Sampai KL Sentral, terus ambik tiket naik LRT pergi Masjid Jamek. Tengah tunggu LRT, tiba-tiba terserempak dengan Kemas,Syafiq Saarani and Faris Fakhri. Macam nak tegur tapi macam segan pula tiba-tiba sebab dah lama tak jumpa. So senyum sajalah. Okay, diorang boleh bantai senyum-senyum sambil berkata "Tak kenal, tak kenal ni Izzatul." Fuh,nasib baik dekat public. Sabar sabar..
Biasalah naik pengangkutan awam memanglah kena rebut-rebut kan. Tengah dalam kesesakan nak masuk LRT, tiba-tiba ada sorang mamat ni dengan baik hatinya memberi laluan kat aku. Macam gesture "tak apa, masuk dulu." Dalam hati masa tu, 'Baik pulak mamat ni. Dahlah siap berkopiah bagai'. Baru nak usha sikit muka dia ingat nak cakap "Thanks". Sekali pandang, hek eleh! Shafiq Manap ke? Budak sekolah aku jugaakkk..
Sampai PWTC, macam pelik. Tengok semua booth untuk orang carik kerja. Masuk dalam lagi,pun tak ada. Cari lagi,pun tak jumpa. Dah sudah, mana pulak dia campak booth untuk universiti scholar semua? Lepas tu, dah jumpa dah. Tiba-tiba datang pulak seorang lelaki yang nak buat bancian/survey untuk feedback for this event.
Tengah sedap tick berapa nak bagi rate untuk karnival tu, si lelaki tu tanya lah daripada mana semua. Dan dengan santainya dia berkata "Alah..Korang ni semua confirm muka-muka UITM je nanti. Tak caya tengoklah." Erk! Okay,aku tak tahulah itu cubaan dia menjadi peramah ke apa. Tapi lepas tu rasa macam nak cakap "Pi mampuih la hang".
Tengok semua booth. Since semalam Jumaat dan hari bekerja,so memang tak ramai orang dekat situ. Nak tengok semua booth pun heaven je. Dilayan dengan penuh budi bicara. Nasihat aku, tak payah lah bawak apa-apa pen dan beg. Sampai sana nanti melambak-lambak dapat pen dan beg. Kutip semua brochure pun okay je kot rasanya. Pergi tengok A-level dekat Shahputra. Sponsor Mara, JPA. Tapi tak banyak yang menarik lah kan sebab mostly untuk undergraduate dan jugak yang berminat untuk further studies dekat private college.
Oh,kakak yang dekat booth Kolej Universiti Shahputra cakap, pinjaman MARA dengan PTPTN ni lain. Kalau PTPTN kan semua pun tahu,banyak mana pinjam banyak tu lah jugak kena pulangkan. Macam pinjaman MARA,kalau dapat great score dekat universiti nanti, let say 3.0 ke atas, cuma pulangkan duit pinjaman tu around 50% je. Oh,baru saya tahu kak!
Pergi booth ACMS pulak, kakak tu cakap yang lepasan ACMS memang tak pernah dengar lagi ada yang jobless. So sebenarnya kakak tu nak cakap ACMS ni terbaik lah. Sebab banyak cabang kerja boleh dapat. Paling best kakak tu kata,
"Tapi kalau adik dapat offer matrik ke, asasi ke, better adik accept offer tu lah daripada ACMS ni. Sebab kat sini yuran foundation 11 bulan je pun dah RM20000++. Kalau yang Matrik ke Asasi ke kan under kerajaan. So better lah kan."
Habis tengok semua booth, terus cabut. Balik. Lunch Kenny Rogers sebab tempat makan lain semua macam haram full gila. Fuh,dalam tengah tak-ada-duit-sengkek-poket-nipis-tinggal-seringgit-je tu boleh pulak bantai Kenny Rogers. Memang rembat Maggie jelah lepas ni. Haha..
p/s : Ada kerja kosong jadi cikgu tadika. Boleh jugak try kan? Haha..
wah wah..banyak info kau dapat kan.:)
ReplyDeletebtw, mmg shafiq manap sgt sopan santun.hampir aku jatuh hati kat die tapi disebabkan die gelak kuat gler,batal hasrat.haha.
agak laa..kau esok jengah jengah lah booth best, then tanya byk byk..
ReplyDeleteoh. shafiq manap kalau tak kenal memang boleh jatuh hati. tp dgn gelak tawa dia, tak apalahh..haha
rindu gila time2 neh!
ReplyDeleteum.. well, there's this thing about edu fair yang buat lepasan spm a bit.. 'huru-hara' lately.
edu fair yg kitorang tgk lately ne focus more dekat pvt college rather than government's
i highly advise you to keep on updating 'Jom Masuk U' fair. but i'm not sure they still carry out this event.
and yeah. kalau masuk asasi/matriks. rasanya tak payah amik scholarships. you're forbid
nanti ada satu agreement yang kerajaan akan beri bantuan.
fr Asasi peeps like me, i've got double!
rm RM 2000 frm gov and another RM 1750 +/- from Ministry of Higher Education, MoHE. and some more sub-money which mounts up to RM5300! dah macam JPA!
betul betul. gila. most booth kot private punya. kitorang dah pelik apahal pulak. government tak join ke kan..
ReplyDelete"jom masuk u" fair? oohh..dgar rumours april akan ada lah kan.
ooh..bout that asasi/matriks like seriously ke? okay then glad to know that. heaven kot dok asasi. haha