Aku selalu kurang faham bila orang kata macam ni,
"Setiap orang yang Tuhan datangkan dalam hidup kita ni bersebab."
Dan mungkin sebab aku belum cukup mendalami apa apa sahaja maksud tersirat yang cuba disampaikan melalui ayat tu.
Tapi sekarang, selepas apa yang jadi pada aku, well, I should have said quite a big impact on my life,
aku sedar apa itu maksud kehadiran setiap orang itu membawa makna.
Macam sekarang, aku sudah berada di puncak atau di penghujung buku aku yang lepas. Buku yang sepatutnya dah lama aku tinggalkan jauh jauh dulu. Buku yang terlalu banyak bawa sakit dalam manis untuk aku. Iya, kerana manis yang sedikit itu aku sanggup sakit. Sebab tu aku masih sanggup pegang buku tu. Aku tau. Jangan sebut betapa bodohnya aku. Ah, itu semua fasa yang aku,kau dan semua manusia bumi wajib lalui.
Tapi sekarang, aku rasa aku sudah berada di satu sudut yang aku sendiri tak pasti, cuma aku tau apa yang aku rasa berada di sudut ini.
Rasa tenang.
Rasa lapang.
Rasa bahagia.
Rasa ada satu beban terangkat.
Walaupun mungkin, kadang kala tanpa sedar, ada terselit juga sedikit curiosity tu.
Mungkin sebab sesiapa sahaja yang berada dalam hidup aku sekarang, aku sangat yakin dan percaya, Tuhan hantarkan dia,dia dan dia pada aku,betul betul selepas apa yang jadi, untuk bantu aku baiki diri aku. Untuk sama-sama sedarkan aku,ini bukan caranya. Ini bukan jalannya. Mungkin juga untuk bantu aku sedar ada jalan lain yang lagi baik untuk aku. Mungkin juga untuk bawa aku travel ke satu dimensi yang bukan halusinasi. Jadi realistik orang kata. Mungkin juga untuk alihkan gundah gulana aku yang asalnya pada perkara yang bukan dalam kawalan aku. Mungkin juga all in all, untuk bantu aku rasa ringan dengan semua beban ni.
Maybe, just maybe, there are certain people who came into your life just to help you fix yourself. Yes, that's how I simplify it.
Hadapkan muka tu pada realiti,lantaklah sakit macam kena seterika muka pun, jgn seronok hidup dengan angan tak pasti. Lesson learnt. Noted.
Terima kasih juga kepada kamu,wahai sang manusia kerana biarkan dua tahun saya berlalu dengan penuh pengajaran.
And maybe because, I worry too much on things that beyond my control and power that I ruined my happiness. Maybe it's okay not to know the answer, as it will come when I least expect it. Yeah, maybe. So for now,bon voyage to sadness. I don't want to live there,anymore.
P/s : Dua kali dan masih berlaku benda yang sama. I think I've given it enough attempts.
No comments:
Post a Comment