Wednesday, March 16, 2011

Mild,Regular and Rich.

Pagi tadi,entah kenapa aku macam mengidam sangat nak minum Nescafe. Pergi dapur check, hah! Nasib baik ada lagi satu paket tinggal. Setelah hampir 3 bulan tidak meneguk sebarang kafein secara serius, akhirnya hari ni aku leburkan rekod aku tu. Kempen yang aku namakan sebagai KAMI-BUKAN-MANGSA-KAFEIN ni telah dibubarkan secara rasminya. Kali terakhir minum pun masa 8 Disember 2010 hari tu. Fuh, pencapaian terbaik tu... Kali ni aku minum Nescafe Mild saja. Kira paling ringan la tu dalam kategori Nescafe.

View Image
[Gambar : Rupa terbaik kan? Dia punya effect pun terbaik,brother!]


Tapi memandangkan badan aku macam dah tak biasa dengan kehadiran kafein, jadi dia punya tindak balas kimia+bio+physics aku cakap kau, terbaiklah. Tiba-tiba rasa nervous semacam. Hyper aktif macam apa. Nak duduk diam rasa tak kena. Last last seram sejuk sorang-sorang. Adoi~ Nescafe je kot?


Dan situasi ni mengingatkan aku masa waktu sekolah dulu. Dekat asrama. Dengan rasa rendah dirinya beserta malu malu merah muka aku berkata aku tergolong dalam golongan pengguna tegar Nescafe. Sebelum masuk asrama,Nescafe hanyalah picisan di mata aku. Layan Nescafe pun tak. Heh? Bila nampak orang minum je dalam hati masa tu, "Eee..tak ada minuman lain ke nak cari Nescafe jugak?". Bila family aku minum pun, siap cakap kat mak, "Mak,baik mak minum Milo ke, Vico ke. Daripada Nescafe tu. Bukan sedap pun. Dahlah bahaya. Kalau Adik,sorry lah. Saya tak layan kafein okay.*gaya gedik*" Dan sekarang macam karma, kafein kawan baik pula. Okay, aku memang suka berlagak dulu. I repeat, DULU. Padan muka aku.


Masa mula-mula masuk asrama, tak terfikir pun Nescafe ni patut termasuk dalam senarai barang utama asrama. Lepas dah lama-lama, setiap kali balik asrama lepas pulang bermalam, mesti minta mak belikan Nescafe. Masa nak berkenalan dengan dunia kafein, aku minum Mild sahaja. Dah nama pun first time, minum Mild pun dah boleh berjaga sampai pagi. Perasaan ketika pertama kali minum "Sedap jugak. Patutlah banyak yang minum." Lepas tu, nak mengatasi masalah mengantuk dalam kelas punya pasal,selalu jugak ambil sepeket. Memang mata celik bulat lah kan. Lama-lama,badan pun dah naik muak dengan Nescafe Mild. Sampailah satu hari, penggunaan Mild dah tak ada effect. So, beralih pula kepada Nescafe Regular.


[Gambar : Selalu aku beli yang 30 peket terus. Siap boleh derma derma lagi kat member]


Datang balik effect Nescafe setelah aku mula guna Nescafe yang ni. Berjaga pagi sampai tak tidur satu malam. Hebat hebat! Benda yang sama jugak aku buat dan akhirnya hilanglah kesan Nescafe yang aku harapkan. Minum pun tak ada apa. Mengantuk tahap mata banjir dah. Upgrade sikit, kasi tambah dua pek dalam satu cawan. Okay, terbaik. Segar bugar macam tak payah tidur. Dan again, effect hilang. Ngantuk yang tidak mampu ditahan. Maka bermula 2010 aku pun berhijrah, beli pula Nescafe Rich.

Fuh,pahit tahap tak ingat. Tahan jelah kan. Nak habiskan satu paket ommak aih! Leceh betul. Gila menyampah aku dengan Rich ni. Tak sodap! Tapi demi nak belajar, sangguplah aku berkorban. Dan bila satu peket Rich macam dah tak berfungsi, maka aku pun mengambil inisiatif menaiktaraf daripada sepeket kepada dua peket dalam satu cawan. Uish,yang ni baru betul gila. Cubaan nak bunuh diri ke apa? Aku pun cuak juga sebenarnya. Gila kau? Sepeket Rich je dah berapa banyak bahan Kimia dia? Tambah lagi sepeket dengan kepekatan yang tinggi dalam satu cawan. Ni boleh kira berjihad jugak ke? For study purpose nii... Hehe..
[Gambar : Semua pernah minum! *bangga bangga*]


Dan sejak tu, lepas je minum Rich dua peket dalam satu cawan, tangan aku selalu menggeletar tiba-tiba. Kadang kadang dalam kelas tengah menulis, tangan menggeletar macam Parkinson kot. Tunjuk kat Aja, Aja kata suruh stop consume Nescafe dulu. Takut melarat. Tapi tu lah, bila ada kelas terutamanya kelas Cikgu Zekri, Nescafe Rich dua peket macam wajib bagi aku. Unless nak kena perli kaw kaw dengan cikgu bolehlah tidur masa dia mengajar. So, each time aku consume dua peket Rich memang aku dah bersiap sedia mental fizikal akan ada effect macam tu. Dan paling best, aku akan seram sejuk tiba-tiba. Rasa gelisah tak tentu hala. Kepala pun kadang-kadang rasa pening tiba-tiba. Tapi memang mata celik bulat tu kau dapatlah. Tak ngantuk langsung waima semua orang dah letak kepala atas meja.

Hebat hebat. Dan sebaik sahaja habis SPM, aku dah bertekad sungguh sungguh ni aku tak akan sentuh langsung sebarang kafein. Sampailah aku sambung belajar balik nanti baru aku minum. Itupun kalau betul betul perlu. Tengok aku, daripada seorang pembenci kafein boleh consume sampai berpeket-peket macam tu. Nasib baik tak ada apa.

Senang cakap, kafein memang tak elok. Dan aku rasa semua orang pun tahu dan sedia maklum pasal tu. Nak lagi lanjut, pergilah check wikipedia kat SINI. Banyak gilalah kesan sampingan dia tapi apa boleh buat. Untuk desperado macam aku, ini lah alternatif terbaik. Jujur daripada hati, tak payahlah consume sebarang kafein kalau rasa tak perlu. Bahaya.


Jangan jadi macam aku. =)

6 comments:

  1. HAHAHAHA..eh guess what, FIRST TIME aku minum nescafe bila? mase study dengan paie. tu pun paie paksa aku minum sebab aku da lalok gile dah. first reaction aku, 'pahit giler + muka kerut2.' hahahahaha. pastu, taubat tanak minum dah.ehehe.:DD

    ReplyDelete
  2. tul,aq setuju ngan ko..nescafe amatla dperlukan time nak stay up.kalo x mmg dah lebuh raya awal dah..

    ReplyDelete
  3. wahhhh TUL! aku rindu gile mase kite nak persiapkan dri mase SPM. miss u and dormmates kite mase SPM dlu !

    ReplyDelete
  4. ana ; ohh..haah. yg kau minum sikit tu je pun lepas tu kau terus celik kan? haha


    mun ; tu lah pasal. nescafe essential gila! hehe..macam alat penting utk study selain buku.


    syaza ; haah. aku pun rindu gila! minum2 nescafe dah jadik perkara wajib pulak kat dorm tuu..

    ReplyDelete
  5. perggh, aku je ke yang dah biasa minum nescafe dari kecik? haha
    aku dah nampak macam macam style lah orang tak penah telan nescafe. first day aku masuk hostel lagi (time aku pakai tudung labuh) aku dah ade bekalan nescafe HAHAHAHA

    tapi aku tak tahu apesal kau punya rasa nescafe rich kau buat pekat gilababi rasa macam telor mentah!

    ReplyDelete
  6. hahaa. kau kan ke pelik? hahaha..

    nescafe rich aku high concentration. kau tahu tak aku letak dua peket nescafe dengan air yang setinggi 1.5 cm je? mau rasa tak macam telor mentah..aku yang nak telan pun seksa..hahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...