Showing posts with label malu malu. Show all posts
Showing posts with label malu malu. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Kalau dah senget..


Cerita Pertama

"You're so sweet, you're so cute. Now would you open the message please?". Setelah mendengar bunyi mesej yang masuk tu,melompat aku daripada katil konon berusaha gigih nak dapatkan handphone. Mesej berbunyi kebosanan. Tengok pengirim ; walaweyh! Faiz Kamarul Azmi. Ketua Batch hantar mesej dekat aku!

Tersengih-sengih aku macam menang Gores & Menang. Bila Kakak tanya, aku pun dengan tidak beriak jawab "Ni ha. Si Topeng ni send message. Tak pernah-pernah pulak!". Memang haram jadahlah Kakak nak kenal siapa si Topeng tu kan. Dengan muka blur + tak paham + memang-akak-kenal-semua-kawan-kau punya muka, aku pun terus cakap tak ada apa lah. Nothing serious. Dan aku pun teruslah bertexting dengan si Faiz Kamarul Azmi a.k.a Topeng. Tanya khabarlah bagai, konon macam BFF lah sangat. BAHAHAHA..


Haha. Serius weyh,aku macam jakun sikitlah kan. Sebab aku pelik jugak entah apa mimpi si Topeng tu contact aku pulak tiba-tiba. Tak pernah kot. Dapat hikmah PLKN gamaknya. Haha.. Borak punya borak,sempat lagi weyh dia bahan aku,cakap suruh kirim salam dekat budak Sabak Bernam. Wah wah wah kau Peng, baik punya perli. Sempat lagi kau nak ingatkan aku pasal budak Sabak Bernam tu. Mulut kalah Joyah. Nasib kau dalam hutan. Haha. Eh,tiba-tiba macam rindu Topeng pulak. *ececeh..padahal sebelum ni teringat pun tak.*

-------------------


Cerita Kedua

Lepas mesej dengan Topeng,aku pun belek lagi. 'Ish,tengok video pun bagus jugak ni.' Kata hati kecilku. Bukak video,baik punya tonton. Aku pun tengok la video yang dirakam masa minggu sebelum SPM di mana kami berkampung di dorm BP04. Video yang Tot berikan nama sebagai "Video Rumah Pelacuran". Gila jijik doh nama kau bagi,Tot! Video yang pelakon asalnya terdiri daripada aku yang dah biasa berlakon ni, Aja, Adaa,dan of course. Si tukang rakam,Tot.


Lokasi ; dorm BP04. Waktu ; selepas Maghrib. Video mengisahkan kononnya (*eh,apasal aku suka sangat guna "konon" ni?*) luahan hati seorang pelacur yang menjadi mangsa kegiatan haram tu. Dan keadaan di sekeliling tempat kerja. Di mana elemen utama yang mesti ada; Mak Ayam iaitu aku,pelanggan iaitu Aja dan pelakon pembantu,Adaa sebagai salah seorang pekerja rumah pelacuran. Pelakon utama ; Tot. Bajet dialah mangsa keadaan. Video pun tunggang-terbalik je rakam. Senget-benget aku nak tengok. Berikut dialog drama pendek tersebut :


Mangsa : Okay. Yang ni adalah mak ayam yang berjaya. So,mak ayam apa khabar?
Mak Ayam : Baik. Okay je.
Mangsa : Bagus bagus. Macam mana bisnes sekarang?
Mak Ayam : Alhamdulillah. Setakat ni berjaya jugak. (*fuyoh,mak ayam masih ingat Allah rupanya!*)
Mangsa : Dan itu adalah pelanggan tetap kami. (kamera ke muka Aja). Senyum sikit pelanggan..
Pelanggan : *senyum selebar-lebarnya macam nak koyak mulut*

Tiba-tiba pintu ditolak. Adaa yang baru lepas keluar toilet,jadi bidan terjun main terjah masuk dorm and terus je join jadi pelakon pembantu. Tanpa skrip. Jadi terpaksalah dia tergedik-gedik BAJET HOTSTUFF kat depan pelakon lain ni ha. Cerita berakhir dengan ending berbunyi "DAN SAYALAH MANGSA..!!!". Haha..


p/s : Cerita 1 dan 2 langsung tak ada kena mengena. Jadi jangan tanya kenapa. About the video,kalau kau tak tengok sendiri mungkin kau rasa tak kelakar sangat kot. Dan video tu cerita rekaan semata. Selisih malaikat 44!! Btw,tolong la jgn bagitau Topeng aku tulis pasal dia. Malu la aku! =D


Sunday, February 6, 2011

Take a Look to Date.

The phone rang loudly. Asking the owner to pick it up. So she answered it. As soon as she saw the screen, she frowned to herself. Oh, it was her ex-classmates. And they were having a very good conversation since it has been a long time they didn’t meet up. And to suppress the sudden, they had a very good conversation.

As for the girl, she kept saying “Birthday kau dah dekat kan? Erm. Nanti dah birthday kau boleh la pergi ujibakat Akademi Fantasia. Sebab nanti kan dah cukup umur.” While the boy prefer to just laughed.Throughout the conversation, the girl keep mentioning that phrase. Finally they ended it after having enough chat.

That night of the same day,the girl logged in her facebook account. Being occupied with those notifications and suddenly she saw something. Oh God! On the section of friend’s birthday, she saw the name of the boy. The guilt conquered every inch of the part. She just can’t be bother about date since it has been a long time she didn’t really go through a calendar. Only on that time she came to her sense that it has been February. No wonder he gave her a sudden call. It was his birthday! And such company as Celcom,Maxis and Digi would give a free call to their customers respectively.

Immediately she selected the boy’s profile just to post on his wall a “Happy Birthday” wish. “Macam mana lah aku boleh lupa sekarang dah bukan January?” She guffaw at herself ; in stitches. Her carelessness is always endless. And now, she just find it hard to answer among the question that used to be simple ; what date is today?. The only normal reaction she could gives is always “Huh?’’ or “What?” or “Erm..I think it is….(and randomly picked a date) “. Hahaha.. And it goes on like that everyday. But she never learn her lesson. What a girl..


Oh Izat Jaris bin Dzulkifli. A deep sorry for not remembering your birthday.


P/s : moral of the story ; always checked your calendar and alert about the date. Don’t embarrass yourself. It is so not good to have that feeling grow within you. Seriously.


Kerinduan Maksima

Izyan Zahirah Bt Safari. Dia ni kawan baik aku sejak sekolah rendah. Dialah kawan aku pergi sekolah,balik sekolah,buat kerja bengong. Semua dengan dia. And aku start rapat dengan dia masa darjah dua kalau tak silap. Dan bermulalah perjalanan kami bersama-sama. Tiap-tiap kali exam mesti dia duduk depan aku. Sebab nama kami pun dekat -dekat kan. And kali terakhir dia duduk depan aku masa UPSR la kan. Teringat insiden masa UPSR. Dia duduk depan aku. Ada satu masa tu, dia dengan ganasnya menolak meja dia sampai pintu laci dia terbuka. Dan pengawas pun bertanya kat dia "Mengamuk ke?". Dia terus pandang aku,kami pun gelak-gelak. Hehe.. Dan teringat masa dia bagi idea kat aku untuk bagi hadiah kat Fatin Nabilah. Idea memang terbaik. Beli gula-gula empat biji,balut dalam kotak banyak-banyak. Daripada 4 biji gula-gula menjadi hadiah sebesar kotak koko krunch. Haha..


Dulu masa kat sekolah,beberapa bulan sebelum UPSR, sekolah buat ujian kat kami. Tiap-tiap minggu akan ada ujian. Mula-mula tu semangat la kan baca buku. Masuk minggu ke-3 macam tu,kitorang boleh buat selamba je. Ujian pun lantak pi je. Kalau minggu tu cikgu cancel ujian,kitorang pun heaven je. Kalau tiba-tiba cikgu kata nak buat ujian,semua pun macam muka santai je. Ujian dah tak membawa makna. Hahaha.. Dan setiap kali habis ujian,Izyan pasti akan memusing kan kerusinya menghadap aku. Konon ambik buku nak study la kan. Ending,gossip jugak. Haha..

Masuk Form 1 dia dah pergi sekolah lain. Dia masuk Maahad Kajang. Tinggallah aku kat SMK Sri Andalas. Sedih gila jangan cakaplah. Masa tu,rindu kat dia Tuhan je yang tahu. Aku ni dahlah jarang berenggang dengan dia. Pergi mana-mana mesti dengan dia. Pergi kedai pun dengan dia. Sampai dia masuk Maahad,aku pun tinggallah seorang diri. Masa mula-mula tu dia selalu jugak balik rumah. And kitorang pun selalu jumpa. Dia cerita life kat asrama dia. Aku pun dengar jelah. Dia cerita pasal budak yang dia minat. Best. Selalu aku tunggu dia balik cuti. Kalau tak jumpa pun,texting mesti wajib.

And terus macam tu sampailah lama-lama macam dah jarang contact dengan dia. Sebab aku sibuk,dia pun sibuk. So,renggang lah kami. Sampai dia masuk INTERGOMB after PMR,aku pun selalu jugak contact dengan dia. Tapi macam tu je lah. And now,dia terpilih pergi PLKN. Dan dia dekat kem Gunung Semanggol,Perak. Tadi dia tanya aku pasal Munirah Lubis. Tak tahu kenapa. Tapi aku rindu gila tahap cipan nak beranak kat dia. Rumah bukan jauh pun. Rumah kitorang ni,berapa tapak je dah sampai dah. Tapi tulah. Jarang jumpa macam gaya jarak rumah London-Australia je.

Oh,Izyan Zahirah,ketahuilah bahawa aku sangatlah merindui kau macam orang sasau dah ni. Dah 4 tahun tak jumpa kau. Adoi~ Balik PLKN nanti,kita reunion lagi untuk ko plak okay. Hehe..


p/s: Izy,kau sama kem dengan banyak budak SABDA. Kalau kau jumpa diorang,cakaplah aku kirim salam. HAHHAHA.. =D


Saturday, December 18, 2010

Off Record



The coldness overwhelmed me. The day seems to suit the heart's call. Nothing much. Just watched a movie,and it was hilarious just as I thought. Oh,and also bought a few books. Spending heavenly,that's my current job. =D


Gasping for this humid air,I am really finding a way to get rid of this particular anxiety out from my head. Missing the place; I mean the people. Where else? Oh,for almost two years spending the most pleasurable and memorable moment there,there are a few incidents I will not,I mean will always remain in this memory card of mine. Haha.. Of course,they were all embarrassing! Allah jelah yang tahu macam mana malunya masa tu. Haha..


The day of Ozzy's and Tot's birthday. Prep malam. They were all planning the best way to prank both of them. And I was a part of the member. Plan asal ; menyimbah air coklat dekat Tot dan Ozzy. Diserikan lagi dengan tepung yang telah dibeli oleh Nadzirul(kudi) pada petang itu selepas solat Jumaat, kebetulan masa tu hari Jumaat. Sebaik tamat prep malam,misi pun bermula. Idea jahat beroperasi. Sebaik simbah air dekat Tot,terdengar jeritan dari kelas Al-Battani. Oh,pesta tepung dah bermula! Mereka semua main tepung. Semua muka dah putih melepak je!


Kami yang still terpacak dalam kelas Al-Farghani,apa lagi. Berpencak silat nak join sekali. Ambik tepung dekat Nadzirul, terus baling kat Ozzy. Waaahh..bertambah-tambah putih Ozzy malam tu. Pesta tepung berjalan lancar. Baling sana,baling sini. Baling kat dia,baling budak tu,baling budak ni. Lari sana,lari sini. Riangnya~ Gedebuk! Adoi,sakit nya! Aku jatuh terjelepok kat atas lantai dekat dengan tangga dekat dekat dengan lab physics tu. Bapak malu! Sakit macam apa. Patutlah,lantai licin dengan hasil tumpahan tepung dan air dekat lantai tu. Habis kotor baju kurung aku. Mintak mintak tak ada orang nampak. Okay,aku rasa selamat. Tak malu sangat. Terus bangun dan toleh ke belakang sambil membersih-bersihkan baju kurung.


Errkk..! Good news. Toleh belakang. Tiga pasang mata tengah memandang ke arah aku. Oh Tuhan! Kenapa mesti mereka yang nampak? Malon,Hanger dan Kudi. Tiga reaksi yang berbeza. Malon ; tengah senyum lebar dah nak sampai telinga kot. Hanger ; muka separuh nyawa tahan gelak. Kudi ; gelak macam puaka,tiada niat langsung untuk menahan tawanya. Gila,tak pernah aku malu sebegini rupa. Mana nak letak muka? Haila~ Okay. Okay. Cool je. "Kau orang punya pasallah. Tau tak licin kat sini." Ceyh,pandai aku cover malu. Haha.. Apa lagi. Laju kaki aku menapak tinggalkan kawasan kejadian. Malu gila! Ah,peduli lah. Janji nak cepat-cepat sampai surau. Isyak pun belum ni. Hahaha.. Penat kot nak bersihkan baju tu!




p/s : Habis solat Isyak,baru nak bukak Al-Quran,baca surah Al-Mulk, aku dengan tidak semena-mena nampak Zouk dan yang lain-lain tengah ketawa macam hantu depan pintu surau,sambil memandang aku. Tak lain,diorang mesti dah tau pasal insiden aku jatuh. Tak guna betul budak-budak ni. Kaki gosip!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...