Wednesday, February 23, 2011

Dulu Sekarang Lain.

Begini ceritanya.


ADENOSINE merupakan seorang yang sangat peramah dan ringan mulut. ADENOSINE juga mudah bergurau dengan sesiapa. Baginya, dia akan bergurau dengan sesiapa sahaja selagi tidak mennyinggung mana-mana pihak. Sehingga satu hari, SEROTONINE menggemparkan berita bahawa ADENOSINE menyukai DOPAMINE dalam diam. ADENOSINE runsing dan malu dan rasa marah kerana SEROTONINE menyebarkan cerita yang tidak benar. Saban hari ADENOSINE di usik oleh rakan-rakan sebaya dek cerita yang diheboh oleh SEROTONINE. Tapi seperti biasa, ADENOSINE menganggap semua itu gurauan.



Berlainan pula dengan DOPAMINE. DOPAMINE merasakan semua itu sangat memalukan. Dia yang pada mulanya berkawan dengan ADENOSINE kerana sama-sama terlibat dalam menjayakan satu majlis, berasa pelik dengan khabar tersebut. DOPAMINE sampai menjadi malu untuk bertemu ADENOSINE .ADENOSINE tidak memandang serius hal tersebut kerana berpendapat DOPAMINE juga berfikiran seperti dia. Malangnya, ADENOSINE salah. Sejak khabar angin itu disebarkan, DOPAMINE sudah tidak mahu menegur ADENOSINE . DOPAMINE merasakan dirinya malu apabila di usik sedemikian rupa.DOPAMINE ternyata tidak suka sama sekali.


Dan sejak hari itu, ADENOSINE dan DOPAMINE secara tidak rasminya, telah tidak berkawan memandangkan mereka sudah saling tidak bertegur. ADENOSINE sedih. ADENOSINE sungguh-sungguh tidak sangka DOPAMINE akan bertindak begitu. Kadang-kadang ADENOSINE pelik kenapa DOPAMINE boleh saja berbual dengan orang lain selain ADENOSINE. Tapi bila dengan ADENOSINE, DOPAMINE seboleh mungkin tak nak bercakap langsung atau senang cerita buat-buat tak kenal.


ADENOSINE ada juga cuba tegur-tegur DOPAMINE. Takut-takut DOPAMINE marah atau benci dekat ADENOSINE. Bukan sekali dua, selalu juga ADENOSINE cuba nak berbual dengan DOPAMINE. Kawan-kawan pun banyak yang nasihat ADENOSINE , buat macam biasa saja, macam tak ada apa jadi. Kawan je macam sebelum ni. Borak macam biasa. ADENOSINE sampai naik buntu. Sampai satu tahap, ADENOSINE rasa DOPAMINE mungkin dah benci dia. Bukan tak suka tapi dah sampai tahap lebih kritikal, benci.


ADENOSINE kesal, kerana satu berita yang sangat tidak benar oleh SEROTONINE, hubungan mereka jadi hancur macam tu. Padahal mereka boleh dikatakan agak rapat masa sama-sama menjayakan satu majlis.DOPAMINE yang banyak tolong selesaikan kerja ADENOSINE masa dia sangat-sangat memerlukan bantuan untuk kerjanya. DOPAMINE masih begitu. Sehingga hari ini. DOPAMINE masih tak boleh terima langsung semua ni sebagai gurauan.


Lalu, ADENOSINE tekad. Dia sudah tidak salah. Bahagiannya sudah dijalankan. Seperti yang dianjurkan Islam. Memilih perdamaian. Cuma masih menunggu DOPAMINE berlembut. Tidak tahu di mana salahADENOSINE sehingga DOPAMINE menghukum dia begitu rupa. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunyaADENOSINE ingin berkawan semula dengan DOPAMINE , bergurau tanpa rasa kekok dan gelak ketawa sama-sama. Sama macam dulu-dulu.



"Benci sangatkah kau pada aku DOPAMINE?" - ADENOSINE.


7 comments:

  1. aku faham jalan cerita.cool jela wehh.DOPAMINE tue keras hati sangat.nanti dia akan okay punya laa.confirm.hehe.confident je aku kan

    ReplyDelete
  2. woah. bio bhaiii! sabar ye tul. lame2 lembut la tuh hati si dopamine tu. ok adenosine? :)

    *ak tau sape kau mksudkan.:)

    ReplyDelete
  3. ajaa ; oh. sangat keras hati DOPAMINE tu. kesian ADENOSINE. selalu cuba nak berbaik dgn DOPAMINE. tp DOPAMINE tak pernah layan. hahaha.. biarlah. DOPAMINE yang dosa. haha..

    ana ; oh. itulah,dopamine tu teruk betul. adenosine tu da cukup baik da. haha. eh,kau tau ke? tipu laa~

    ReplyDelete
  4. hehe.betul tue.tepat sekali.lantak situ si DEPOMINE tue.walaupun aku tahu nun jauh di lubuk hati ADENOSINE masih kacewa kan. :D

    ReplyDelete
  5. oh. terima kasih aja kerana memahami ADENOSINE. yup, ADENOSINE masih kecewa sangat. cuma berharap jelah DOPAMINE sedar ADENOSINE tak salah. haha.. DOPAMINE OH DOPAMINE, ADENOSINE merinduimu. hahahaha.. =D

    ReplyDelete
  6. haha. kau pening mira? takpe,cerita ni tak perlukan pemahaman yg tggi, heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...