Showing posts with label kagum. Show all posts
Showing posts with label kagum. Show all posts

Friday, February 25, 2011

SURAT CINTA BUDAK SAINS

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.



Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.


Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu


Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23


Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.


Biarkan aku sendirian... ... .. "



--------------------------------------------------



Okay. I've found this on Facebook. Just thought of sharing this. Credit goes to the owner. I just can't resist my laughter. Totally damn hilarious. And when reading this, I was like "Erm.. What is it called in English eyh?". This is because it will not be funny if you are unable to translate all those science terms in English. Well, I specified this to all of them who are practically studying based on the PPSMI learning process in school just like I did. So,no offense there. *Kang ada pulak yang kutuk aku melayu tak sedar diri.*




Wednesday, February 16, 2011

Penemuan Baru.


Setelah diperkenalkan oleh Farah Adiba Azmy , si hamba Allah yang menggelarkan diri dia sebagai "matluthfi90" dekat channel YouTube ni, aku pun mula la layan semua video dia. Kepada yang tak tahu dan tak kenal serta pelik haram jadah siapakah lelaki ni, dia ni adalah seorang vlogger. Sama macam Anwar Hadi dan juga nigahiga. Mula-mula tu tengok macam tak best. Lama-lama layan semua video dia,serius la cakap. Dia lagi lawak kot daripada Anwar Hadi. Semua video dia stok boleh gelak guling-guling la kan. Tapi dua-dua pun aku minat. Kagum kot dengan mereka berdua ni. Both of them are studying in Australia. Give it a try. Mesti akan gelak. Because I did. =D




p/s : Duh,sekarang aku tengah batak semua lagu-lagu band The Script. The Man Who Can't Be Moved. Ketinggalan kan? Hehe. Lantak pi lah. Hari-hari dengar. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...