Sunday, February 5, 2012

Marah dan diam

Bila marah, lebih baik diam.

Itu petua orang tua tua.

Tapi macam mana nak buat kalau,

marah yang terlalu lama disimpan, dah terpaksa ditelan hampir setiap masa,

akhirnya buat kita menangis.

Masihkah kita ni wajar dianggap bodoh?

Maulidur Rasul

Tadi aku turun jogging, sebab hari ni kan cuti. Dan aku pun pelik. Kenapa lengang sangat padang pagi ni? Adakah ada apa apa event yang aku tak tahu?

Tapi aku tetap meneruskan acara jogging aku.

Muka muka yang biasa aku nampak turun berjogging pagi pun tak ada kali ni.

Pelik?

Dan lepas je habis jogging, aku beredar ke court basketball. Nak lepas gian main. Sambil jalan tu, baru aku nampak banyak muka muka yang selalunya berjogging,ada dekat masjid berhampiran tempat aku main basket tadi.

Ada gotong royong masjid rupanya.

Alamak aii!

Segan nya..


Orang lain, hari maulidur rasul, buat kerja amal, bersihkan masjid,surau semua.

Tapi aku? Sedap je main basket kat tengah court yang betul2 berdepan dengan masjid.

Aaaabagusss!!

Memang terbaiklah aku.


P/s : Kau tak boleh bayang perasaan segan aku sampai sekarang ni kot. =='





Wednesday, January 25, 2012

If Allah wills it.


Kita berkenalan secara tak sengaja

adalah perancangan Allah...

Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun

Allah yang rancang..

kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..

kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..

kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..

kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...

kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...




*adapted from "kisah wanita".



Sunday, January 22, 2012

Kasih Sayang itu luas.


Seorang ibu sanggup berjaga malam kerana nak menyusukan anak di tengah malam.

Seorang ayah sanggup berpenat lelah bekerja demi anak anak.

Seorang kakak sanggup berbasikal ke kedai demi mencari makanan untuk adik adik.

Seorang sahabat sanggup bersengkang mata menjaga seorang rakan yang sakit.

Seorang perokok tegar sanggup berhenti merokok kerana seorang perempuan.






Semuanya kedengaran payah dan hampir mustahil.

Lalu,

kerana apa itu semua masih terjadi?

Sebab wujudnya rasa kasih di situ.
Sebab wujudnya perasaan sayang antara dua pihak.


Percayalah, kerana kasih sayang semuanya kelihatan mudah.

Perkara yang kita rasakan jengkel pun tidak mustahil.


Its just about how we determine the value of that "kasih sayang".

Bukan secara membabi buta yang pastinya.




Wednesday, January 4, 2012

Degree First Class.



Untuk mendapatkan degree first class saya perlu mendapatkan 3.8 ke atas.

InsyaAllah,Tuhan akan buka jalan untuk saya ke arah itu.

I've finished one semester. Alhamdulillah.

Another 10 semester until I can finally hold that Bachelor of Education (TESL)-(hons).

Which would take around 5 years from now? Yeah.

Sabar,Nazihah. 5 tahun tu tak lama. Pejam celik pejam celik je.

And I can start chasing whatever or whoever I've left before. =D

Saya akan berusaha semampu mungkin.

Semester 2 dah tak mahu main main dah.



Mudah mudahan,saya sangat sangat mahu grad dengan degree first class. =)

Amin~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...