Showing posts with label dilema. Show all posts
Showing posts with label dilema. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Layakkah Aku?

Islam kata sabar sebahagian daripada iman.
Otak kata sabar itu mulia dalam akhlak.
Hati kata sabar itu ada hadnya.

Lalu,aku tertanya sendiri. Bagaimana pula kalau otak sudah mula menjana kata hati yang sedikit lari dengan anjuran agama? Berbelit-belit kan? Aku bukan seorang pendendam. Aku bukan juga seorang perengus. Tapi harus diingat, aku juga anak cucu Adam.

Setiap tingkah tentu ada salahnya. Kadang kesabaran yang ada diuji. Kadang kesabaran yang ada dipandang enteng. Kadang kesabaran yang ada dianggap remeh. Cuba juga dipujuk hati supaya tetap terus meminimumkan tahap kesabaran yang ada ini. Aku tak nak digelar pencabul adat bangsa.

Tapi bila hati busuk datang bisik, kesabaran aku ini layaknya dipijak-pijak sahajakah? Kesabaran aku ini picisan sahaja kah? Lalu, segala amarah yang disimpan sebelum ini, yang digenggam erat sehingga tidak ada satu jiwa pun yang mampu menghidu, dilepas dengan rasa benci. Amarah bertukar benci. Simpati berpindah tiada hati. Sikitpun tidak ingin mengamuk. Kerana tiang benci sudah mula pacakkan benderanya. Skalanya sudah cecah sekatan terakhir. Aku hanya mampu menyarung karakter baru. Didungukan dengan bisikan busuk si iblis.


Ya Allah, aku tak nak jadi begini. Bantu aku menjadi dulu. Hilangkan segala kehitaman yang berlubuk di hati ini. Aku bukan hamba iblis. Aku bukan sekutu syaitan. Sucikanlah segala kehitaman ini.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.



Wednesday, February 23, 2011

Dulu Sekarang Lain.

Begini ceritanya.


ADENOSINE merupakan seorang yang sangat peramah dan ringan mulut. ADENOSINE juga mudah bergurau dengan sesiapa. Baginya, dia akan bergurau dengan sesiapa sahaja selagi tidak mennyinggung mana-mana pihak. Sehingga satu hari, SEROTONINE menggemparkan berita bahawa ADENOSINE menyukai DOPAMINE dalam diam. ADENOSINE runsing dan malu dan rasa marah kerana SEROTONINE menyebarkan cerita yang tidak benar. Saban hari ADENOSINE di usik oleh rakan-rakan sebaya dek cerita yang diheboh oleh SEROTONINE. Tapi seperti biasa, ADENOSINE menganggap semua itu gurauan.



Berlainan pula dengan DOPAMINE. DOPAMINE merasakan semua itu sangat memalukan. Dia yang pada mulanya berkawan dengan ADENOSINE kerana sama-sama terlibat dalam menjayakan satu majlis, berasa pelik dengan khabar tersebut. DOPAMINE sampai menjadi malu untuk bertemu ADENOSINE .ADENOSINE tidak memandang serius hal tersebut kerana berpendapat DOPAMINE juga berfikiran seperti dia. Malangnya, ADENOSINE salah. Sejak khabar angin itu disebarkan, DOPAMINE sudah tidak mahu menegur ADENOSINE . DOPAMINE merasakan dirinya malu apabila di usik sedemikian rupa.DOPAMINE ternyata tidak suka sama sekali.


Dan sejak hari itu, ADENOSINE dan DOPAMINE secara tidak rasminya, telah tidak berkawan memandangkan mereka sudah saling tidak bertegur. ADENOSINE sedih. ADENOSINE sungguh-sungguh tidak sangka DOPAMINE akan bertindak begitu. Kadang-kadang ADENOSINE pelik kenapa DOPAMINE boleh saja berbual dengan orang lain selain ADENOSINE. Tapi bila dengan ADENOSINE, DOPAMINE seboleh mungkin tak nak bercakap langsung atau senang cerita buat-buat tak kenal.


ADENOSINE ada juga cuba tegur-tegur DOPAMINE. Takut-takut DOPAMINE marah atau benci dekat ADENOSINE. Bukan sekali dua, selalu juga ADENOSINE cuba nak berbual dengan DOPAMINE. Kawan-kawan pun banyak yang nasihat ADENOSINE , buat macam biasa saja, macam tak ada apa jadi. Kawan je macam sebelum ni. Borak macam biasa. ADENOSINE sampai naik buntu. Sampai satu tahap, ADENOSINE rasa DOPAMINE mungkin dah benci dia. Bukan tak suka tapi dah sampai tahap lebih kritikal, benci.


ADENOSINE kesal, kerana satu berita yang sangat tidak benar oleh SEROTONINE, hubungan mereka jadi hancur macam tu. Padahal mereka boleh dikatakan agak rapat masa sama-sama menjayakan satu majlis.DOPAMINE yang banyak tolong selesaikan kerja ADENOSINE masa dia sangat-sangat memerlukan bantuan untuk kerjanya. DOPAMINE masih begitu. Sehingga hari ini. DOPAMINE masih tak boleh terima langsung semua ni sebagai gurauan.


Lalu, ADENOSINE tekad. Dia sudah tidak salah. Bahagiannya sudah dijalankan. Seperti yang dianjurkan Islam. Memilih perdamaian. Cuma masih menunggu DOPAMINE berlembut. Tidak tahu di mana salahADENOSINE sehingga DOPAMINE menghukum dia begitu rupa. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunyaADENOSINE ingin berkawan semula dengan DOPAMINE , bergurau tanpa rasa kekok dan gelak ketawa sama-sama. Sama macam dulu-dulu.



"Benci sangatkah kau pada aku DOPAMINE?" - ADENOSINE.


Friday, February 18, 2011

Dilema Anak Bongsu.

Ber"adik-beradik"kan seorang Kakak dan seorang Abang, dan memang secara jelasnya aku adalah yang bongsu. Yang termuda, termanja dan juga tercomel dalam kalangan mereka. Hahaha.. Ya,memang seronok weyh jadi muda dan comel. Tapi tulah. Ada jugak disadvantages dia yang kadang-kadang membuat aku rasa kurang puas hati dan rasa nak memberontak yang teramat sangat sampai kalau boleh nak baling lampu kat dinding, nak hentak meja makan kasi terbelah dua, nak hempuk tv sampai tinggal serpihan je, nak tumbuk suis sampai wayar-fius segala terkeluar.


Lepas tu jerit kuat-kuat macam orang sasau. Yeah,rocking man! Puas hati.


Tapi tak. Angan-angan tinggal angan-angan. Aku TAK BUAT SEMUA TU. Disebabkan kewarasan akal aku masih lagi berfungsi dengan baik tanpa cela, aku tak buat(*walaupun sebenarnya teringin*). Aku masih lagi memegang takhta "anak mithali". Banyak dilema menjadi yang termuda dalam keluarga. Serius tak tipu. *tapi sebenarnya kalau anak sulung pun still akan cakap benda sama jugak*


Beberapa dilema aku yang aku rasa aku tak dapat nak luahkan kat ibu bapa tercinta. Setakat pendam sendiri. Oh,aku memang seorang pendendam. Eh, pemendam. Kata anak solehah kan?

Kalau kau pun anak bongsu,mesti ada certain part kau setuju. Hehe..


PERTAMA, menjadi tunggak terakhir harapan ibu bapa.
- Adoi.. Tang ni yang lemah segala sendi lutut aku ni. Tahu tak berapa banyak tekanan yang diletak dekat atas bahu ni? Dengan segala macam kemewahan dan kesenangan hidup diberi yang akan berakhir dengan.. "Mak Ayah dah sediakan segala macam yang Adik nak. Belajar je rajin-rajin. Kakak dengan Abang tu Mak Ayah dah tak risau dah. Tinggal Adik je ni harapan Mak Ayah."
Erk.. Harapan terakhir tu! Kira macam memang tak boleh salah. Everything must be perfectly arranged. Faham tak?


KEDUA, menjadi bahan perbandingan antara adik-beradik yang lain.
- Ha,mesti pernah kan mengalami situasi ni? Memandangkan kau adalah yang termuda, ditambah pula dengan kakak-kakak dan abang-abang kau yang dah cukup berjaya tu,mesti parents kau akan bandingkan kau dengan yang lain. Okaylah,aku bagi demo sikit.


Situasi 1
Si Bongsu : Ayah, Adik dapat 1A UPSR.
Ayah : 1A?! Tak belajar ke?Tengok abang kakak kau, mana pernah tak dapat straight A's.
Si Bongsu : Tapi Ayah,Adik belajar. Mungkin bukan rezeki kot.
Ayah : Mana boleh. Abang kakak kau boleh, apa pasal kau tak boleh?
Si Bongsu : *diam,tunduk

KETIGA, tak diberi peluang untuk menegur mereka yang lebih tua walaupun salah.
- Yang ini aku percaya rata-rata pun pernah mengalami kes ni. Yang tua memanglah takkan mengaku salah. Come on lah. Orang tua makan garam dulu daripada budak hingusan macam kau tu! Pengalaman hidup pun tak seberapa ada hati nak tegur orang. So,bila ada je benda yang kau rasa tak kena tapi nak tegur maka secara automatiknya kau akan dilabel "derhaka","kurang ajar", "berlagak pandai" dan sebagainya. Contohnya :-

Situasi 2

Si Bongsu : Abang, salah lah buat macam tu.
Abang : Ah,kau apa tau. Umur pun tak cukup. Sibuk nak ajar orang.
Si Bongsu : Tapi Adik cakap betul ni.
Abang : Ish..Dahlah. Pergi sanalah kau.


KEEMPAT, tetap dianggap budak kecil hingusan sampai bila-bila
-Mengikut kata Dr.Fadzilah Kamsah la kan, kebanyakan ibu bapa akan tetap rasa anak bongsu mereka tu adalah anak kecil yang tak tahu apa-apa walau macam mana tua pun si bongsu tu. Yela,dah nama pun bongsu. Mak Ayah tengok kau macam budak-budak je der! Kau je yang bajet dah dewasa sangatlah kan. Dengan rambut colour-colour lah bagai, tindik sana sini. Muka dah habis ganas sambil layan lagu Black Sabbath je, tiba-tiba nak keluar rumah mak pesan,


"Adik,nanti nak melintas jalan tengok kiri kanan. Jalan tu tengok bawah,takut tersepak batu nanti kaki darah. Nak makan tengok tulang nanti tercekik. Kalau ada orang tak kenal jangan tegur."


Erk.. Alamak aih..! Itu pesanan untuk budak tadika der! Tolonglah faham. Walau sedewasa mana pun kedewasaan yang cuba dipamerkan,mak kau tetap akan anggap kaulah si bongsu yang merangkak comel atas lantai dulu. Dah nama pun bongsu kan.



Yang kelima? Yang itu,aku biarkan kreativiti kau untuk berfikir. Nak tulis panjang-panjang bukan kau larat pun nak baca.



p/s : Nanti anak buah aku nak suruh panggil "auntie su" lah. The cutest auntie su.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...