Semalam balik Klang naik bas sekolah. Naik sekali dengan budak-budak KL Sentral. Bas gerak pukul 2 tapi 1.45 seat belakang semua da penuh. Budak-budak laki conquer. Tak guna betul. Yang turun Shah Alam naik van sekolah. Naik-naik bas,Ali bagitaw yang pakcik tu ikut highway Bidor jadi budak-budak KL Sentral turun dulu. Cis,bencana sungguh! Haziq ajak turun KL tapi aku menolak. Next time ok,ziq? Bukan apa,malas nak tunggu ktm. Dah nak sampai KL sentral memang lama gila stuck dekat plaza tol nak keluar highway tu. Memang kena bahan jelah aku sepanjang nak sampai tol tu. Redha~
Setelah anak-anak KL SEntral turun,maka senyap lah bas tu. Selamat jalan romeo ; adat, faisal,baby,faiz kamar(haha!),ba,purung,dzahier(betul ke eja?),ali,faris,haziq,taib,wan,aizat,fikar,syafiq,jaris dan bye kepada yang lain-lain maka bas pun bergerak. Jaris sempat berpesan kat aku buat essay. Haha..aku tunggu essay kau jaris! Tinggalkan KL terus ke Klang. Waaahhhhh!!! Sumpah dahsyat! Kesesakan lalulintas yang dahsyat! Memang stuck almost 2 jam jugak. Bapak boring.
Sekali dah sampai Klang,pakcik tu boleh bantai nak hantar dekat station bas yang lama tu. Aku dah pelik. Apehal pulak pakcik ni? Kata turun Klang Sentral(KS). Ni bukan Klang Sentral. Ah,sudah! "Lu kencing gua!" ,bak kata drama sebabak arahan pelajar sabda. Lepas tu,stop sekejap. Akhirnya,pakcik pun buat pengakuan bahawa dia tak tahu jalan ke KS sebab tak biasa dengan jalan Klang. Maka meronda-ronda kota lah kami dengan megahnya bersama bas sekolah menuju KS. Boleh pulak pakcik tu bantai buat lawatan sambil belajar dengan kami sampai ke malam.
Akhirnya sampai jugak. Terima kasih pakcik sebab bagi pengalaman pertama kepada saya merasa perjalanan dari bagan datoh-klang selama lebih 5 jam. Nasib baik bas cantik. Duduk lama-lama pun 'Aiman tak kisah'. Haha...
Shiro jadi penyelamat. Hero of the day ; Shiro. Thanks Shiro sebab tunjuk jalan kat pakcik tu.
Turun je bas,dah nampak ayah. Haha.. Kesian ayah. Tunggu 2 jam lebih. Takpelah,tu lah namanya pengorbanan,ye tak? Heee~ Boleh pulak ayah gelakkan aku lepas aku cerita semua telenovela yang tak berapa nak panjang tu. Free-free je aku kena gelak sebab ayah kata aku kena tipu dengan pakcik driver bus tu. Ceh,bukan nak simpati. Takpe,anak solehah~
No comments:
Post a Comment