*setting masa : sekitar tahun 2002*
Loceng sekolah berbunyi. STABILO, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, berlari dengan riangnya menuju ke bas sekolah disertai rakan-rakan sebayanya. Masa tu peraturan dalam bas'First come , first reserve'. Jadi,STABILOsemangat nak cop tempat duduk disebabkan tak nak berdiri.
Maka, bagi mereka yang tak berapa bertuah macam siSTABILO,terpaksalah berdiri berhimpit-himpit , bertolak-tolak dan sedaya upaya mencari tempat untuk berpaut sebab nak overcome inertia punya reaction kan.
Bas pun bergerak. Mula menurunkan seorang demi seorang penumpang. KILOMETRICO,salah seorang mereka yang terpaksa berdiri, kebetulan berpaut pada kerusi STABILO. Si KILOMETRICO masa ni tengah tak berapa sihat. Agak macam pening-pening lalat sikit lah bila bas dah macam roller coaster. STABILO masih lagi sibuk berborak tak ingat dunia dengan rakan sebelahnya.
KILOMETRICO masih cuba nak gagahkan diri. Cuba juga buat-buat macam tak pening. Walaupun masa tu, pening dah macam berpusing satu dunia. Dan akhirnya, uwwwweeekkkk!! KILOMETRICO dengan tidak sengaja telah termuntah di atas baju STABILO. STABILO terus berhenti gelak dan jadi panik. Dia seolah-olah keliru.
Hendak dimarah, muka KILOMETRICO cukup pucat. Lalu, yang mampu STABILO buat adalah menangis teresak-esak. STABILO bertambah marah apabila baju kurung putihnya sahaja yang penuh dikotori muntahKILOMETRICO sedangkan baju KILOMETRICO sikit pun tak tercela.
Tidak mampu mengawal emosi, STABILO terus memarahi dan menengking KILOMETRICO.KILOMETRICO diam dan tunduk. Sehingga ke sudah, tiada sebarang ucapan maaf daripadaKILOMETRICO membuatkan STABILO seperti mahu sahaja menelan hidup-hidup KILOMETRICO. Walaupun secara teknikalnya, KILOMETRICO tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.
Dan sejak hari itu, KILOMETRICO tidak berani untuk bertemu atau terserempak dengan STABILO. KILOMETRICO takut, barangkali.
Sehingga ke hari ini , STABILO masih ingat dengan jelas bau muntah itu.
sape yg muntah kat kau?
ReplyDeletehahaa..budak skola agama. muntah dia busuk. haha
ReplyDeletehaha.aku tau ctew nie gark.haha.yang xboleh blah kau pergi nangis buat apa.dah xmacho time nak marah.haha
ReplyDeletehaha..tu lah . silap besar betul aku gi nangis dulu. ish ish.. sampai sekarang,budak tu tak berani tegur aku. hahaha
ReplyDelete