Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Lagu & Irama.

[Gambar : Aku masih simpan lagi walkman aku yang pertama macam ni. *jakun jakun*]


Kawan-kawan aku semua sedia maklum aku punya kecenderungan terhadap lagu lagu mati memang sangat tinggi. Dan aku boleh kata daripada semua lagu yang ada dalam playlist aku, 80% adalah lagu mati. Okay, lagu lagu mati ni means lagu yang kalau orang tengah heartbroken atau tengah frust atau kecewa-patah-hati-rasa-macam-nak-menjerit memang boleh mati lah dengar lagu dalam playlist aku ni senang cakap. Ini pun kawan-kawan aku yang bagi label. Terima kasih fellas. Cannot go betul istilah korang ni. Nak guna terms kebabooomm je kan?


And since menamatkan alam persekolahan, memang kegiatan aku mencari lagu lagu "mati" ni makin rancak lah kan. Sedap wooo dengar. Majoriti lagu yang bertemakan sebegini enak didengar. Kalau search liriknya satu persatu memang kau akan bersetuju dengan aku punya. Kalau tak pasal kekasih dah mati, mesti pasal dah putus cinta, takpun kekasih curang atau paling busuk pun cinta tak kesampaian. Ha,nak tuduh le tu. Sorry sikiiittt.. Aku bukan jenis tangkap leleh okay. Aku minat lagu lagu macam ni bukan sebab aku terlibat dalam situasi sedemikian. Cuma suka dengar muzik macam tu je. Eleh..macam kau tak pernah pulak kan?

[ Gambar : MP3, MP4, iPod teramatlah menjadi keperluan zaman sekarang. ]


Teringat ayat Norhana Abdullah yang mengatakan "Kalau ada orang tengah heartbroken dengar MP3 kau boleh mati tau tak?". Okay,hiperbola la tu kan Hana. Extra exaggerate betul. Aku dengar elok je kot. Oh by the way,aku rindu gila tahap sasau kat MP3 aku. Rindu mengalahkan rindu aku kepada bantal busuk aku. Dah lama dah hilang since masa Sultan Perak datang nak merasmikan sekolah aku. Entah macam mana boleh hilang. Yang pelik, MP3 tak ada, earphone ada pulak. Pelik aku! Sayang gila MP3 tu sebab tu hadiah PMR aku. Okay,forget it.

So basically lagu lagu mati ni kalau kau perasan lah kan, kebanyakan mesti berentak slow. Yela,ambik mood tu. Tapi ada sesetengah yang rentak henjut kepala punya. Tengok lirik, ommak aih! Lagu patah hati ke? Okay,lagu macam ni pun aku kurang minat juga. So, these are a few songs in my current playlist.


  1. Stop crying your heart out - Oasis.
  2. Dreaming with a broken heart - John Mayer
  3. Goodbye my lover - James Blunt
  4. Cinta dalam hati - Ungu
  5. Ku katakan dengan indah - Peterpan
  6. Better in time - Leona Lewis
  7. The man who can't be moved - The Script
  8. Talking to the moon - Bruno Mars
  9. No tears - James Blunt
  10. I dont wanna know - Mario Winans
  11. The mess I made - Parachute
  12. Nothing better - The Postal Service
  13. All cried out - Allure & 112
  14. All by myself - Jamie O'Neal
  15. The answer - Man with Robot Hands
  16. Broken man - Danger Radio
  17. Bruised - Jacks Mannequin
  18. Wish you were here - Hey Monday
  19. Calling All Angels - Train
  20. Yesterday - The Beatles
  21. Hanyut - Faizal Tahir


Sekarang kau cakap dengan aku. Lagu lagu mati ke semua ni?


Tak kan?




p/s : Kalau kau ada jumpa lagu-lagu bergenre macam ni, wall facebook aku sentiasa menunggu. Hee.. =)


Friday, March 4, 2011

Layakkah Aku?

Islam kata sabar sebahagian daripada iman.
Otak kata sabar itu mulia dalam akhlak.
Hati kata sabar itu ada hadnya.

Lalu,aku tertanya sendiri. Bagaimana pula kalau otak sudah mula menjana kata hati yang sedikit lari dengan anjuran agama? Berbelit-belit kan? Aku bukan seorang pendendam. Aku bukan juga seorang perengus. Tapi harus diingat, aku juga anak cucu Adam.

Setiap tingkah tentu ada salahnya. Kadang kesabaran yang ada diuji. Kadang kesabaran yang ada dipandang enteng. Kadang kesabaran yang ada dianggap remeh. Cuba juga dipujuk hati supaya tetap terus meminimumkan tahap kesabaran yang ada ini. Aku tak nak digelar pencabul adat bangsa.

Tapi bila hati busuk datang bisik, kesabaran aku ini layaknya dipijak-pijak sahajakah? Kesabaran aku ini picisan sahaja kah? Lalu, segala amarah yang disimpan sebelum ini, yang digenggam erat sehingga tidak ada satu jiwa pun yang mampu menghidu, dilepas dengan rasa benci. Amarah bertukar benci. Simpati berpindah tiada hati. Sikitpun tidak ingin mengamuk. Kerana tiang benci sudah mula pacakkan benderanya. Skalanya sudah cecah sekatan terakhir. Aku hanya mampu menyarung karakter baru. Didungukan dengan bisikan busuk si iblis.


Ya Allah, aku tak nak jadi begini. Bantu aku menjadi dulu. Hilangkan segala kehitaman yang berlubuk di hati ini. Aku bukan hamba iblis. Aku bukan sekutu syaitan. Sucikanlah segala kehitaman ini.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.



Saturday, February 26, 2011

A Letter to Juliet.


Ada cerita tentang aku dan dia,
dan kita bersama, saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah,
saat kita berduka, saat kita tertawa.

****************************************************************

Things have been pretty messed up lately. Despite all of the laughter and fake smiles they bought, not even a single soul ever noticed these are all just another lie. Not even herself. Because all that she has been doing is paving every inch of her capillaries with as many as possible tiles of patchwork, in which non of them seems to suit her all the way long. She finally raises her hands. Look down, and silently whisper to herself. She is a great keeper. A secret keeper of herself. She reluctantly had to admit, sometimes tears say all there is to say. Sometimes your first scars won't ever be erased.

She was looking back all photos of her own feebly. A glimpse of each of them is enough to wake her, most of the picture she was looking at , was the picture of her with JULIET. Well, they say pictures tell thousands of stories. But she is still having a skeptical issue about that. She portrayed almost all the pictures with JULIET. As if they are the greatest best friend ever on universe. As if they were born to be attached together. As if no one understand them better than each other. As if their bond is much stronger than any concrete bond of skyscrapers.

To her slight gloomy, that was how they used to be. That was how things were so vibrant , in the flood of prophecy context, they leaned on the trustworthy door. They always lend their shoulder to each other whenever in need. But now, every single thing they owned before disappear in the blink of an eye. They are both taking their own path. The very last time they met, and up until today. She never heard any news regarding JULIET.

What hurts her the most was when she finds that JULIET could call everyone on her contacts list, but JULIET never reached for her. And she was wondering to herself, "Have I ever crossed on her mind?".JULIET used to be the person whom she spilled about almost everything of her entire life. Well, no surprise though. JULIET got herself a boyfriend,ROMEO who cares for her just like the way every girl would dream of.

So,why on earth should JULIET gives a thought about her "best-friend-used-to-be"?. She is aware that ROMEO could be JULIET'S guardian angel whenever she is not around. JULIET did a drastic improvements in her studies and she could not be more than happy for JULIET. Obviously, JULIET feel blast of ROMEO'S presence lingered around her.

They talked and met and laughed. Still befriend with each other. Not marking any arch nemesis. But the vibe was missing. Not even a sense of excitement just like those days back then. Her deepest regret was when she did not make their last moment together as the precious. She left the school with the unfixed friendship problem between she and JULIET. Their wracked relationship never gets better and it is soon to be faded away like a dust. Just another prediction for mental prepare.

God knows how much and deep she misses JULIET. She needs to convince herself, JULIET has moved on. The old JULIET whom she loves so much. While she is the girl who can't be moved. Humans changed perhaps.



From the bottom of my broken heart ;

At least, a poke on my facebook page is more than enough, JULIET.


********************************************************************

Teringat disaat, kita tertawa bersama
Ceritakan, semua tentang kita


Wednesday, February 23, 2011

Dulu Sekarang Lain.

Begini ceritanya.


ADENOSINE merupakan seorang yang sangat peramah dan ringan mulut. ADENOSINE juga mudah bergurau dengan sesiapa. Baginya, dia akan bergurau dengan sesiapa sahaja selagi tidak mennyinggung mana-mana pihak. Sehingga satu hari, SEROTONINE menggemparkan berita bahawa ADENOSINE menyukai DOPAMINE dalam diam. ADENOSINE runsing dan malu dan rasa marah kerana SEROTONINE menyebarkan cerita yang tidak benar. Saban hari ADENOSINE di usik oleh rakan-rakan sebaya dek cerita yang diheboh oleh SEROTONINE. Tapi seperti biasa, ADENOSINE menganggap semua itu gurauan.



Berlainan pula dengan DOPAMINE. DOPAMINE merasakan semua itu sangat memalukan. Dia yang pada mulanya berkawan dengan ADENOSINE kerana sama-sama terlibat dalam menjayakan satu majlis, berasa pelik dengan khabar tersebut. DOPAMINE sampai menjadi malu untuk bertemu ADENOSINE .ADENOSINE tidak memandang serius hal tersebut kerana berpendapat DOPAMINE juga berfikiran seperti dia. Malangnya, ADENOSINE salah. Sejak khabar angin itu disebarkan, DOPAMINE sudah tidak mahu menegur ADENOSINE . DOPAMINE merasakan dirinya malu apabila di usik sedemikian rupa.DOPAMINE ternyata tidak suka sama sekali.


Dan sejak hari itu, ADENOSINE dan DOPAMINE secara tidak rasminya, telah tidak berkawan memandangkan mereka sudah saling tidak bertegur. ADENOSINE sedih. ADENOSINE sungguh-sungguh tidak sangka DOPAMINE akan bertindak begitu. Kadang-kadang ADENOSINE pelik kenapa DOPAMINE boleh saja berbual dengan orang lain selain ADENOSINE. Tapi bila dengan ADENOSINE, DOPAMINE seboleh mungkin tak nak bercakap langsung atau senang cerita buat-buat tak kenal.


ADENOSINE ada juga cuba tegur-tegur DOPAMINE. Takut-takut DOPAMINE marah atau benci dekat ADENOSINE. Bukan sekali dua, selalu juga ADENOSINE cuba nak berbual dengan DOPAMINE. Kawan-kawan pun banyak yang nasihat ADENOSINE , buat macam biasa saja, macam tak ada apa jadi. Kawan je macam sebelum ni. Borak macam biasa. ADENOSINE sampai naik buntu. Sampai satu tahap, ADENOSINE rasa DOPAMINE mungkin dah benci dia. Bukan tak suka tapi dah sampai tahap lebih kritikal, benci.


ADENOSINE kesal, kerana satu berita yang sangat tidak benar oleh SEROTONINE, hubungan mereka jadi hancur macam tu. Padahal mereka boleh dikatakan agak rapat masa sama-sama menjayakan satu majlis.DOPAMINE yang banyak tolong selesaikan kerja ADENOSINE masa dia sangat-sangat memerlukan bantuan untuk kerjanya. DOPAMINE masih begitu. Sehingga hari ini. DOPAMINE masih tak boleh terima langsung semua ni sebagai gurauan.


Lalu, ADENOSINE tekad. Dia sudah tidak salah. Bahagiannya sudah dijalankan. Seperti yang dianjurkan Islam. Memilih perdamaian. Cuma masih menunggu DOPAMINE berlembut. Tidak tahu di mana salahADENOSINE sehingga DOPAMINE menghukum dia begitu rupa. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunyaADENOSINE ingin berkawan semula dengan DOPAMINE , bergurau tanpa rasa kekok dan gelak ketawa sama-sama. Sama macam dulu-dulu.



"Benci sangatkah kau pada aku DOPAMINE?" - ADENOSINE.


Friday, February 18, 2011

Dilema Anak Bongsu.

Ber"adik-beradik"kan seorang Kakak dan seorang Abang, dan memang secara jelasnya aku adalah yang bongsu. Yang termuda, termanja dan juga tercomel dalam kalangan mereka. Hahaha.. Ya,memang seronok weyh jadi muda dan comel. Tapi tulah. Ada jugak disadvantages dia yang kadang-kadang membuat aku rasa kurang puas hati dan rasa nak memberontak yang teramat sangat sampai kalau boleh nak baling lampu kat dinding, nak hentak meja makan kasi terbelah dua, nak hempuk tv sampai tinggal serpihan je, nak tumbuk suis sampai wayar-fius segala terkeluar.


Lepas tu jerit kuat-kuat macam orang sasau. Yeah,rocking man! Puas hati.


Tapi tak. Angan-angan tinggal angan-angan. Aku TAK BUAT SEMUA TU. Disebabkan kewarasan akal aku masih lagi berfungsi dengan baik tanpa cela, aku tak buat(*walaupun sebenarnya teringin*). Aku masih lagi memegang takhta "anak mithali". Banyak dilema menjadi yang termuda dalam keluarga. Serius tak tipu. *tapi sebenarnya kalau anak sulung pun still akan cakap benda sama jugak*


Beberapa dilema aku yang aku rasa aku tak dapat nak luahkan kat ibu bapa tercinta. Setakat pendam sendiri. Oh,aku memang seorang pendendam. Eh, pemendam. Kata anak solehah kan?

Kalau kau pun anak bongsu,mesti ada certain part kau setuju. Hehe..


PERTAMA, menjadi tunggak terakhir harapan ibu bapa.
- Adoi.. Tang ni yang lemah segala sendi lutut aku ni. Tahu tak berapa banyak tekanan yang diletak dekat atas bahu ni? Dengan segala macam kemewahan dan kesenangan hidup diberi yang akan berakhir dengan.. "Mak Ayah dah sediakan segala macam yang Adik nak. Belajar je rajin-rajin. Kakak dengan Abang tu Mak Ayah dah tak risau dah. Tinggal Adik je ni harapan Mak Ayah."
Erk.. Harapan terakhir tu! Kira macam memang tak boleh salah. Everything must be perfectly arranged. Faham tak?


KEDUA, menjadi bahan perbandingan antara adik-beradik yang lain.
- Ha,mesti pernah kan mengalami situasi ni? Memandangkan kau adalah yang termuda, ditambah pula dengan kakak-kakak dan abang-abang kau yang dah cukup berjaya tu,mesti parents kau akan bandingkan kau dengan yang lain. Okaylah,aku bagi demo sikit.


Situasi 1
Si Bongsu : Ayah, Adik dapat 1A UPSR.
Ayah : 1A?! Tak belajar ke?Tengok abang kakak kau, mana pernah tak dapat straight A's.
Si Bongsu : Tapi Ayah,Adik belajar. Mungkin bukan rezeki kot.
Ayah : Mana boleh. Abang kakak kau boleh, apa pasal kau tak boleh?
Si Bongsu : *diam,tunduk

KETIGA, tak diberi peluang untuk menegur mereka yang lebih tua walaupun salah.
- Yang ini aku percaya rata-rata pun pernah mengalami kes ni. Yang tua memanglah takkan mengaku salah. Come on lah. Orang tua makan garam dulu daripada budak hingusan macam kau tu! Pengalaman hidup pun tak seberapa ada hati nak tegur orang. So,bila ada je benda yang kau rasa tak kena tapi nak tegur maka secara automatiknya kau akan dilabel "derhaka","kurang ajar", "berlagak pandai" dan sebagainya. Contohnya :-

Situasi 2

Si Bongsu : Abang, salah lah buat macam tu.
Abang : Ah,kau apa tau. Umur pun tak cukup. Sibuk nak ajar orang.
Si Bongsu : Tapi Adik cakap betul ni.
Abang : Ish..Dahlah. Pergi sanalah kau.


KEEMPAT, tetap dianggap budak kecil hingusan sampai bila-bila
-Mengikut kata Dr.Fadzilah Kamsah la kan, kebanyakan ibu bapa akan tetap rasa anak bongsu mereka tu adalah anak kecil yang tak tahu apa-apa walau macam mana tua pun si bongsu tu. Yela,dah nama pun bongsu. Mak Ayah tengok kau macam budak-budak je der! Kau je yang bajet dah dewasa sangatlah kan. Dengan rambut colour-colour lah bagai, tindik sana sini. Muka dah habis ganas sambil layan lagu Black Sabbath je, tiba-tiba nak keluar rumah mak pesan,


"Adik,nanti nak melintas jalan tengok kiri kanan. Jalan tu tengok bawah,takut tersepak batu nanti kaki darah. Nak makan tengok tulang nanti tercekik. Kalau ada orang tak kenal jangan tegur."


Erk.. Alamak aih..! Itu pesanan untuk budak tadika der! Tolonglah faham. Walau sedewasa mana pun kedewasaan yang cuba dipamerkan,mak kau tetap akan anggap kaulah si bongsu yang merangkak comel atas lantai dulu. Dah nama pun bongsu kan.



Yang kelima? Yang itu,aku biarkan kreativiti kau untuk berfikir. Nak tulis panjang-panjang bukan kau larat pun nak baca.



p/s : Nanti anak buah aku nak suruh panggil "auntie su" lah. The cutest auntie su.

Tuesday, February 15, 2011

Tengok apa dah jadi.

Sejak-sejak dah jadi pemastautin tetap rumah ni, aku sekarang dah makin hebat weyh memasak! Haha *riak riak* Kau cakap je kuih-muih Melayu apa kau nak. Huh,celah gigi jelah.*uish,riak lagi*.
Setakat ni je, kuih yang aku dah berjaya buat kuih ketayap(ala,yang hijau gulung-gulung tu),kuih pau, lepat pisang , kuih karipap, kuih tepung talam. Bahahaha.. Just name it. Okay,terlebih riak. *eleh kau izzatul. setakat kuih macam tu pun nak kecoh-kecoh sekampung*


-----------------------------

Okay. Lupakan keriakan aku tadi. Tadi aku tolong-tolong mak masak dekat dapur. Entah macam mana, tengah dok pegang senduk, kacau-kacau kuah, aku boleh terlepas pegang senduk tu. Nasib baik tak kena kaki. Kalau kena kaki memang nayalah kan. Ya Allah,aku boleh termenung tengah-tengah masak! Adoi~ Bahaya betul. Lepas tu,mak terus tak bagi aku sambung masak. Mak suruh aku pergi depan.


Entahlah. Nak kata tak sihat. Okay je kot. Tapi tu lah. Makin dah nak masuk bulan 3,makin tak keruan aku. Kadang-kadang tengah makan, nasi tumpah sebab TERMENUNG. Tengah mandi, syampu masuk mata sebab TERMENUNG. Tengah menyapu, penyapu terhempap atas kaki sebab TERMENUNG. Tengah susun buku, buku terabur sebab TERMENUNG. Pergi beli barang, terlupa barang apa nak beli sebab TERMENUNG. Tengah baring-baring,tertidur sebabTERMENUNG. (*eh,itu boleh terima ke?*)

Jadi rakan-rakan di luar sana, termenung tu tak salah. Tapi jangan jadi macam aku. Main rembat je nak termenung tak kira tempat. Kau tengok apa jadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...