Cerita Pertama
Tersengih-sengih aku macam menang Gores & Menang. Bila Kakak tanya, aku pun dengan tidak beriak jawab "Ni ha. Si Topeng ni send message. Tak pernah-pernah pulak!". Memang haram jadahlah Kakak nak kenal siapa si Topeng tu kan. Dengan muka blur + tak paham + memang-akak-kenal-semua-kawan-kau punya muka, aku pun terus cakap tak ada apa lah. Nothing serious. Dan aku pun teruslah bertexting dengan si Faiz Kamarul Azmi a.k.a Topeng. Tanya khabarlah bagai, konon macam BFF lah sangat. BAHAHAHA..
Haha. Serius weyh,aku macam jakun sikitlah kan. Sebab aku pelik jugak entah apa mimpi si Topeng tu contact aku pulak tiba-tiba. Tak pernah kot. Dapat hikmah PLKN gamaknya. Haha.. Borak punya borak,sempat lagi weyh dia bahan aku,cakap suruh kirim salam dekat budak Sabak Bernam. Wah wah wah kau Peng, baik punya perli. Sempat lagi kau nak ingatkan aku pasal budak Sabak Bernam tu. Mulut kalah Joyah. Nasib kau dalam hutan. Haha. Eh,tiba-tiba macam rindu Topeng pulak. *ececeh..padahal sebelum ni teringat pun tak.*
-------------------
Cerita Kedua
Lepas mesej dengan Topeng,aku pun belek lagi. 'Ish,tengok video pun bagus jugak ni.' Kata hati kecilku. Bukak video,baik punya tonton. Aku pun tengok la video yang dirakam masa minggu sebelum SPM di mana kami berkampung di dorm BP04. Video yang Tot berikan nama sebagai "Video Rumah Pelacuran". Gila jijik doh nama kau bagi,Tot! Video yang pelakon asalnya terdiri daripada aku yang dah biasa berlakon ni, Aja, Adaa,dan of course. Si tukang rakam,Tot.
Lokasi ; dorm BP04. Waktu ; selepas Maghrib. Video mengisahkan kononnya (*eh,apasal aku suka sangat guna "konon" ni?*) luahan hati seorang pelacur yang menjadi mangsa kegiatan haram tu. Dan keadaan di sekeliling tempat kerja. Di mana elemen utama yang mesti ada; Mak Ayam iaitu aku,pelanggan iaitu Aja dan pelakon pembantu,Adaa sebagai salah seorang pekerja rumah pelacuran. Pelakon utama ; Tot. Bajet dialah mangsa keadaan. Video pun tunggang-terbalik je rakam. Senget-benget aku nak tengok. Berikut dialog drama pendek tersebut :
Mangsa : Okay. Yang ni adalah mak ayam yang berjaya. So,mak ayam apa khabar?
Mak Ayam : Baik. Okay je.
Mangsa : Bagus bagus. Macam mana bisnes sekarang?
Mak Ayam : Alhamdulillah. Setakat ni berjaya jugak. (*fuyoh,mak ayam masih ingat Allah rupanya!*)
Mangsa : Dan itu adalah pelanggan tetap kami. (kamera ke muka Aja). Senyum sikit pelanggan..
Pelanggan : *senyum selebar-lebarnya macam nak koyak mulut*
Tiba-tiba pintu ditolak. Adaa yang baru lepas keluar toilet,jadi bidan terjun main terjah masuk dorm and terus je join jadi pelakon pembantu. Tanpa skrip. Jadi terpaksalah dia tergedik-gedik BAJET HOTSTUFF kat depan pelakon lain ni ha. Cerita berakhir dengan ending berbunyi "DAN SAYALAH MANGSA..!!!". Haha..
p/s : Cerita 1 dan 2 langsung tak ada kena mengena. Jadi jangan tanya kenapa. About the video,kalau kau tak tengok sendiri mungkin kau rasa tak kelakar sangat kot. Dan video tu cerita rekaan semata. Selisih malaikat 44!! Btw,tolong la jgn bagitau Topeng aku tulis pasal dia. Malu la aku! =D
hahah gile
ReplyDeleteapesal lah aku berperangai tak senonoh tuu HAHA
ReplyDeletesakai je weyh. sumpah lawak kot.
ReplyDeleteozzy ; heheh.kawan ko jgk yg gila. haha
ReplyDeleteadaa ; ko mmg sntiasa x senonoh adaa. bila je ko senonoh.
ReplyDeletemira ; haha. aku da gelak goleng2 tgk vid tuh. ko pun da tgk kan? hehe
ReplyDeletehaha.aku da tebgok da video tuh. bsok aku nak dtg tmpat tu. ade kosong?muahaha.ok tak senyonyoh! :D
ReplyDeletehaha. ko mmg ana. tmpt2 cmtu ko ske la kan. haha
ReplyDelete