Yes,it happened again.Kau dan airmata kau yang tak pernah putus. Come on. Just admit, kau memang lemah. Setiap kali nak bangun, dah berjalan gagah, mesti kau jatuh. Apa malang sangat nasib kau? Kau kena sedar diri.
Orang kata, gagal sekali tak bermakna gagal sampai mati. Tapi untuk kes kau, tak sama.
Gagal sekali tu lah yang akan jadi bahan ungkit sampai kau mati.
Dan itulah dia bahan ungkit yang kau kena dan wajib telan.
Suka atau tidak. Kau ingat siapa nak kesian kat kau? Tak ada.
Kau tak pernah kesal dengan sebarang keputusan atau tindakan kau yang lepas. Dan tak pernah terfikir nak rasa kesal. Sebab kau memang dah sedia dengan sebarang pro dan kontranya. Kau cuba hadirkan rasa syukur yang sepatutnya ada sebagai seorang Islam. Bayangkan betapa yang lain tidak dikurniakan rezeki macam yang kau dapat. Sebab kau tahu Tuhan itu Maha Adil.
Tak cukup dengan kata kata pemusnah penuh kekesalan, nasib kau dibanding bandingkan pula dengan yang lain. Sudah berjuta kali kau ulang, itu rezeki masing masing. Siapa kita nak melawan rezeki Tuhan? Tapi kata kata kau sikitpun tak di ambil pusing. In fact, kau terus terusan dibiar hidup dengan rasa menyesal sebab pernah decide untuk berhijrah. Terus terusan dihukum dengan tindakan lepas kau. Terus terusan ditekan supaya kau akhirnya akan pilih untuk live in regret. Sebab kau pergi dan tak pulang bersama emas.
Kau tak pernah minta diberi semangat. Apatah lagi kata kata perangsang daripada sesiapa. Kau cuma minta satu perkara. Cukup sekadar jangan diusik semangat yang ada sekarang. Kau tak perlukan kata kata semangat mereka. Cuma jangan dihambur kata kata pemusnah pada kau. Buat masa sekarang ni. Sebab kau ini mudah melatah. Satu jentikan, semua dinding semangat kau dah boleh runtuh.
Dan sampai satu tahap,kau jadi fed up. Kau rasa nak mengalah dengan semuanya. Kau rasa kau dah tak mahu ambil peduli dengan dunia. Dan biar nasib yang bawa kau ke mana layaknya. Sampai kau pernah bermonolog sendiri, betapa malangnya kau menjadi seorang Izzatul Nazihah. Sebab kau ini lemah,mudah melatah. Kau rasa totally give up with yourself and quitting the life. Seboleh mungkin kau mahu berdiri dan teriak sekuat hati. Biar suara kau jelas gemanya dari hujung dunia ke hujung dunia.
“Ya,Izzatul Nazihah memang a major loser. Aku tak perlu orang untuk musnahkan semangat aku. Aku tak perlu sebarang kata kata untuk buat aku rasa menyesal dengan masa lepas aku. Aku tak perlu ayat ayat pemusnah untuk buat aku rasa tak ubah macam manusia yang gagal teruk dalam hidup. Kalau dengan hanya berhenti bernafas , berhentikan heartbeat dan berhentikan nadi aku boleh buat semua diam dan stop regretting my past, aku sanggup lakukan. Jika nyawa aku satu cagaran yang boleh buat keadaan kembali normal,silakan.”
Tapi kau masih ada iman. Islam masih pegangan. Jadi fikiran itu cuma sekadar bisikan iblis. Kau sudah terlalu penat. Biarkan bantal kau basah dengan airmata sebelum tidur. Dalam keadaan yang sama juga kau bangun tidur. Hari hari begitu dan entah sampai bila. Airmata kau cukup rajin. Kau makin buntu sekarang. Kau tak tahu nak berpaut pada siapa. Apa saja yang tinggal untuk kau bergantung harap?
p/s: Dia lebih tahu. Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini.
Permudahkan segala urusan bagiku di dunia dan di akhirat.
Bantu aku memilih jalan yang terbaik untukku.
Bantu aku menebus kesilapan dulu.
Sesungguhnya Kau maha mendengar isi hati hambaMu ini.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
balik pada Allah. itu je nasihat aku. ini ujian bagi kau. tak perlu bergantung pada sesiapa. cuma bergantung pada Allah. ingat pada Dia tak kira senang atau susah. insyaAllah Allah bantu. tolong agam Allah, nescaya Allah akan tolong dan teguhkan kedudukan kau. itu yang Allah da cakap dalam Al quran (:
ReplyDelete