Saturday, April 2, 2011

Bendera Putih.


Kau kalah lagi.
Untuk kali ke berapa entah. Berapa banyak semangat yang kau boleh kutip, tapi tak ada satu pun yang mampu melekat. Semangat dalam diri tak pernah tetap.


Kau jatuh, kau bangun.

kau jatuh, kau bangun lagi.

Tapi masuk kali ketiga.

Kau jatuh tersungkur.

Kau tak pasti kalau kau mampu bangun.

Kalau yang tolak kau cuma orang picisan, kau takkan rasa berkudis.

Tapi macam mana kau nak bangun?

Kalau yang tolak kau tu punca kekuatan kau sendiri?

Kau cakap dengan aku.

Siapa lagi yang boleh tolong kau bangun?

Tak ada. Tak ada. Senyum nipis.

Kau cuba saban hari , tinggikan rasa syukur.

Walaupun ada manusia yang masih hargai penat lelah kau, tapi bukan daripada mereka yang kau harap. Walaupun ada manusia yang masih hargai pencapaian kau, tapi bukan daripada mereka yang kau percaya. Walaupun ada manusia yang masih hargai usaha kau, tapi bukan daripada mereka yang sepatutnya bangkitkan kau.

Kau baru nak bangun, baru nak belajar bertatih balik. Tapi sumber semangat kau, tolak kau jatuh balik. Kalau setakat tolak kosong, mungkin kau mampu gagah lagi. Tapi kalau dah kau disembur kata kata perlekeh. Ibarat usaha kau selama ni, semuanya macam sampah. Sampah yang layaknya dipijak.

Kegagalan pertama kau di anggap sampah.
Kejayaan lepas kau dah dibakar.
Sampai kau dah mula rasa diri tak layak.
Sebarang penghargaan yang patut kau terima dengan gembira, dah hilang rasa manis.
Sebab apa?
Sebab sumber semangat kau kata kau tak layak.
Tak layak langsung, tak berbaloi pun.


Kau tak tahu nak cari siapa.
Dan akhirnya.
Kau duduk bergelap.
Menangis lagi.
Tertunduk.
Lemah.





8 comments:

  1. Izzatul, i know its hard. but this time, you have to show them that failure now, doesn't mean failure forever. please be happy. risau aku tengok kau macam ni. i'll always be here if u need me. :D fighting!

    ReplyDelete
  2. dear izzatul nazihah.. please be strong! jangan macam ni weyh. kau tahu kan, kau ade kitorang, think positive. die ckp mcmtu utuk naikkan smgat kau. supaya kau usaha lebih lagi in the future. aku tak suka kau mcmni,. aku nak izzatul yg dulu. yg kuat. yg selalu bg aku semangat whenever i need it. kau boleh kan? trust me. you can. set ur mind that u can. ur mind control everything..:)

    ReplyDelete
  3. tul,jgn mudah mengalah.biaq pe org nak kata,tp,ko tau bhw ko dah berusaha thp gaban time tuh.. yg penting ko dah wat yg terbaik....

    ReplyDelete
  4. terima kasih kawan kawan. sangat gembira bila tahu korang ada.. how lucky aku ada kawan mcm ni. thanks semua. really appreciate it. =)

    ReplyDelete
  5. tul.things happened 4 a reason.terima ja ade hikmah kot.we never know.

    ReplyDelete
  6. i'm fine with it. but the people around. they never seem to understand.

    ReplyDelete
  7. ehm.. tak apa lah adaa.. bila kau rasa anugerah yg kau patut dpt tp org kata kau tak layak, keinginan utk terima mesti dah tak ada kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...