Friday, March 4, 2011

Layakkah Aku?

Islam kata sabar sebahagian daripada iman.
Otak kata sabar itu mulia dalam akhlak.
Hati kata sabar itu ada hadnya.

Lalu,aku tertanya sendiri. Bagaimana pula kalau otak sudah mula menjana kata hati yang sedikit lari dengan anjuran agama? Berbelit-belit kan? Aku bukan seorang pendendam. Aku bukan juga seorang perengus. Tapi harus diingat, aku juga anak cucu Adam.

Setiap tingkah tentu ada salahnya. Kadang kesabaran yang ada diuji. Kadang kesabaran yang ada dipandang enteng. Kadang kesabaran yang ada dianggap remeh. Cuba juga dipujuk hati supaya tetap terus meminimumkan tahap kesabaran yang ada ini. Aku tak nak digelar pencabul adat bangsa.

Tapi bila hati busuk datang bisik, kesabaran aku ini layaknya dipijak-pijak sahajakah? Kesabaran aku ini picisan sahaja kah? Lalu, segala amarah yang disimpan sebelum ini, yang digenggam erat sehingga tidak ada satu jiwa pun yang mampu menghidu, dilepas dengan rasa benci. Amarah bertukar benci. Simpati berpindah tiada hati. Sikitpun tidak ingin mengamuk. Kerana tiang benci sudah mula pacakkan benderanya. Skalanya sudah cecah sekatan terakhir. Aku hanya mampu menyarung karakter baru. Didungukan dengan bisikan busuk si iblis.


Ya Allah, aku tak nak jadi begini. Bantu aku menjadi dulu. Hilangkan segala kehitaman yang berlubuk di hati ini. Aku bukan hamba iblis. Aku bukan sekutu syaitan. Sucikanlah segala kehitaman ini.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.



2 comments:

  1. amin..tul,igt papepon, be rasional.:) syg kauu.

    ReplyDelete
  2. amin~ tu laahh.. aku tgh nak cuba berfikiran rasional. love you too syg~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...