Mata sedang banjir tahap kolam renang sekarang ni. Tiba tiba rasa nak senyum sendiri. Sebab airmata ni mengingatkan kepada beberapa insiden yang rasanya cukup untuk gelak sampai Rabu. Aha! Okay, Rabu dah dekat. Oh,sebelum tu, ingin diingatkan bahawa Izzatul Nazihah Yahya seorang yang sangat pemurah airmata. Hee~
#1 . Masa perjumpaan batch yang pertama 2010. Ketua Batch(KB) iaitu si Topeng mengadakan perjumpaan satu batch yang pertama. Objektif ; nak kenal semua satu batch. Topeng pun panggil Uzair Ismadi secara random untuk menyuruh dia explain pasal sesiapa yang Topeng pilih secara rawak. And, Topeng panggil Ozzy dan suruh Ozzy cakap pasal everything yang dia tau pasal aku. Nama, kelas, blabla and ayat terakhir "Oh,dia akan menangis bila dia mengantuk". Okay,semua pandang aku dengan muka cannot go. Aku? Kasi muka rilek je tapi actually macam segan gila kot semua pandang muka pelik. Tak lama lepas tu, banyak pulak yang datang bertanya kat aku, "Eh,betul ke kau menangis bila ngantuk?", "Kenapa kau menangis bila ngantuk?". Terasa famous masa tu. Selebriti punya perasaan menyelubungi. Terima kasih kawan. Jasamu dikenang.
[ Gambar : Kau bayangkan orang kiri kanan datang dekat kau masa tengah jalan sorang sorang gaya artis lalu karpet merah dan bertanya macam-macam soalan. Tidakkah terasa famous? Okay,aku exaggerate]
#2. Masa mula mula masuk SABDA. Baru sebulan macam tu dekat SABDA kot. Masa kelas Sejarah kalau tak silap, dan aku punya mata dah rasa berat macam ada kolam renang disebabkan menguap berulang kali. Cuba menahan mata daripada terlelap. Tempat duduk strategik. Dikelilingi jejaka jejaka "hotstuff". Mata dah bertakung tahap kolam renang. Dan mata mata si jejaka jejaka bermulut gadis tu pun mulalah bertanya "Eh,apasal kau nangis?". "Eh,kenapa kau nangis weyh?". Konon konon masa tu semua muka simpati habis la. (Okay,kau bayangkan ada sorang perempuan tengah mengalir airmata macam mati laki). Aku tak tahu nak jawab apa. Aku terlupa aku ada habit ni. Nak explain kat diorang pun tak reti. Last last aku diamkan aje. Lantak pi lah korang nak ingat aku sedih tiba tiba ke apa. Dan berakhir dengan mereka ingat aku homesick. Walaupun sebenarnya dalam hati aku dah cakap "Aku mengantuk tahap babun lah woiii!"
#3. Kelas Physics sedang berlangsung. Bersama Cikgu Zekri. Oh,dugaan mahahebat! Lokasi ; dalam kelas. Sekitar jam 3-4 petang. Menguap makin bertambah. Airmata bertakung sehingga mengalir deras sehingga basah tudung sekolah bak gaya disuruh bunuh diri. Sedaya mungkin menggagahkan mata yang lembik. Tisu tiada. Airmata dibiar mengalir tanpa segan silu. Semua sedang khusyuk. Ada yang tersengguk. Suasana sunyi. Penerangan Physics berterusan. Sehingga ada suara berkata "Eh,Izzatul. Kenapa kamu menangis?". Ya, kelas senyap sunyi tiba tiba. Cikgu Zekri berhenti sebentar daripada meneruskan pengajaran dan menanyakan soalan sedemikian kepada aku. Erk.. Apa nak jawab? Ada 29 pasang mata pandang. Aku cuma senyum. Diwakilkan oleh suara suara sumbang "Ala Cikguuu.. Dia belajar Bio pun sedih. BM,Sejarah. Mathematics pun dia sedih. Apa entah..". Dan semua yang tersengguk jadi bulat mata. Seronok rupanya mentertawakan aku. Tengok,airmata berjasa.
[Gambar : Semua kelas aku pernah menangis. Dan tiada pengecualian untuk kelas English. Kalau essay idea terbang, maka menangis adalah idea paling bernas disusuli tindakan meletak kepala atas meja dan zzzzzzz. Saya perlu sebuah ilham,teacher! ]
#4. Masa baru lepas menangis. Yang ini betul betul menangis punya. Memang menangis yang macam ala ala Kassim Selamat tu. Menangis kesedihan. Dan berjalan pulang seorang diri balik prep petang. Konon macam bawak hati lara. Ya, penuh bergaya masa tu. Jalan pun tunduk. Airmata dibiar mengalir. Hingus dibiar jadi nampak macam drama. Mata dibiar merah supaya orang perasan aku menangis. Okay, drama queen. Walaupun masa tu semua dah balik. Dan tiba tiba terserempak dengan Syafiq Salmi. Sekadar senyum. Takut dianggap sombong. Dan dia bertanya dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum nipis "Kau mesti tengah mengantuk gila ni kan?". Nak terhambur segala gelak aku. Ah kau,gelabah. Rosaklah drama kau ngok! Tapi memang aku tengah betul betul sedih. Tak tahu pulak tahap airmata aku sampai orang tak boleh bezakan nangis mengantuk dengan nangis sedih. Okay,ini parah. Siapa pakar airmata sini?
#5. Meeting pengawas. Maksud aku SETIAP KALI. Macam terkena sumpahan. Setiap kali meeting tak kira siang atau malam, mesti mata akan bertakung airmata sampai tumpah tumpah melimpah ruah macam baru lepas kena mental torture. Paling remarkable untuk aku. Setiap kali meeting itu juga. Ada mata mata liar yang akan perhati aku sehingga airmata aku mengalir jatuh dan mentertawakannya bersama rakan sebelah sambil menunjuk nunjuk ke arah aku yang sedang berharap meeting berakhir cepat. Hee~ Ada sesetengah yang rasa enjoy mengajuk gaya kanak kanak menangis sambil gosok gosok mata dengan bibir yang dijuihkan sebagai simbol perlekeh mereka. (nampak sangat semua boring dengan meeting). Aha, aku terima. Aku orang famous. Privasi milik bersama. Apa boleh buat.. Redha sajalah. Ada yang nak autograph?
[ Gambar : Kau bayangkan di kala rancak bermeeting, ada seorang hamba Allah yang tengah mengalir airmata tumpah ruah sampai basah tudung dengan muka serius senyap. Kau pelik? Tak kan?]
Dan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik bagi aku adalah apabila airmata bertakung dan tumpah mesti ada beberapa manusia prihatin yang akan datang dan bertanya
"Kau tengah mengantuk ke kau memang menangis?".
Kalau yang ada unsur keji berbunyi
"Alaa..dia tengah mengantuk tu. Bukan apa pun. Saja nak mencapub. Kurang perhatian"
Airmata aku terlalu hebat sehingga sukar dibezakan kegunaannya. *angkat angkat kening*
Tapi kalau sampai aku sedu sedan bercakap pun terhincut hincut bahu itu tandanya aku bukan mengantuk ye rakan rakan?
Ya,aku manusia unik. Ada sesiapa seunik aku?*statement bunuh diri*
Ya,silakan muntah.
IZZATULISME BERKATA :
Letak tangan ke dada dan katakan "ALL IS WELL".
Sesungguhnya itu terapi terbaik bagi adrenalin yang sedang mengalir laju.
Maksud aku, selain DOA.
Gosh, adrenalin yang laju buat aku typo sepanjang masa. Benci jari jari bersepah begini. Tolonglah, dengan keyboard pun nak cuak ke? Tak malu!
hahaha...dasat betul penangan air mata ko .....
ReplyDeletemenagis tu hobi kita la tol.kau x tau keee.hahaha.kenangan kenangan~~~
ReplyDelete