Monday, March 21, 2011

Bas dan dunia.


NOTE : BUKAN IDEA ASAL OLEH IZZATULISME. HANYA BERTUJUAN BERKONGSI. DICOPY PASTE KAN DARIPADA SEORANG RAKAN BLOGGER.
KREDIT KEPADA JOHAN RADZI, PEMILIK ASAL.



Dalam bas, kau tersengguk, hampir terlelap. Kau cuba tahan mata kau. Penat. Lelah. Dan air cond yang memberi semacam rasa selesa. Membuai kau, mengajak kau lena.

Kau pandang luar tingkap, kotaraya kelihatan begitu bercahaya.

Sedangkan cahaya yang paling terang juga akan malap akhirnya.

Kau teringat SPM kau. Kau teringat trial dan ujian-ujian sebelum itu. Kau dari sekolah yang pandai-pandai. Budak-budak luar ramai kagum dengan kau. Siapa tak kenal sekolah kau kan? Tapi, result trial kau tak perform. Sebab itu, kau berasa gusar sekali.

Dalam bas, kau penumpang terakhir. Kiri kanan belakang kosong. Depan ada pemandu. Lelaki. Diam-diam, kau bersyukur sebab kau lelaki. Err maksud aku, tak adalah kes macam-macam kejadah dalam bas ini nanti.

Jangan fikir lucah. HAHA!

Kau terfikir semua masalah kau didunia ini. Baru sahaja tadi kau...

Maafkan aku...

Pemandu bas pusing, melihat kau.

"Kawan, kau ni nak turun kemana?"

Kau tersedar dari lamunan.

"Bandar Bukit aje." balas kau ringkas. Kau tak suka diganggu.

Dia pun terus memandu. Kau diam.

"Kau masih belajar kawan?" tanyanya lagi.

Kali ini, kau memandangnya.

"Eh, tak! Aku sudah habis belajar. SPM tahun lepas." terang kau.

Sambil menyalakan rokok, dia tanya lagi, "Agak-agak kau dapat straight?"

Mata kau perhatikan dia. Dia masih muda.

"Insyaallah..." jawab kau ringkas. Sebenarnya kau tak suka soalan macam itu.

Alahh, sibuklah driver bas ni...

"Aku dulu dapat staright juga kawan." dia memandang tepat ke muka kau.

Kau seakan tak percaya. Driver ni dapat straight? Sedarlah sikit. Dia tu cuma driver bas. Tak perlulah dia nak bikin cerita.

"Betul. Aku belajar sampai ke universiti. Tapi sayang aku madam dengan hedonisme." tambahnya lagi.

Kau mula tertarik. Kau memasang telinga.

"Aku leka. Aku tipu mak bapak aku. Sekarang aku menyesal."

Bas berhenti tatkala cahaya merah menyala. Bas tenggelam dalam cahaya lebuhraya. Bulan dan bintang menyinar semula selepas awan hitam pergi.

"Asal kau dari mana, kawan?" kau tanya dengan penuh rasa ingin tahu. Tidak semena-mena, kau mula ada rasa inquiry. Apa sebab seorang pelajar yang dapat straight berakhir dengan memandu bas di malam hari?

Bas membelok kekiri. Destinasi kau dah mula hampir. Sebuah teksi memotong. Diluar jendela, kau melihat sekumpulan lelaki melepak di tepi longkang. Kebanyakan tidak berbaju. Terbaring disana. Seperti mayat hidup. Sekelip mata, kau tahu siapa mereka.

Penagih dadah.

Kau berpaling, tak sanggup nak melihat mereka.

"Aku dulu dari Sabah. Kampung kecil saja. Keluarga aku miskin. Jadi bila aku dapat straight, satu kampung heboh. Mak bapak aku gembira. Mereka terus menggadai tanah pusaka moyang untuk pembiayaan universiti." ujarnya.

Seketika, asap rokok terkeluar dari mulutnya.

"Lepastu?"

"Lepastu aku lalai. Aku dapat duit. Aku bazirkan. Aku pergi clubbing. Aku pergi layan pelacur dekat Bukit Bintang. Aku telefon mak aku, kata nak beli buku. Tapi aku habiskan beli baju mahal-mahal. Aku nak tunjuk aku kaya, hebat. Aku mula meneguk arak."

Kau tergamam.

"Setahun kemudian, aku sedar semuanya fantasi kawan. Aku ditipu dunia empat penjuru. Duit aku habis. Mak bapak aku dah hampa dengan aku. Mereka tak terima aku sebagai anak. Hidup aku musnah."

Nafas kehampaan jelas kedengaran.

Kau terdiam, sejenak dua jenak. Khali sebentar.

"Sekarang, aku ingin kembali menggapai cita-cita aku. Aku kerja siang malam. Aku ingin kumpul duit. Aku ingin sambung belajar dan buat mak bapak aku bangga macam 7 tahun lepas.Insyaallah."

"Kawan, aku dengar kawan sekampung aku dulu tak bagus sangat SPM dia. Tapi sekarang dia dah jadi lawyer. Rezeki kau sebenarnya bukan hanya dari SPM kau tu. Banyak lagi yang ada. Bila aku berjaya SPM dulu, aku sangka aku dah menang. Tapi sayang Tuhan bagi lebih banyak dugaan dan ujiaan. Aku tewas."

"Aku simpati." kata kau. Sebagai manusia berempati, kau upaya untuk memahami emosi manusia. Kau melihat betapa hampanya seorang lelaki apabila cita-citanya musnah akibat tangan sendiri.

Khali sekali lagi. Seolah kesunyian hadir dalam bas. Dua-dua senyap. Kau sendiri tak tahu apa hendak dikatakan.

Lima belas minit kemudian, kau tiba di destinasi.

Kau turun.

Tiba- tiba dia memanggil,

"Hey kawan, kau jangan mengalah. Bila kau jatuh, bangun balik. Bila kau kena dugaan,improvise. Cari jalan penyesaian. Bukan menangis meraung. Bukan salahkan diri kau sendiri saje. Kau perlu kuat untuk terus hidup."

Kau tersenyum, "Terima kasih kawan."

Pintu bas tutup. Bas berlalu. Hilang sekali lagi dalam kesesakan lebuh raya.

Udara malam di bandar bukit amat segar. Kau isikan paru-paru kau dengan oksigen malam.

Ada benarnya kata-kata dia tadi. Kalah sekali tak bermakna kalah selamanya. Sedangkan OP Aziz Asmuni sendiri pernah berkata, "Pahlawan melayu takkan berputus asa sebelum kalah."

Kata-kata yang membuat kau kembali semangat setelah kau tewas bulan Jun lepas.

Kau lihat langit, bulan dan bintang masih cerah.

Siapa sangka bulan masih bercahaya, siapa sangka kartika masih mengherdip?



******************************************************************

IZZATULISME BERKATA selepas membaca:

Secara jujur, aku yakin semua yang seangkatan dengan aku percaya lelah yang dikumpul tak pernah sia sia. Semua dah ditabur dengan penuh rasa kasih sayang. Tapi kita sendiri yang selalu menangkan gusar. Hadkan pemikiran di garisan tertentu. Sampai apa yang ada di balik garisan tak pernah nampak. Cuba memaksimumkan kegusaran dengan garisan penamat sedangkan semuanya permulaan. Dan sekarang aku cuba membuka mata seluas luasnya. Sebab Tuhan itu Maha Adil. Dan Dia tak pernah tinggalkan kita walau macam mana kita tinggalkan Dia.


Tapi masih, aku tak mampu menipu.

Aku cuak seperti kalian.

Yang amat sangat.

Bermimpi Rabu.


[Gambar : Oh,aku sangat merindui masa masa ini. Sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama.]


7 comments:

  1. weyh.entry nih buat aku yg tgh mngntok jadik celik semulaa.haha.buat aku sedar.kalau gagal pun, tak semestinya selama2nya gagal kan. hm. tapi nak sorok perasaan cuak tuh mmg tak boleh laa weyh. aku sumpah cuak. entry aku pun pasal result jugak.adoy.semua stok mengenang result yang lagi 2 hari la weyh. hohohoh..

    ReplyDelete
  2. ahaha. okay. kalau tak cuak itu pelik okay?

    ReplyDelete
  3. hmmmm~~suka saya kepilkan sebuah doa buat amalan bersama.

    "Ya Allah, jika keputusan SPM yg cemerlang adalah terbaik untukku, keluargaku dan agamaku, maka berikanlah keputusan yang cemerlang kepadaku, dan jika ia mendatangkan keburukan untukku, keluargaku dan agamaku, maka gagalkanlah aku dalam SPM. sesungguhnya Engkau Maha Adil lagi Maha Mengetahui dan aku berserah pada-Mu dengan sebenar-benar penyerahan."

    hamba Allah memberi doa ini. sama-sama kita amalkan. :D

    ReplyDelete
  4. terima kasih syaza utk doa tersebut..

    ReplyDelete
  5. aku juga terkesima mira..hahaha..hebat si pengarang. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...