Raya Haji 2011. Raya haji yang paling lain daripada lain aku pernah experienced.
The saddest part is, I didn't go home. :'(
Dah kau ingat kos pergi balik Kelantan-Selangor tu macam naik KTM Klang-Midvalley ke?
Erk,apahal emo? HAHA!
Well, ini adalah apa yang berlaku pada aku.
Cuti Raya Haji selama 4 hari kat Kelantan since weekend di sini bermula hari Jumaat. Maka nya, rakyat rakyat Kelantan serta seluruh isinya juga warga warga negeri yang berhampiran seperti Terengganu pulang ke kampung halaman. Dan yang paling menarik, kampus aku ni pulak terdiri daripada penduduk negeri negeri berkenaan. Jadi kau rasa kau boleh bayang tak kesunyian yang melanda kampus aku untuk Raya Haji tu?
Uish, kalau kau kentut, eh silap, sendawa dalam bilik pun, sampai tingkat atas sekali boleh dengar tau?
Maka tergolong lah aku sekaliannya umpama warga Sabah Sarawak, bersama seorang lagi rakan daripada N.Sembilan mengadu nasib pada yang sudi. Oh,tak lupa seorang lagi kawan Terengganu yang tak balik kerana nak menemani dua manusia kesepian ni. Raya Haji jatuh pada Hari Ahad kan? Makanya hari sebelumnya, aku dengan dua manusia ni pun bershopping makanan macam tak ada esok sebab setelah aku jalankan survey dengan pakcik guard kampus aku tu, baru aku tahu semua kedai akan tutup masa Raya Haji.
Mula mula tu aku ingat, semua tu, macam kedai kedai runcit biasa,kedai makan biasa je lah.
Bila tanya lagi, pakcik tu pun kata, KB Mall pun tutup.
I was like, GILA!
Mana aku nak merempat menagih makanan ni?
Automatik aku dah planning siap dalam otak untuk semua jenis keperluan makanan sebab aku tahu aku takkan keluar ke mana mana. Kedai semua tutup,der. Memang tak la nak merayau mana. Ya, terkejut aku raya haji di sini semeriah ni. Maksud aku, kat negeri aku kalau raya haji, it doesnt make any difference at all dengan hari biasa,just sembelih sembelih lembu here and there tu memang ada lah. Tapi keadaan environment nya tetap sama, tak ada satu pun yang lainnya. Kan?
Keesokan siangnya, setelah berjanji untuk lunch bersama dengan 3 anak teruna yang sangat baik hati, tanpa disangka mereka menyediakan hidangan lunch yang aku boleh kata agak berbaloi untuk masa masa kritikal macam tu?
Meehoon goreng, sambal bilis, milo ais. I mean like, airtangan lelaki boleh kira hebat lah kan? As for us, yang perempuan perempuan wanita melayu terakhir ni, prepare setakat makanan macam chicken meatballs apa tu semua dengan sandwich. Segan pun ada sebenarnya.
Tapi bila perut kebulur, peduli pulak segan tu semua? MAKAN! hehe..
Pekan terdekat aku ibaratkan macam tanah tak berpenghuni. Senyap sunyi, tanpa satu kelibat manusia kelihatan. Kau bayangkan macam bandar kena bom? *woah,exaggerate pula aku*
Ziarah menziarah rumah jadi kebiasaan. Even ada lecturer yang buat open house. Mungkin kalau di negeri lain,mesti akan fikir, buat apa nak visit masa Raya Haji kan? Itu yang lainnya.
Hari Raya kedua, keadaan masih sama. Kedai banyak lagi tutup. Tapi syukur, roommate aku berhati mulia dengan bawa daging korban masak sambal homemade punya barang secebis dua buat aku jamah. Jadilah, orang tak balik rumah kan. :'(
Sedih woo terbayang rendang daging ayah!
Izzatulisme kata :
Lelaki yang pandai masak mampu menambat hati okay?
=)
P/S : Tiba tiba teringat Raya Haji masa kat SM Sains Bagan Datoh last year. The best moment ever happened! :'(
No comments:
Post a Comment