Beberapa hari aku dah jadi macam orang tak ada hala tuju hidup ditambah dengan kesesakan jiwa, dengan rasa berlipat kali ganda bersyukurnya aku mengatakan aku dah kembali pulih.Yeap, pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada manusia yang berjaya membuatkan aku tersenyum seorang saat saat aku memerlukan kata kata semangat orang tersayang. A phone call and texts really help. Thank you, creature. Or at least satu cerita yang mampu buat aku rasa nak tersenyum sampai koyak mulut? Okay, aku kaki gossip. Duh, normal la. Aku perempuan kot. Haha. Aku ni mudah tersenyum rupanya. =D
Damn. Apahal aku gedik?
Sekarang ni, serius weyh aku cakap. Aku punya passion nak update rumah bersawang aku ni macam dah fly pergi mana entah. Dulu macam hape aku punya semangat kan. Sehari tak update dah rasa macam nak kena tinggalkan laki.
Damn lagi.
Dalam beberapa hari ni, aku rasa aku macam bertapa kejap dalam GUA yang diprovide dengan segala macam kemudahan. Aku pendiam. Memang macam ajaib untuk satu rumah ah kan. Duh, macam macam wa fikir der. Daripada yang vital sampai lah yang ke tahap sampah. Sebab aku memang suka berfikir.
Ada suara suara yang kata aku ni kasar,harsh, boyish and apa lagi apa lagi??. Or in terms mereka "kurang elemen Gadis Melayu." Sebab apa? Sebab mereka judge daripada cara aku communicate. Cara aku bergaul. Cara aku cakap dengan member member aku. Heh, kau tak tengok lagi rupa aku nangis beb! Hanya orang orang yang rapat dengan aku tau aku ni sumpah perempuan gila nak mampos lembut tahap sotong sampai aku pun naik menyampah dengan diri sendiri.
Erk, sotong tak kot? Tapi lebih kurang ah.
Kadang macam aku pun terfikir jugak. Like seriously, betullah kan. Orang tua tua cakap "kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang." Terdetik jugak ah hati perempuan aku. Betul kot apa diorang cakap. Tapi tapi aku memang macam ni kot. Sebab tu lah ada panggilan IZZAT untuk aku. Takkan nak ubah jadi orang lain? Bukan hipokrit ke namanya tu? Aku ingat balik, aku analyse balik cara aku communicate dengan member member aku, ada betulnya. Haha.. Sampai aku pun rasa macam nak cakap depan cermin "Duh,kau tak boleh kasar lagi?".
Kawan kawan aku yang lelaki pun kebanyakan akan memilih aku untuk spill rahsia rahsia hidup diorang. Walaupun aku tak pernah tanya. Dan tak pernah terdetik untuk bertanya. Mesti aku dipilih untuk pegang rahsia. Aku consider satu sebab utama dia mungkin sebab aku sekepala dengan attitude kaum Adam ni. Or mungkin kau pernah dengar pasal yang lelaki akan cerita everything pasal life dari A sampai Z dia dekat kawan baik perempuan dia yang dia yakin takkan jadi bini dia? Macam tu lah kot. Lebih kurang macam rahsia secure lah kan.
So basically, aku tak kisah lah orang nak kata aku kasar ke, jantan ke. Pergi mam lah. Sebab kawan kawan aku tahu aku macam mana. Duh. Tolonglah faham. Aku bukan the type yang gelak tutup tutup mulut, makan penuh etika, bercakap penuh bahasa ilmiah. Kalau kau nampak aku macam tu, tu memang bukan aku. Bagi aku ah, makin rapat kau dengan someone, makin banyak benda perkara tah pape kau akan cakap dengan orang tu. Sampai yang menyakitkan hati. Tapi masing masing buat rilek je. Chill beb, gurau sikit tak luak weyh. Itu baru kenal luar dalam, dude!
Okay, aku rasa aku cakap dah macam vellu.
Aku pun naik tak paham apa aku tulis.
Sebab ni post tanpa backspace.
Kira halal ah apa yang dah lajak tu.
Kau wat lek sudah.
Takyah nak menggelabah sangat.
p/s : Terima kasih kepada kawan kawan aku yang sudi menerima manusia kasar ni jadi sebahagian komuniti korang. Tak sangka, aku manusia beku dan tepu dan tiga suku. Tapi ada jugak yang sanggup nak kawan dengan aku.
Izzatulisme kata :
Kasar kasar aku pun, aku still pakai baju kurung, tudung letak brooch kelip kelip, layan shawl, rembat heels kakak aku, suka tengok handbag and rasa pink tu cantik.
Perempuan kan?
LMAO.
=P
Kalau kau nak tengok aku jadi betul betul perempuan yang ladies, tunggu bila aku ada laki nanti.
Masa tu kau nampak IZZATUL NAZIHAH YANG LADIES.
ladies? MUSTAHIL! kau boleh bunuh aku la kalau kau ladies. tunggu kau pregnant baru aku percaya kau pompuan. HAHA :D
ReplyDeletebetul tuk...jadi diri sendiri la best,watpe nak jadi mcm pompuan gedixz....er,geli doh..hahaha
ReplyDeleteape best jadi lemah lembut+skema stiap masee.mcm robot je.haha
ReplyDeleteta kire hape yg jadi punn,dkat luh mahfuz tu da ade punn ttulis name laki ko.bukannye ta kawen pun nanti even org kate ko mcm2.;D
hoi syg ku! aku tengok kau takde lah kasar mane ponnn! nangis same2 jugak ngn aku kan? heee~ jgn risau, aku masih lagi tak nmpak kau mcm boyish ke ape ke.. (: just be yourself dear.
ReplyDeletetul kasar?
ReplyDeletetolong la paham.klw dlm kelas pun blh tertumpah air mata.how come ade org blh judge u kasar
syaza ; ahaha, kau mulut mmg takboleh mcm mintak kaki lagi lah kan? cis. okay, kau tunggu aku pregnant anak husband aku nanti, aku dtg tunjuk kat kau betapa wanitanya IZZATUL NAZIHAH.
ReplyDeletesyaheela & mun : yeah. nak jadi lembut 24 jam letih ah. jadi diri sendiri sudah. siapa terima. terima lah kan.. ahaha
ana : haha,, yeah, aku pun tak rasa aku kasar, but sometimes i do. and practically is trying to change it. haha. thanks dear.
ReplyDeletenad ; haha. dlm kelas tu paling wanita dah rasanya. blaja pun nangis whatt.. sumpah perempuan gila.. ahaha..