Saturday, June 18, 2011

Kita bercakap soal masa depan.


Setelah aku fikir baik buruknya, cantik hodohnya masa depan aku sekarang, aku rasa aku dah cukup yakin dengan apa yang aku pegang sekarang ni. Ya,sebab aku sekarang bercakap daripada sudut pandangan seorang manusia yang melihat refleksi diri dalam lebih atau kurang 5 tahun lagi. Sebab segala jejak langkah aku sekarang adalah berkaitan macam mana kehidupan aku lagi 5 tahun akan datang.

Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni. Ada yang kata aku tolak rezeki. Buang sesuatu yang jadi impian orang. Tapi kejap. Dua dua yang aku dapat pun rezeki lah kawan. Ada yang kata jangan terikut ikut cakap orang. Pegang pendirian sendiri. Banyak aspek yang aku fikir. Banyak soalan yang menjengah. Banyak bisikan syaitan yang aku nak kena tepis. Dan juga. Banyak nasihat dan pendapat yang aku renungkan. Dan setiap kali aku bangun tidur, soalan soalan begini mesti akan terbit.


"Kalau aku pergi sana, mampu ke aku bawak course tu?"
"Sanggup ke aku nak bergelumang lagi dengan subjek yang tough?"
"Kalau aku pergi sana, mampu ke aku nak belajar semula subjek yang aku tahu aku lemah?"
"Kalau aku pergi sana, terjamin ke bidang pekerjaan yang bakal aku dapat lagi 5 tahun?"
"Banyak ke peluang kerja untuk bidang yang aku nak ambil ni?"



Ya,aku memang sangat bersyukur sebab aku antara manusia bertuah. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Tapi aku fikir balik. Ni soal masa depan. Kita bukan bercakap tentang 5 bulan akan datang. Tapi lagi 5 tahun akan datang. Segala perancangan dalam otak aku sekarang bukan untuk keseronokan sementara. Jadi rasanya kalau aku dah mampu nak nampak 5 tahun akan datang aku yang lebih terjamin, rasanya tak perlu aku nak risiko kan sesuatu yang dah pasti untuk sesuatu yang belum pasti. Kan?

Dan orang akan bertanya lagi, apakah masa depan aku hanya akan berhenti lagi 5 tahun akan datang? Oh tak. Tidak sama sekali. Macam aku kata, 5 tahun akan datang tu adalah perancangan jangka masa panjang. Dan untuk sampai ke 5 tahun akan datang, itu adalah langkah pertama. Aku punya plan lain selepas 5 tahun akan datang.

Tapi itu semua cuma perancangan. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan.
Betul tak?


Ya, aku percaya bila mereka kata peringkat umur begini adalah waktu yang sangat kritikal dan susah. Sebab peringkat umur macam aku adalah waktu orang tentukan hala tuju hidup. Kesannya akan memberi impak seumur hidup. Setiap keputusan semuanya untuk masa depan. Semuanya kena ditimbang pro dan kontranya.


Jadi, aku betul betul yakin. InsyaAllah,Allah tetapkan hati aku. =D


IZZATULISME KATA :

  1. Esok aku bakal bergerak ke Kelantan. Doakan keselamatan perjalanan aku ye?
  2. Blog ni aku akan update bila ada kesempatan ; itu pasti.
  3. Semua kawan kawan aku, Andalas-ians & Sabdarians, jaga diri. Aku rindu kalian yang teramat sangat. Kalau perlukan aku,handphone aku menanti.
  4. Oh, InsyaAllah paling awal Hari Raya ni aku akan balik Selangor semula. Kita jumpa ye?

Till then. Jaga diri semua. Doakan aku. Aku doakan kalian juga. =D




Friday, June 17, 2011

Berubah? Tak Salah.


Setiap kali kita tengok orang berubah menjadi baik, tipu kalau kata tak pernah terdetik dalam hati untuk berubah sama.

Tapi setiap kali kita berazam untuk berubah jadi baik, kita selalu akan tewas dengan diri sendiri. Kita punya keinsafan tu akan datang,tapi macam angin. Kejap je. Lepas tu, habis. Dah lupa pasal nak jadi baik.


Dan setiap kali kita nampak apa apa bencana menimpa orang lain, kita akan terus rasa insaf. Sebab kita macam tersedar dunia ni sementara. Nak berubah waktu tu jugak. Tapi kita punya pendirian tu takkan tahan lama.

Bila datang keseronokan dunia, kita terlupa pasal semua azam kita yang nak berubah jadi baik.

Serius. aku memang nak berubah jadi baik. Sangat teringin.
Tapi aku terfikir.

Bila agaknya aku akan betul betul berubah?



Tuesday, June 14, 2011

Berbelah bagi.


Masih menghitung hari sebelum aku tinggalkan Selangor tercinta untuk dua bulan akan datang dan buka hati untuk Kelantan sebagai rumah kedua. Ada kurang atau lebih 5 hari saja. Persediaan aku boleh kata hampir 70%. Tinggal bahagian pengemasan baju, sebab barang barang remeh dan kecil kecil itu mak kata beli di Kelantan saja.


Mungkin sebab aku dah terlalu kecewa dengan permohonan UPU aku yang tak berjaya dulu, jadi aku dah belajar tolak tepi keinginan dulu. Itu rezeki masing masing. Dan mula fokus pada realiti hidup. Target aku cuma tinggal Kolej Matrikulasi Perlis waktu tu.Rayuan pula,aku cuma mohon separuh hati,cukup untuk penuhkan permintaan mak dengan ayah. Program diploma mak dengan ayah yang pilih ; apa course pun aku dah tak nak peduli. Biar mereka pilih.

Lepas menangis macam hilang nyawa, Allah bagi senyuman pada aku tak lama lepas tu. Aku dapat tawaran untuk course TESL Institut Perguruan. Ayah kata peluang bagus. Lepas grad sana,terus dapat kerja. Tak perlu menganggur. Kalau lebih rajin, ayah suruh aku sambung master. Baru apply lecturer kat mana mana. Aku cuma diam dan angguk. Ayah kata lagi. Kalau pointer bagus, boleh fly ke Australia, dua tahun di sana. Lagi sekali,aku cuma ikut. Tapi aku tetap rasa syukur. Alhamdulillah. =)

Jadi Kolej Matrikulasi Perlis aku lupakan.


Dan baru sebentar tadi. Ada kawan hebahkan kat aku tentang keputusan semakan rayuan UPU. Aku cuma gelak dan kata nanti. Aku malas. Aku macam dah ada satu target sendiri dalam otak. Tak ada rasa teruja pun. Kau tahu,macam satu mental prepare. Tapi biarlah. Tak lama lepas tu, aku bosan. Dan teringat tentang semakan ni. Dan aku terus letak no ic. Sumpah,aku tak mengharap apa langsung. Cuma mahu tengok apa kata nasib aku kali ni. Sekadar mahu tengok. Kalau ada,adalah. Kalau tak ada pun,aku tak kisah.

Aku check. Asasi Sains Fizikal UM. Aku macam agak terkejut. Hampir tak percaya mulanya. Sebab masa rayuan rasanya aku tak sentuh asasi pun. Diploma sahaja. Dan aku terus pelik dan rasa macam betul betul buntu. Preparation ke Kelantan sudah beribu habis. Takkan nak cancel begitu saja? Ayah seronok bila dapat tahu. Tapi dia ingatkan aku balik. Masuk sana,belum tentu aku dah berjaya. Kena struggle gila gila. Kalau tak,mati. Tapi advantage nya cuma dekat dengan rumah.


Dua dua ada pro dan contra nya. Macam mana?





Lumrah Hidup.


Kalau dulu, kita cuma fikir tentang exam akhir tahun.
Sekarang, kita akan fikir apa hala tuju kita selepas setiap exam.

Kalau dulu,kita cuma fikir tentang apa akan jadi esok hari.
Sekarang kita akan fikir apa kita akan jadi dalam beberapa tahun akan datang.

Kalau dulu kita cuma rancang setiap tindakan kita untuk jangka masa seminggu.
Sekarang kita akan rancang setiap tindakan yang dapat tolong kita dalam beberapa tahun lagi.

Kalau dulu kita tengok orang sibuk kejar cita cita.
Sekarang kita pula sibuk nak penuhkan impian.

Kalau dulu pandangan kita cuma terhad kepada sekolah.
Sekarang pandangan kita lebih terbuka untuk tengok apa itu dunia.

Kalau dulu kita cuma fikir pasal betapa ketatnya hidup dengan peraturan sekolah.
Sekarang kita fikir macam mana nak atur hidup sendiri tanpa peraturan lagi.

Kalau dulu kita cuma buat rancangan untuk hujung tahun je.
Sekarang kita fikir apa rancangan yang bagus untuk hidup kita lagi sepuluh tahun.

Kalau dulu kita takkan fikir macam mana life progress kita lepas ni.
Sekarang kita akan terfikir setiap tindakan kita mampu ke bawa kita ke impian sendiri?

Kalau dulu,kita boleh nangis sebab gaduh dengan kawan.
Sekarang rasanya tak perlu dah nangis tu semua,bukan zaman sekolah dah.

Kalau dulu kita tak perlu nak fikir benda alah masa depan ni semua,gembira je hari sekolah.
Sekarang kita selalu ragu ragu kalau keputusan kita tu betul atau salah.


Dan

Kalau dulu kita fikir semuanya macam fairy tale.
Sekarang, kita kena faham dan belajar,dunia tak kekal. Apa yang kita ada sekarang tak akan bertahan. Bila sampai masa,datang. Bila sampai masa juga akan pergi. Walau macam mana sayang pun kita dengan masa lepas. Kita kena bergerak untuk tengok hari esok.


Nak tak nak, kita memang akan growing up.


Sebab apa? Mudah.


Sebab itu memang lumrah hidup.


Dan kita sedang menjalani sebuah kehidupan. =)




Monday, June 13, 2011

Aku suka bahasa melayu.

Di satu kedai mamak.



Aku : Mamak, kasi tambah air sejuk ini teh. Banyak manis.
Mamak : Air panas?
Aku : Taak. Taak. Air sejuk,sejuk.
Mamak : Air panas?
Aku : Tak. Itu air sejuk. Bukan panas.
Mamak : Air panas ka?
Aku : Err.. Itu air S-E-J-U-K. Bukan panas. Cold water*??* (oh man. macam mana nak explain ni?)
Mamak : Okay,air panas. *terus berlalu sambil bawak gelas aku*
Aku : Huh? Mamak,sejuk. (masih mengharap dia faham)


Akhirnya dia datang dengan membawa gelas aku tadi. Dan aku terus rasa gelas aku. Okay, dah jadi suam dah teh ais aku ni. Herm..



Dan aku terus berfikir sendiri. Mungkin boss dia cuma ajar "air panas, teh tarik,roti canai"sahaja. Dan aku masih terus confuse yang mana malaysia yang mana nepal yang mana bangla. Semua nak sama je. Haih..


Kadang kadang bila tengok balik, banyak sangat pekerja asing pun tak bagus jugak. Susah lah nak communicate macam ni. Melayu tak paham, English tak paham. Nak aku cakap jawa ke?
Tolonglah, aku belum cukup international untuk bercakap semua bahasa dunia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...