WAITER : Nak order apa?
IZZATUL : Kasi nasi goreng kerabu satu dengan air laici bak mai.
WAITER : Itu je?
IZZATUL : Laici kat dapur tu kalau nak bawak keluar semua campur longan durian mangga jambu batu epal limau anggur sikit pun boleh je kasi free of charge. Tak ada hal.
WAITER : Erk..?? *terus berlalu pergi masuk dapur*
IZZATUL : *muka friendly tahap infinity*
Selepas 30 minit menunggu, air dah habis separuh gelas. Ish, lamanya masak nasi goreng? Nak kata gerai ni ramai orang, tolak aku je adalah dalam 3 orang yang mesti tengah kebulur-menggigil-kalau-tak-makan-pengsan jugak tu. Okay, tak apa. Mak kata sabar kejap. Dia tengah masak tu kot. Bahan tak cukup ke, manalah tau. Bersangka baik amalan mulia, ustaz kata. Bak kata Anwar Hadi, "lepak chill lah brai".
Dalam dok menunggu, aku pandang kiri kanan. Nampak si waiter ni tadi dah usung nasi goreng. Sekali bukan pergi meja aku daa.. Meja budak 3 orang tu ha yang dia pergi. Kejap, aku datang dan order JAUH LEBIH AWAL daripada meja sebelah ni. Apahal order diorang mengatasi order aku? Ah, ini tak boleh jadi. Dah kes di anak tiri kan ni. Tangan dilambaikan dekat si waiter.
[Gambar : Kalau waiter tu macam ni pun best jugak. Haha..]
IZZATUL : Ni nasi goreng kerabu mana? Kalau orang nazak dah mampus tau?
WAITER : Eh,ha. Sekejap sekejap. Tengah buat. *memaksa senyuman yang memang tak ikhlas*
IZZATUL : Ha,bagus. Cepat sikit. Kura-kura pun lagi laju.
Tunggu lagi. Masuk penungguan kali ni, dah dekat sejam dah menunggu nasi goreng kerabu aku. Adoi~ Kalau import daripada Kelantan bolehlah aku ampunkan. Air segelas dah selamat aku teguk. Aku pandang lagi waiter tadi. Bagi gesture "mana?" beserta muka sinis yang cuba dimaksimumkan tahap sinisnya. Dia balas dengan gesture "kejap".
Okay. Aku memang penyabar tapi janganlah sampai nak main test test skill kesabaran aku pulak kan. Tak apa. Tunggu lah. Sebaik masuk minit ke 65 aku tunggu, akhirnya sampai jugak nasi import Kelantan tu. As soon as the waiter served pinggan nasi goreng tu depan aku, dengan serentaknya aku bangun dan berkata tepat dekat muka waiter tu "Awak makanlah nasi goreng tu! Saya tak nak bayar. Kalau saya pergi Kelantan dah sempat dinner sekali kot."
[Gambar : Nasi Goreng Kerabu dia tak adalah semenarik ni pun yang buat lama gila tu]
Serentak itu, aku pun berlalu dengan penuh karisma dan bergayanya. Si waiter macam tercengang kelip-kelip tengok aku. So, harga air aku sahaja yang dibayar. Maka tinggallah si waiter bersama nasi goreng kerabu bertuah tu.
Dan sejak hari tu, setiap kali aku bertandang ke kedai tu, waiter tu bila nampak aku mesti akan dahulukan aku berbanding customer-customer lain. Tak kisahlah berapa ramai pun customer masa tu,mesti aku dapat layanan VVIP punya. Haha.. Bagus bagus. Akhirnya kedai ni bekerja secara efisien.
Well,aku tak salah.
whoa. hebat la kau tul. bia bonar kau ni. ni kau tengah sorang2 ke ngan sape ha??haih.
ReplyDeletewah,dasat giler tul...stylo!patut pun ko buat mcm tuh,kira okla ko leh sabo...kalo aq...huh,lama dah angkat kaki...
ReplyDeletehaha. nak layanan VVIP je. ceh!! haha.
ReplyDeletehaha..manyak selamber ye kauu!
ReplyDeletemira ; betui doh. masa ni dgn mak aku. rilek je muka kering blah dgn mak aku..haha
ReplyDeletemak kau hebat doh! ahaha..
ReplyDeletemun; aku saja tunggu nasi goreng tu siap baru aku blah. nak bagi diorang sakit hati. hahaha
ReplyDeletemai ; biasalah..aku kan vvip,layanan pun mesti vvip maaaa..
ReplyDeleteana ; terpaksa mengselambakan diri doh. sakit hati punya pasal..
ReplyDeletefuyoo tul.sanggup ko tunggu..isyh2,...mmg penyabo.tp kan,kalo kena kat aq,aq leh amik iktibar drpd ko..hahha
ReplyDelete