Monday, November 25, 2013

Sampai satu hari

"Aku sedih sebab aku terlampau ambil berat dan sayang . Sampai satu masa aku happy tu maksudnya aku dah tak ambil kisah ."


And I'm currently gladly waiting for that one day.




Thursday, November 21, 2013

Fix You.

Aku selalu kurang faham bila orang kata macam ni,

"Setiap orang yang Tuhan datangkan dalam hidup kita ni bersebab."

Dan mungkin sebab aku belum cukup mendalami apa apa sahaja maksud tersirat yang cuba disampaikan melalui ayat tu.

Tapi sekarang, selepas apa yang jadi pada aku, well, I should have said quite a big impact on my life,
aku sedar apa itu maksud kehadiran setiap orang itu membawa makna.

Macam sekarang, aku sudah berada di puncak atau di penghujung buku aku yang lepas. Buku yang sepatutnya dah lama aku tinggalkan jauh jauh dulu. Buku yang terlalu banyak bawa sakit dalam manis untuk aku. Iya, kerana manis yang sedikit itu aku sanggup sakit. Sebab tu aku masih sanggup pegang buku tu. Aku tau. Jangan sebut betapa bodohnya aku. Ah, itu semua fasa yang aku,kau dan semua manusia bumi wajib lalui.

Tapi sekarang, aku rasa aku sudah berada di satu sudut yang aku sendiri tak pasti, cuma aku tau apa yang aku rasa berada di sudut ini.

Rasa tenang.
Rasa lapang.
Rasa bahagia.
Rasa ada satu beban terangkat.

Walaupun mungkin, kadang kala tanpa sedar, ada terselit juga sedikit curiosity tu.

Mungkin sebab sesiapa sahaja yang berada dalam hidup aku sekarang, aku sangat yakin dan percaya, Tuhan hantarkan dia,dia dan dia pada aku,betul betul selepas apa yang jadi, untuk bantu aku baiki diri aku. Untuk sama-sama sedarkan aku,ini bukan caranya. Ini bukan jalannya. Mungkin juga untuk bantu aku sedar ada jalan lain yang lagi baik untuk aku. Mungkin juga untuk bawa aku travel ke satu dimensi yang bukan halusinasi. Jadi realistik orang kata. Mungkin juga untuk alihkan gundah gulana aku yang asalnya pada perkara yang bukan dalam kawalan aku. Mungkin juga all in all, untuk bantu aku rasa ringan dengan semua beban ni.

Maybe, just maybe, there are certain people who came into your life just to help you fix yourself. Yes, that's how I simplify it.

Hadapkan muka tu pada realiti,lantaklah sakit macam kena seterika muka pun, jgn seronok hidup dengan angan tak pasti. Lesson learnt. Noted.

Terima kasih juga kepada kamu,wahai sang manusia kerana biarkan dua tahun saya berlalu dengan penuh pengajaran.


And maybe because, I worry too much on things that beyond my control and power that I ruined my happiness. Maybe it's okay not to know the answer, as it will come when I least expect it. Yeah, maybe. So for now,bon voyage to sadness. I don't want to live there,anymore.


P/s : Dua kali dan masih berlaku benda yang sama. I think I've given it enough attempts.










Monday, November 11, 2013

Bangun oi Bangun

Aku ini orangnya deep. Sangat deep.

Kalau rasa tiada mahu terlibat dengan ke"deep"an aku, tiada masalah. Aku faham.

Kau faham rasa dia bila rasa nak menangis yang sudah ditahan sangat lama tapi tak dapat nak tumpah?

Rasa tak lepas tu.

Aku. Tak. Suka.

Dan aku bukan jenis orang yang menangis kerap pun. Dan aku tak mudah nak nangis pun.

Orang kata, orang yang susah nak menangis ni,sebenarnya hati dia lemah.

Boleh jadi. Ada logik juga.

Tak sabar nak habis exam sebenarnya. Lagi dua paper major aku.
Major woi major.

Phonetics n Phonology
English Language Teaching Methodology

Killer paper killer paper.

Kalau tak study memang terkangkang aku nak jawab.


Sekarang. Fokus. Exam. Gila!


Nak mampus ke tak boleh jawab nanti?


Pfftt..



Thursday, November 7, 2013

Easier than done

Mempunyai self-battle dalam keadaan emotionally unstable pada musim exam sumpah tak best bro wa cakap lu.

Tak best. Tak best. 

But what else can you do when it is the only moment you need to deal with all those-long-old crap?

Lebih setahun setengah.

Dan akhirnya Tuhan temukan aku dengan satu jawapan dan penjelesan yang dah lama aku cari.
Satu penjelasan yang aku boleh kata, menggantung nafas aku selama setahun setengah ni. *amboi sangat*
Jujur.

Selepas diberi penjelasan dan duduk sebenar keadaan selepas setahun setengah, Tuhan saja yang tahu sakit bila kita mahu buka cerita lama. Well, ada sebab kenapa "Past is never meant to be retold"(Nazihah Yahya,2013).

Betullah. Now, everything makes a perfect sense. Penjelasan daripada dia, dan aku baru faham semua yang pernah menjadi curiosity aku suatu masa dahulu. 

Sakit macam mana pun, dear you, somehow I still want to thank you for the willingness to explain. I know it takes a lot to have the courage of explaining the past.

Whatever that I meant to say, I've said. And whatever is meant to be heard by me, I've heard from your own mouth. So, I guess nothing left kot?

Kawan kawan kata, bila dah sampai stage ni,

belajarlah buat sesuatu yang selalu easier said than done which is to "let go".

*mengeluh*

Sebenarnya, apa yang aku rasa aku sendiri tak mampu nak describe. Nak gambarkan setiap inci rasa yang aku ada sekarang ni, aku sendiri tak tahu. Aku cuma tahu apa tindakan terbaik untuk aku sekarang ni. Dan inshaAllah kalau diberi izin oleh Tuhan, aku akan buat. Sebab bila sampai ke fasa ini, aku hanya mampu pegang "I've gotta do what I've gotta do" kalaupun apa apa sahaja yang aku bakal buat nanti adalah selfish, bodoh, sekarang aku nak rescue diri sendiri dulu. Apa sahaja kesakitan yang boleh dielak, aku elak. Self reminder. =)

Dan benda ni tak mudah untuk aku. It never is easy. Daripada mula sehingga ke harini. 

Apa yang aku perlu sangat sekarang ni adalah ruang dan masa. Untuk berfikir. Untuk digest semua perkara yang aku baru tahu. Untuk adapt dengan fakta yang tersembunyi daripada aku selama ni. Terlampau banyak informasi yang mengganggu gugat emosi aku. Terlampau banyak dalam satu masa. Dan untuk aku cerna satu persatu sesuai dengan logik akal aku? Tak mudah. Serius. Tak mudah.

In fact, untuk mula dari mana,aku sendiri tak tahu.

Aku sendiri tengah terumbang ambing. Aku sendiri tengah tak stabil. Aku mudah rasa dan fikir yang bukan bukan. Jujur. Ini adalah situasi paling teruk musim exam yang aku pernah alami. Habis kuat dah ni nak pujuk diri.

Tak seronok bro main soal hati perasaan time time exam macam ni. Aku tak tipu. Penat. Aku. Sangat. Penat.


Sekarang, aku cuma perlu cari orang yang akan duduk di tepi aku, dan dengar semua yang aku nak cakap tanpa ada sekelumit rasa untuk judge aku. Dan sekarang aku cuma perlu cari orang yang akan sokong dan mengiyakan apa sahaja yang aku mahu hambur sekarang ni. Aku nak luah tanpa filter. Tanpa ada unsur nak jaga hati sesiapa. Selagi aku filter, selagi tu sesak tak lepas. Tapi, macam payah. Environment aku tak mengiyakan keadaan begini untuk berlaku. 

Dan the worst part is, adalah susah untuk aku sendiri describe apa sahaja yang aku rasa. 

Sebab aku sendiri, tak tahu apa yang aku rasa.
 

Current addiction :


It is what it is - Lifehouse


too long we’ve been denying
now we’re both tired of trying
we hit a wall and we can’t get over it
nothing to relive
it’s water under the bridge
you said it, i get it
i guess it is what it i

here it comes ready or not
we both found out it’s not how we thought
that it would be, how it would be
if the time could turn us around
what once was lost may be found
for you and me, for you and me





P/s : Dalam misi membuat satu benda yang gila. Niat tu tetap dah. Harapnya tak disalah faham.

Dear you, even without an answer I guess I've figured my next step. Till then. :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...