Tuesday, June 14, 2011

Berbelah bagi.


Masih menghitung hari sebelum aku tinggalkan Selangor tercinta untuk dua bulan akan datang dan buka hati untuk Kelantan sebagai rumah kedua. Ada kurang atau lebih 5 hari saja. Persediaan aku boleh kata hampir 70%. Tinggal bahagian pengemasan baju, sebab barang barang remeh dan kecil kecil itu mak kata beli di Kelantan saja.


Mungkin sebab aku dah terlalu kecewa dengan permohonan UPU aku yang tak berjaya dulu, jadi aku dah belajar tolak tepi keinginan dulu. Itu rezeki masing masing. Dan mula fokus pada realiti hidup. Target aku cuma tinggal Kolej Matrikulasi Perlis waktu tu.Rayuan pula,aku cuma mohon separuh hati,cukup untuk penuhkan permintaan mak dengan ayah. Program diploma mak dengan ayah yang pilih ; apa course pun aku dah tak nak peduli. Biar mereka pilih.

Lepas menangis macam hilang nyawa, Allah bagi senyuman pada aku tak lama lepas tu. Aku dapat tawaran untuk course TESL Institut Perguruan. Ayah kata peluang bagus. Lepas grad sana,terus dapat kerja. Tak perlu menganggur. Kalau lebih rajin, ayah suruh aku sambung master. Baru apply lecturer kat mana mana. Aku cuma diam dan angguk. Ayah kata lagi. Kalau pointer bagus, boleh fly ke Australia, dua tahun di sana. Lagi sekali,aku cuma ikut. Tapi aku tetap rasa syukur. Alhamdulillah. =)

Jadi Kolej Matrikulasi Perlis aku lupakan.


Dan baru sebentar tadi. Ada kawan hebahkan kat aku tentang keputusan semakan rayuan UPU. Aku cuma gelak dan kata nanti. Aku malas. Aku macam dah ada satu target sendiri dalam otak. Tak ada rasa teruja pun. Kau tahu,macam satu mental prepare. Tapi biarlah. Tak lama lepas tu, aku bosan. Dan teringat tentang semakan ni. Dan aku terus letak no ic. Sumpah,aku tak mengharap apa langsung. Cuma mahu tengok apa kata nasib aku kali ni. Sekadar mahu tengok. Kalau ada,adalah. Kalau tak ada pun,aku tak kisah.

Aku check. Asasi Sains Fizikal UM. Aku macam agak terkejut. Hampir tak percaya mulanya. Sebab masa rayuan rasanya aku tak sentuh asasi pun. Diploma sahaja. Dan aku terus pelik dan rasa macam betul betul buntu. Preparation ke Kelantan sudah beribu habis. Takkan nak cancel begitu saja? Ayah seronok bila dapat tahu. Tapi dia ingatkan aku balik. Masuk sana,belum tentu aku dah berjaya. Kena struggle gila gila. Kalau tak,mati. Tapi advantage nya cuma dekat dengan rumah.


Dua dua ada pro dan contra nya. Macam mana?





4 comments:

  1. pilihlah sesuatu yang dekat di hati..mungkin pilihan kita itu yang terbaik, mungkin jua kita tersalah pilih..namun begitu, kita cuma manusia biasa, yang tidak pernah tahu ramalan masa hadapan..apa pun buat yang terbaik untuk pilihan yang kita buat.

    ReplyDelete
  2. oh azuwa. thanks thanks. and aku rasa aku dah buat pilihan terbaik. hehe. =D

    ReplyDelete
  3. I think better pergi tesl sebab, itu sangat lah senang dan cepat. Kata nak jadi cikgu anak aku kan? :D haha

    ReplyDelete
  4. haha. yeah, and lepas dah consider byk benda, aku mmg pergi TESL. hehe =D. dah taknak terlibat dgn sains dah. ahahaha. =))))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...