Saturday, June 18, 2011

Kita bercakap soal masa depan.


Setelah aku fikir baik buruknya, cantik hodohnya masa depan aku sekarang, aku rasa aku dah cukup yakin dengan apa yang aku pegang sekarang ni. Ya,sebab aku sekarang bercakap daripada sudut pandangan seorang manusia yang melihat refleksi diri dalam lebih atau kurang 5 tahun lagi. Sebab segala jejak langkah aku sekarang adalah berkaitan macam mana kehidupan aku lagi 5 tahun akan datang.

Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni. Ada yang kata aku tolak rezeki. Buang sesuatu yang jadi impian orang. Tapi kejap. Dua dua yang aku dapat pun rezeki lah kawan. Ada yang kata jangan terikut ikut cakap orang. Pegang pendirian sendiri. Banyak aspek yang aku fikir. Banyak soalan yang menjengah. Banyak bisikan syaitan yang aku nak kena tepis. Dan juga. Banyak nasihat dan pendapat yang aku renungkan. Dan setiap kali aku bangun tidur, soalan soalan begini mesti akan terbit.


"Kalau aku pergi sana, mampu ke aku bawak course tu?"
"Sanggup ke aku nak bergelumang lagi dengan subjek yang tough?"
"Kalau aku pergi sana, mampu ke aku nak belajar semula subjek yang aku tahu aku lemah?"
"Kalau aku pergi sana, terjamin ke bidang pekerjaan yang bakal aku dapat lagi 5 tahun?"
"Banyak ke peluang kerja untuk bidang yang aku nak ambil ni?"



Ya,aku memang sangat bersyukur sebab aku antara manusia bertuah. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Tapi aku fikir balik. Ni soal masa depan. Kita bukan bercakap tentang 5 bulan akan datang. Tapi lagi 5 tahun akan datang. Segala perancangan dalam otak aku sekarang bukan untuk keseronokan sementara. Jadi rasanya kalau aku dah mampu nak nampak 5 tahun akan datang aku yang lebih terjamin, rasanya tak perlu aku nak risiko kan sesuatu yang dah pasti untuk sesuatu yang belum pasti. Kan?

Dan orang akan bertanya lagi, apakah masa depan aku hanya akan berhenti lagi 5 tahun akan datang? Oh tak. Tidak sama sekali. Macam aku kata, 5 tahun akan datang tu adalah perancangan jangka masa panjang. Dan untuk sampai ke 5 tahun akan datang, itu adalah langkah pertama. Aku punya plan lain selepas 5 tahun akan datang.

Tapi itu semua cuma perancangan. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan.
Betul tak?


Ya, aku percaya bila mereka kata peringkat umur begini adalah waktu yang sangat kritikal dan susah. Sebab peringkat umur macam aku adalah waktu orang tentukan hala tuju hidup. Kesannya akan memberi impak seumur hidup. Setiap keputusan semuanya untuk masa depan. Semuanya kena ditimbang pro dan kontranya.


Jadi, aku betul betul yakin. InsyaAllah,Allah tetapkan hati aku. =D


IZZATULISME KATA :

  1. Esok aku bakal bergerak ke Kelantan. Doakan keselamatan perjalanan aku ye?
  2. Blog ni aku akan update bila ada kesempatan ; itu pasti.
  3. Semua kawan kawan aku, Andalas-ians & Sabdarians, jaga diri. Aku rindu kalian yang teramat sangat. Kalau perlukan aku,handphone aku menanti.
  4. Oh, InsyaAllah paling awal Hari Raya ni aku akan balik Selangor semula. Kita jumpa ye?

Till then. Jaga diri semua. Doakan aku. Aku doakan kalian juga. =D




Friday, June 17, 2011

Berubah? Tak Salah.


Setiap kali kita tengok orang berubah menjadi baik, tipu kalau kata tak pernah terdetik dalam hati untuk berubah sama.

Tapi setiap kali kita berazam untuk berubah jadi baik, kita selalu akan tewas dengan diri sendiri. Kita punya keinsafan tu akan datang,tapi macam angin. Kejap je. Lepas tu, habis. Dah lupa pasal nak jadi baik.


Dan setiap kali kita nampak apa apa bencana menimpa orang lain, kita akan terus rasa insaf. Sebab kita macam tersedar dunia ni sementara. Nak berubah waktu tu jugak. Tapi kita punya pendirian tu takkan tahan lama.

Bila datang keseronokan dunia, kita terlupa pasal semua azam kita yang nak berubah jadi baik.

Serius. aku memang nak berubah jadi baik. Sangat teringin.
Tapi aku terfikir.

Bila agaknya aku akan betul betul berubah?



Tuesday, June 14, 2011

Berbelah bagi.


Masih menghitung hari sebelum aku tinggalkan Selangor tercinta untuk dua bulan akan datang dan buka hati untuk Kelantan sebagai rumah kedua. Ada kurang atau lebih 5 hari saja. Persediaan aku boleh kata hampir 70%. Tinggal bahagian pengemasan baju, sebab barang barang remeh dan kecil kecil itu mak kata beli di Kelantan saja.


Mungkin sebab aku dah terlalu kecewa dengan permohonan UPU aku yang tak berjaya dulu, jadi aku dah belajar tolak tepi keinginan dulu. Itu rezeki masing masing. Dan mula fokus pada realiti hidup. Target aku cuma tinggal Kolej Matrikulasi Perlis waktu tu.Rayuan pula,aku cuma mohon separuh hati,cukup untuk penuhkan permintaan mak dengan ayah. Program diploma mak dengan ayah yang pilih ; apa course pun aku dah tak nak peduli. Biar mereka pilih.

Lepas menangis macam hilang nyawa, Allah bagi senyuman pada aku tak lama lepas tu. Aku dapat tawaran untuk course TESL Institut Perguruan. Ayah kata peluang bagus. Lepas grad sana,terus dapat kerja. Tak perlu menganggur. Kalau lebih rajin, ayah suruh aku sambung master. Baru apply lecturer kat mana mana. Aku cuma diam dan angguk. Ayah kata lagi. Kalau pointer bagus, boleh fly ke Australia, dua tahun di sana. Lagi sekali,aku cuma ikut. Tapi aku tetap rasa syukur. Alhamdulillah. =)

Jadi Kolej Matrikulasi Perlis aku lupakan.


Dan baru sebentar tadi. Ada kawan hebahkan kat aku tentang keputusan semakan rayuan UPU. Aku cuma gelak dan kata nanti. Aku malas. Aku macam dah ada satu target sendiri dalam otak. Tak ada rasa teruja pun. Kau tahu,macam satu mental prepare. Tapi biarlah. Tak lama lepas tu, aku bosan. Dan teringat tentang semakan ni. Dan aku terus letak no ic. Sumpah,aku tak mengharap apa langsung. Cuma mahu tengok apa kata nasib aku kali ni. Sekadar mahu tengok. Kalau ada,adalah. Kalau tak ada pun,aku tak kisah.

Aku check. Asasi Sains Fizikal UM. Aku macam agak terkejut. Hampir tak percaya mulanya. Sebab masa rayuan rasanya aku tak sentuh asasi pun. Diploma sahaja. Dan aku terus pelik dan rasa macam betul betul buntu. Preparation ke Kelantan sudah beribu habis. Takkan nak cancel begitu saja? Ayah seronok bila dapat tahu. Tapi dia ingatkan aku balik. Masuk sana,belum tentu aku dah berjaya. Kena struggle gila gila. Kalau tak,mati. Tapi advantage nya cuma dekat dengan rumah.


Dua dua ada pro dan contra nya. Macam mana?





Lumrah Hidup.


Kalau dulu, kita cuma fikir tentang exam akhir tahun.
Sekarang, kita akan fikir apa hala tuju kita selepas setiap exam.

Kalau dulu,kita cuma fikir tentang apa akan jadi esok hari.
Sekarang kita akan fikir apa kita akan jadi dalam beberapa tahun akan datang.

Kalau dulu kita cuma rancang setiap tindakan kita untuk jangka masa seminggu.
Sekarang kita akan rancang setiap tindakan yang dapat tolong kita dalam beberapa tahun lagi.

Kalau dulu kita tengok orang sibuk kejar cita cita.
Sekarang kita pula sibuk nak penuhkan impian.

Kalau dulu pandangan kita cuma terhad kepada sekolah.
Sekarang pandangan kita lebih terbuka untuk tengok apa itu dunia.

Kalau dulu kita cuma fikir pasal betapa ketatnya hidup dengan peraturan sekolah.
Sekarang kita fikir macam mana nak atur hidup sendiri tanpa peraturan lagi.

Kalau dulu kita cuma buat rancangan untuk hujung tahun je.
Sekarang kita fikir apa rancangan yang bagus untuk hidup kita lagi sepuluh tahun.

Kalau dulu kita takkan fikir macam mana life progress kita lepas ni.
Sekarang kita akan terfikir setiap tindakan kita mampu ke bawa kita ke impian sendiri?

Kalau dulu,kita boleh nangis sebab gaduh dengan kawan.
Sekarang rasanya tak perlu dah nangis tu semua,bukan zaman sekolah dah.

Kalau dulu kita tak perlu nak fikir benda alah masa depan ni semua,gembira je hari sekolah.
Sekarang kita selalu ragu ragu kalau keputusan kita tu betul atau salah.


Dan

Kalau dulu kita fikir semuanya macam fairy tale.
Sekarang, kita kena faham dan belajar,dunia tak kekal. Apa yang kita ada sekarang tak akan bertahan. Bila sampai masa,datang. Bila sampai masa juga akan pergi. Walau macam mana sayang pun kita dengan masa lepas. Kita kena bergerak untuk tengok hari esok.


Nak tak nak, kita memang akan growing up.


Sebab apa? Mudah.


Sebab itu memang lumrah hidup.


Dan kita sedang menjalani sebuah kehidupan. =)




Monday, June 13, 2011

Aku suka bahasa melayu.

Di satu kedai mamak.



Aku : Mamak, kasi tambah air sejuk ini teh. Banyak manis.
Mamak : Air panas?
Aku : Taak. Taak. Air sejuk,sejuk.
Mamak : Air panas?
Aku : Tak. Itu air sejuk. Bukan panas.
Mamak : Air panas ka?
Aku : Err.. Itu air S-E-J-U-K. Bukan panas. Cold water*??* (oh man. macam mana nak explain ni?)
Mamak : Okay,air panas. *terus berlalu sambil bawak gelas aku*
Aku : Huh? Mamak,sejuk. (masih mengharap dia faham)


Akhirnya dia datang dengan membawa gelas aku tadi. Dan aku terus rasa gelas aku. Okay, dah jadi suam dah teh ais aku ni. Herm..



Dan aku terus berfikir sendiri. Mungkin boss dia cuma ajar "air panas, teh tarik,roti canai"sahaja. Dan aku masih terus confuse yang mana malaysia yang mana nepal yang mana bangla. Semua nak sama je. Haih..


Kadang kadang bila tengok balik, banyak sangat pekerja asing pun tak bagus jugak. Susah lah nak communicate macam ni. Melayu tak paham, English tak paham. Nak aku cakap jawa ke?
Tolonglah, aku belum cukup international untuk bercakap semua bahasa dunia.



Saturday, June 11, 2011

Tolong,hormati tempat awam.

Hari tu aku pergi tengok movie. X-Men first class. Sebab semua sibuk kecoh sana sini best tahap dewa lah bagai. Saja bagi aku jealous.

Then,movie start. Malang, seat sebelah dan depan aku di"conquer" oleh sekumpulan remaja lelaki yang baya baya aku kot. Okay,tang ni yang tak berapa best.

Budak budak ni,pergh! Masa sembang sesama sendiri tu memang nak kasi satu wayang dengar ke apa? Ni bukan wayang abah kau weh. Okay,sabar. Aku persetankan conversation mereka. Lepas tu,diorang sambung sembang lagi. Cis,kau sembang ke jerit? Oh,damn it! Scene paling best pulak. Nak aku bagi speaker ke budak budak ni?

Fuh,panas hati. Panas hati. Aku fikir public je. Kalau tak,haih..

Dengan beraninya aku tegur brader depan aku,


"Bang,memang saya bayar harga tiket wayang ni sebab nak dengar korang sembang pun"


Dan terus semua senyap. YES! Faham bahasa pun.


Puas hati!



Eh,tak ada lah. Aku tak buat pun sebenarnya. Cuma ada terfikir nak buat. Tapi aku masih belum seberani tu lah. HEHE.. Tapi ikutkan hati memang nak je cakap macam tu. hehe


So please, everyone out there. Tolonglah hormati mana-mana tempat awam yang anda kunjungi. Be it in cinema or any other places. Lagi lagi bila orang sangat tidak memerlukan suara anda pada volume yang kuat dan tempat berbayar. Nanti orang lain yang banyak menyumpah seranah. Tolonglah, hormati perasaan orang lain. Tak payah nak terlalu individualistik. Just a piece of advice though.

*ingatan untuk diri sendiri juga* HEHE. =D



p/s : Ala,tak dapat nak tengok Transformers 3 hujung bulan ni.



Thursday, June 9, 2011

Cherish similarities,Respect Differences.

Recently, a friend came to me and spilled out everything. Why on earth should she had chosen me? Well,I guess I am just too trustable. All the things she has to face in her new surrounding. Or precisely,her new place. The place where she needs to further her study. So here how it goes.

She was appointed as the assistant of the class representative. All she has to do is exactly what an assistant monitor in a classroom supposed to do , just like those years in school back then. And she has this particular class representative who she needs to contact him most of the time to ask about things regarding their class. To her consternation, it turned out to be, this guy actually thinks the girl is so into him. And he is trying to avoid this unfortunate girl by blocking her on his facebook account and spread the news that she really likes him and humiliated her to everyone in their college. Perhaps, you should imagine how a hot guy would run from his secret admirers.

She asked me, “what am I supposed to do? I can’t stand them anymore. This is so sickening. They don’t treat me like the way I am supposed to be treated”.

I sighed. To be frank, I had no idea what I can do to help, speechless. I am not a problem-solver neither. I cant solve things in the blink of an eye. So, I asked her back, “do you really like that boy?

The answer was no. well,at least that’s what she told me. and I believed her. I took a deep breathe,generating ideas. And ting! One idea came. I quickly turned the conversation into a counseling session. And I told her these.

“ Okay dear friend. For the time being,lets just keep it low. Let him thinks what he may possibly think. He may spread the news,but he can never touch you. But just bare in your mind, you need a mental strength to face this kind of rare species. Like seriously an inner strength,to ignore and act like you couldn’t care less about that kind of whatnot-thingy. As time goes by,he will get bored and fed up. Have faith in me. “

She moaned, saying if only things aren't that complicated. So I soothed her. Put on some confidence in herself.

"Just in case he crosses the line, that should be the exact time for you to act like a man. Meet and talk to him. Settle these things like an adult. We're not leading a school's life anymore. We're growing up,anyway."


She was doubting herself and said thanks for those advices. I let her to choose by her own.


Dear friend,in this reality world,we can never shut people's mouth. They can talk bad about us. They can judge us. They can humiliate us. They can do almost anything to us, but yet,there's one power that we hold in ourselves. We have the power to choose either to be just as a loser as them by following how they act or make ourselves better by assuming all that they are currently doing are not worth any single second of your time. Simple, just ignore. I know, it may sounds easy but it never was.

Again, it's my pleasure to remind you, we are entering a new phase of life. And we should act like one. Seriously,have my words. We dont want to waste our time to a person who doesn't deserve it. One thing for sure,dont simply give up to the situation. You were not born to be a pathetic quitter arent you?

To the boys, just because a girl keep reaching for you, doesn't mean she has a crush on you. Dont get so full of yourselves. There are plenty of girls out there who value the meaning of being friendly. Just try and take a deep look on how big the differences between being friendly and flirting.

To the girls, just because you are assigned to work with a boy, doesn't mean he is an open-minded type as you've always expected. Dont get yourself too close with him when you are just about to get to know him in person. You never know what kind of person you're dealing with. They may be as narrow-minded as it could possibly be. By now, I bet we are supposed to expect various kinds of people right?






Well,at least this is what I can do to help. Though it's nothing more than just words,but if you just take a sip of consideration to my thought,you'll get what I mean.



p/s : Take note. I'm not good in motivating.





Saturday, June 4, 2011

Salah Orang.

Duduk duduk dekat bus stop. Aku duduk kosong. Telinga aku sumbatkan dengan muzik ; menyanyi kecil,cukup sekadar aku yang dengar. Tanpa sebarang fikiran yang tidak-tidak menjengah. Betul kata orang,menunggu ni memang menguji kesabaran.

Datang seorang nenek tua, menyapa. Dari gerak bibir dia, aku tahu dia sedang bercakap dengan aku. Dan muzik aku matikan. Aku senyum ; pulangkan senyuman nenek tadi.

“Cucu ni Ejah kan? Ni nenek,cu.” Senyuman dia masih tak lekang.

“Huh? Ejah? Maaf,nek. Nenek ni salah orang. Saya bukan Ejah.” Kening yang kerut aku cuba sorokkan sebaik mungkin, takut nenek tua tu tersinggung pulak.

“Ya,kamu memang Ejah. Nenek kenal muka kamu. Ni nenek,cu. Kamu tak kenal nenek?” dia makin rapat dengan aku.

Aku dah mula rasa tak selesa. Ah,sudah. Jangan bikin gila kat sini,nek. Ejah mana pulak ni?

“Erk,nek. Nama saya bukan Ejah. Saya Peah. Nenek saya tak tinggal kat sini. Nenek memang salah orang ni.” Aku masih cuba lagi nak kekalkan sopan santun aku. Hish, Ejah oii.. Ambik lah balik nenek kau ni.

“Nenek dah lama cari kamu. Mana kamu hilang,cu? Nenek dah tak marah kamu. Baliklah kampong. Nenek rindu sangat dengan kamu.” Diusapnya pulak muka aku.Gila! Ni dah kacau.

Mak,tolong adik!

Mereka yang ada dekat bus stop ni. Tak guna betul. Bukan nak tolong. Boleh bantai gelak tengok aku kesusahan.

“Nek nek, saya bukan Ejah. Saya tak pernah jumpa nenek pun. Nenek salah orang,nek. Ejah tak ada kat sini.” Aku cuba lagi berlembut. Aish,kesabaran aku ni bukannya tebal sangat pun.

“Ye,kamu ni Ejah. Kamu masih marahkan nenek?”

“Nek,saya bukan Ejah. Tak percaya,nenek boleh cakap dengan mak saya.” AKu cuba nak dial nombor mak.

“Kamu ni,Ejah. Tak sayang nenek ke?”

“Nek. S-A-Y-A B-U-K-A-N E-J-A-H” sepatah sepatah aku sebut. Tak tahu bahasa apa lagi aku perlu guna.

“Kamu memang Ejah. Takkan nenek tak kenal cucu nenek?”

Argh! Gila aku macam ni. Tolonglah faham bahasa melayu,nek!

“Ok ok,macam ni lah nek. saya memang Ejah. Saya cucu nenek yang tinggalkan nenek tu. Memang saya tak sayang nenek. Saya memang tak nak jumpa nenek. Jadi nenek pergi cari cucu baru“. Entah kenapa ayat tu pulak yang aku cakap. Ah karut karut. Mati aku. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata, mati kau Nazihah! Habis kau,habislah. Mulut tu lancang apehal?

Tiba tiba nenek tu bangun. Muka marah.

“Ah,kau tipu aku. Kau bukan Ejah. Ejah takkan cakap macam tu dengan aku. Kau penipu. Aku nak cari cucu aku. Ketepi kau!” Nenek tu terus tolak aku. Ke tepi. Kuat juga tenaga warga emas ni.

Dan dia terus berlalu. Meneruskan pencarian “Ejah” cucu kesayangannya. Entah siapa pulak bakal jadi “ejah” lepas ni. Aku terdiam. Berfikir balik. Aku geleng kepala. Rasa nak senyum.

Duh,kalau aku tahu dia akan stop kacau aku,baik daripada awal je aku mengaku aku cucu dia.Bukan dia percaya pun. Cuak kot dah kena usap satu muka. Penat je gelabah. HAHAHA!




Thursday, June 2, 2011

Lets grow up,people.


Yesterday I was on the phone with one of my friends. And he asked me if I ever heard any news regarding a girl, who he has been waiting like forever but never quit. I said, yeah. I've had some short conversation with the girl a day before,asking how well she is doing at her current place now.

So,I ponder. I asked back.

"Why didn't you reached for her? Were you trying to keep a distance between both of you?".


And he was quite unsure if that was the best thing he could do. Is he supposed to proceed with it or just face all these things like a man. I smiled. Calmly, I answered him as if I am one of the expert Dr.Love.

If you are strong enough to adapt with the fact that she now has someone else, then I think there's no harm in approaching her as in terms of friends.
But if you are still unstable,uncertain of your own strength, then I think distancing yourself should be a good first step.


He spoke no words. And keep the silence. Well, I think I should just let him drowned in his thought.

Well friend, yeah. I never said it was easy to really give up on something when you are actually hoping for it, like seriously hoping all your waiting was worth everything. But somehow, no one knows how your luck would turned out to be in months from now? Or perhaps,hours from now? And yeah. No matter how hard we try to forget someone, we can never avoid from looking forward to all that person's updates,how they are doing right now,even from far. Even they never know and never care. You can't simply kill the curiosity when you actually love the feeling. Its how you enjoy the moment of waiting. And yes, believe it or not, you rather feel hurt seeing them happy with someone else than feel nothing at all.




To be honest,this is what I think can really suits your situation as well as mine,friend.
(accidentally found it ; Tumblr is really understanding* HAHA!)




Wait for someone who worth it.
And leave someone who dont deserve your time.
One fine day, he/she will come.
Out of nowhere.
Just like Micheal Buble said,
You just havent met him/her yet.


Dont doubt me. I know, it is not easy, but at least just give it a try. Step by step is better than nothing at all,right? You keep my words. And stick to it. Hold tightly and when the time comes,everything will be just fine. There is someone waiting for you, out there and right now wondering where are you right now. HAHA! That's life,man!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...