Friday, February 4, 2011

Adrenalin.

-Lilin "Grand Opening"-
(Adapted from 'The Dawn of Egypt' album)

Detik saat jam macam tak ada noktah. Dan terkial-kiallah buat si lembab yang masih merangkak sekangkang kera. Walau tak ada apa yang nak dikejar pun,masih nak buat gaya ralit ; konon kalau mampu,nak di barterkan semua yang ada dengan masa. Pusingan 24 setiap kali matahari dan bulan tukar syif, boleh dikata macam sama. Kalau di jilidkan, rasanya setiap helaian tak tercela sikit pun.

Kuak pintu, muka mak. Dapatlah dalam seperca masa emak , anak yang seorang ni nak dagang cerita. Itu pun kalau tuahnya ada. Kalau tak ada,tak adalah. Dan hari-hari macam tu. Sebumbung tapi tak jumpa. Sepintu tapi tak selisih. Semeja tapi lain waktu.

Si kakak ada halanya. Tenggelam dalam profesion. Kalau tidak,untuk apa sanggup emas dijadi cagaran untuk segulung skrol ijazah yang ada janji manisnya. Jejak luar masa matahari hantar,balik bulan sambut. Lesu dengan karenah , senyuman letih yang dijinjing sama bawa balik.

Tak ada satu pun yang lainnya. Dan masa tak pernah ambil kisah semua tu. Berlalu macam nak direnggut semua yang ada. Maka tinggallah si pemerhati yang dungu ; protagonist sahaja lagaknya. Teraba-raba lantai yang satu. Sudah dikata,jangan kuat jadi Mat Jenin. Apa boleh buat. Dusta kalau kata jelik tak pernah jengah. Bohong kalau kata jengkel tak pernah singgah. Tipu kalau kata sedih tak pernah bisik-bisik manja. Si melankolik pula nak main wayang. Kadang macam monolog sendiri. Teringin nak keluar daripada kotak ni. Buat sesuatu yang lebih bersentimen keluarga. Ah,rutin memang bosan.

Lalu,si naif menyoal lurus, kerana itukah rutin dipanggil rutin?


4 comments:

  1. best laa gila!hehe.kau bukan shakespeare jew.
    a.samad said pon kau boleh jadi.suka ayat kau.jujur ni aku puji :D
    btw sama laa kita rutin harian yang sama.
    bosan macam muntah hijau dah nak mencurah dari mulut.kan kan kan?

    ReplyDelete
  2. hhaahha..thanks ajaa..ni pun berinspirasikan kau la nih. kau kan suka buat sajak2 ni..hehe..
    tu laa..rutin yg sama buat aku rasa mcm nk muntah. bosan gila tahap maksimum woo..hahaha..bukan muntah hijau,dah kuning biru semua ni ha..hehe..kan kan kan..apa boleh buat aja..da nasib seorang lepasan spm.haha

    ReplyDelete
  3. woah! terpempan ke dinding aku bce post kau! mcm aku ckp, metafora, hperbola, simile, sinkop, sume ade la doh! haha. tabik springggggg! :) aku pon cm korg, bosan ngn muntah wrna pelangi dah aku rase.

    ReplyDelete
  4. ahaha..btul btul ana! rutin tersangat lah membosankan. uwaaaa~ rasa nak muntah,semua ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...