27th March 2010
-KESUMA peringkat kebangsaan. Semua SBP terlibat. Seawal 6.20 pagi kami sudah berdiri megah di sebelah bas sekolah kebanggaan kami bersama bagasi masing-masing. Lepas masukkan barang-barang dalam bas,terus gerak pergi SEMESTI. Tunggu budak SEMESTI sebab kami naik bas mereka. Perjalanan kami sgt senyap. Lepas beberapa jam,ambik barisan pemimpin INTERSABER. Jalan lagi ke depan,ambik students KUSESS. Akhirnya penuhlah satu bas. Dan kontinjen sekolah kami yang paling ramai; 12 orang. Sekitar 12.30 macam tu,kami sampai di sebuah sekolah bernama MOZAC(Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah),Melaka. Angkut barang keluar,terus mendaftar.
Rupanya di sana,kami di hadiahkan dengan satu rumah sukan baru ikut nama bekas PM. And I've got Abdul Rahman's house. Warna kuning,again! Sama rumah dengan Akif. Lepas tu,masuk dorm,unpack barang. Kenal-kenal dengan budak-budak lain. Ada SESERI,KISAS,SMSS,SEJIWA,SMS Tuanku Jaafar and ada lagilah yang terlupa tu. Mintak maaf ye. Petang tu,ice breaking. Sumpah best!
Malam ada program Rumahku. Kena design logo,cheers dan moto untuk rumah. My group ditugaskan design logo. Havoc gila! Semua blur tak tahu nak logo apa. Macam-macam idea keluar. Finally we came up dengan satu logo yang sangat kreatif. Bermotokan "Desire for Glory".
28th March 2010
- Aktiviti pertama ceramah dalam dewan. Ngantuk tahap dewa. Tapi masih mampu bertahan. Mata dah berair macam banjir. Dahlah pakai blazer. Panas tahap 10 skala ritcher. "Peranan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah". See? I still remember the title of the topic. Membuktikan saya tidak tidur. Hee..
Lepas lunch,ceramah lagi. "5 Practices of Examplary Leadership". Yang kali ni,memang tewas. Tapi tewas dalam 5 minit macam tu,and mata terus segar. Petang tu,ada aktiviti "Kembara Minda". Outdoor punya aktiviti. Main macam sukaneka dekat padang. Rumahku menang 2 games out of 3.
Malam pula,taklimat untuk "leadership outreach". Penat gila yang ni. Dapat satu group dengan budak SEMESTI,INTERGOMB,KISAS,MCKK and lain-lain. Organized a program wasn't an easy task. Pukul 1.30 baru dapat balik dorm.
29th March 2010
- Naik bas MOZAC pergi SMK TINGGI (P) Melaka. Sampai je terus manage budak-budak tu. Proceed with our program. Semua enjoy. Sekolah tu cantik sangat. Siap ada Galeri Seni. The prefects juga baik. Habis program,balik sekolah. Aku dan budak INTERGOMB,Imran represent our group about rumusan program.
Petang ada Explorace. Enjoy gila gaban sebab dah nak balik. Lelaki kena ikat dengan kerusi sambil bawak belon isi air ; Perempuan bawak mangkuk isi air warna atas kain putih. Susah gila! Tapi akhirnya group kami yang paling speed sebab air dalam mangkuk banyak yang dah tumpah. Memang kena bahan jelah dengan group lain.
Malam ada ceramah lagi. Tajuk tak menarik hati. Tapi semua kena pakai baju batik. Kabut maghrib tu semua gosok baju. Nasib sempat. Memang mengantuk tahap cipan nak beranak masa dengar ceramah tu. Nasib baik Akif duduk belakang aku. Each time nak tertidur,dia sepak kerusi. Ngahaha..
30th MArch 2010
- Majlis penutup. Touching gila. Rasa macam tak nak balik je. Semua layan lagu "warisan" which was our theme song sepanjang kursus. Semua peluk-peluk. My house jadi juara keseluruhan. Bangga pulak! Haha.. Masa nak balik,sempat jumpa Kapten Rumah,Akmal budak SBPI Jempol. Wish dia gudluck and borak-borak sikit. Then,sayonara.
No comments:
Post a Comment