Sunday, January 23, 2011

Keep That

-In the Chemist's lab while experiment was being carried out.-

2010 =D


Ayah says ;

Just because people treat you like a villain
or maybe just some losers,
it doesn't mean you are one.
The thing that matter most is what you think of yourself.
If there is something you really want or
someone you want to be,
then the only person standing in your way is you.
You decide to keep going or be a pathetic quitter.


p/s : Oh oh. By the way, really in love with the "What If" song by Coldplay. Seems like the kind of my music type. Just check out the lyrics. You'll know what I mean. Seriously.


Saturday, January 22, 2011

Picisan Rabak

-Dalam proses menyiapkan lilin dalam tin untuk "grand opening".-

(Adapted from "Collection of SABDA'S Annual Dinner Memory")



Jalan aku semacam diragut tapak. Merewang ; seolah penagih lagaknya. Aku pasti. Bunuh gerak setiap saat dengan mencerna apa jambatan seterusnya. Sungguh.

Kadang main watak ; A.Samad Said. Tunggu inspirasi ketuk pintu , mengarah jari. Entah berapa lama ilham aku nak cuti. Letih katanya. Tapi itulah. Syaitan keliling pun banyak yang main bisik-bisik. Konon berlagak putih suci. Tak usah peduli itu semua, abaikan saja. Sampai aku pun terpesona. Sebelah lagi satu pula kata ada hasil yang kau janjikan. Baik. Aku pegang kata yang satu itu. Munafik hukumnya untuk ingkar janji.


Kadang cuba jadi Pablo Picasso. Mewarna lakaran yang tak pernah masuk dengan garisan. Konon nak sedapkan hati. Bila ditanya , tidak beriak menyahut abstrak. Padahal rupa abstrak tu pun jahil. Bakat yang satu itu memang tak pernah diberi pinjam pun. Bukan aku tak tahu. Haha.. Tak apalah. Sekadar menduga, apa dosanya?


Kadang leka nak jadi pita rakaman. Sibuk tengok material lepas. Mana kreditasinya, mana senyum sumbingnya, mana jeliknya, mana nyawanya. Sekadar nak hirup refleksi kosong. Ada yang kata sia-sia. Tak apa. Aku selesa begini.


Kadang jadi saudagar wayang. Habis semua filem aku sapu. Khabarkan saja ; kisah apa yang terlepas pandangan aku? Pantang ada filem yang pasang propaganda ; kononnya berbaloi. Aku mesti dan wajib memasang mata untuknya. Walaupun ada yang tidak aku puaskan. Aku tak kisah. Nak bersilat cerita apa , mari ke aku. Aku sedia menjadi telinga sekaligus bertindak balas.


Kadang jadi lanun. Semua yang boleh dicedok percuma tanpa bayar , aku kebas. Laung saja. Muat turun apa. Aku mesti anggukkan juga. Asalkan minat aku di situ. Ah,siapa yang nak menolak bayaran kosong ringgit kalau di barterkan dengan barang baik?



Dan paling tinggi frekuensi kekerapan, aku pegang watak dalam cerita ni. Tak wujud pilihan "keluar pentas" di sini. Aku tak pasti ini telenovela kah,drama kah, sitkom kah, filem kah. Aku tahu kau tahu fakta ini. Kau,aku,dia dan sesiapa yang bernyawa dan bertapak di sini,pentas ini ada peranan masing-masing. Lakonan aku dengan kau mungkin berkontra babak. Tapi tak mustahil kalau bertingkah nanti kan? Siapa tahu kan. Pengarahnya ada di atas sana. Cuma Dia tahu apa babak seterusnya.



p/s : picisan aku merabak kelip waktu. kalau benci, tinggalkan saja. kalau jengkel, tinggalkan di ruangan komen sebelah kanan. aku sudi membaca. jangan risau. =D



Friday, January 21, 2011

Transformasi.

-In the making of the ballroom for the dinner. Thanks to the crew-
(Adapted from "Collection of SABDA'S Annual Dinner Memory")


Life after SPM is always unpredictable. Boleh jadi kau nak tidur je satu hari suntuk. Atau kau nak keluar rumah je tak balik-balik. Tak pun kau nak menghadap jalur lebar kau tak berhenti. Senang cerita aku konklusi kan. Suka hati riang ria raya kau je nak buat apa lah kan.

Azam aku sepanjang cuti panjang ni,aku nak menaiktaraf tahap skil memasak aku. Takkanlah sampai tua tak reti masak kot. Jadi,sekarang ni dengan kesungguhan yang bersungguh, aku pun cubalah resipi-resipi baru yang aku tak pernah cuba. Seronok. Serius tak tipu. Cuma tu lah. Kadang-kadang ada yang jadi ada yang tak. Haha..

Lepas tu,sekarang ni pulak dah jadi penonton setia channel AFC. Cewah cewah,ye ye o je kan kau tengok AFC. Padahal tak pernah layan pun sebelum ni. Haha.. Tapi part paling best,aku banyak belajar masak daripada Ayah. So,faham-faham jelah Ayah punya spesifikasi mestilah masakan Melayu. Nak western,Ayah awal-awal dah angkat bendera putih. Ayah ajar banyak petua masak yang aku tak pernah ambik tahu pun. Tapi aku tak kata pulak aku sampai menyalin.


p/s : untuk kawan-kawan , kalau ada masa nanti aku bagi kalian rasa air tangan hebat aku ni. Jaminan ; mesti terkejut. haha.. =D


Wednesday, January 19, 2011

Call Me.




I just barely got myself new shawls. Pure satisfaction! Haha.. Ok. That's not what I want to talk about.

These days, I've been thinking and put my mind to the highest level of my thinking skill when I recall those nicknames given by people around me. Yeah, I have one simple name just like stated in the identity card.

Izzatul Nazihah binti Yahya.

Yet,as I grow up, I realized something that make me wonder. And now, I should proudly claimed that I have many nicknames man! I just love it! Haha..


Izzatul, Nazihah,(of course!)
Iz,Izza, Izzat, Ijat, Atul, Tul,
Naz, Nazi, Ziha, Jiha.

Lastly,
ADIK.

Okay. Other than Jiha and Adik, that are those names people have been calling me ; not including family. Depends on where I go.

When I was in primary school, they called me Izzat since they said I've been acting rough and behave like boys. Ganaslah sangat! Setakat ganas budak kecik! =D .So,they thought Izzat make a perfect match for my character. And up until today, they still call me using that name. That was how Izzat came up. Even sometimes there are questions like "Kenapa panggil kau guna nama lelaki?". Well, I love the name. Haha..


Berbeza dengan nama Tul, itu gelaran yang aku dapat masa belajar dekat asrama. Ni kira nama hostel akulah. Kalau kat asrama, memang seorang dua je yang panggil aku Izzat. Itupun Farah yang mulakan sebab dia dah kenal aku daripada sekolah rendah. At first, it was seriously damn freak-weird to hear people know you for the name you never ever think of. But as time goes by, I get myself practically used to the name and somehow it makes the special differences between the hostel's friends and childhood friends. Thanks to the inventor of the name ; Ali Zainal Abidin.


Family, obviously they call me Adik. I'm the youngest anyway. But sometimes Kakak would choose to call me Jee Hoon. Even in the public. Oh,please. Jee Hoon? I dont know where on earth did she get the idea.

And for relatives,all of them prefer to choose Jiha since I was a kid. It's kind of giving me a feminine look , but hey! It's just a name.


Feel free to choose,friends! =D
(cewah cewah,bajet artis je!)



p/s : "Aku menulis bukan kerna nama.."..lalalla~
*Bukan Kerana Nama by Ramli Sarip.
Still remember? Hee~


Back Then.

(Gambar masa darjah 4 *aku comel la doh! Tudung hitam tuuu! =D)


Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada cik Maisarah Muhd Azili kerana memberikan arahan untuk saya buat tag nya. Ikutkan macam malas,tapi buat jugaklah kan. Kang menangis pulak budak kecik tu kang. Haha..


Asal-usul nama blog

Mula-mula namakan blog ni "Mumbling Territory" sebab suka mumbling. Then,rasa macam dewasa sikit lah konon so nak tukar jadi "Scribble Analogy" sebab ambik initial nama orang yang saya minat. Haha. Silly kan? Nevermind. Then,after having a second or third thought,"better put something that relates my name,kan senang nak buat jejak kasih dengan kawan-kawan lama." So,that was how "This is Izzatul Nazihah" idea came up. Specially written wholeheartedly and presented horrendously from me to you. =D



Mengapa suka berblog

Main reason , blog is the only space that prepares me a place to write and recklessly throw any words without having any teacher to shout "Hey,you are wrong!". Haha.. And most importantly,it is free. Lagipun,kenalah ikut peredaran zaman kan. Orang sekarang dah tak mainlah diary diary ni. Technology have it all. Kang kau jugak kena panggil kuno. Buat malu je. Besides that, I discovered too that blogging aided in exposing me to the other side of me. Ever heard of "Dr.Jekyll and Mr.Hyde?". You know what, there are times I will write anything that makes you think "Pergh.. Pelik gila perempuan ni. Depan aku tak pernah pulak dia cakap ayat-ayat macam ni. Bapak kelakar gila! Tak terbayang aku!". Because I'm standing still to my opinion

"Blog is my inner voice in which you can never heard but just read them through."



Azam untuk Blog

Ok. Seriously, yang ini sumpah pelik dan mengelirukan. Azam untuk blog? Macamlah blog aku ni blog kerajaan nak main azam-azam pulak. Ok,take it easy. Tak ada sangat lah kot. I'm just hoping for people to enjoy their visit to my blog. Azam aku,aku konklusikan aku nak menulis sesuatu yang aku takkan cakap depan sesiapa pun sebab itulah satu-satunya masa aku berfikir secara kritis dan kreatif. Dan aku berazam(ceh,bersungguh ni!) untuk meneruskan penggunaan ejaan secara penuh untuk setiap patah perkataan yang muncul dalam entri aku mulai sekarang. No more such thing as "bahasa message". Lagipun,ini kan blogging secara free. Kenapa nak hadkan penggunaan perkataan kan? But yet,feel free to do your own way though.




Tag 5 orang blogger

Sesiapa yang berada dalam senarai link saya di sebelah kiri ni ha dan teringin nak membuatnya. Cubalah! Tak rugi satu sen pun. Hehe.. =D




p/s : Simply a frank point of view from a naive girl who speaks honesty. Ngahahaaha...~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...