Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Tragedi Stabilo.


*setting masa : sekitar tahun 2002*



Loceng sekolah berbunyi. STABILO, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, berlari dengan riangnya menuju ke bas sekolah disertai rakan-rakan sebayanya. Masa tu peraturan dalam bas'First come , first reserve'. Jadi,STABILOsemangat nak cop tempat duduk disebabkan tak nak berdiri.



Maka, bagi mereka yang tak berapa bertuah macam siSTABILO,terpaksalah berdiri berhimpit-himpit , bertolak-tolak dan sedaya upaya mencari tempat untuk berpaut sebab nak overcome inertia punya reaction kan.


Bas pun bergerak. Mula menurunkan seorang demi seorang penumpang. KILOMETRICO,salah seorang mereka yang terpaksa berdiri, kebetulan berpaut pada kerusi STABILO. Si KILOMETRICO masa ni tengah tak berapa sihat. Agak macam pening-pening lalat sikit lah bila bas dah macam roller coaster. STABILO masih lagi sibuk berborak tak ingat dunia dengan rakan sebelahnya.


KILOMETRICO masih cuba nak gagahkan diri. Cuba juga buat-buat macam tak pening. Walaupun masa tu, pening dah macam berpusing satu dunia. Dan akhirnya, uwwwweeekkkk!! KILOMETRICO dengan tidak sengaja telah termuntah di atas baju STABILO. STABILO terus berhenti gelak dan jadi panik. Dia seolah-olah keliru.


Hendak dimarah, muka KILOMETRICO cukup pucat. Lalu, yang mampu STABILO buat adalah menangis teresak-esak. STABILO bertambah marah apabila baju kurung putihnya sahaja yang penuh dikotori muntahKILOMETRICO sedangkan baju KILOMETRICO sikit pun tak tercela.


Tidak mampu mengawal emosi, STABILO terus memarahi dan menengking KILOMETRICO.KILOMETRICO diam dan tunduk. Sehingga ke sudah, tiada sebarang ucapan maaf daripadaKILOMETRICO membuatkan STABILO seperti mahu sahaja menelan hidup-hidup KILOMETRICO. Walaupun secara teknikalnya, KILOMETRICO tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.

Dan sejak hari itu, KILOMETRICO tidak berani untuk bertemu atau terserempak dengan STABILO. KILOMETRICO takut, barangkali.



Sehingga ke hari ini , STABILO masih ingat dengan jelas bau muntah itu.


Thursday, February 17, 2011

Sindrom.

Sedang mengalami sindrom batuk kering. Peritnya tekak. Cakap sikit,batuk. Gelak sikit,batuk. Harap-harap cepatlah sembuh. Tolong doakan,ye?

Bercerita mengenai batuk kering ni. Tiba-tiba aku teringat satu insiden tahun lepas. Tahun 2010, masa awal-awal tahun. Ceritanya begini..


~~~~~~~~~~~~~~


Pagi tu aku bangun. Nani kejut. Nak pergi mandi. Siap-siap nak pergi sekolah. Bangun je,tekak rasa macam pedih. Pelik. Malam tadi elok sihat walafiat. Siap boleh gelak-gelak macam hantu dengan budak-budak tu. 'Sakit tekak sikit je kot' , suara kecilku berkata. Dan setelah bersiap nak turun ke surau solat Subuh, aku tanya Nani sesuatu.

Tiba-tiba masa nak tanya, eh! Suara tak mau keluar. Mulut je terkumat-kamit. Cuba lagi panggil Nani, suara tak keluar juga. Ah,sudah! Hilang suara pula pagi-pagi ni. Permulaan hari yang kurang menggembirakan.

Turun bawah,pergi sarapan. Memang tak bercakap. Untuk pertama kali, Izzatul Nazihah Yahya menjadi seorang pendiam. Nak cakap dengan Aja pun main suruh Aja teka gerak bibir je. Orang tegur pun, senyum saja lah. Dah tak ada suara kan..

Sampai kelas, budak-budak banyak yang dah sampai awal. So, seperti biasa. Sembang-sembang pagi berlangsung. Untuk mereka. Bukan aku. Tak ingat si Izat Jaris tanya apa entah. Dan aku tak jawab. Aku bagi "hand language" dekat dia, memberitahu aku tak ada suara. Memang free-free je jadi bahan gelak budak-budak tu. Waah..silap besarlah kau,Izzatul.

Amboi, diorang punya excited macam ada pesta gawai weyh bila tengok aku terseksa. Wah wah wah..makin rancaklah perbuatan naya meraka kat aku. Mereka pun mulalah kutuk aku macam-macam. Suka benor gamaknya tengok aku terkial-kial nak respon. Sebab mereka tahu aku tak boleh cakap apa. Ah,dah nama pun budak lelaki.

Kelas pertama hari tu, Biology. Oh,hell no! My group was assigned the task to do the presentation for the Biology class that day. And how am I supposed to present anything when I lost my voice? Dengan kegelabahan maksimum, aku pun pergi tanya dekat ahli kumpulan lain. Tot, Nad and Aja. How the presentation thing is going to take place since we have divided equally each of our part. And my part? I need someone to handle it. They don't expect me to present using the hand language,aren't they?

The presentation was held as usual. Sebelum start,aku inform Pn.Nadrah pasal keadaan suara aku ni. Dan aku tetap join. Tapi cuma jadi pak pacak jelah kat situ. Presentation tamat. Sesi soal jawab. Dan mereka yang kononnya "tak paham" bertanya soalan.

Si Ali Zainal Abidin pun angkat tangan. Mamat ni lagi best. Dah tanya soalan, dia kata nak suruh aku yang jawab. Ah,kau. Time aku tak ada suaralah kau gedik-gedik nak aku jawab. So,passing kat Tot. Tot jawab. Si Rushdan Aliff(Ba) pulak bertanya. Pun sama. Nak suruh aku jugak yang jawab. Si Faeez Mazlan(Purung) pun tanya soalan semata-mata nak suruh aku yang jawab.


Yang aku memang rasa macam nak baling kasut campur tahi lembu sikit kat budak-budak tu, bukannya diorang tak tahu aku ada masalah suara hari tu. Saja nak mengenakan aku. Entah apa kena, macam menang sejuta je bila tahu aku tak ada suara hari tu. Waahh..pesta sakan ye korang? Tak apa. Tak apa. Ada ubi ada batas.


p/s : Sebenarnya rindu gila. Haga~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...