
"Dia" cukup benci bila dihimpit. Dihimpit antara "kemahuan" dan "keinginan". Dua benda yang dia pasti tak ada siapa boleh pilih dengan adil. "Dia" sayangkan "kemahuan" tapi juga rindukan "keinginan". Tapi "dia" sedar "dia" tak boleh dapat dua-dua. Semalam "dia" terima sekeping surat daripada "keinginan". "Keinginan" menyatakan sangat merindui "dia" yang dahulu. "Dia" sudah jauh berubah. Tidak rapat dengan "keinginan" macam dulu-dulu. "Dia" cukup tersentuh. Dalam masa yang sama,"kemahuan" juga sudah menjadi keutamaan "dia" kini.
Satu solusi yang "dia" mampu fikirkan kini ; "dia" mahu berhijrah. "Dia" mahu tinggalkan semua yang ada padanya kini. "Dia" mahu kembali kepada keadaan sebelum "dia" mengenali dunia baru ini. Ya,itu sahaja solusi yang ada dalam kotak minda "dia". "Keinginan" dan "kemahuan", dua-dua menyayanginya. Logik pula dah tak mampu nak berkata apa.
jap ! aku blurr ! tak paham. sila terangkn lebih lanjut
ReplyDeleteaku taw kau blur.
ReplyDeletesbb xde org akn phm ape yg aku ckp nih..