Monday, April 25, 2011

Lobak, Kopi dan Telur.


Satu hari, seorang bapa membawa anaknya masuk ke dapur tempat dia bekerja. Sebaik melangkah ke dapur, dilihatnya tiga buah periuk yang mengandungi air mendidih diletakkan di atas api pada suhu 100 darjah celcius. Lalu si anak bertanya kepada bapa "Kenapa ayah membawa saya ke sini?". Si ayah hanya senyum tanpa memberi sebarang jawapan. Di iring langkah anaknya untuk melihat isi periuk. Si anak bertambah hairan. Tiada apa di dalam periuk melainkan hanya air mendidih. Lalu si ayah berkata. "Cuba kamu masukkan lobak mentah ini ke dalam periuk pertama." Lalu si ayah menghulurkan lobak merah yang mentah tadi kepada si anak untuk dimasukkan ke dalam periuk. Seterusnya mereka bergerak ke periuk kedua. "Kamu masukkan pula telur mentah ini ke periuk kedua."si anak menurut. "Nah, masukkan pula serbuk kopi ini ke dalam periuk ketiga." Kata si bapa. Seperti sebelumnya, si anak hanya menurut.




Setelah selesai ketiga tiga periuk diisi, si anak kembali bertanya kepada bapanya. "Kenapa ayah menyuruh saya mengisi periuk periuk tadi dengan ketiga tiga bahan tersebut?". Si ayah melemparkan senyuman kerana dia tahu anaknya bingung dengan tindakannya sebentar tadi.
Lalu dia merangkul bahu anaknya sambil melemparkan pandangan ke arah ketiga tiga periuk yang sedang mendidih bersama bahan yang baru dimasukkan tadi.

"Wahai anakku, kamu nampak tak sebentar tadi ayah ada menyuruhmu memasukkan tiga bahan yang berlainan ke dalam ketiga tiga periuk tadi?". Si anak mengangguk. "Cuba kamu perhatikan lobak dalam periuk pertama dan beritahu ayah apa keadaannya sebelum dan selepas dimasukkan ke dalam air mendidih." Si anak berjalan melihat periuk pertama dan melakukan permintaan bapanya.


"Lobak tadi sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih sangat keras dan kukuh. Sukar untuk dipatahkan. Tetapi selepas di rendam dalam air mendidih, lobak menjadi lembut dan mudah dinikmati isinya" jawab si anak. "Bagaimana pula dengan telur?" tanya si bapa. "Telur tadi sebelum dimasukkan, isi dalamnya sangat cair dan mudah retak jika terkena hentakan. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih, isi dalamnya menjadi keras dan kuat." jawab si anak lagi. "Kopi pula?". "Kopi sedikit berbeza. Sebelum dimasukkan kopi hanyalah serbuk biasa. Kopi membuat air mendidih tadi menjadi begitu harum dengan aroma kopi yang sangat menyelerakan." si anak menjawab dengan penuh yakin. "Apakah maksudmu untuk semua ini ayah?"


"Tiga bahan yang berbeza tadi adalah jenis jenis manusia. Manakala air mendidih tersebut adalah kesusahan dan musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada kita. Lihat sahaja tiga tindak balas yang berbeza. Ada manusia yang pada awalnya sangat teguh dengan pendirian diri, tidak mudah dipatahkan semangatnya sepertimana kerasnya lobak. Tetapi setelah datang sedikit dugaan, dia menjadi lemah. Dan mudah mengalah dengan situasi. Sehingga membiar diri dikawal oleh suasana sekeliling."



"Telur pula adalah gambaran manusia yang pada awalnya mudah untuk bertoleransi dengan orang sekeliling, lembut hati, mempunyai rasa belas kasihan yang mendalam dan perikemanusiaan yang tinggi dan mudah dibawa berbincang. Tetapi setelah ditimpakan dengan sedikit dugaan, telur menjadi keras dan tidak memandang kepada sebarang belas ihsan sehingga menganggap semua dugaan hanyalah satu perkara yang remeh. Telur sudah hilang rasa perikemanusiaan dan akhirnya menjadi beku disebabkan sudah begitu serik dengan musibah yang menimpa.


"Kopi pula sedikit berbeza. Ini kerana sebelum dimasukkan ke dalam air panas, kopi hanyalah serbuk biasa. Tetapi berbeza dengan lobak dan telur, kopi mengubah keadaan air menjadi keadaan yang sesuai untuknya. Kopi tidak mudah mengalah dengan kesusahan dan musibah, sebaliknya menjadikan kesusahan yang menimpa sebagai satu medium untuk dijadikan penawar. Kopi tidak menjadikan kesusahan sebagai alasan kepada perubahan zahirnya. Sebaliknya, kopi berusaha untuk menjadikan keadaan sekeliling sebagai bantuan terbaik kepadanya dan memastikan dia sentiasa hidup dalam kesusahan dan bukan mengalah dengan mudah."



Antara lobak,kopi dan telur. Ketiga tiganya adalah situasi harian yang biasa kita lihat.
Banyak dalam kalangan kita yang memilih untuk menjadi antara lobak dan telur.
Sehingga kita sendiri tak pasti kalau kita mampu menjadi kopi.
Walaupun kita sebenarnya tanpa sedar,
mengharap diri sentiasa menjadi kopi.



Izzatulisme kata :

Jangan risau. Tiada yang hidup mahupun yang mati terlibat. Hanya imaginasi gadis yang bernafas dengan udara dalam dunianya sendiri.





4 comments:

  1. akulah telur rasanya. LOL, tapi nak jadi kopi, maybe nescafe. that way i can make izzatul stay up the whole night to study history with me <3

    ReplyDelete
  2. ahahaha. gila lah kau sm! mengingatkan aku kepada waktu study sejarah macam zombi dah tgh2 mlm buta dgn kau ditemani nescafe berpaket paket. ahahha

    ReplyDelete
  3. terbaik doh !! mmg kalau kita sekali baca, mmg semua nak jadi kopi, tapi sgt susah nak jadi kopi kan? :D

    ReplyDelete
  4. kan kan? tu lah pasal. buat masa sekarang aku rasa aku macam telur. ahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...