Sejak daripada kecik, aku rasa hidup aku sentiasa bergantung pada catalyst. Kalau nak buat apa-apa, selagi tak ada orang yang paksa atau kerah mesti lambat je bertindak kan. Macam masa kecik-kecik dulu, selagi mak tak jerit suruh mandi, selagi tu lah dok melangut depan tv tengok kartun.
"Adikk....!!! Pergi mandi cepat! Dah maghrib ni.."
"Kejap lah mak. Nak tengok kartun ni dulu.."
Dan akhirnya terpaksa mengalah dengan kuasa seorang emak. Lepas tu, masuk sekolah rendah. Balik rumah bukan tahu nak buat homework ke apa. Balik-balik je terus tengok tv, tidur. Masa tu, pedulik hape aku dengan homework. Haha.. Cikgu nak rotan? Go ahead.. Tak heran! Uweekk! Lepas tu, esoknya pergi sekolah rilek je muka-kering-sakai-pi-mampuih homework satu pun tak sentuh. Esoknya,ayah bising. Tak ada kerja sekolah ke asyik main je? Tunggu nak kena marah jugak baru lah terkedek-kedek nak pergi cari beg sekolah balik.
[Gambar : Macam ni lah tahap ketekunan aku buat homework bersama abang tercinta]
Lepas tu, masa lepas habis UPSR. Sekolah rajin sangat buat event bagai. Kalau tak dalam hati masa tu, memang aku malas nak ambik port lah kan pertandingan jadah entah. Kawan-kawan pun dok tolak tolak aku suruh join. Okay okay. Aku join. Seronok lah korang kan? Haha..
Masuk pulak sekolah menengah tak tahu apahal rasa macam nak aktif gila gaban dalam unit uniform. Mungkin disebabkan rakan-rakan yang bertindak sebagai catalyst. Masa tu, tiap-tiap kali BSMM buat apa-apa aktiviti je, mesti discuss dulu dengan member-member lain nak join ke tak. Memegang kata-kata muafakat membawa berkat. Haha..
Sampai Form 3 pulak, masa tu memang tak minat langsung kot benda alah pantun-pantun bagai ni. Bajet macho gila lah masa tu. AKU dan PANTUN adalah REPEL. Sekali lagi, datang pulak Cikgu Sarimah sebagai catalyst yang mendorong aku join pantun.Mula-mula memang tak nak. Serius. Celah mana aku nak tahu bab-bab pantun ni? Masuk pertandingan pun tak pernah kot. Gila tak cuak aku? Tapi cikgu dok yakinkan aku boleh buat punya. Okay, aku mengalah dan akhirnya jadi pemantun sekolah sampailah aku pindah ke SABDA. Okay, pantun taklah seteruk yang disangka.
[Gambar : Masa pertandingan pantun lawan ACS Klang/ 2008]
Lepas tu, masuk pulak musim berblogging. Masa tu hujung tahun Form 3. Terima kasih daun ganja kepada kawan-kawan seperjuangan(NANIRO) yang beria-ia meng"accelerate"kan keinginan aku untuk berblogging. Dan juga speed up the reaction untuk aku update blog hari-hari masa tu. Jakunah sikit.
Nampak tak betapa pentingnya catalyst dalam hidup aku? Dan betapa catalyst memberi kesan terhadap setiap reaction aku. Haha.. Sampai sekarang, kalau tak ada catalyst rasa macam hilang semangat. Lagi-lagi kalau yang ada buah hati pengarang jantung pisang tu ada extra catalyst lah kan. Semua orang sekeliling aku adalah catalyst aku. Baik daripada hal peribadi sampailah ke hal umum. Jujur aku berkata.
Catalyst is essentially required in every breath.
Mungkin kau pun ada jugak catalyst sendiri kan? Semua orang pun perlukan catalyst.
p/s : Eh,kejap. Mana cerita SABDA? Oh,itu lain edition pulak. Panjang benor ha nak khabor ke kome kat sini.
hahaha,.....tul..tul...yg masa ko sekolah rendah tu aq sokong....sbb pangai pun lebih kureng sama.....:)
ReplyDeletehaha.otak stok sama je kaann..umur2 macam tu memang lah. hehe
ReplyDelete