Saturday, April 30, 2011

Presence of Rationality.

Bismillahirrahmanirrahim.


Today I woke up and overwhelmed with such a rational thinking. I've built the shield. And I just inspired by some kind of spirit and courage from from God-knows-where. Yeah, it is really time to wake up,get up and walk with strength. Ignore those words. They are just another excuse for you to actually see the perfect track.

Its time to correct the mistakes.
Its time to fix the broken parts.
Its time to prove something to everybody.
Its time to enlighten the spirit that you hold.
Its time to show the super ability that lies within.


And you should know yourself better than others. Please please, give out the best in you. Prove that all the assumptions are wrong and rubbish. Remember, you are simply a fantastic girl who made a silly mistake just to finally find the absolute path for you.



Words of wisdom:-


"Smart people don't make same mistake twice".


Thanks Puan Nadrah,the Biology teacher.

It means a world to a person like me.




In the name of myself, I truly believe my dream will come true someday.
And I am not going to take this for granted.
Damn serious.





Friday, April 29, 2011

Between Faith and Regret.

Yes,it happened again.Kau dan airmata kau yang tak pernah putus. Come on. Just admit, kau memang lemah. Setiap kali nak bangun, dah berjalan gagah, mesti kau jatuh. Apa malang sangat nasib kau? Kau kena sedar diri.

Orang kata, gagal sekali tak bermakna gagal sampai mati. Tapi untuk kes kau, tak sama.

Gagal sekali tu lah yang akan jadi bahan ungkit sampai kau mati.

Dan itulah dia bahan ungkit yang kau kena dan wajib telan.

Suka atau tidak. Kau ingat siapa nak kesian kat kau? Tak ada.

Kau tak pernah kesal dengan sebarang keputusan atau tindakan kau yang lepas. Dan tak pernah terfikir nak rasa kesal. Sebab kau memang dah sedia dengan sebarang pro dan kontranya. Kau cuba hadirkan rasa syukur yang sepatutnya ada sebagai seorang Islam. Bayangkan betapa yang lain tidak dikurniakan rezeki macam yang kau dapat. Sebab kau tahu Tuhan itu Maha Adil.


Tak cukup dengan kata kata pemusnah penuh kekesalan, nasib kau dibanding bandingkan pula dengan yang lain. Sudah berjuta kali kau ulang, itu rezeki masing masing. Siapa kita nak melawan rezeki Tuhan? Tapi kata kata kau sikitpun tak di ambil pusing. In fact, kau terus terusan dibiar hidup dengan rasa menyesal sebab pernah decide untuk berhijrah. Terus terusan dihukum dengan tindakan lepas kau. Terus terusan ditekan supaya kau akhirnya akan pilih untuk live in regret. Sebab kau pergi dan tak pulang bersama emas.


Kau tak pernah minta diberi semangat. Apatah lagi kata kata perangsang daripada sesiapa. Kau cuma minta satu perkara. Cukup sekadar jangan diusik semangat yang ada sekarang. Kau tak perlukan kata kata semangat mereka. Cuma jangan dihambur kata kata pemusnah pada kau. Buat masa sekarang ni. Sebab kau ini mudah melatah. Satu jentikan, semua dinding semangat kau dah boleh runtuh.


Dan sampai satu tahap,kau jadi fed up. Kau rasa nak mengalah dengan semuanya. Kau rasa kau dah tak mahu ambil peduli dengan dunia. Dan biar nasib yang bawa kau ke mana layaknya. Sampai kau pernah bermonolog sendiri, betapa malangnya kau menjadi seorang Izzatul Nazihah. Sebab kau ini lemah,mudah melatah. Kau rasa totally give up with yourself and quitting the life. Seboleh mungkin kau mahu berdiri dan teriak sekuat hati. Biar suara kau jelas gemanya dari hujung dunia ke hujung dunia.


“Ya,Izzatul Nazihah memang a major loser. Aku tak perlu orang untuk musnahkan semangat aku. Aku tak perlu sebarang kata kata untuk buat aku rasa menyesal dengan masa lepas aku. Aku tak perlu ayat ayat pemusnah untuk buat aku rasa tak ubah macam manusia yang gagal teruk dalam hidup. Kalau dengan hanya berhenti bernafas , berhentikan heartbeat dan berhentikan nadi aku boleh buat semua diam dan stop regretting my past, aku sanggup lakukan. Jika nyawa aku satu cagaran yang boleh buat keadaan kembali normal,silakan.”



Tapi kau masih ada iman. Islam masih pegangan. Jadi fikiran itu cuma sekadar bisikan iblis. Kau sudah terlalu penat. Biarkan bantal kau basah dengan airmata sebelum tidur. Dalam keadaan yang sama juga kau bangun tidur. Hari hari begitu dan entah sampai bila. Airmata kau cukup rajin. Kau makin buntu sekarang. Kau tak tahu nak berpaut pada siapa. Apa saja yang tinggal untuk kau bergantung harap?




p/s: Dia lebih tahu. Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini.

Permudahkan segala urusan bagiku di dunia dan di akhirat.

Bantu aku memilih jalan yang terbaik untukku.

Bantu aku menebus kesilapan dulu.

Sesungguhnya Kau maha mendengar isi hati hambaMu ini.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.




Thursday, April 28, 2011

They asked me to go there.

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaIZZATUL NAZIHAH BINTI YAHYA
No Kad Pengenalan93082310
No MatrikMS1114511213
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM001-SAINS
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI PERLIS-KMP
Tarikh Mendaftar23 MEI 2011


Masih tak tahu nak pergi ke tak. Ikut gaya semua orang, tunggu UPU punya result. Tak pernah mintak sini pun. Mula macam sedih apahal jauh sangat? After checking with others, majority geng kat SABDA yang perempuan dapat kat Perlis. Yang lelaki SABDA majority dapat kat Negeri Sembilan. So, kesedihan tu hilanglah sikit kot. Sebab macam ada geng. Tapi I'm not sure whether they'll be going or not. Me? Even my parents dont know about this. Because I've just checked. Try contact yang lain lain. Hampa. Semua dah tidur. Tak apa. Baru permulaan hari. Esok pagi ramai lah yang check ni. Bila fikir balik, omaakkaih! Jauh gila kot. Nak pergi je dah berapa jam perjalanan. Balik pun mesti jarang jarang ni. Speaking utagha lah lepas ni. Dengan tough nak struggle lagi kat matriks nanti. Agak confusing jugak lah.

Tiba tiba didatangi ayat keramat brado tersayang, Izat Jaris.

"Weh, nak struggle kat mana mana pun kena struggle. Kau ingat kalau dapat masuk U tu dah senang ke?
Still kena struggle jugak. Sama je. Yang penting kau kena pandai usaha.
Pandai usaha, pandai lah kau nak hidup nanti. Mesti boleh punya.
Lagipun pakcik aku kata, matrik okay. Sampai matrik nanti, baru kau tahu kau ni cenderung ke arah mana.
So kau boleh decide apa bidang yang sesuai dengan kau sebenarnya."



Oh. Thanks brado. Kau betul betul membuat aku berfikir panjang malam ni. Sumpah kau inspired aku dengan kata kata kau yang simple tu je pun sebenarnya. Kepada kawan kawan lain yang mendapat tawaran, TAHNIAH diucapkan. Dan kepada yang tidak berjaya, pintu rezeki lain masih ada. UPU masih ada. Rezeki Allah ada di mana mana. InsyaAllah. Amin~


Semoga kita semua mampu memilih jalan yang terbaik untuk masa depan.
Doa jangan putus. Bantuan Allah jangan lupa.
Istikharah penting jika buntu.
Sekian.





Monday, April 25, 2011

Lobak, Kopi dan Telur.


Satu hari, seorang bapa membawa anaknya masuk ke dapur tempat dia bekerja. Sebaik melangkah ke dapur, dilihatnya tiga buah periuk yang mengandungi air mendidih diletakkan di atas api pada suhu 100 darjah celcius. Lalu si anak bertanya kepada bapa "Kenapa ayah membawa saya ke sini?". Si ayah hanya senyum tanpa memberi sebarang jawapan. Di iring langkah anaknya untuk melihat isi periuk. Si anak bertambah hairan. Tiada apa di dalam periuk melainkan hanya air mendidih. Lalu si ayah berkata. "Cuba kamu masukkan lobak mentah ini ke dalam periuk pertama." Lalu si ayah menghulurkan lobak merah yang mentah tadi kepada si anak untuk dimasukkan ke dalam periuk. Seterusnya mereka bergerak ke periuk kedua. "Kamu masukkan pula telur mentah ini ke periuk kedua."si anak menurut. "Nah, masukkan pula serbuk kopi ini ke dalam periuk ketiga." Kata si bapa. Seperti sebelumnya, si anak hanya menurut.




Setelah selesai ketiga tiga periuk diisi, si anak kembali bertanya kepada bapanya. "Kenapa ayah menyuruh saya mengisi periuk periuk tadi dengan ketiga tiga bahan tersebut?". Si ayah melemparkan senyuman kerana dia tahu anaknya bingung dengan tindakannya sebentar tadi.
Lalu dia merangkul bahu anaknya sambil melemparkan pandangan ke arah ketiga tiga periuk yang sedang mendidih bersama bahan yang baru dimasukkan tadi.

"Wahai anakku, kamu nampak tak sebentar tadi ayah ada menyuruhmu memasukkan tiga bahan yang berlainan ke dalam ketiga tiga periuk tadi?". Si anak mengangguk. "Cuba kamu perhatikan lobak dalam periuk pertama dan beritahu ayah apa keadaannya sebelum dan selepas dimasukkan ke dalam air mendidih." Si anak berjalan melihat periuk pertama dan melakukan permintaan bapanya.


"Lobak tadi sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih sangat keras dan kukuh. Sukar untuk dipatahkan. Tetapi selepas di rendam dalam air mendidih, lobak menjadi lembut dan mudah dinikmati isinya" jawab si anak. "Bagaimana pula dengan telur?" tanya si bapa. "Telur tadi sebelum dimasukkan, isi dalamnya sangat cair dan mudah retak jika terkena hentakan. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih, isi dalamnya menjadi keras dan kuat." jawab si anak lagi. "Kopi pula?". "Kopi sedikit berbeza. Sebelum dimasukkan kopi hanyalah serbuk biasa. Kopi membuat air mendidih tadi menjadi begitu harum dengan aroma kopi yang sangat menyelerakan." si anak menjawab dengan penuh yakin. "Apakah maksudmu untuk semua ini ayah?"


"Tiga bahan yang berbeza tadi adalah jenis jenis manusia. Manakala air mendidih tersebut adalah kesusahan dan musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada kita. Lihat sahaja tiga tindak balas yang berbeza. Ada manusia yang pada awalnya sangat teguh dengan pendirian diri, tidak mudah dipatahkan semangatnya sepertimana kerasnya lobak. Tetapi setelah datang sedikit dugaan, dia menjadi lemah. Dan mudah mengalah dengan situasi. Sehingga membiar diri dikawal oleh suasana sekeliling."



"Telur pula adalah gambaran manusia yang pada awalnya mudah untuk bertoleransi dengan orang sekeliling, lembut hati, mempunyai rasa belas kasihan yang mendalam dan perikemanusiaan yang tinggi dan mudah dibawa berbincang. Tetapi setelah ditimpakan dengan sedikit dugaan, telur menjadi keras dan tidak memandang kepada sebarang belas ihsan sehingga menganggap semua dugaan hanyalah satu perkara yang remeh. Telur sudah hilang rasa perikemanusiaan dan akhirnya menjadi beku disebabkan sudah begitu serik dengan musibah yang menimpa.


"Kopi pula sedikit berbeza. Ini kerana sebelum dimasukkan ke dalam air panas, kopi hanyalah serbuk biasa. Tetapi berbeza dengan lobak dan telur, kopi mengubah keadaan air menjadi keadaan yang sesuai untuknya. Kopi tidak mudah mengalah dengan kesusahan dan musibah, sebaliknya menjadikan kesusahan yang menimpa sebagai satu medium untuk dijadikan penawar. Kopi tidak menjadikan kesusahan sebagai alasan kepada perubahan zahirnya. Sebaliknya, kopi berusaha untuk menjadikan keadaan sekeliling sebagai bantuan terbaik kepadanya dan memastikan dia sentiasa hidup dalam kesusahan dan bukan mengalah dengan mudah."



Antara lobak,kopi dan telur. Ketiga tiganya adalah situasi harian yang biasa kita lihat.
Banyak dalam kalangan kita yang memilih untuk menjadi antara lobak dan telur.
Sehingga kita sendiri tak pasti kalau kita mampu menjadi kopi.
Walaupun kita sebenarnya tanpa sedar,
mengharap diri sentiasa menjadi kopi.



Izzatulisme kata :

Jangan risau. Tiada yang hidup mahupun yang mati terlibat. Hanya imaginasi gadis yang bernafas dengan udara dalam dunianya sendiri.





Thursday, April 21, 2011

Pertama Kali Interview.


Tepat je pukul 8, interviewer dah panggil masuk. So sebelum masuk, adalah sembang barang sepatah dua dengan makcik yang sebelah aku tu. Cerita pasal anak dia. Okay, makcik ni sembang nak kencang tak nak kalah. Aku pun apa lagi. Put on the "hipokrit" face. Senyum sikit yang mana patut. Angguk angguk macam aku dengar je pun apa yang dia cakap. Dalam hati masa tu "Yelah makcik, anak makcik sorang je yang hebat". HAHA! Masuk masuk bilik interview yang macam haram aircond dia tak boleh sejuk lagi ke, dah disuruh buat interview secara berkumpulan. So, masing masing ambil position, then dia bagi tajuk.


*************************************************************************************
"EXCELLENT TEACHERS PRODUCE EXCELLENT STUDENTS."

a) Describe your favourite teacher.
b ) How does this particular teacher helps you to excel in your studies?

*************************************************************************************



Okay, dapat je tajuk ni. Aku dah macam blank. Ah sudah. Nama cikgu mana pulak aku nak gebang ni. Benci betul lah soalan favourite favourite ni. Serius doh, aku tak pernah pun terfikir pasal cikgu cikgu favourite lah bagai ni. Sebab aku rasa semua cikgu pun ada yang best ada yang tak bestnya kan. So, interviewer tu pun suruh lah ambil dalam 2 minutes time untuk fikir apa apa and bila dah ready boleh start sendiri since interview berkumpulan tu macam konsep "discussion". Then, ada budak MRSM sebelah aku ni start dulu. Ala, budak yang mak dia duduk sebelah aku yang dok cerita pom prang pom prang kata anak dia lah yang hebat segala benda tu.. HAHA! Ceh, budak ni pun gaya tak nak kalah. Dia yang mulakan discussion. So, dia terus tanya kat semua "Okay, everyone is ready?".


Semua pun angguk. Tiba tiba aku rasa nak mencelah. Ting! Dapat idea. Aku pun ambik lah nama Sir Hasrul. Since aku tengah ditemuduga untuk kursus TESL. So, of course ar nak kasi bodek bodek sikit gaya macam English ni hidup mati aku lah kan. HAHA! Cerita lah Sir ni kering gila lah. Kalau dia rasa nak mencarut, dia mencarut. Sampai nak mati ah gelak apa semua kan. Cewah.. Aku cerita mesti ah nak kasi boom boom kan? Kencang gila weh! So, bila yang lain semua dengar, aku rasa mungkin diorang tak pernah ada cikgu macam tu kot. Tu yang semua pun macam tercengang je kan. Aku pun apa lagi. Lagi rancak lah aku gebang. HAHA!



Oh,since aku dah berabad tak speaking. Agak berkarat juga skill speaking aku. Dah macam apa, tunggang langgang dah aku rasa ayat aku tadi. Dengan shaking nya tak kira lagi. Ah,sebat. English terabur pun teraburlah. Walaupun aku tahu ada ayat aku yang macam entah pape je tadi, tapi bak kata ayah aku. "Kau salah pun kau buat muka macam ayat kau tu perfect je. Mesti dia ingat kau tak perasan punya." Okay, aku pun main gamble jelah kan. Masa tengah discussion, budak budak lain dah bawak masuk pulak cerita cikgu favourite diorang yang lain. Aku pun mencelah lagi. Diorang bukak cerita cikgu Chemist, aku pun nak jugak promote cikgu Chemist aku. Bukak cerita cikgu Physics, aku pun tak nak kalah. Cerita pasal Cikgu Zekri pulak. Bukak cerita cikgu Mathematics, aku pun nak jugak cerita Pn.Rufiza Lila. Cerita Add.Maths, aku pun apa lagi. Lancar jelah cerita pasal Cikgu Mazlyy dengan kecomelannya. HAHA!


Habis interview kumpulan, aku gulungkan discussion since semua dah senyap tak tahu nak cakap apa. Then, interview individu. Pergh..! Yang ni tak berapa nak syok lah kot. Mula mula masuk, muka sumpah weh confident gila nak mampus macam gaya "Akulah yang terbaik. Kau kena ambik aku." Hehe.. Perkenalkan diri. Masa perkenal kan diri pun nak jugak menyelit state aku ni boleh mengajar dengan baik. *bapak menipu* Then, dia start tanya itu ini. Pasal kenapa plih perguruan semua. Agak terkial kial otak aku fikir nak gebang apa. Dapat idea, memang laju ah mulut nak cerita kencang. Macam aku lah penyelamat anak bangsa. Sedia berkhidmatlah bagai. HAHA! Settle.






Lepas tu, kena pulak lah kan ambik UJIAN SAHSIAH KEGURUAN. Gila apa dia kasi 135 soalan nak buat dalam masa 30 minit? Okay, aku pun buat jelah. Gempak pulak aku. 15 minit dah boleh siap 100 soalan? Hebat tak hebat? Alaa.. soalan dia macam soalan sivik tu ha. Masa tu lah aku terfikir nasib baik sivik aku gempak. Orang bersiviklah katakan. HAHA! Oh lupa. Before start tu, interviewer tu pun terangkan lah apa butiran yang perlu diisi semua dekat kertas OMR tu. Lepas tu ada satu bahagian ni kena isi "No.tempat duduk". Then dia kata "Okay, untuk column tempat duduk kamu boleh tengok bawah meja kamu ada nombor." Semua pun dengan naifnya tengok bawah meja. Lepas tu dia kata "Eh, bukan bawah meja. Bawah kerusi. Cuba kamu check. Ada tu." Semua candidates pun dengan bangangnya dah berdiri siap tertonggeng tonggeng nak tengok nombor tempat duduk bawah kerusi masing masing. Dah sedap kena tipu kau, interviewer tu gelak macam nak mati. Barulah semua sedar dah kena tipu. Oh,seronok kau ye kenakan orang?


Habis interview je,aku dah rasa macam lega gila nak mampus. First time pengalaman pergi interview. Dan first time juga diperbodohkan masa sesi interview. Okay, aku takkan lupa interviewer tu. Pengalaman tu! Dan rata rata calon yang duduk satu group dengan aku tadi semuanya senasib dengan aku. Pergi interview demi nak gembirakan kehendak parents. Bukan kehendak sendiri lah kan. So,masa tu aku rasa macam "Oh,bukan aku seorang je yang kena paksa kat sini." Tapi still nak perform the best jugaklah kan. Dalam sembang sembang rancak gila dengan budak budak group aku, adalah kenal dengan seorang budak yang rupa rupanya kawan Faruq Syahmi. Siap boleh cerita gosip gosip dengan aku pasal Faruq. Barulah aku tahu kisah sebenar si Faruq. Sumpah nak gelak dah masa tu. And ada pulak yang seorang lagi tu kawan Hanis Syairah. Dua dua kawan SABDA.



sekarang aku percaya dunia ni kecil,
berbentuk sfera dan diliputi 70% air.
Pusing pusing muka yang sama jumpa balik.




Monday, April 18, 2011

Aku perlukan kau.

Dalam semua benda yang aku pernah experience, aku pernah cakap kat seorang member, dalam umur umur macam ni. Memang semua benda kita nak. Nak itu nak ini. Nafsu kuda tahap akhir! Kalau boleh selagi tak dapat, selagi tu nak kejar. Kata mereka kalau dah berkenan, tunggu lama pun tak apa. Pengorbanan. Aku kata, then tunggu saja kalau kau rasa itu terbaik. Mana tahu as time goes by, kau tak sedar kau sebenarnya dah boleh move on.

Even aku pun sama lah doh!

Tapi tak semua yang kita nak kita dapat kan?

Aku suka bila menjadi tempat bagi mereka yang mengalami masalah hati yang agak kritikal. Ada yang kata aku boleh bagi nasihat bagus sebab kebolehan aku sebagai “a good listener”. Tapi aku cermin diri. Aku pengalaman pun ciput nak mampus. Waklu nak bagi nasihat? Dan selalunya aku rasa seronok bila manusia manusia yang ada masalah jiwa kacau ni menceritakan masalah mereka kat aku. Somehow, aku belajar how circle a life is. Aku pun apa lagi. Pom prang pom prang ah kencang nak consult orang.



Cerita yang berkaitan “penantian satu penyeksaan” lah yang paling boom boom ah bagi aku.Yang ni sumpah variety gila jalan cerita dia. Aku dah tengok macam macam jenis. Kisah aku pun termasuklah sekali en. *blushing* . Bila mereka yang terlibat selalunya hanya mampu nak observe pujaan hati daripada jauh.Ada yang terus berusaha dengan harapan usaha berbaloi. Mengharap ada sesuatu yang lagi baik. Kalaupun ada yang kata “tak pernah mengharap”. Toksah dok kencang lah. Sekering kering kau kat luar pun, mesti ada dalam hati terselit kata “Alangkah bahagianya kalau aku dapat bercinta dengan dia!” LOL!

Aku selalu ingatkan orang, penantian sentiasa berbaloi. Tapi bila aku fikir balik. As much as we want someone so bad, kita betul betul perlukan dia dalam konsep yang kita harap tu ke? (Meaning like kau betul betul perlukan dia as your lover?) . Dan majoritynya,TAK! Semua nya cuma lebih kepada desire. Eheh.. Aku pun sama. Tipu ah kata tak ada desire. Kalau kau hari hari dapat contact someone, dengar suara dia, tahu khabar dia selalu, jadi bahu dia bila dia menangis, apa lagi nak? Kalau kau dapat memiliki orang tu pun, kau tetap akan buat benda sama. Cuma apa yang lebih, perasaan berada dalam relationship yang mungkin dianggap matang. Jadi bagi aku, aku cuma perlukan ini sahaja daripada relationship dengan orang orang di sekeliling aku. Sentiasa keep in touch.


Aku dah semakin kosong melihat lelaki.

Walaupun berapa ramai yang aku jumpa setiap hari.

Sudah hilang keinginan untuk berkata ”He’s one of a kind.”

Heartless atau ada yang kata hati beku.

Tiada lagi hati untuk jatuh pada mana mana jiwa bergelar lelaki.

Buat masa sekarang.

Dan tak tahu sampai bila.


Sebab jatuh yang dulu dah jadi macam lesson of of life.

Aku panggil ianya tegar.

Kau panggil apa?



Saturday, April 16, 2011

Manusia Ilham Manusia.


Tadi kau jalan. Kau jalan kau nampak ada seorang lelaki, sekitar umur kau mungkin. Rupa dia, not bad.. Sebab tu lah pun kau pandang kan? Haha.. Bersama seorang perempuan tua yang layak di panggil nenek. Kau nampak. Nenek tu tak berdaya. Jalan pun dah ketar ketar. Tongkat kat tangan. Kau rasa kasihan. Masih ada perikemanusiaan. Kau kira lelaki yang sebaya kau tadi tu cucu dia. Kau hairan. Kenapa lelaki tadi sanggup biarkan nenek dia melintas sendiri di tengah jalan raya kota yang sibuk macam tu? Dan kau jadi lebih hairan. Di tengah khalayak. Lelaki tadi tengking nenek tua itu sebab terlalu slow melintas. Kau jadi clueless.


Mana hilang rasa belas lelaki itu? Huh! Dasar anak kota kau lelaki! Terkulat kulatlah nenek itu count the steps cucunya. Tenaga anak belasan tahun dengan tenaga warga emas nak equal? Mustahil la weh! Tapi nenek tu lepak chill je. Siap boleh senyum dengan tak ada giginya. Salute la nek! Woah..bahagianya kalau ada nenek macam tu.


Lepas tu kau rasa macam nak maki lelaki tu. Kalau ikutkan hati laa.. Kau kata dalam hati. Kau reflex balik diri kau. Bertuahnya dia. Dapat rasa perasaan dikurniakan seorang nenek. Dapat rasa perasaan macam mana ada nenek. Kalaupun dia agak bodohlah sebab tak belajar manners. Tapi dia antara manusia bodoh yang bertuahlah kan?


Sedangkan kau. Pengalaman tu,sekali pun kau tak pernah rasa. Pegang nenek kau pun kau rasa macam pegang strangers. Kau kadang kadang sampai jealous bila kawan kawan kau cerita kenangan atuk nenek kat kau. Tapi kau ada apa? Kenangan apa yang kau boleh bangga? Tak ada. Tak ada. Kau Cuma boleh kata, kau ada atuk nenek macam mereka. Memang ada. Tapi bukan macam relationship yang mereka ada. Walaupun kau sebenarnya boleh rasa relationship macam tu. Sayang seribu kali sayang. Wahai lelaki,hargailah apa yang kau ada sebab kau tak tahu betapa orang lain idamkan apa yang kau ada. Tahniah,kau betul betul mengilhamkan rasa belas untuk orang lain.


Izzatulisme kata :

  1. Tangan kanan aku terseliuh buat masa ni. Tak mampu bergerak banyak. Dan aku kena belajar jadikan tangan kiri aku sebagai dominant sekarang. Macam ni rupanya hidup sebelah tangan. Uhh.. terseksa!
  2. Berjalan dari Midvalley ke One Utama seterusnya ke Summit dalam satu hari memang sumpah exhausting.
  3. Aku dah ada Tumblr. Eh, dah lama dah ada. Cuma tak tahu kenapa sampai sekarang aku macam malas nak active benda alah tu. Blogspot lebih addictive untuk aku buat masa sekarang.


Thursday, April 14, 2011

Mereka kata..

Kau tahu kau tak segembira mereka.

Walaupun apa yang kau dapat tu tuah.

Bukan semua dapat peluang macam kau.

Tapi kau masih tak mampu nak senyum,

selebar senyuman mereka.

Sebab kau tahu yang semua ni kehendak mereka.

Bukan kau.

Lain kau harap dan doa, lain jalan Tuhan bagi.

Tak apa.

Kau lupa janji Tuhan? Jangan jadi jahil.

Ini bahagian kau. Nak tamak apa lagi?

Boleh nazihah. Kau tinggal nak cari keikhlasan.

Mereka kata kau boleh.

Ala.. Lama lama kau adapt lah.


Kan?



Wednesday, April 13, 2011

Sayang Awak.

Demi nak cari sesuap nasi untuk lunch, maka aku pun bergerak ke AEON Bukit Tinggi semalam. Done eating, maka aku pun terus ke Popular bookstore. Ingat nak cari buku yang “sedap” dibaca, so selaklah mana mana buku yang patut. Tengah khusyuk baca novel kanak kanak tajuk “CIkgu Paling Gempak”(aku baca pun sebab cover dia handsome,haha..), datanglah seorang mamat bert-shirt putih yang tingginya tak adalah jauh beza dengan aku. Haha.. Dengan focus yang tak berbelah bagi, ada suara lelaki tegur “Hai..boleh berkenalan?”. Okay. Suara ni sumpah familiar kot. Letak buku, otak cepat je generate. Terus pandang muka pemilik suara.


OMG! “Sakai! Kau rupanya! Apalah sakai. Nasib baik aku tak ada sakit jantung! Terkejutlah ngok!” Memang terbahak bahak jugak aku kat situ. Kalau jumpa budak budak SABDA yang dekat Andalas ni tak adalah terkejut sangat. Azri Mustafa a.k.a Ajen rupanya. Entah jadah apa dia datang jauh jauh kat Bukit Tinggi ni ha. So,sembanglah barang sepatah dua dengan dia. Dah lama gila tak jumpa kot. Rambut dia dah panjang. Bajet kacak bergaya lah kan. Hahah..


Tanya status relationship dia semua, merungut pasal alumni. Memang suara aku rasanya satu bookstore tu dengar. Gelak je memanjang. Mula mula pelik jugak aku apahal dia nak singgah bookstore. I mean like, jaranglah lelaki nak singgah bookstore and pergi dekat section yang aku pergi tu. Okay, masa tu aku tengah berdiri dekat section novel novel jiwang leleh tak tipu punya. Baru tahu rupanya dia mencari hadiah untuk perempuan. Hadiah buku? Dengan mulia nya,aku pun suggest a few books. Sembang then aku mintak diri gerak ke surau. Baru ingat tak Zohor lagi.


Habis Zohor, Kakak ajak pergi Shah Alam. Alang-alang pergi Kompleks PKNS tu, fetch mak daripada office dia sekali. Balik daripada Shah Alam, baru sampai rumah, baru nak dinner, tiba tiba Uzair Ismadi a.k.a Ozzy call. Terkejut dia tanya aku tengah buat apa. Rupanya dia ada dekat Andalas. Dekat Taman Rakyat yang cuma beberapa tapak daripada rumah aku . Aih, tak pernah pernah pulak kan Ozzy rajin nak datang Andalas. Oh,lupa. Andalas dengan Bangi sejam je kan? Ni tak lain mesti sebab ada factor pemangkin ni. Haha.. Ozzy ajak lepak dengan Anne dan Mikki Kamarulzaman. Siap offer nak ambik depan rumah ha. Tiba tiba je Ozzy jadi baik kan? Haha.. Aku paham aku paham. Malang, terpaksa tolak ajakan. Since aku baru je sampai rumah daripada Shah Alam, so rasa macam malas gila nak keluar balik.Bukan tak sudi. Sorry Ozzy,Anne and Mikki!

Dan tiba tiba terasa macam nak cakap “Andalas ni famous jugak eyh?.” Hahah.. Boleh tak?



Izzatulisme kata :

1. For the sake of his girl, sanggup daripada Bangi turun ke Andalas ye Ozzy? Haha.. Kasih sayang betul! Syabas! Mikki, silalah terima Uzair sebagai adik ipar anda. Haha.. Terasa bertuah mengenali ketiga-tiga anda. Dunia ni kecik.


2. Mata kiri aku sekarang dah diserang cali. Dan berparut macam apa. Akibat tidur tak nyenyak selama sejam lebih dekat SABDA, sempat lagi cali serang mata aku. Sumpah nak bagi kenangan!


3. Tolonglah presiden alumni, jangan semakkan otak aku dengan segala macam benda berkaitan alumni 24/7. Sumpah rimas lemas sesak otak weyh! Kau wat lek sudah. Takyah menggelabah. Chill lepak lah der. Bukan kita nak buat reunion minggu depan pun. Pffttt…



2230 - 12/04/2011



Monday, April 11, 2011

The Spark is Gone



-Lepas majlis bersurai-

Pukul 4 petang bersamaan 8 April 2011, aku pun jejak kaki ke SABDA. Since aku sampai lambat, Farhanah dah tolong daftarkan nama dan tolong ambikkan jubah sekali. So, ayah drop depan aspuri, terus naik dorm. Dapat pulak dorm atas sekali. Memang terbaik. Masa sampai je, Cien dengan Sya pun baru sampai. Baru nak lepak lepak dorm, goyang kaki, dah disuruh berkumpul dekat dewan makan untuk perjumpaan. Masa tu nampak lah muka muka member yang dah lama tak nampak. Untuk kategori rambut, memang Nabil menang lah. Pergh..! Rambut tak hengat! Haha.. Nak tubuhkan Alumni pertama SABDA rupanya. Kami anak sulung kan? Hehe.. Dah habis lantik semua AJK, maka bersurai lah.


Petang waktu riadah tu,lepak dekat kantin. Lepak dengan Adat, Shefon, Tot, Ana, Cien, Mira and Haziq. Mencari Akif, tapi tak nampak bayang. Dah dikatanya aku sombong. Adoi~ Tengah lepak, pick randomly sorang budak Form 1. Tak kenal pun. Panggil dia datang dekat kitorang. Then tangkap gambar dengan dia. Suruh budak tu posing. Sumpah muka budak tu blur gila. Haha.. Okay, itu bukan buli ye.. Sekali sekala bergurau. =)

Then, rindu berjemaah dekat surau. Kami pun turun lah ke surau untuk jamak Maghrib dan Isyak. Gunakan kelebihan sebagai musafir. Lepas tu, bersiap dan turun ke dewan besar untuk rehearsal Hari Kecemerlangan. Masa tu, baru nampak semua muka. Tegur yang mana sempat. Seat aku memang terbaik. Depan ada Purung,Jaris, Kamar, Topeng. Belakang Ba, Adik, Nani. Sebelah kanan Uzair,Mimi. Memang seronok. Macam dah lama gila tak sembang dengan mereka.


-Bergambar kenangan di luar dewan lepas majlis bersurai-



Habis rehearsal, lepak kantin. Budak budak balik prep. Sumpah senyap gila. Ibarat berjalan dengan member pun tak bercakap. Haha.. Duduk kantin, makan makan. Then majoriti pakat lepak kat pekan Bagan Datoh. Naik kereta Mira.Sampai sampai je orang orang kat warung dah tengok macam apa. Tengok jam, patutlah. Dah pukul 11.20 pm. Ada pulak anak anak dara lepak warung time macam tu di pekan kampung sedemikian. Hehe.. =)

Budak budak laki pulak ada kat gerai sebelah. Siap bukak enam meja. Kami sikit je. Tak ramai. Lepak bersama Nad,Cien,Ana,Tot, Adaa,Mira,Haziq and Adat. Tak lama tu Sir Shahrin sampai bersama SM dan Paie. So Sir lepak dekat table kami. Mintak jasa baik Sir bayarkan bil kami. Hehe. Rasa macam boring gila so decide balik sekolah. Lepak kat kantin. Tak lama tu Akif join.

Datang pula seorang warden aspuri, menghalau kami untuk balik dorm. Ayat best" Pelajar perempuan tolong balik asrama sekarang." Hehe. Masing-masing senyum sendiri. Rasa macam zaman sekolah lagi. =)
Aku,Cien dan Tot saja perempuan yang ada masa tu. So, terpaksa stop sembang, baliklah asrama dengan separuh hati. Jalan bapak lembap lah kan. Tengok je warden dah hilang, kami pun apa lagi. Stop dekat wakaf depan DM. Sambung lepak dan sembang walaupun masa tu dah pukul 12.40 pagi. Ditemani Haziq, Uzair(sekejap sekejap) dan Akif. Tak adalah rasa takut pun since majoriti budak laki rancak lagi bersembang dekat tepi court volleyball yang tak jauh daripada kami.



Nampak je warden aspuri dah tunggu depan pagar aspuri. Kami pun terus bergerak. Stop sembang. Off to dorm. Bye lelaki lelaki sekalian. Sambil jalan, aku, Cien dan Tot masing masing dok tunduk tenung handphone walaupun handphone tak bunyi. Haha... Masing masing taknak tengok muka warden. Seperti yang dijangka, memang daripada jauh dah kena sembur. Pergh..! Dah lama tak kena marah dengan warden. Haha.. Sampai dorm, jalan jalan tengok dorm budak budak. Tengok bekas anak anak buah, Citrine citizens. Pelik, weekend pun semua tidur awal. Dan aspuri sangatlah senyap. Sumpah terkejut. Senyap yang amat sangat. Terasa macam hilang kemeriahan dulu dulu. Suasana dah lain. Dan membuatkan rindu pada SABDA dah hilang.


Ingat nak terus naik dorm, singgah dorm Tot. Terkejut nampak Nad tengah sembang lagi dengan Pipah and Mek. Mati mati cakap dekat Cikgu Hanisah, Nad and Adaa still dekat pekan Bagan DAtoh lagi. Dalam hati dah rasa bersalah pulak menipu cikgu secara tak sengaja. Haha.. So join mereka. Last last budak berdua tu pergi masuk tidur. Tinggallah aku, Nad, Tot dan Cien. Berborak macam tak ingat dunia. Paling tak boleh blah. Topik yang dibincangkan pasal hiduuuppppp je. I mean like, dah tak macam dulu dulu. No more topik bodoh bodoh. Gelak macam hantu. Perbualan yang dipenuhi dengan "How do we see our life in 10 years from now"punya mood. Lelaki, duit, marrriage, study dan seangkatannya. Serius, aku tak terasa ngantuk langsung malam tu. Then dalam pukul 3.30 pagi semua bergerak masuk tidur sebab takut tersengguk masa ucapan kat majlis esok. Naik dorm, Cien dah pengsan dulu. Aku dengan Tot tidur sekatil. Dua dua tak ngantuk. Baring baring sambil sembang then Tot tanya"Dah pukul berapa?". Aku jawab "Pukul 4 pagi dah." So Tot kata "Eh,tidurlah jom." So kami pun tidur.




-Muka bajet dewasa lah konon membincangkan topik dewasa-


Tak sempat nak lena, dah dengar gedegang gedegung budak budak bersiap pergi sekolah. Diorang ni nak bersiap ke nak kasi pecah locker? Aku dulu pun pernah duduk asrama jugak ; bersiap pun takde lah sampai gedegang gedegung macam tu. Cis, kuang ajak betul. Baru nak lena. Tengok jam, what the..?? Baru pukul 5.40 pagi? Awal lagi kot. Tapi kami masing masing dah tak boleh tidur. So baring baring je. Last last kami pun bangun dah gaya macam kami yang nak ke sekolah. Haha..


Walaupun dapat gather masa Hari Kecemerlangan tu, tapi kemeriahan tu tak terasa. Something went missing. Kemeriahan yang diharap macam dulu dulu sudah tak ada. Bukan suasana sekolah. Suasana sesama kami pun macam dah dull. The spark is gone. Bak kata Tot, semua macam dah moved on dengan life masing masing. Tak tau lah apa yang tak kena. Datang dengan harapan dapat rasa macam kemeriahan dulu dulu. Tapi rupanya expectation yang diletak terlalu tinggi.



Bosan dan dull.
Satu faktor,mungkin sebab bukan satu batch berada di situ.
Jadi suasana jadi lain.
How I wish all the NOVA's could be there, and lighten up the spark.
Rindu gila masa zaman sekolah dulu. =(




Wednesday, April 6, 2011

Cinta tak buta, orang bercinta yang membabibuta.



Kasih sayang itu vital hukumnya.

Tapi biar jelas keperluannya.

Kau aku dia semua perlu kasih sayang.

Tapi aku kesal.

Yang jelas, di kaburkan.

Pelik manusia. *sambil berdiri depan cermin geleng geleng kepala*

Hari hari sibuk canang cerita, jangan jadi buta sebab cinta.

Dah diingatkan berjuta kali pun masih sama.

Tapi berapa ramai yang hilang pertimbangan bila sebut soal cinta?

Definisi daripada kamus cetek akal.

Cinta ; sayang daripada zahir dan batin. Bila dah sayang, semua nak bagi. Sendiri berkorban separuh nyawa sebab kekasih hati. Konon bukti sayang hakiki.

Dulu aku kurang percaya cakap cakap kosong macam ni. Bagi aku, itu semua karut. Ah, pengaruh media kuat sangat ni. Aku tak percaya wujud istilah“cinta sampai mati sanggup gadai body.” Serius. Jadah kau, ingat ni movie?

Tapi kalau pelacur tu, aku tak boleh nak kata apalah kan.

Semalam mak bersilat cerita. Kisah benar pasal kenalan dia. Tak sangka aku, istilah ni really works for some people. Ish ish.. mengucap panjang aku. Sebab cinta seorang lelaki yang belum tentu pasti jadi suami, mahkota diri dah bagi free. Whattheheck?


Izzatul : Sampai sanggup gadai maruah? Takkan lah sampai macam tu kot?

Mak : Ye.. katanya dah sayang sangat. Tapi nak buat apa. Nak nasihat pun, benda dah jadi.Nak menyesal memang tak guna dah lah. Siap tunjuk lagi resit check in hotel dia.

Izzatul : Serius? Lepas tu, dia dengan lelaki tu stay lagi ke?

Mak : Herm.. tu lah. Bercinta membabi buta. Habis madu sepah dibuang. Lelaki tu entah dah hilang ke mana. Bila nak duit, baru contact.

Izzatul : What? Keparat gila jantan tu. Habis tu, dia bagi jugak duit kat lelaki tu?

Mak : Haah. Bagi jugaklah. Lelaki tu mintak berapa pun dia sanggup bagi walaupun duit gaji dia tak adalah mewah mana. Sanggup hari hari makan Maggi sebab nak sara lelaki tu.

Izzatul : Lelaki tu kerja apa?

Mak : Tak kerja. Jobless. Kikis duit perempuan.

Izzatul : Duh, tak boleh keparat lagi ke jantan tu? Tapi dia memang bukan nak sangat pun kan kat perempuan tu?

Mak : Herm.. MAcam tu lah. Dia dah lepas habis sesak dia dengan perempuan tu, dia tidur pulak dengan perempuan lain.

Izzatul : Adoi.. Hotstuff sangat ke lelaki ni? Semua main nak rembat?

Mak : Haha.. Hotstuff? Lebih kepada ayat romeo aset dia kot.

Izzatul : Pergh.. ni dah bukan guna ayat. Ni dah tahap main minyak pengasih ni.

Mak : Tapi kan yang peliknya, perempuan ni dia bukan tak tahu lelaki ni cuma gunakan dia. Tapi dia macam can't seem to let go. Cinta mati lah konon.

Izzatul : Oh really? Sah pengasih. Pawang dia guna hebat!

Mak : Dia belikan macam macam. Siap belikan kereta sebuah lagi untuk lelaki tu. Sanggup duit gaji habis bayar kereta lelaki tu, tapi end up lelaki tu lesap entah ke mana. Last last dia yang kena tanggung duit kereta tu sampai habis.

Izzatul : Kereta mahal?

Mak : Erm.. Gen-2 tu kira mahal lah kan untuk lelaki tak guna macam tu. Ish.. simpang~ Kereta tu tiap tiap bulan dia bayar. Bila tak bayar, bank call dia suruh bayar.

Izzatul : Woah.. Then apa lagi yang dia korbankan untuk lelaki tu?

Mak : Entah. Dia kata dia tahu lelaki tu jahat. Dia tahu lelaki tu dah tidur dengan banyak perempuan selain dia. Tapi dia sanggup terima jugak. Lelaki tu pun siap dah mengaku. Entah, dah sayang tak boleh nak buat apa dah. Nasihat takkan jalan punya. To make it worst, lelaki tu hisap dadah.

Izzatul : Seriously? Dahlah kebas duit perempuan, seks rambang. Hisap dadah lagi?

Mak : Haah. Dia pernah ajak perempuan tu try dadah tu. Tapi perempuan tu tolak.

Izzatul : Pergh..! Dadah? Okay, itu unacceptable.

Mak : Cinta katanya. Terima seadanya.

Izzatul : Lepas tu,dia sanggup terus hidup dalam kesempitan wang macam tu? Kena kejar dengan pihak bank?

Mak : Lebih kurang macam tu lah. Entahlah. Dunia sekarang dah macam macam. Bercinta macam esok dah nak kiamat.

Izzatul : Fuuhh.. memang membabi buta.

Mak : Hah, yang kau ni jangan nak fuh sana fuh sini. Ambik iktibar. Kau jangan nak ikut macam tu.

Izzatul : Hah? Eh,taklah mak. InsyaAllah tak. Pandailah saya menjaga diri.

Mak : Kita orang perempuan. Kalau nak sayang, jangan sayang sangat macam tu. Belum tentu jadi suami.

Izzatul : Okay mak. *sengih sengih*


Damn. Apa mereka fikir pasal cinta? Bercinta macam tu? Adoi~

Sesak dada. Kalau study boleh pakai otak, bercinta tak boleh pakai otak?

Tapi nak kisah apa, kalau dah pakai service pawang hebat. Aku tak pelik.


Mereka kata, cinta itu buta. Tapi kenapa kau nak salahkan cinta? Kalau dah yang bercinta membabibuta? Masih nak salahkan cinta? Bagi semua harta zahir batin dah cukup nak kata kau sayang mati? Kalau tak bagi, kau simpan jelah sayang kau bawak pergi mati. Ahaha. Okay, aku memang tak layak nak bukak topik ni. Apalah sangat pengetahuan cetek aku ni paham pasal cinta. Dunia aku tak cukup luas nak dabik dada. Pengalaman aku pun secebis dua tak cukup nak hujah. Tapi setakat pendapat, aku rasa kau pun ada pendapat sendiri kan daripada cerita ni?


Pendapat jujur, perempuan tu pergilah berubat. Sampai bilalah kau nak di"blind fold"kan oleh cinta lelaki durjana tu? Tak kemana pertolongan syaitan ni. Dan kepada lelaki tu tolonglah hargai penat lelah mak kau beranak kan kau ke dunia. Kalau mak kau tahu, aku rasa kecik kecik lagi mak kau dah campak masuk sungai.

Belajar nak cinta Tuhan, separuh nyawa. Tapi belajar nak cinta buta, terang hati.

Aku pun sama.

Tapi tu lah yang aku faham. Manusia pelik. *sambil berdiri depan cermin*

Itulah konklusi aku. Bercinta. Siapa yang dapat elak? Dah memang lumrah.

Even aku pun pernah terasa nak bercinta.

Eleh. Kau pun sama kan?

=P





Saturday, April 2, 2011

Bendera Putih.


Kau kalah lagi.
Untuk kali ke berapa entah. Berapa banyak semangat yang kau boleh kutip, tapi tak ada satu pun yang mampu melekat. Semangat dalam diri tak pernah tetap.


Kau jatuh, kau bangun.

kau jatuh, kau bangun lagi.

Tapi masuk kali ketiga.

Kau jatuh tersungkur.

Kau tak pasti kalau kau mampu bangun.

Kalau yang tolak kau cuma orang picisan, kau takkan rasa berkudis.

Tapi macam mana kau nak bangun?

Kalau yang tolak kau tu punca kekuatan kau sendiri?

Kau cakap dengan aku.

Siapa lagi yang boleh tolong kau bangun?

Tak ada. Tak ada. Senyum nipis.

Kau cuba saban hari , tinggikan rasa syukur.

Walaupun ada manusia yang masih hargai penat lelah kau, tapi bukan daripada mereka yang kau harap. Walaupun ada manusia yang masih hargai pencapaian kau, tapi bukan daripada mereka yang kau percaya. Walaupun ada manusia yang masih hargai usaha kau, tapi bukan daripada mereka yang sepatutnya bangkitkan kau.

Kau baru nak bangun, baru nak belajar bertatih balik. Tapi sumber semangat kau, tolak kau jatuh balik. Kalau setakat tolak kosong, mungkin kau mampu gagah lagi. Tapi kalau dah kau disembur kata kata perlekeh. Ibarat usaha kau selama ni, semuanya macam sampah. Sampah yang layaknya dipijak.

Kegagalan pertama kau di anggap sampah.
Kejayaan lepas kau dah dibakar.
Sampai kau dah mula rasa diri tak layak.
Sebarang penghargaan yang patut kau terima dengan gembira, dah hilang rasa manis.
Sebab apa?
Sebab sumber semangat kau kata kau tak layak.
Tak layak langsung, tak berbaloi pun.


Kau tak tahu nak cari siapa.
Dan akhirnya.
Kau duduk bergelap.
Menangis lagi.
Tertunduk.
Lemah.





Friday, April 1, 2011

Back on Track.


Beberapa hari aku dah jadi macam orang tak ada hala tuju hidup ditambah dengan kesesakan jiwa, dengan rasa berlipat kali ganda bersyukurnya aku mengatakan aku dah kembali pulih.Yeap, pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada manusia yang berjaya membuatkan aku tersenyum seorang saat saat aku memerlukan kata kata semangat orang tersayang. A phone call and texts really help. Thank you, creature. Or at least satu cerita yang mampu buat aku rasa nak tersenyum sampai koyak mulut? Okay, aku kaki gossip. Duh, normal la. Aku perempuan kot. Haha. Aku ni mudah tersenyum rupanya. =D



Damn. Apahal aku gedik?




Sekarang ni, serius weyh aku cakap. Aku punya passion nak update rumah bersawang aku ni macam dah fly pergi mana entah. Dulu macam hape aku punya semangat kan. Sehari tak update dah rasa macam nak kena tinggalkan laki.


Damn lagi.


Dalam beberapa hari ni, aku rasa aku macam bertapa kejap dalam GUA yang diprovide dengan segala macam kemudahan. Aku pendiam. Memang macam ajaib untuk satu rumah ah kan. Duh, macam macam wa fikir der. Daripada yang vital sampai lah yang ke tahap sampah. Sebab aku memang suka berfikir.




Ada suara suara yang kata aku ni kasar,harsh, boyish and apa lagi apa lagi??. Or in terms mereka "kurang elemen Gadis Melayu." Sebab apa? Sebab mereka judge daripada cara aku communicate. Cara aku bergaul. Cara aku cakap dengan member member aku. Heh, kau tak tengok lagi rupa aku nangis beb! Hanya orang orang yang rapat dengan aku tau aku ni sumpah perempuan gila nak mampos lembut tahap sotong sampai aku pun naik menyampah dengan diri sendiri.

Erk, sotong tak kot? Tapi lebih kurang ah.



Kadang macam aku pun terfikir jugak. Like seriously, betullah kan. Orang tua tua cakap "kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang." Terdetik jugak ah hati perempuan aku. Betul kot apa diorang cakap. Tapi tapi aku memang macam ni kot. Sebab tu lah ada panggilan IZZAT untuk aku. Takkan nak ubah jadi orang lain? Bukan hipokrit ke namanya tu? Aku ingat balik, aku analyse balik cara aku communicate dengan member member aku, ada betulnya. Haha.. Sampai aku pun rasa macam nak cakap depan cermin "Duh,kau tak boleh kasar lagi?".


Kawan kawan aku yang lelaki pun kebanyakan akan memilih aku untuk spill rahsia rahsia hidup diorang. Walaupun aku tak pernah tanya. Dan tak pernah terdetik untuk bertanya. Mesti aku dipilih untuk pegang rahsia. Aku consider satu sebab utama dia mungkin sebab aku sekepala dengan attitude kaum Adam ni. Or mungkin kau pernah dengar pasal yang lelaki akan cerita everything pasal life dari A sampai Z dia dekat kawan baik perempuan dia yang dia yakin takkan jadi bini dia? Macam tu lah kot. Lebih kurang macam rahsia secure lah kan.


So basically, aku tak kisah lah orang nak kata aku kasar ke, jantan ke. Pergi mam lah. Sebab kawan kawan aku tahu aku macam mana. Duh. Tolonglah faham. Aku bukan the type yang gelak tutup tutup mulut, makan penuh etika, bercakap penuh bahasa ilmiah. Kalau kau nampak aku macam tu, tu memang bukan aku. Bagi aku ah, makin rapat kau dengan someone, makin banyak benda perkara tah pape kau akan cakap dengan orang tu. Sampai yang menyakitkan hati. Tapi masing masing buat rilek je. Chill beb, gurau sikit tak luak weyh. Itu baru kenal luar dalam, dude!


Okay, aku rasa aku cakap dah macam vellu.

Aku pun naik tak paham apa aku tulis.

Sebab ni post tanpa backspace.

Kira halal ah apa yang dah lajak tu.

Kau wat lek sudah.

Takyah nak menggelabah sangat.



p/s : Terima kasih kepada kawan kawan aku yang sudi menerima manusia kasar ni jadi sebahagian komuniti korang. Tak sangka, aku manusia beku dan tepu dan tiga suku. Tapi ada jugak yang sanggup nak kawan dengan aku.



Izzatulisme kata :

Kasar kasar aku pun, aku still pakai baju kurung, tudung letak brooch kelip kelip, layan shawl, rembat heels kakak aku, suka tengok handbag and rasa pink tu cantik.


Perempuan kan?

LMAO.


=P


Kalau kau nak tengok aku jadi betul betul perempuan yang ladies, tunggu bila aku ada laki nanti.
Masa tu kau nampak IZZATUL NAZIHAH YANG LADIES.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...