- Termenung golek-golek pandang dinding gaya emo gothic bajet tengah buat video clip.(yes,aku lah salah seorangnya)
- Sering mengalami gangguan tidur akibat tidur yang tidak tenteram. (mengakibatkan aku kerap meyahut seruan tidur sunat sebelum ZOHOR)
- Menjadi senyap secara tiba-tiba ketika tengah ketawa mengilai macam hantu. (yang ini banyak kali sampai orang pun dah naik pelik dengan aku)
- Melayari internet untuk bidang-bidang yang dirasakan best untuk dipilih. (jadi favourite past time pula sekarang....)
- Mengupdate blog tentang ketakutan menanti result. (lebih kurang macam apa aku buat ni lah)
- Berborak-borak dengan rakan di wall FACEBOOK tentang result.......LAGI. (obvious kot)
- Menyelak kalendar sampai koyak setiap hari dan merenung jam sampai pecah setiap saat.(aku check kalendar handphone so tak koyak).
- Menonton siaran berita setiap masa dan melanggan surat khabar setiap hari untuk sebarang update berkenaan result. (selalunya aku accidentally tengok berita sebab ayah aku suka tengok Awani)
- Cubaan berbuat baik dengan membodek dan melakukan segala chores dalam rumah untuk tatapan ibu bapa(okay,aku tak buat yang ni).
- Membuat sebanyak dan sepadat mungkin plan keluar rumah jalan-jalan sebelum tarikh keramat iaitu 23 MAC 2011. (aku tak, aku tak. aku save duit =D)
Do not spoil what you have by desiring what you have not ; remember that what you now have was once among the things you only hoped for.
Monday, March 14, 2011
10 Hari Keramat.
Friday, February 25, 2011
SURAT CINTA BUDAK SAINS
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian... ... .. "
--------------------------------------------------
Okay. I've found this on Facebook. Just thought of sharing this. Credit goes to the owner. I just can't resist my laughter. Totally damn hilarious. And when reading this, I was like "Erm.. What is it called in English eyh?". This is because it will not be funny if you are unable to translate all those science terms in English. Well, I specified this to all of them who are practically studying based on the PPSMI learning process in school just like I did. So,no offense there. *Kang ada pulak yang kutuk aku melayu tak sedar diri.*
Thursday, February 24, 2011
Tragedi Stabilo.



Wednesday, February 23, 2011
Dulu Sekarang Lain.



Thursday, February 17, 2011
Sindrom.

Tuesday, February 15, 2011
Tengok apa dah jadi.

