Saturday, December 18, 2010

Off Record



The coldness overwhelmed me. The day seems to suit the heart's call. Nothing much. Just watched a movie,and it was hilarious just as I thought. Oh,and also bought a few books. Spending heavenly,that's my current job. =D


Gasping for this humid air,I am really finding a way to get rid of this particular anxiety out from my head. Missing the place; I mean the people. Where else? Oh,for almost two years spending the most pleasurable and memorable moment there,there are a few incidents I will not,I mean will always remain in this memory card of mine. Haha.. Of course,they were all embarrassing! Allah jelah yang tahu macam mana malunya masa tu. Haha..


The day of Ozzy's and Tot's birthday. Prep malam. They were all planning the best way to prank both of them. And I was a part of the member. Plan asal ; menyimbah air coklat dekat Tot dan Ozzy. Diserikan lagi dengan tepung yang telah dibeli oleh Nadzirul(kudi) pada petang itu selepas solat Jumaat, kebetulan masa tu hari Jumaat. Sebaik tamat prep malam,misi pun bermula. Idea jahat beroperasi. Sebaik simbah air dekat Tot,terdengar jeritan dari kelas Al-Battani. Oh,pesta tepung dah bermula! Mereka semua main tepung. Semua muka dah putih melepak je!


Kami yang still terpacak dalam kelas Al-Farghani,apa lagi. Berpencak silat nak join sekali. Ambik tepung dekat Nadzirul, terus baling kat Ozzy. Waaahh..bertambah-tambah putih Ozzy malam tu. Pesta tepung berjalan lancar. Baling sana,baling sini. Baling kat dia,baling budak tu,baling budak ni. Lari sana,lari sini. Riangnya~ Gedebuk! Adoi,sakit nya! Aku jatuh terjelepok kat atas lantai dekat dengan tangga dekat dekat dengan lab physics tu. Bapak malu! Sakit macam apa. Patutlah,lantai licin dengan hasil tumpahan tepung dan air dekat lantai tu. Habis kotor baju kurung aku. Mintak mintak tak ada orang nampak. Okay,aku rasa selamat. Tak malu sangat. Terus bangun dan toleh ke belakang sambil membersih-bersihkan baju kurung.


Errkk..! Good news. Toleh belakang. Tiga pasang mata tengah memandang ke arah aku. Oh Tuhan! Kenapa mesti mereka yang nampak? Malon,Hanger dan Kudi. Tiga reaksi yang berbeza. Malon ; tengah senyum lebar dah nak sampai telinga kot. Hanger ; muka separuh nyawa tahan gelak. Kudi ; gelak macam puaka,tiada niat langsung untuk menahan tawanya. Gila,tak pernah aku malu sebegini rupa. Mana nak letak muka? Haila~ Okay. Okay. Cool je. "Kau orang punya pasallah. Tau tak licin kat sini." Ceyh,pandai aku cover malu. Haha.. Apa lagi. Laju kaki aku menapak tinggalkan kawasan kejadian. Malu gila! Ah,peduli lah. Janji nak cepat-cepat sampai surau. Isyak pun belum ni. Hahaha.. Penat kot nak bersihkan baju tu!




p/s : Habis solat Isyak,baru nak bukak Al-Quran,baca surah Al-Mulk, aku dengan tidak semena-mena nampak Zouk dan yang lain-lain tengah ketawa macam hantu depan pintu surau,sambil memandang aku. Tak lain,diorang mesti dah tau pasal insiden aku jatuh. Tak guna betul budak-budak ni. Kaki gosip!


Friday, December 17, 2010

Psychiatry Pills



*the only exception by paramore mode


Looking for a perfect video to be watched,so I've decided to lay down my fingers on this keyboard,typing some nonsense or might be a silly crap just to be my psychiatry pills. Haha.. So,as I am hunting for words to be shown,suddenly my mind remind me of the incident. Yeah,that incident. The day when I was officially experienced the sweet seventeen.

Beginning of the day. Memang hari bertuah. Coincidently,Chemistry paper for trial was on 23rd August 2010(which was my birthday). Memang untuk pertama kali dalam hidup,aku terasa aku terpaksa melupakan nikmat menyambut hari jadi disebabkan adanya paper Chemistry. So,tepat jam 12 tengah malam aku pun melangkah dengan riang ke dorm Farah tanpa mengharap langsung ada yang akan ingat birthday aku(ceyh,statement nak poyo je!). Niat utama ; study bersama Farah. Betul,tak tipu! Haha.. Sebaik tiba,aku dengar ada nyanyian "birthday song" berkumandang. Sekali pandang,alahai.. Budak Form 1 tu. Kawan-kawan dia wish birthday dia. Haha.. Perasan je aku! Eh,dik. Kita sama-sama tua lah. Haha..


Mereka yang lain pun semua buat muka seposen tak paham. Aku pun malas nak cakap apa-apa. Faham-faham. Semua under stress untuk paper Chemistry. By the way,terima kasih Kementerian bagi aku hadiah paling best in my whole lifetime. Haha.. Tengah borak-borak mukadimah kejap dengan Farah,tiba-tiba aku dikelilingi ahli dorm BP12 yang dengan tidak semena-mena menyanyikan lagu "birthday song". Sumpah lah terharu kot! Ingatkan semua tak ingat. Terima kasih kalian telah membuatkan aku tersenyum sendiri di kala bulan terang bercahaya.


Satu malam aku dengan Farah tak tidur. Study punya pasal. Cara menyambut birthday paling seksa aku rasa. Haha.. Again coincidently,it was a fasting month. Tak rasa macam nak pergi DM untuk sahur pun,so aku dengan lemah longlainya pulang ke dorm untuk jamah air mineral sikit,buat syarat. Bukak je pintu locker,terpampang dekat cermin hasil contengan Aja menggunakan highlighter hijaunya "Happy Birthday,Tul. Kau dah tua! Sorry tak ada hadiah". Haha.. Adoi~ pagi-pagi dah buat aku gelak. Thanks Aja.


Solat Subuh. Badan macam haram lesu. Tapi digagahkan juga. Paper kejap lagi ni. Haila~ Terima ucapan hari jadi daripada Mimi,Ci'en,Hana,Mira,Ana dan yang lain-lain. Aku syukur sangat. Birthday aku masa exam. Jadi tak adalah mereka yang sangat geliga itu boleh kenakan aku. Exam,blah blah blah. Maka paper 3 pun tamat. Mood nak happy sebab birthday girl pun lenyap. Right after the paper,we all went upstairs to put our books in the class. Sebaik jejak kaki dalam kelas, whiteboard kelas dipenuhi dengan ucapan-ucapan harijadi oleh Farghanians yang sebenarnya tak lupa pun harijadi aku. Haha! Thanks ye Farahin,Dijah,Purung,Ba,Jaris,Adik,Wan,Jebat,Aja,Nad,Tot,Nanad,Atin,Azzy,Sai dan yang lain di atas ucapan itu.


Selepas bergelak ketawa dengan ucapan mereka yang cukup untuk aku ketawa satu hari tu,aku bergerak pulang dengan Aja. Lalu ikut belakang surau. Lagi dekat katanya. Tiba-tiba ternampak Ozzy baru nak berwudhu'. Kantoi tak Zohor tadi. Haha! "Sampai hati kau tak wish birthday aku!" (menagih simpati!). Ozzy"Oh,aku lupa. Seriously lupa. Eh,meh sini". I asked him why. Ozzy pun memulakan cerita,"Kau taw,aku bukan tak ingat birthday kau tapi tu lah. Sibuk dengan exam semua kan,so aku pun......" dan itu dia,lemparan air terbaik daripada Ozzy. Habis basah tudung aku. Memang aku kena tipu dengan kau hidup-hidup. Happy Birthday,Tul! =P


Balik dorm,ingat nak bayar hutang tidur. Sekali Shima menyampaikan pesanan, "Tul,Cikgu Shahrul ajak kau dengan Hazimah keluar pergi bazaar Ramadhan." Oh,gembiranya.......kalau aku tak exhausted tahap bateri dah kong ni. Dahlah puasa. Tak apa,dugaan. Letak beg,capai je beg duit terus ke dorm Hazimah. "Zimah,jom! Cikgu Shahrul ajak sekarang kan?". Berapa kali ulang-alik rumah cikgu dengan sekolah sebab cari cikgu tak jumpa. Bergerak ke bazar simpang empat. Sepanjang perjalanan,cikgu buat lawak antarabangsa dia. Sumpah aku,Fikar,dengan Zimah tak tahan nak gelak. Ucapan hari jadi terbaik daripada Cikgu Shahrul(mentor aku).

Cikgu : Cikgu nak ucapkan tahniahlah kepada Izzatul.
Aku : (tiga-tiga muka pelik) Huh? Kenapa ye cikgu?
Cikgu : Kerana kamu telah berjaya sampai ke umur 17 tahun ni. Bukan senang.
Aku : Err...Haila~ ingatkan apa.(sambil ketawa)
Cikgu : Paper tadi macam mana? Seronok?.....
.......
.......
.......
*ok stop


Sampai bazar,semua nak beli makanan sendiri. Aku pun sama. Tapi tak tahu apa nak dibeli. Yang dua orang lagi tu dah melilau ke mana entah. Sekali tengah nak beli-beli murtabak,baru ingat nak bayar. Cikgu offer nak belanja. Aiseh..rezeki jangan ditolak. Malu pulak aku. Jalan lagi. Ingat nak beli nasi lemak kukus,baru keluarkan duit,cikgu dah siap bayarkan. Alamak,ni yang rasa macam terharu ni. Jalan lagi. Nampak laici kang. Aku yang batak ni,tak tau lah rasa air tu. Gatal mulut cakap air tu cantik. Ambik kau. Cikgu belikan terus. Suruh aku rasa. Haha.. Terima kasih cikgu. Sumpah terharu!


Sampai dorm,badan dah bau. Waktu pun dah pukul 6. Kena siap-siap nak pergi berbuka lagi ni. Malam tu,serius cakap,aku terawih tak khusyuk pun. The tiredness overcome everything. Aku cuma tahu aku nak tidur. Badan dah macam mayat bernyawa dah. Balik terawih,tanpa fikir sebarang kegiatan lain,sampai dorm,campak telekung,rebahkan badan. Ah..lega kot! Ingat nak rehat-rehat je,sekali aku tertidur terus. Apa punya sengal lah birthday girl tidur awal? Haha..


Tak lama tu,ada orang kejut aku. Oh,Suhaila. Dia bagitahu budak-budak BP09 buat hal. Some kind of misunderstood. Apalah nasib jadi PKR. Hal anak buah kena ambik tahu jugak kan. Tengah aku hilang separuh nyawa ni lah korang nak gaduh? Gaduh nanti boleh tak? So,dengan keadaan separuh sedar tu,aku pun ikut lah dia pergi dorm 9 tu. Mata dahlah cukup pedih sebab baru bangun,otak pun baru tengah nak start menjana kewarasan,tiba-tiba diorang gaduh-gaduh pulak depan aku. Aku pun terus bertanya "Apa jadi ni?Cuba duduk elok-elok,bincang". Masa tu,memang dah tak mampu nak berdiri. Mata tak boleh buka,kaki pun lemah longlai. Jadi,aku pun duduk dekat depan dorm tu. Lantak koranglah nak gaduh.


Environment sekeliling sikit pun aku tak perhatikan. Tengah loading kejap,dengar mereka cakap-cakap apa entah,tiba tiba. Booshh...!!! Simbahan air yang macam haram baunya kena dekat atas kepala aku dari belakang. Baru nak bukak mata,tiba-tiba kena lagi simbahan kedua dari depan..dan ketiga..dan keempat. Haha.. Ya Allah! Bau longkang mana korang bagi aku ni? Ada intipati siap. Ceyh,rupanya semua tu lakonan semata-mata. Lepas tu,baru semua wish Happy Birthday! Silakan. Hadiah terbaik. Satu aspuri tengok. Baik punya diorang simbah aku dekat dataran tu. Aku lupa hari tu adalah last day exam. Memang patut lah pun aku kena cukup-cukup.


Haha.. Memang terus segar aku masa tu. Tak mampu nak buat apa. Gelak jelah. Dahlah licin lantai tu. Tak tahu nak buat apa. Rasa kelakar sangat. Kena tipu hidup-hidup. Ni nasib baik tak ada prep sebab bulan puasa. Kena kat Aspuri je cukup. Hadoi~ memang terus capai tuala aku nak mandi. Baju dah basah melekit-lekit,mandilah hoi! Tengah mandi,ramai pulak anak-anak buah menjengah ke toilet menjerit nak wish birthday. Terharu! Antara muka-muka yang berjasa adalah Hana,Mira,Aja,Nad,Cien,Farah,Nani,Syaza dan juga pelakon-pelakon kerana berjaya menipu. Haha... Memang takkan lupa sampai bila-bila! After all,that's why it is called SWEET SEVENTEEN,right?



p/s : Kenangan pertama dan terakhir dekat SABDA. Tak pernah aku sambut birthday hari sekolah! Thanks to the crew kerana menambahkan collection baju aku untuk dibasuh. Tau tak susah gila nak hilang bau tu? HAHAHA.. =P






Monday, December 13, 2010

They Might Say..



*in the "i'll kill her" by soko mode


Sungguh tidak keruan dan tidak betah aku bertapa dalam rumah yang dipenuhi dengan teknologi yang tak berapa canggih ni. Dalam proses mencari idea melengkapkan buku poetry aku sambil menghirup nesvita honey di tengah malam ni,aku memang dalam keadaan nazak. Nazak kebosanan. Empty. Yup,seriously,its the emptiness that fill in the mind and rationality. Haha..

So,I'm not really going to make some report of today's activity. Bosan. Tiba-tiba papan kekunci memanggil aku untuk menyuruh jari jemari menari menaip sesuatu. Isu apa? Tak pasti. Entah. Yang pasti,aku memang gembira sekarang ni. Spending my leisure quality moment while busy mending the broken pieces of me.

So,tadi aku nampak dia online dekat FB. Nak tegur kat comment tak berani. Banyak kali fikir,akhirnya aku batalkan niat. Berapa kali dah aku batalkan niat. Haha.. Mungkin kedengaran bongok bongok je,tapi tulah dia. AKU TAKUT LA NGOK! Tak apa.Biarkan dia.

Okay,now let's talk about the current issue. Haha.. Aku ingat keadaan di mana "confession-to-the-person-you-like" hanya dekat SABDA je. Rupanya bila balik rumah, semua kawan-kawan pun berjangkit. The latest one,best friend aku. Haha.. Apalah agaknya perasaan bila buat confession kan?

Confession doesn't always come with a pleasurable package,itu bagi aku. The way I see it. Variety colour of situation I watched and all of them are highlighted with one word-BRAVERY. So,does it make a sense when a girl make a confession towards a boy? Who cares about it. Its better now or never. Pengakuan dibuat,respon diterima tapi jawapan masih tergantung. At least the other party know what's the feeling lies inside.

Tapi lagi best bila tengok confession towards a girl from a boy who has been watching the girl since a year ago. Able to adapt with the fact of "never put hope and never give hope". This guy owned my highest respect for what he has done. The misery that hunting him was never being shown to the public. Misery of waiting for an answer. Semua ingat dia act cool je. Itu satu keadaan confession yang paling menarik bagi aku.

Paling dramatik confession di hari akhir persekolahan selepas semua paper exam habis diduduki. Right after semua paper habis. Drama kan? Saat di mana kali terakhir semua berjumpa,bertentang mata,bergelak ketawa,itu dia. Dia memulakan langkah. Haha.. Ini sumpah telenovela.Aku tak tipu. Walaupun tak berpeluang tengok dengan mata kepala sendiri,tapi sebagai mamarazi terulung,at least I get the honoured to be among the people yang tahu lebih awal. Haha..


So yang lain mostly mengamalkan prinsip "hubungan dua hala". So,tak lah sedih sangat sebab mereka tak boleh dikategorikan dalam kes "unrequited love". Haha.. Mungkin sekarang kita memandang serius isu-isu sebegini. Or should I say it might affect us emotionally. Tapi teringat kata-kata someone from SABDA "As I looked back at all of these incidents one day,I'm sure I'll be laughing like hell".



Waving a word
As pages standing
Grinned helplessly
Unintended scretching
A full-melody tuned



nota kaki : Maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Penghasilan karya suka-suka.




Sunday, December 12, 2010

Topeng Imaginasi


Okay. Memandangkan sekarang ni aku punya post bakal berterabur disebabkan mood aku yang tidak menentu untuk menulis blog,maka aku bertekad untuk tidak menulis setiap entri aku menggunakan satu bahasa aje. Seronok apa satu malaysia. Ahaha..

Looking back at those photos(one of them is the above one),my heart suddenly receive a call to make a very short(err..maybe not too short) conversation with this territory of mine. Feeling this out of blue sense of writing,typing on this keyboard doesn't give any track for me to really draft the perfect word to be thrown out. So,cara penghasilan karya bersepah di sini. Harap maklum.

Do not really talking about the flashback, this exploding voice is really finding its way to say it out loud. Terasa macam nak katakan sesuatu. How does it feel when people around us,I mean the close ones use us for their own benefit? Kepada sesiapa yang aku pernah lontarkan soalan itu,just keep reading this. Why does my question sounds too harsh eyh? Well,that's exactly apa yang otak aku tengah ligat fikirkan sekarang.

Bila kita rasa orang hanya perlukan kita di saat dia rasa dia tak ada tempat nak bersandar atau bila dia ada kepentingan dekat kita. Salah kita ke untuk terasa nak mengelakkan diri daripada terus berjumpa dengan mereka? Apa punya soalan laah.. Mungkin agak kedengaran macam "entah-apa-apa" punya soalan tapi itulah dia. Bila otak jahat mula datang,rasa macam nak balas dendam je tapi tulah. Asyik berdendam bila nak habis? Haish~

Well,merely a crap but at least I know I am telling the truth. And oh,oh. Living in a hostel has thought me in every single day that we need all the characteristics required to adapt with the situation. Situation doesn't give any seeds of sympathy,okay kids? So we have to act. Or some people might even say it is actually being a hypocrite? I don't give any denial nor support towards it. And even the closest one is not the one to be trusted most. Because I learned too, 'sometimes the one we love most hurts us the deepest'.




When the eyes struck
Nothing seems to be seen
Invisible fading take over
Nailed for waiting
Miracle knocked and kneeled
Taking the stone lies beneath.





*Oh,currently in a process of the making of my own poetry book called "When Shakespear whisper", poems originally created by me,so every quotes from now on in every post of mine,will be a part from the book. Hee~ (promosi yang tak berapa menjadi!)*big laugh together!



*A whole-hearted trash created in the middle of night. Might be too ugly to be presented. Btw,hell I care? (*gambar hiasan semata)



Thursday, December 9, 2010

End Point


*currently in "graduation" by vitamin c mode


So this is where the end point meets. Finally everything comes to an end. Bak kata Cik Adaa, "all good things will come to an end". This blog had been left for ages so I guess I should make some updates.

Sumpah banyak benda to be written. Tapi everything is mixed up. Bermula dengan kisah di mana sekolah sudah mula kosong apabila pelajar2 form 1,2 and 4 balik dan pulang ke rumah masing-masing. Terasa sunyi jugak lah. Macam senyap je surrounding. Program ulangkaji bersama cikgu pun bermula. Surrounding just like masa perkampungan ilmu.


Perpindahan dorm secara besar-besaran. Berkampung di dorm BP04. Masa tu,masing masing struggle. Tidur pun bersepah je. Tak ada quality sleep langsung. Haha.. Time ni lah mula nampak pasangan pasangan yang tak pernah diketahui pun sebelum ni. Haha.. sumpah sedih bila ingat balik! Oh,by the way,lupa nak cakap pasal kad yang diterima masa hari jumaat yang semua budak-budak balik tu. Thanks to citrine's citizens kerana membuat kad itu. It really means a lot. Terima kasih eyh! I'll look after it elok elok.

Then,sambut Hari Raya Korban di SABDA buat kali pertama dan terakhirnya. Wuuhhuuu..sedih! Sembelih lembu dan melapah daging secara beramai-ramai. Sayu kot time tu. Ke hulu ke hilir tengok semua nya. Badan seriously bau lembu lah. Macam haram j**** dah bau aku satu hari tu. Off to dorm,mandi la hoi.. The shower is waving to me!

Lepas tu,SPM start. Macam haram tangan shaking masa first day. Tulis karangan tangan dah macam parkinson. Apa laa.. Cuak punya pasal. Padahal tulis karangan je pun. Then,hari berlalu macam tak terkira. Rasa macam sehari macam sesaat dua.

Sampailah ke hari paper 3 biology. Masa tu,sumpah tak tipu sedih dalam hati Allah je lah yang tahu. 11 tahun sekolah and finally aku dah takkan pakai uniform sekolah dah. Parents dah keliling dewan tu macam apa. Aku buat paper 3 macam half-hearted je. Psycho dowh! Masa tu fikir nak habis cepat. And then,habis paper ingatkan boleh terus salam-salam. Ustaz Mad bagi amanat terakhir dia. The best part was when he asked us to fill in borang pulang bermalam. Ahaha.. Apa la Ustaz. Bikin nangis je.

Too bad,Topeng(our KB) ingat nak buat last meeting satu batch lepas paper tp tak kesampaian sebab semua dah sibuk dengan parents masing masing. Sorry to kawan-kawan yang aku tak sempat nak say goodbye. Rushing at that moment. Salam and say goodbye dekat yang mana sempat jumpa. So,this is where the end point meets. The end of SABDA's story.




*on the way back,hampir 5 org SABDA yang aku jumpa makan di restoran yang sama dengan aku. SABDA oh SABDA!
haha..




As tick getting closer
Reflection can't be erase
Memories to be cherish
Ignite in every glimpse
As time cannot be turned back
A perfect lullaby
For a dream-hunter.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...