Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Daddy, Daddy Cool.

IZZATUL : Ayah, nanti ayah belikan HTC Desire tu. Desirable gila. Siap dah mimpi mimpi, usha usha kat internet bagai.

AYAH : Ah,tak kuasa. Beli lah sendiri. Hahahaha..*gelak habis evil*

IZZATUL : Ooo.. Tak apa. Tak apa. Nanti ayah tidur, kad kredit ayah semua adik rembat swap ikut suka hati dekat Mid ke, Times Square ke, Pavi ke.. Hahahaha..

AYAH : Apahal pulak? Ko jangan,dik. Ayah sorok semua kad ayah.

IZZATUL : Eleh.. Tak payah nak sorok sangat lah. Buat nyusahkan hidup je. Paling koman pun dalam rumah ni jugak kot.

AYAH : Ah, pagi pagi ko tengah membuta tak ingat dunia tu ayah check lah. Kalau tak ada kad tu, ko yang ayah "swap" kan. Haha..

IZZATUL : Eleh. Toksah dok kencang lah. Kejap lagi Ayah lupa le tu. Berani gerenti laaa..hahahahhahahhahhahahaha *gelak besar besar double evil*

AYAH : Eheh. Ko gelak, gelak jugak. Rabu depan ko jangan lupa. Heheheh.. *angkat angkat kening*

IZZATUL : *gulp* Erk..???? Cis,main kotor. Okay okay.



Maka terhentilah perbualan di situ. Dan secara tak rasminya ayah aku menang. Cool gila kan ayah aku? Haha.. Tapi aku lagi cool. Itu time dia cool, datang mood swing dia gila nak mati aku bantai cakap macam tu? HAHAHAHA..


p/s : Ada member aku kata lagu "Daddy Cool" lagu baru. Adoi~


Wednesday, February 9, 2011

Informal Education? Yes,please.

What do you say if a Pan-Asian girl does not even know how to speak English where her father is an English man? And what should you say if a Chin-dian(which is a mix blood of Indian and Chinese) boy does not even know how to speak Chinese when his father is a Chinese man. Well, that's exactly what I feel here. Okay. Okay. You got me. I'm being extra exaggerate here. But here's the truth. Its obvious I'm not a Pan-Asian girl who has such those blue or some kind of hazel eyes nor pretty shiny blonde hair.

Javanese-Malay is what I am originally. And I bet most of the Malaysian here are just like me. You know,this so-called "mix" blood is kind of getting increase its population. But something that really tickled me off is that how can I call myself as a Javanese when I don't even know how to speak the language. Cewah cewah Izzatul,cakap Melayu hang tak mau. Cakap orang putih bukan main naa..Yang hang dok bercakap orang putih ni pasai apa? Dah habis Mat Salleh la dok speaking berhabuk sampai tak ingat bahasa sendiri? Tak sedaq diri betui. Mulut pun bau belacan,tempoyak. Ada hati nak jadi Mat Salleh. Haha.. =D

Since the last two moths, I've been spending the most quality pleasure time with my family and all I can say ; I understand now how INFORMAL EDUCATION works. Setelah beberapa faktor pemangkin yang aku fikir agak logik untuk dijadikan sebab, aku rasa Ayah rindu kampung halaman dia. Dekat rumah memanglah Ayah mana pernah nak cakap Jawa dengan kitorang adik-beradik. Sebab tu lah aku ni satu apa pun aku tak tau. Kalau ada saudara-mara yang macam tegur cakap Jawa,memang aku senyumlah. Bukanlah bongkak ke apa. Masalahnya aku memang tak tau. Tiba-tiba semenjak dua menjak ni makin rancak pulak Ayah mengeluarkan terms Jawa yang aku tak tahu langsung. Dan terkebil-kebillah "si Jawa perasan Mat Salleh" ni nak interpret kan maksud si Ayah. Haha. Dan inilah beberapa hasil pendidikan lisan yang aku dapat. Terang hati bhai aku! Kau nak belajar cakap Jawa? Meh sini.


MELAYU

JAWA

ENGLISH

Akan

Arek

Will

Ambil

Jokok

Take

Ada

Eneng

Have

Awal

Gasik

Early

Atas

Dowor

Top

Angkat

Gotong

Lift

Awak

Siro

You

Dengar

Krungu

Hear

Besar

Gedi

Big

Tidur

Turu

Sleep

Kencing Malam

Ngompol

???(I’m not sure what it is called in English)

Apa

Opo

What

Makan

Mangen

Eat

Sini

Neng kene

Here

Namaku

Jenengku

My name




Kepada mereka yang sedarah dengan aku, marilah kita belajar bersama cakap bahasa ni. Kadang-kadang tu bosan jugak dua bahasa je dalam kepala. Tak English, Melayu. Tak Melayu,English. Kalau nak lain sikit macam Korea ke,Mandarin ke,Perancis ke,Jerman ke, dah kena pergi ambik kursus kelas bahasa. Tengok ni,free of charge la weyh!

Oh ye,kalau Melayu ada pantunnya. Ni nak khabor ke kome,Jawa ada peribahasanya.

Witing Tresno Jalaran Soko Kulino
Cinta Datang kerana Terbiasa(Malay)
Love comes from the habitual.(English)

Tak ada kena mengena? Saja tulis. Kata budak baru belajar. Ni aku tujukan khas untuk anak-anak remaja di luar sana.

p/s : Jadi,arahannya sekarang, "make a sentence using these words above". Dan ayat amatur aku berbunyi macam ni "Opo siro eneng?". Ahaha. Macam jakun je aku kan? Excited bhai belajar benda baru. Kau tak nak cuba? Hehe. Cubalah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...