Sejak-sejak dah jadi pemastautin tetap rumah ni, aku sekarang dah makin hebat weyh memasak! Haha *riak riak* Kau cakap je kuih-muih Melayu apa kau nak. Huh,celah gigi jelah.*uish,riak lagi*.
Setakat ni je, kuih yang aku dah berjaya buat kuih ketayap(ala,yang hijau gulung-gulung tu),kuih pau, lepat pisang , kuih karipap, kuih tepung talam. Bahahaha.. Just name it. Okay,terlebih riak. *eleh kau izzatul. setakat kuih macam tu pun nak kecoh-kecoh sekampung*
-----------------------------
Okay. Lupakan keriakan aku tadi. Tadi aku tolong-tolong mak masak dekat dapur. Entah macam mana, tengah dok pegang senduk, kacau-kacau kuah, aku boleh terlepas pegang senduk tu. Nasib baik tak kena kaki. Kalau kena kaki memang nayalah kan. Ya Allah,aku boleh termenung tengah-tengah masak! Adoi~ Bahaya betul. Lepas tu,mak terus tak bagi aku sambung masak. Mak suruh aku pergi depan.
Entahlah. Nak kata tak sihat. Okay je kot. Tapi tu lah. Makin dah nak masuk bulan 3,makin tak keruan aku. Kadang-kadang tengah makan, nasi tumpah sebab TERMENUNG. Tengah mandi, syampu masuk mata sebab TERMENUNG. Tengah menyapu, penyapu terhempap atas kaki sebab TERMENUNG. Tengah susun buku, buku terabur sebab TERMENUNG. Pergi beli barang, terlupa barang apa nak beli sebab TERMENUNG. Tengah baring-baring,tertidur sebabTERMENUNG. (*eh,itu boleh terima ke?*)
Jadi rakan-rakan di luar sana, termenung tu tak salah. Tapi jangan jadi macam aku. Main rembat je nak termenung tak kira tempat. Kau tengok apa jadi.
muahahahahahahahhahaahahaahahahhaahahhahahhahahahahhahahahahhahahahahaahhaahahahahaahhahahahahaha..ok penat gelakkan kauu. no offense ek? hee. dahsyat kau tul. tapi satu aku takleh trime, aku TERMENUNG time baring , tak tertido ponn.hahaha.
ReplyDeletenasi tumaph aku pnah, pyapu jatuh aku pnah, buku terabur pon aku pnah, brg telupa lagi la pnah. tapi bkn sbb termenung la.sbb lain.haha.*eh pnjangnye KOMEN aku. :D
alah kau.kau tu terlupa tu sebab si afif tough tu. haha. bkn sbb termenung mcm aku. haha.
ReplyDelete