dah dapat tawaran ke Institut Perguruan Kota Bharu,jadi ayah suruh masuk sana. Pergh! Memang tak boleh jauh lagi kan dia nak campak aku? Untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda TESL. Since aku memang minat course ni,so what is there to think about kan? Kerja terjamin,belajar pun santai. Lepas grad, terus dapat kerja. Okay,kehendak keluarga, turutkan saja. Orang kata, dengar cakap orang tua, banyak berkat nya. Lagipun sekarang,aku dah janji, hala tuju hidup aku,aku biarkan kuasa ibubapa yang tentukan sepenuhnya. Aku? Ikut sahaja. Kalau hitam,hitamlah. Kalau putih,putihlah.Hehe.. Kata nak jadi anak solehah kan Nazihah?

Eh eh. Poem "THE ROAD NOT TAKEN" , terima kasih lah Robert Frost kasi aku ayat "And sorry I could not travel both". Kau sumpah gempak gila doh Frost!


Aku daftar 20 Jun ni. Gila lambatttttttttttttttt wooo~ Sebulan lagi tu. Jadi bagi sesiapa yang rasa macam dah malas gilababun nak packing, bak sini luggage korang aku tolong sumbatkan baju. HAHA! Adoi~ Bosan lah aku nanti. Semua dah pergi belajar,FB mesti dah sunyi. Nak online pun, geng online mesti dah tak online. Confirm ah semua dok sibuk dengan tempat belajar baru diorang. Minggu orientasi lagi. Aish.. Terkulat kulat lah aku nak cari hiburan.
Dan seperti jugak yang lain, hopefully decision aku untuk kali ni,biarlah setepat tepatnya dan tiada sebarang penyesalan akan berlaku di akhir cerita nanti ye? Amin~


Dan sekarang aku tengah nak prepare mental aku dengan semua pembaharuan yang akan berlaku di Kelantan nanti setibanya kat sana.

  • cuti jumaat dan sabtu
  • wayang memang tak ada. bak kata zikri dan akif, wayang kulit kan ada. LOL!
  • semua iklan dalam jawi
  • jumaat je kebanyakan kedai dah tutup
  • barang murah murah tiruan daripada siam banyak kat sana.
  • kena biasa sebut perkataan sebegini "ambo suko ko demo".. dan yg sewaktu
  • shopping mall terbaik, KB Mall lah =(
  • eh eh, airport sangaaaat dekat dengan my campus! flight la! apa lagi! *wink wink*


Kepada kawan kawan kat Arau, sorry tak dapat join korang. Ingatkan rezeki kat sana. Nampaknya tak ada jodoh lah ye? Maaf maaf. Ada lain masa kita jumpa kat tempat lain pulak okay? Penat je dah janji dengan banyak orang nak jalan jalan bersama kat Arau nanti. HAHA! Tiada rezeki lah. =(
Okay,so sekarang aku tengah fikir macam mana aku nak adapt tempat baru ni? Ha,ingat tak aku pernah cakap nak pergi a brand new place yang memang tak ada orang kenal? Ha, hambek kau nazihah. Setepek doa termakbul. Kena campak kat Kelantan tanpa kenal seorang manusia pun yang memang kenal. Duh,apahal vellu sangat ayat aku? HAHA!


Sekarang macam terfikir, ayah kata, memang terbaik. Anak ayah tak ada seorang pun yang sama jalannya. Kakak aku dulu ambik diploma then degree kat UiTM. Abang aku, matriks Melaka then sekarang tengah sambung degree kat UPM tu ha. And aku, direct terus ke degree TESL ni. See? Laluan kami langsung tak sama. Aku ingat dulu dapat ikut jejak langkah abang masuk Matriks. Tapi dah rezeki ni yang sampai kan..

Okay,so apa lagi random thoughts yang menjengah ni? Aku dah macam sakai gilababun dah ni memikirkan tempat belajar baru aku. Ah,tidur ah. Pening kepala ah.


p/s : wey kawan kawan, nanti korang masuk mendaftar jaaaaaaaaaaaaauuhh lagi awal daripada aku kan? agak agak bosan, contact lah handphone aku ni ha. on sentiasa 24 jam. sembang sembang. confirm dilayan dengan baik. kalau senang senang,nanti on lah FB korang. boleh teman aku online. HAHA! okay,aku dah gaya macam korang pergi sana nak main je. hee~


ok chow. ayat aku pun dah naik sakai gila kot.




"Tidak kira di mana permulaannya, yang penting di mana penghabisannya"

Kakak oi, sumpah lah inspiring gila ayat ni!




Thursday, May 19, 2011

I am lost.

Monday, May 16, 2011

6 tahun berlalu and..

.. I stepped again to Bagan Datoh. Tapi bukan pada tiket seorang pelajar asrama, tiket seorang warga kota balik ke kampung. Aku lalu depan sekolah lama aku. Sains Bagan Datoh. Tak lah lama sangat pun. Tahun lepas je. Hehe.. Nampak budak budak perempuan nak outing. Tshirt uniform outing yang masih sama, bas bagan buruk yang masih sama,suasana yang sama, dan tiba tiba macam ternampak bayangan dulu. Kantin kelihatan penuh. Oh,mereka exam week kan? Mesti kantin penuh dengan budak budak yang nak study . Zaman sekolah. Ah. Rindunya! Ternampak ada beberapa khemah dipacakkan dekat kawasan sekolah. Ada event kot? Entahlah. Aku passed by je pun.


Tak ramai yang tahu kampung halaman aku dekat Bagan Datoh ni. Yang tau pun sekerat dua je. Sebab aku memang tak berapa nak kecoh pun pasal kampung aku tu. Kalau kau dah tak terasa macam ada kampung,nak kecoh pun tak ada makna. Even sepanjang aku sekolah sana, tak pernah sekali pun aku jejak kampung aku setiap kali outing walaupun jaraknya tak sampai sejengkal. Oh. Jangan tanya aku kenapa. Sebabnya cukup kukuh. Kalau kau di tempat aku, kau akan buat benda yang sama. Aku yakin tu!


Jadi selepas 6 tahun, aku jejak balik Bagan Datoh. Tapi kali ni lajak lebih sikit daripada jarak selalunya. Dan ambik sudut pandangan sebagai pulang kampung. Tak banyak perubahan yang aku nampak sejak dari pertama kali masa aku kecik lagi aku jejak sini. Memang betul. Bagan Datoh pekan mati. Ayah kata Bagan Datoh susah nak maju sebab dia jalan mati. Jadi nak bangunkan pun macam tak balik modal. Mungkin ada relevan juga.



Sampai rumah Tok Ngah, aku rasa macam "woah,semua sudah berubah." Apa yang kekal ; suasana kampung tu kot. Aku hampir tak kenal semuanya. Siapa dia? Siapa dia? Siapa itu? Siapa ini? Siapa semua ni? HAHA! Kau tahu, terasa macam dicampak ke kawasan hilang ingatan. Tapi ada muka muka yang masih sama. Opah,mak ngah, dan pakcik. Muka yang sampai mati aku akan ingat. Terima kasih kalian atas lesson ini. Aku simpan dalam hati dan otak. Sampai bila bila. Bukan dendam. Cuma buat pedoman. Tak salah kan? Dan syabas kerana kalian masih lagi kekal dengan perwatakan sama. Jadi aku rasa aku patut terus bermain dengan game kalian bukan? Tak apa. Sampai masanya, game ni akan berhenti.



Adik saudara aku yang dulunya main masak masak sebelah aku, sudah manis berkurung, shawl.
Adik saudara aku yang dulunya main jerit jerit tepi telinga aku, sudah masuk alam sekolah menengah.
Kakak saudara aku yang dulunya tak ubah perangai kanak kanak, sudah dukung bayi sendiri.
Pakcik aku sudah berubah wajah, dari kurus ke berisi.
Makcik aku daripada baru kahwin dulu. Sekarang anaknya sudah dua orang.




Nah, pantas kan masa berjalan?
Itu baru 6 tahun. SAHAJA.
Aku betul betul terasa macam tak pernah jejak kaki ke Bagan Datoh tadi.
Terasa macam 6 tahun kemudian.
Itulah situasi yang aku bakal alami.
Padahal tahun lepas situlah tempat main aku.
Mungkin keadaan sekeliling kot.



Sumpah! Melihatkan budak budak outing tadi, aku teramatlah rindu dengan zaman sekolah aku dulu. Memanglah kena moving on, tapi semuanya macam terlalu sweet untuk ditinggalkan. Tak sampai hati nak bukak chapter baru. Buku baru. Life baru. Tapi sampai bila nak hidup dalam yesterday,ye dak? Ah,aku benci segala jenis GOODBYE!





Thursday, May 12, 2011

Its a Tragic Chronology

Its all about you. Yes you. Haha. The one I will never talk to again. And will never see again.

Cerita bermula.

  • Mula mula tak kenal. Kenal pun sebab dengar cerita Hana. Tapi tak pernah talk in person.
  • Event Hari Guru. Start kenal. Kenal bodoh bodoh. Tak bercakap sangat. Cakap pun sepatah dua je. Start bertegur bila Hana cerita something about you. And it was some kind of rahsia kot?
  • Me threathened you dengan rahsia tu sebab I know you are so scared to death kalau orang lain dapat tahu cerita tu. And cerita tu tersebar. Especially for an outsider like me. Kan?
  • Each time terjumpa, ugut nak spread cerita tu. And tiap tiap kali pun. Mesti ugut punya.
  • Haha.. Muka cuak nak mampus gila! Siap datang face to face buat muka-tak-puas-hati-nak-gaduh mintak bukti yang dicanangkan tu.
  • I told Ba suruh bagitahu that I have the evidence. Hehe *senyum jahat*
  • Kelakar kot tengok muka yang cuak nak cover tu.
  • And then asal jumpa je, mesti bahan dengan news tu. Memang kelakar gila seeing your face masa tu. Muka clueless-blur-know-nothing yang you've always put on.
  • Masa tu terasa macam I've widened my friends connection. And terasa best knowing you. You with your gang.
  • Ingat lagi masa tu, I was busy doing the chandelier untuk event Hari Guru. Chandelier kertas lah kan. Untuk hiasan dewan. Izzatul buat, mestilah cantik dan superb. HAHA!
  • And tak ada siapa tolong masa tu. Everyone was so busy dengan kerja masing masing. Terkulat kulat lah nak siapkan chandelier tu seorang diri.
  • And you became hero of the day. Came and helped me a lot buat chandelier tu dari awal sampailah siap.
  • It was the best moment ever. Gelak gelak macam sakai buat benda alah tu. Padahal masa tu actually I need someone much much taller than me untuk pegang chandelier tu. But instead, you were the only person yang sanggup nak tolong. Pun bolleh la kan. =)
  • Sumpah rasa macam member kamceng masa tu.
  • Tengah borak borak dengan Ba, I said something yang silly-stupid-like-hell. Taking you as the example untuk explain secara detail dekat Ba about our conversation.
  • Misunderstood happened. Mereka salah faham. Thought I was talking about you. Things turned differently.
  • Diorang dah mula bahan. You became embarrass. Same goes to me. Bodoh gila mulut pencetus cerita ni.
  • But things became back to normal. You spoke to me macam biasa. Like nothing happened. Rasa seronok gila masa HAri Guru tu. Haha..
  • Incident bermula kat kelas Battani. Tengah borak dengan Alif.
  • Azri datang mengungkit balik kisah bangang lagi tidak patut itu.
  • Alif mendengar. The so-called-untrue story itu pun tersebar dengan jayanya hasil bantuan Alif.
  • Since that, kena bahan macam gila dengan semua.
  • Macam nak tutup muka je. Each time lalu your class, lepak lepak dengan any of your classmates, mesti mereka ingat nak stalking you. Oh.. please lah!
  • Sejak tu, tak bercakap dah. Langsung tak. Even a single word. Both of us are like alienated to each other. An awkwardness filled in the air.
  • First, tak rasa apa pun. Tak ada effect pun. Even I didn't mind with your absence. Tapi as time goes by, as I havent talked to you for so long, and as I realized how far you were drifting away, the feeling began to take place. Tak tahu sejak bila datang. It was all unplanned.
  • Mula rasa eager nak tahu every single thing about you.
  • Siap kalau nak beli barang barang siap choose warna your rumah sukan even I hate the colour. Dah suka punya pasal kan? Haha.
  • Must admit, everyday I've been trying to take a glimpse of you even for a second. Observing from far, it was fun! Stalking what,when you did everything. Though I know things will not be the same anymore. Words are being locked for us. All the laughter shared before was only a perfect history.
  • I saw you, everyday, but I kept it here, inside this little heart.
  • I know, its not a love, but a major teenager crush. And I love this feeling. LOL!


To you, I see your name on facebook. Almost everytime. I see your name appear on my news feed. I go to your wall everyday. I see all your pictures. I talk to your close friends. But still, I keep the courage of approaching you. Let the time do its job. Till then. Wherever you will be after this, take care at UiTM for this coming soon date! Anyway, I miss talking to you.



HAHAHAHAH..





You conquered my mind at this hour. And here I am mumbling all about you while you are enjoying your slumber and know nothing there is someone writing a plain post totally about you. Isn't it just too pathetic?




Tuesday, May 10, 2011

Stranger, nice to meet you.

Tiba tiba aku terasa macam nak pergi satu tempat yang tak ada seorang manusia pun kenal aku, tak ada seorang manusia pun tahu kisah silam aku,tak ada seorang manusia pun tahu latar belakang aku, tak ada seorang manusia pun tahu apa yang aku pernah lalui dulu, tak ada seorang manusia pun tahu any single thing pasal aku, tak ada seorang manusia pun tahu macam mana aku behave, tak ada seorang manusia pun akan bercakap pasal kisah aku dulu dulu, tak ada seorang manusia pun akan kata "Ek eleh. Dia ni aku kenal sangat" , tak ada seorang manusia pun boleh jaja cerita aku, tak ada seorang manusia pun yang aku akan rasa sayang lebih sikit sebab aku kenal dia.



Kan best kalau semuanya jadi macam a fresh start.



And when I reached a place like I stated above, that is the only time I can say


"Hey, I'm Izzatul. What's your name?"


Dan repeat the same sentence berjuta juta kali dalam satu hari. HAHAHA!







Sunday, May 8, 2011

Hear Me Once.

MILLION OF THANKS FOR THIS SPECIAL




Terima kasih. Aku sangat terharu dengan semua perhatian yang ada. Aku tahu kau dan semua budak budak nova x yang lain sentiasa ada untuk bersama aku. Through thick and thin kan? Aku tahu korang semua ada untuk aku just in case bila bila aku perlukan korang. And trust me, aku tak pernah menyesal kenal korang. Sumpah demi Allah. Kenal dengan korang ajar aku banyak benda yang aku tak pernah tahu. And again. Allah tahu, betapa sayangnya aku dekat korang semua.


Tapi apa yang aku state tentang regret aku on my previous post, tak melibatkan korang langsung. Ada banyak faktor lain. Ada banyak suara suara yang lagi kuat. How I wish aku boleh bagitahu satu dunia masalah sebenar aku. Terangkan satu persatu dekat korang betapa rapuhnya aku untuk masa sekarang ni. Betapa rumitnya keadaan aku sekarang. Dan betapa kuatnya aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik. Tapi ada maruah dan hati yang perlu aku jaga dan tengok. Aku tak boleh nak fikir diri sendiri. Aku tak pernah terfikir untuk menyesal. Tapi aku manusia biasa. Anak cucu Adam. Bila dah hari hari disogok dengan kata kata penyesalan, sedikit sebanyak aku pun tewas. Termakan jugak dengan semua penyesalan. Dan dari situlah lahirnya "kalaulah". Aku tahu memang impossible dan betapa berdosanya aku mempersoal takdir.



Memang aku mampu gelak. Memang aku mampu senyum. Tapi just like any other people, aku masih tak mampu nak elak daripada tipu diri sendiri. Aku tahu aku tak okay. Aku ni lemah. Sangat untuk waktu waktu macam ni. Aku tahu memang orang akan kata aku tak bersyukur. Even aku pun tahu betapa tak bersyukurnya aku dengan nyatakan ayat macam tu. Tapi trust me. I am no angel. Aku memang menipu kalau aku kata aku sangatlah tidak ter"effect" dengan my current situation.


Tapi jangan risau ye sayang, aku bakal okay. I will get back on my feet. As soon as possible. Sedang membina kekuatan dalam diri. Aku sedang mencuba nak jadi sekuat kau, Syaza Mariyah. But you know, healing seriously needs time. And it takes a long, like seriously long just to heal and get back on your feet, and move on as if you are the strongest man on earth. I will not be like this forever. Its just a part of growing process. And I am learning it.


Aku bukan tak nak cerita masalah aku to any of you guys. Aku bukan nak sorok daripada korang. Aku bukan tak anggap korang kawan susah senang. Aku bukan tak percaya korang. Aku bukan tak suka share problem. Aku bukan benci korang. Tapi aku risau. Aku risau orang akan mula muak dan rimas dengan aku bila aku bebankan masalah aku pada korang. Aku risau korang akan ada satu persepsi baru dekat aku. Aku risau korang akan rasa macam aku ni entah apa apa. Aku risau korang akan cakap "Aku pun ada masalah, ni pulak nak settle masalah kau." Aku risau korang akan rasa macam aku terlalu weak. Aku risau korang akan kata aku tak bersyukur. Aku risau korang akan fikir apa yang paling aku takutkan. Walaupun aku tahu korang were among the best things ever happened in my life. Dan walaupun aku tahu korang takkan cakap macam tu. Tapi still, kerisauan tu masih ada.


So, biar aku keep this to myself. Biar aku tahu cerita daripada awal sampai akhir. Biar aku tanggung sendiri. Sebab buruk baiknya, aku yang akan terima. Jadi aku sangat memerlukan masa untuk kembali berfikir semua benda yang aku perlu fikir. Fikir semua benda yang aku pernah cakap. Sebab most of the time, I didn't do what I say to others. Aku? Cuma pandai cakap je. Buat tak pernah sekali.


Maaf kepada semua yang sangat memerlukan bantuan dan nasihat aku untuk masalah korang sekarang ni. Maaf aku tak dapat nak bagi nasihat yang terbaik sekarang. Maaf sebab aku tak boleh nak tolong korang sekarang ni. Aku perlu tolong diri sendiri dulu. Maaf sebab langgar janji aku untuk "always be there for you". Tak apa. Nanti aku dah stabil, kalau korang masih memerlukan nasihat dan bantuan aku, aku akan tolong ye?





p /s : Kepada semua texts yang aku reply macam entah pape,
macam nak tak nak tu,
dan yang aku tak reply tu, aku mintak maaf sangat.
Bukan berniat nak jadi kejam.

Sorry, but I'm still recovering.




Saturday, May 7, 2011

Live in Regret.

Now, aku betul betul terasa macam loser.

Kalaulah boleh undur masa, aku takkan buat kesilapan bodoh tu.

Kalaulah boleh undur masa, aku patut sedar diri siapa aku.

Kalaulah boleh undur masa, aku akan cari sebanyak mungkin pertolongan.

Kalaulah boleh undur masa, aku akan dengar cakap orang tua aku.

Kalaulah boleh undur masa, aku takkan buat tindakan terburu buru tu.

Kalaulah boleh undur masa, aku takkan rasa macam nak gantung diri sekarang ni.


Tapi kenapa masa aku perlukan guide tak ada orang tolong?
Tapi kenapa masa aku perlukan guide aku dibiarkan mencari haluan sendiri?
Tapi kenapa masa aku perlukan guide aku tak diberitahu apa yang aku diberitahu semalam?


Dan most importantly,

Kalaulah boleh undur masa, aku takkan jejak kaki dekat Bagan Datoh.
Terima kasih kerana berjaya buat aku menyesal dengan semua tindakan bodoh aku.



Dan aku dah janji pada diri sendiri sampai mati.
Aku akan ikut semua kehendak orang tua.
Aku akan ketepikan semua kehendak aku.
Aku akan utamakan apa yang orang tua aku kata.
Aku akan belajar lupakan semua wish dan dream aku.
Aku takkan bantah semua arahan orang tua aku.
Suka atau tak.




Sebab aku dah janji, hidup aku untuk orang tua aku.



p/s : Terima kasih kepada semua texts dan call yang aku terima. Texts berbunyi "Izzat,kau okay?", "Weh,kau okay ke?", "Are you okay?" sangat lah aku hargai. Terima kasih kerana mengambil berat dan memahami. Sekurang kurangnya aku tahu ada yang masih concern pasal aku. Dan semua call yang aku terima, maaf. Aku tak dapat nak jawab. Masih belum mampu nak menjawab sebarang panggilan. Dan again. terima kasih banyak banyak kepada semua yang concern pasal aku.



Oh ye. Secara jujurnya, aku memang tak okay.

Assalamualaikum.





Friday, May 6, 2011

I've found the sign..



..and I am certainly sure this is the SIGN from
HIM.



NO DOUBT.

Bank dan AF9

Semalam aku pergi bank. Biasalah. Berurusan dengan kaunter bank ni. Banyak kesabaran yang diperlukan. Ambil nombor giliran awal, tunggu turn je dah boleh sempat lah nak tidur dengkur dengkur bawak comforter rasanya. Dengan sabarnya, aku terus menunggu. Setiap kali bunyi “ting!” je,aku toleh. Counting bila nombor aku nak keluar. Haha. Orang sebelah aku ni pulak. Apahal entah. Selang seminit,senyum sorang sorang. Lepas tu ketawa kejap. Ah sudah. Aku dah pelik. Tak apa. Janji tak kacau aku sudah.


“Ting..!! 7014. Kaunter 8”. Yeay! Akhirnya turn aku jugak. Nasib baik. Tepat pukul 4.29 pulak kan baru kaunter nak kosong? Terbaik. Bank pulak tutup pukul 4.30. Memang kau tak boleh nak lembap lagi? Okay. Tak apa. Nasib sempat turn aku. Aku ingat dapatlah pergi kat kaunter ada sorang mamat handsome ni yang jaga. Sekali tak dapat. Adoi~ Hampa. HAHA! Hambek kau. Pakcik baju oren aku dapat. Pakcik pun pakcik lah. Janji aku dapat settle urusan aku ni. Dengan penuh rasa bangganya aku pun pergilah kat kaunter tu. Rasa macam nak tayang je kertas nombor giliran aku tu kepada mereka yang tak sempat. HAHA! Memandangkan aku adalah orang terakhir yang dapat berurusan kat kaunter. Acececey,sempat lagi nak berlagak. Okay,itu memang tak boleh blah.

Sampai kaunter,urusan pun bermula. Pakcik tu suruh aku duduk balik sementara nak proses urusan aku. Aku pun tunggu lagi. Duduk balik. Sambung termenung. Beberapa minit lepas tu. “Izzatul!”

Aku pun bangun lagi. Pergi kaunter sama.



Pakcik kaunter : (sambil membelek belek IC aku), Herm.. Adik ni duduk dekat Taman Sri Andalas,Klang ye? Tempat tinggal penyanyi AF9 yang baru tu kan?

Izzatul : Huh?(kerut kerut kening bajet bagus). Maaflah encik. Saya tak layan AF. Saya tengok Imam Muda je.

Pakcik : Oh yeke? Tak apa tak apa. Ingatkan kenal dengan penyanyi AF9 tu.

Izzatul : Encik minat ke? Mungkin betullah kot encik. Saya pun tak ambik hal sangat AF AF ni. Merepek je semua tu.

Pakcik kaunter : Tak apa lah. Saya ingat kan adik ni jiran penyanyi AF9 tu.



Dan aku disuruh duduk balik sementara tunggu urusan selesai. Tatkala itu aku rasa nak gelak macam sakai. Sebab pakcik tu kena tipu hidup hidup dengan aku. Dan dengan lurusnya dia percaya muka suci aku? LOL! Pandai aku berlakon kan? Tengok.

Wait. Dan masa tu baru aku tahu. Ada rupanya peserta AF9 yang daripada Andalas? Okay. Tipu ah kata aku tak tengok AF langsung. Tapi tak adalah sampai ambik hal sangat orang ni daripada mana. Orang tu daripada mana. Kan? Aku tengok AF pun sebab itu jelah bahan ketawa yang aku ada sekarang ni. Selain daripada Maharaja Lawak. HAHA!


Adoi. Silap betullah aku. Patutnya aku cakap


”Tak sangka pakcik muka muka gagah macam ni, rupanya peminat AF ye?”


HAHA! Okay. Kuajak lah tu kan. Tak apa. Tak apa. Adab sopan Melayu harus dikekalkan. Demi kepentingan bersama.

Ah sudah.

Apa macam vellu dah aku cakap ni.

Terabur sana sini.

Ah lantak ah.


Thursday, May 5, 2011

Uzair Ismadi.


Ini khas untuk anda.
Seperti yang anda minta.

=)




*okay. kau busuk gila masa ni*




p/s : Tolonglah faham, aku dipaksa demi sebuah persahabatan.
LOL!




Tuesday, May 3, 2011

Tunggu Saja.

Okay. Aku tengah gelak plus kerut kerut kening bajet macam tengah mood serius gila sekarang.


Syaza Mariyah kata :
Apahal aku rasa blog ko selow mlow ah sekarang? Macam tak update sangat?


Nabeelah Murad kata :
Kenapa aku rasa kau macam jarang online eyh sekarang?


Farhanah Aminuddin kata :
Bila kau nak online weh? Aku tak ada kredit nak text kau.


Fareena Aziz kata :
Apacer blog kau weh? Berlagu syahdu sangat ni..



Aku dah naik pelik. Macam gaya aku dah tak online je kan ayat manusia manusia ni. Aku yang pelik ke korang yang pelik ni ha kawan kawan?

Oh blog aku. Agak macam tunggang langgang sikit. Tak apa. Ada free masa banyak nanti aku update cantik cantik. Buat masa sekarang,aku sedang mengusahakan sesuatu.

Yang kawan kawan tu, nanti aku online facebook lama lama, aku tegur lah korang semua ye? Nanti semua yang dalam list online tu aku tegur. Kang ada pulak yang kata aku sombong kan. Haha..


Dan kepada kawan kawan yang nak pergi sambung belajar kat mana mana tu,janganlah senyap senyap je. Bagitau lah aku di sini. Adoi, tension betul orang buat surprise ni. Bagitau last minute pulak tu. Kata member.




p/s: Faeez Mazlan, aku sentiasa mendoakan kejayaan kau membuat foundation di Negeri Sembilan tu walaupun kau dengan kejamnya membiarkan aku jadi orang terakhir yang tahu. HAHA! Jaga kau kalau aku jumpa kau nanti.




Till then.
Peace be upon you.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...