Sebaik saja kau masuk, kau pun menyatakan masalah kau, tanpa dijemput duduk pun. Itu kau masih sabar lagi. Lepas kau terangkan secara terperinci semua masalah kau, kau ditengking pula macam gaya kau baru saja lepas membunuh anak orang,padahal masa tu kau dah cukup serabut dengan masalah kau. Kau ditengking sebab kau tak bercakap dalam loghat mereka, kononnya susah difahami perkataan kau tu.
Kau cuba lagi jelaskan dengan bahasa melayu kelas pertama beserta adab sopan seorang Melayu walaupun selepas ditengking macam kau tengah nak mengaku bersalah atas tuduhan membunuh. Tapi masih susah nak difahami mereka. Sebab apa? Sebab kau tak bercakap dalam loghat mereka.
Lalu pihak berkenaan memberi kata putus, menyatakan dia tak beri jaminan masalah kau dapat diselesaikan hari ini juga ; bersama muka jelik, menghalau saja lagaknya. Sebab katanya, masalah kau itu terlalu remeh berbanding hal ehwal manusia manusia lain yang turut datang mengadu. Sekali lagi,dalam nada tengkingan, seolah olah kau sengaja mencari masalah.
Dan kau terus keluar dengan laju. Aura carut kau mula beraksi. Damn.
Kalau kau dalam keadaan begitu, apa kau rasa?
Aku ni memang kurang penyabar.
Jadi,jangan tanya kenapa aku mengamuk dan mula membenci jenis manusia yang tak tahu adab begitu. Loghat konon.
Sekurang kurangnya, aku tak maki mereka depan depan.
Sebab aku ini bersivik orangnya.
okay. gitu ye orang kelantan. pergh. gila mengerikan.
ReplyDeletemacam tu lah nasib kita yang duduk dekat tempat yg pentingkan loghat kononnya itulah tanda sayangkan negeri. aku dekat dungun sekarang, so aku faham kalau diorang tak faham bahasa melayu standard. tapi loghat loghat jugak, adab tetap kena jaga en?
ReplyDelete