Wednesday, April 6, 2011

Cinta tak buta, orang bercinta yang membabibuta.



Kasih sayang itu vital hukumnya.

Tapi biar jelas keperluannya.

Kau aku dia semua perlu kasih sayang.

Tapi aku kesal.

Yang jelas, di kaburkan.

Pelik manusia. *sambil berdiri depan cermin geleng geleng kepala*

Hari hari sibuk canang cerita, jangan jadi buta sebab cinta.

Dah diingatkan berjuta kali pun masih sama.

Tapi berapa ramai yang hilang pertimbangan bila sebut soal cinta?

Definisi daripada kamus cetek akal.

Cinta ; sayang daripada zahir dan batin. Bila dah sayang, semua nak bagi. Sendiri berkorban separuh nyawa sebab kekasih hati. Konon bukti sayang hakiki.

Dulu aku kurang percaya cakap cakap kosong macam ni. Bagi aku, itu semua karut. Ah, pengaruh media kuat sangat ni. Aku tak percaya wujud istilah“cinta sampai mati sanggup gadai body.” Serius. Jadah kau, ingat ni movie?

Tapi kalau pelacur tu, aku tak boleh nak kata apalah kan.

Semalam mak bersilat cerita. Kisah benar pasal kenalan dia. Tak sangka aku, istilah ni really works for some people. Ish ish.. mengucap panjang aku. Sebab cinta seorang lelaki yang belum tentu pasti jadi suami, mahkota diri dah bagi free. Whattheheck?


Izzatul : Sampai sanggup gadai maruah? Takkan lah sampai macam tu kot?

Mak : Ye.. katanya dah sayang sangat. Tapi nak buat apa. Nak nasihat pun, benda dah jadi.Nak menyesal memang tak guna dah lah. Siap tunjuk lagi resit check in hotel dia.

Izzatul : Serius? Lepas tu, dia dengan lelaki tu stay lagi ke?

Mak : Herm.. tu lah. Bercinta membabi buta. Habis madu sepah dibuang. Lelaki tu entah dah hilang ke mana. Bila nak duit, baru contact.

Izzatul : What? Keparat gila jantan tu. Habis tu, dia bagi jugak duit kat lelaki tu?

Mak : Haah. Bagi jugaklah. Lelaki tu mintak berapa pun dia sanggup bagi walaupun duit gaji dia tak adalah mewah mana. Sanggup hari hari makan Maggi sebab nak sara lelaki tu.

Izzatul : Lelaki tu kerja apa?

Mak : Tak kerja. Jobless. Kikis duit perempuan.

Izzatul : Duh, tak boleh keparat lagi ke jantan tu? Tapi dia memang bukan nak sangat pun kan kat perempuan tu?

Mak : Herm.. MAcam tu lah. Dia dah lepas habis sesak dia dengan perempuan tu, dia tidur pulak dengan perempuan lain.

Izzatul : Adoi.. Hotstuff sangat ke lelaki ni? Semua main nak rembat?

Mak : Haha.. Hotstuff? Lebih kepada ayat romeo aset dia kot.

Izzatul : Pergh.. ni dah bukan guna ayat. Ni dah tahap main minyak pengasih ni.

Mak : Tapi kan yang peliknya, perempuan ni dia bukan tak tahu lelaki ni cuma gunakan dia. Tapi dia macam can't seem to let go. Cinta mati lah konon.

Izzatul : Oh really? Sah pengasih. Pawang dia guna hebat!

Mak : Dia belikan macam macam. Siap belikan kereta sebuah lagi untuk lelaki tu. Sanggup duit gaji habis bayar kereta lelaki tu, tapi end up lelaki tu lesap entah ke mana. Last last dia yang kena tanggung duit kereta tu sampai habis.

Izzatul : Kereta mahal?

Mak : Erm.. Gen-2 tu kira mahal lah kan untuk lelaki tak guna macam tu. Ish.. simpang~ Kereta tu tiap tiap bulan dia bayar. Bila tak bayar, bank call dia suruh bayar.

Izzatul : Woah.. Then apa lagi yang dia korbankan untuk lelaki tu?

Mak : Entah. Dia kata dia tahu lelaki tu jahat. Dia tahu lelaki tu dah tidur dengan banyak perempuan selain dia. Tapi dia sanggup terima jugak. Lelaki tu pun siap dah mengaku. Entah, dah sayang tak boleh nak buat apa dah. Nasihat takkan jalan punya. To make it worst, lelaki tu hisap dadah.

Izzatul : Seriously? Dahlah kebas duit perempuan, seks rambang. Hisap dadah lagi?

Mak : Haah. Dia pernah ajak perempuan tu try dadah tu. Tapi perempuan tu tolak.

Izzatul : Pergh..! Dadah? Okay, itu unacceptable.

Mak : Cinta katanya. Terima seadanya.

Izzatul : Lepas tu,dia sanggup terus hidup dalam kesempitan wang macam tu? Kena kejar dengan pihak bank?

Mak : Lebih kurang macam tu lah. Entahlah. Dunia sekarang dah macam macam. Bercinta macam esok dah nak kiamat.

Izzatul : Fuuhh.. memang membabi buta.

Mak : Hah, yang kau ni jangan nak fuh sana fuh sini. Ambik iktibar. Kau jangan nak ikut macam tu.

Izzatul : Hah? Eh,taklah mak. InsyaAllah tak. Pandailah saya menjaga diri.

Mak : Kita orang perempuan. Kalau nak sayang, jangan sayang sangat macam tu. Belum tentu jadi suami.

Izzatul : Okay mak. *sengih sengih*


Damn. Apa mereka fikir pasal cinta? Bercinta macam tu? Adoi~

Sesak dada. Kalau study boleh pakai otak, bercinta tak boleh pakai otak?

Tapi nak kisah apa, kalau dah pakai service pawang hebat. Aku tak pelik.


Mereka kata, cinta itu buta. Tapi kenapa kau nak salahkan cinta? Kalau dah yang bercinta membabibuta? Masih nak salahkan cinta? Bagi semua harta zahir batin dah cukup nak kata kau sayang mati? Kalau tak bagi, kau simpan jelah sayang kau bawak pergi mati. Ahaha. Okay, aku memang tak layak nak bukak topik ni. Apalah sangat pengetahuan cetek aku ni paham pasal cinta. Dunia aku tak cukup luas nak dabik dada. Pengalaman aku pun secebis dua tak cukup nak hujah. Tapi setakat pendapat, aku rasa kau pun ada pendapat sendiri kan daripada cerita ni?


Pendapat jujur, perempuan tu pergilah berubat. Sampai bilalah kau nak di"blind fold"kan oleh cinta lelaki durjana tu? Tak kemana pertolongan syaitan ni. Dan kepada lelaki tu tolonglah hargai penat lelah mak kau beranak kan kau ke dunia. Kalau mak kau tahu, aku rasa kecik kecik lagi mak kau dah campak masuk sungai.

Belajar nak cinta Tuhan, separuh nyawa. Tapi belajar nak cinta buta, terang hati.

Aku pun sama.

Tapi tu lah yang aku faham. Manusia pelik. *sambil berdiri depan cermin*

Itulah konklusi aku. Bercinta. Siapa yang dapat elak? Dah memang lumrah.

Even aku pun pernah terasa nak bercinta.

Eleh. Kau pun sama kan?

=P





8 comments:

  1. sengal lah tul. cerita ni biar betik. HAHA. lawak2. same lah kite punye topik kat blog. walawehh

    ReplyDelete
  2. wah wah wah! perfect entry! *over tak? mntak simpang wey semua tu! amin.. :D

    ReplyDelete
  3. post yg baguih tuk paparan semua.......semoga jd iktibar.....

    ReplyDelete
  4. anyway.untuk prevent semua ni agar terjadi pada diri sendir adalah dengan memenuhkan ilmu di dada. bukan setakat ilmu agama, bahkan ilmu mempertahankan diri pun bolehh. hehe. agak susah nak menahan diri daripada mencintai seseorang. believe me laa. tapi,, tahann je laa. ada jodoh ada laa. :p

    ReplyDelete
  5. ahahahah.. ini kisah benar. hehehe..terima kasih kawan kawan..

    ReplyDelete
  6. tk guna punya lelaki, ok perempuan tu pon sama -.-

    ReplyDelete
  7. kan? lelaki tu mmg serius keparat kelas pertama wa cakap lu. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...