Tuesday, August 30, 2011

Berpijak di Bumi Nyata

Berpijak di bumi nyata. Ya, itu fakta yang tak ada siapa boleh sangkal. Dan rasanya aku tak perlu nak persoalkan hakikat tu. Jangan hidup dalam angan angan,Nazihah. Airmata kau tu bukannya barang mainan. Hati kau bukannya hati kanak kanak. Boleh tukar tukar perasaan daripada satu ke satu. Tapi rasanya kalau dah banyak kali dikecewakan, tak salah untuk jadi keras hati. Dah memang patut pun. Erk? Dan aku patut dah jadi macam tu dalam masa sekarang ni. Pelik benar kalau dah banyak kali kecewa pun masih lembut hati,mudah tersentuh. There must be something wrong somewhere dengan hati kau lah perempuan. Dan aku kena didik hati aku dengan lebih kerap rasanya untuk jadi lebih keras hati, sebab itu mungkin akan jadi perisai aku untuk elak aku daripada jatuh,terhantuk lebih kuat ,kan?



Aku dah cukup penat ingatkan diri jangan terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti. Lagi lagi bila kau tahu sesuatu tu macam benda yang hampir mustahil senang cerita. Ini dunia. Semuanya menuntut kesempurnaan untuk mendapat pujian, perhatian. Kalau kau tak ada semua tu, jadi berhenti berharap yang tidak tidak. Oh,aku bukan cuba menjadi kejam pada diri, tapi itu hakikat dunia. Sebab kalau kau terlalu mengharap benda yang terlalu mustahil, itu namanya angan angan. Parah nanti kalau tak dapat. Sebab hidup ni kau tak boleh nak jangka.Tak semua berlaku macam fairytale. Kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta. Tapi ada ke? Apa yang datang selalunya bukan apa yang kau harap. Eventhough there’s a saying “Everything worth having is worth waiting”. Tapi aku rasa prinsip “Kalau ada,adalah. Kalau tak ada pun tak apa” itu lebih sesuai diaplikasikan dalam hidup remaja sekitar umur aku ni.


Dan satu perkara lagi aku belajar, jangan terlalu cepat terpedaya atau senang cerita larut dalam keadaan indah yang sedang kau alami. Sebab keadaan indah itu semua mungkin cuma pinjaman sementara yang Tuhan nak bagi kau rasa dan faham apa nikmatnya. Supaya kau tak tertanya tanya apa rasanya menjadi si fulan itu, si fulan ini. Atau mungkin keadaan indah yang kau sedang alami tu belum pasti lagi jadi kenyataan sama macam kau selalu harap dan doa dalam mimpi kau. Senang cerita, jangan nak perasan sorang sorang. Mengharap lebih lebih dengan anggapan ini kisah dongeng buku cerita hikayat rakyat kau. Serius. Ini dunia. Semuanya realiti, bukan fantasi rekaan kau.


Percaya cakap aku, bila kau dah mula keluar daripada garisan fantasi kau dan mula langgar garisan realiti, kau akan rasa betapa pedih hidup dalam angan angan. Jadi tolong, sebelum apa apa lebih kritikal terjadi, sediakan mental dengan baik, fahamkan dengan elok apa itu beza realiti dan fantasi.


Sebab aku sendiri sedang menyiapkan mental dengan baik.

Aku dah serik tumpahkan airmata kerana angan angan bodoh aku yang sebenarnya daripada awal aku sedar takkan pernah jadi betul.


Mungkin lebih keras hati. Aku? Keras hati? Bakal aku usahakan. :)



Eh,aku mengarut apa?




Sunday, August 28, 2011

It was when I turned 18

Sehari sebelum :-

Ucapan paling awal daripada Nur Ain Binti Ghazali diikuti Amirul Aziz a.k.a Hanger.
Followed by a phone call from Mak, wishing an advance Happy Birthday.



23 August 2011 bersamaan Hari Selasa.

Sedang bergolek golek atas katil menggagahkan diri yang dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, menyiapkan kerja kerja tertunggak yang perlu disubmit pada keesokan harinya.


Tepat pukul 12.00, menerima call daripada Norhana Abdullah, makcik gagah yang sumpah aku rindu macam gila diikuti Nazatul Syaza Abdul Raof.

Phone call yang sangat dihargai comes from :-

  • Norhana Abdullah (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Nazatul Syaza Abdul Raof (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Syirrin Faldhira Haziq Mazlan (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Nadiatul Akmar Ros Saidi (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Siti Syuhada Lokman (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Syaza Mariyah (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Haziq Ishak (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Alif Asyraf Arispa Abdullah (SM SAINS BAGAN DATOH)
  • Uzair Ismadi (SM SAINS BAGAN DATOH) (paling special, call terakhir yang diterima, wish yang lambat 1 jam 50 minit but yet you're forgiven for that special singing, walaupun suara tak sedap. HAHA!).


Text messages yang sangat sangat bermakna, thanks kepada mereka :-


"Izzat! Aku terlampau excited nak wish, taknak tunggu midnight so here it goes. HAPPY BIRTHDAY! Muaahh, semoga panjang umur and murah rezeki." - NUR AIN GHAZALI (SMK SRI ANDALAS)


"Izzatul Nazihah Binti Yahya. Happy Birthday sayang! Sumpah aku rindu kau! I dont know about you but I still miss you. Aku doakan kau berjaya dalam apa jua benda yang kau buat. Aku harap kau sentiasa happy dengan hidup kau. Semoga kau panjang umur, murah rezeki dan berjaya capai apa yang kau nak. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila. Take care dear. I love you a lot!" - NURUL FARHANAH AMINUDIN (SM SAINS BAGAN DATOH)


"Salam. Dek,selamat hari lahir. Aku doakan kau panjang umur murah rezeki. Jangan sedih sedih ya? Senyum banyak tau." - NURSYAFIQAH FARAH BINTI ROSDI (IPG Kota Bharu)


"Atul! Happy Besday! Jaga diri.. " - MUHAMAD AZIM HANIFI BIN KHILMI (IPG Kota Bharu)


"Adik! Hepi bday sayang! Hope our friendship will last forever. ILY. Get well soon!" - NURUL INSYIRAH ZAIDI (IPG Kota Bharu)


"Salam. Adik, epy bufday, semoga panjang umur,murah rezeki. sayang adik, jangan nakal nakal. jaga kesihatan. muaahhxx " - SITI NORLAILA ABDUL HALIM (IPG Kota Bharu)


"Hepi besday. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki and semoga kasih sayangmu kepadaku tak berubah. haha. =) Smile always. Jangan nakal nakal. Buat assignment elok2. Sayang kamoo. " - SYAFEZA SAULI (IPG Kota Bharu)


"Izzatul! Happy birthday! Aku nak jadi orang first. Tp tertidur. Da bet dgn uncle dah. Hehe. Sihat2 sentiasa la tul. Happy2. Rindu kau sgt!" - SYIRRIN FALDHIRA HAZIQ MAZLAN (SM SAINS BAGAN DATOH)


"Wahh sudah besar kawan ku ini.. moga moga murah rezeki dan diberkati hiduo mu."- MUHAMMAD SAFWAN KHALID (SM SAINS BAGAN DATOH)


"Hepy befday zat.. aku rindu ko..semoga ko hepy selalu dgn mengingati jiran seidup semati ko kat cni..tc..waktu balik bawak some treat utk aku dari kelantan by flight." - NUR FAUZIAH MOHD ALI (SMK SRI ANDALAS)


"Kehadapan sahabatku..selamat hari lahir..smoga anda berbahagia dunia dan akhirat.. =) p/s : maaf lambat wish." - MOHAMAD LUKHMANUL HAKIM(IPG Kota Bharu)


"IZZAT!! Ooopss salah.. TEACHER IZZATUL NAZIHAH YAHYA.. HAPPY BIRTHDAY~~ love you.. May Allah bless you in whatever you do and whatever you decision you made in your life.. " - NABEELAH AHMAD MURAD (SMK SRI ANDALAS)


"Perhatian! Kpd pelajar bernama izzatul nazihah yahya.. anda telah menerima ucapan selamt hari lahir dari yang berhormat izyan zahirah safari.. have a good day,ingat daku dalam doamu, take care, may Allah bless you. *sumpah rindu kau sis* " - IZYAN ZAHIRAH SAFARI (SK TAMAN SRI ANDALAS)


"Halo tul ku sayang. Happy birthday dan selamat berbuka. " - FARAH ADIBA AZMY (SM SAINS BAGAN DATOH)


"Happy besday wok.. may god bless u.. study leklok na. kalau ada kek kek lebih tu post la kat cc5. hehe. " - ASYRAF RAHSID (IPG Kota Bharu)


"Selamat hari lahir. Semoga panjang umur and murah rezeki. Good luck with your study. Take care. " - MUHAMMAD AKIF ABU BAKAR (SM SAINS BAGAN DATOH)



Dan juga wish wish yang diterima melalui FACEBOOK, antara yang menarik :-


"izza,happybirthday! sihat sokmo adik puncak alam,ehehe:)). jgn pucat lg n selalu nk muntah!" -
WAN N
URUL SYAZWANI AKA ALANG
(IPG Kota Bharu)



"ko igt ko besday gurl aku nak kesian kat ko ke?? blah aaa.....ko nak aku wish ko bayar duit duluuu....bayar beb bayar......." - KHAIRATUL AMIRAH BINTI ZAINUDIN (IPG Kota Bharu)


"ko ingat aku nak sangat jenguk wall ko semata-mata nak wish ko punye bday..ptuihh..! menyampah nyah..harap ko jiran sebelah bilik aku je.. =.=
Selamat hari keluar perut~..haha.. :D... nanti masuk perut balik ehh.." - AIN SOFEA HASSAN (IPG Kota Bharu)


"Cik adik manis intan payung,selamat hari lahir ya..semoga dimurahkan rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat..may ALLAH bless you my dear..be that star who shines upon you yourselves and others.." - ROMAIZATUL SHAQIRA MOHD ROM (SMK SRI ANDALAS)


"tul,budak stay up makan maggi :) happy birthday babe!! :DD.. " - SARAH AFENDI (SM SAINS BAGAN DATOH)


" tahun lepas aku tulis kat atas meja kau, 'HAPPY BIRTHDAY MY GORGEOUS BIATCH" and aku nak kau tau kau still forever will be MY GORGEOUS BIATCH tol.masa aku nangis, suka, gila, nyanyi cam sial, pergi toilet.kau sentiasa kat sebelah aku.thanks tol.happy birthday.semoga hari2 kau lepas ni diberkati Allah dan dipermudahkan segala kerja.insyaAllah.aku sayang kau Izzatul Nazihah Yahya♥ " - FATIN FAREENA ABDUL AZIZ (SM SAINS BAGAN DATOH)


"Izzatul, happy birthday lady boss. may Allah bless you always :) " - ZIKRI ZAHARUDIN (SM SAINS BAGAN DATOH)


"HB haha. kau da tua sakai aku muda lagi hahaha.." - RUSHDAN ALIFF ROSLI (SM SAINS BAGAN DATOH)


" zat..!!!!happy birthday syg!!!dah boleh kawin dah weh..haha..try jd matang skit pasni k?jgn dok gatal ngn abe klntn je au!jgn luper aq..syg kau!!!bff..." - FARAH ABDUL AZIZ (SK TAMAN SRI ANDALAS & SABDA)


" oit oit hijau..sannah helwah..belanja aku nnti dpt elau..wink2.hahaha :D.. " - FAEZIN FIRDAUS ( IPG Kota Bharu)


"HAPPY BIRTHDAY TEACHER. Thanks for all ur foundation n guidance. HAHAHA xD " -YAZLIN YAZID (SK TAMAN SRI ANDALAS)


"Happy burfday!! :D Missing u like hell ~" - NUBDATUL ATIQAH ABDUL KADIR (SM SAINS BAGAN DATOH)



" We weren't so good when we met,we never were close to each other, just a few hyes and byes, but before I knew it, our friendship grew stronger.

She's knows me better than I know myself,
She understands me like no one else can,
She jokes around with the cruelest of words but I don't mind,
She's there when I need her,
All I'm trying to say is I want her to know how much I appreciate her in my life by giving an appreciation in her existence.
Happy Birthday Izzatul Nazihah Yahya, I Love You~ "

- SYAZA MARIYAH NOOR AZMAN (SM SAINS BAGAN DATOH)




" happy birthday tul!!!!!!!!!!!!!!! ingat lg x last year anda tidak selamat :) celebration plg best. dah jadi mcm FBI agent mase tu :D missing those moment :( " - NADIATUL AKMAR ROS SAIDI (SM SAINS BAGAN DATOH)


Dan tak lupa dua blog post menyentuh hati :-




*******


Okay, what exactly happened pada hari kejadian, pagi pagi lagi dah disuruh buat presentation. A-L-O-N-E. Untuk subject Social Study. What a day! So, lepas presentation aku, classmates aku yang boys punya turn pulak. Tanpa diduga, mereka memulakan presentation dengan nyanyian birthday song untuk aku, agak terharu lah kan. Ni yang rasa nak menitik airmata jantan aku ni. HEHE! Okay,enough for that. Menerima birthday wishes daripada mereka yang terserempak. Malam tu pergi makan makan dengan my beloved classmates. Well, nothing really happened that day.



Dan golek golek atas katil sorang sorang menung bodoh bodoh tengok siling bilik, serius aku rindu moment moment 201o. 2011 terasa sunyi yang amat sangat. On 2010, last year, 23rd August, this is what happened. Prank terbaik yang pernah aku dapat.



Tertidur lepas balik tarawih atas katil, dikejut bangun tidur,exactly half an hour before the day ended. Akibat terlalu penat stay up tak tidur untuk study trial paper Chemist hari tu, so macam dah tak ambik port even birthday sendiri. Sedar sedar dikejut bangun tidur, disuruh turun ke ground floor untuk something. Anak anak buah aku bergaduh, according to them. Agak blur, sebab loading baru bangun tidur, dengar beberapa orang keliling macam gaduh gaduh, tiba tiba. Disimbah tiga kali berturut turut, depan-belakang-depan dengan air berbaldi baldi yang bau nya memang sumpah busuk macam haram. Baju masa tu dah busuk gila. Dengan rambut dah melekat oat lah bagai. HAHAAHAH! It was the sweetest moment ever. Seriously, they made a remarkable moment for me. Thanks to the crew. =)



And now 2011, on the same date, tiada sudah semua prank prank gila tu. Yang tinggal cuma handphone dan facebook jadi medium penghubung. Baru sedar, setahun itu tak lama pun sebenarnya kalau kau tak tunggu pun. Oh, how I miss them!


Oh ye, well, akhirnya menjadi 18 tahun juga. Yeah! Penat tunggu. Nak kahwin pun boleh. HAHAHA! Okay,belajar dulu. Damn. Gedik menggatal pehal? Sakai!






p/s : Aku tak pernah rasa sebarang perubahan pun setiap kali umur aku bertambah. HAHA!






Wednesday, August 17, 2011

A few 24-hours sleepless nights.

For the first time in my whole life and finally I know how it feels like to be rejected. Ni semua kerana lecturer tercinta yang dengan penuh rasa bertanggungjawabnya me"reject" draft assignment aku dan jugak kawan kawan yang lain sebanyak dua kali.

Der,kalau sekali kena reject,gua boleh petakkan muka lagi der. Tapi ni DUA KALI bhai! DUA KALI! Berapa malam gua tak tidur, tahan mata macam gila, siap dah bermata panda dah gua ni, dengan harapan assignment gua dia terima. Gua pun siapkan assignment gua dengan ketekunan yang lu orang tak terbayang wa cakap lu, bayangkan muka gua tengah tekun, macam ni.


Dan gua pun dengan penuh riang ria bawak assignment gua keesokan hari nak hantar, dengan muka macam ni,

Dan tanpa belas kasihan dia reject+marah+maki maki assignment gua dengan muka macam ni,



Gua pun diam. Ok,dia cakap salah. Dan gua pun berlalu dengan kawan kawan yang lain bersama kekecewaan menggunung. Dan dia suruh gua dengan sekutu sekutu gua print baru assignment tu. Maka berangkatlah kami dengan penuh kecewa begini,






Dan kami pun teruskan 24 jam tanpa tidur lagi, menyiapkan segala benda alah yang dia nak, betul betul dah cuba ikut apa dia nak. Esoknya, gua dan sekutu sekutu gua hantar lagi draft draft kami, kali ni memang berharap tahap gila, bayangkan lah betapa comelnya muka gua berharap. HAHA! Tapi dia reject lagi. Dengan muka "friendly" dia yang bikin gua panas je. Pergh! Panas hati bhai! Gua pun dah naik pelik dah dia ni. Apa lagi bhai lu nak brado? Gua dah ikut apa lu cakap pun lu reject jugak draft gua? Masa tu, serius gua dah tak rasa down. Gua rasa macam ni,



Dan bukan gua sorang. Gua rasa masa tu, semua dah meletup macam apa. Siapa tak geram. Ini adalah kecerewetan pertama yang terhebat gua pernah jumpa. Masuk kali ketiga, gua dengan sekutu sekutu gua dah redha, siapkan semua, edit ikut sebiji macam apa dia perintahkan, dan masa tu semua dah stick dengan kata kata "redha dan tawakal". Pergh! Bayangkan betapa fed up nya gua?

Dan selepas je hantar assignment dia, lega gila. Sumpah lega. Gua punya excited macam ni,



HAHA! Comel kan comel kan gua macam ni? Ok,gua tau. Tak payah nak puji lebih lebih sangat la. Segan pulak gua yang pemalu ni.


Tapi tak boleh nak enjoy sangat. Sebab lepas ni, assignment mendatang gua lagi double triple daripada ni,




Untuk sementara, gua nak release tension jap untuk beberapa hari gua di rumah ni, cover balik sleepless nights gua yang beberapa hari terkorban ni,hirup udara Selangor selepas terperap di Kelantan selama dua bulan yang dah terasa macam dua tahun. Serius gua cakap, heaven bhai jejak rumah sendiri,negeri sendiri. Baru sekarang gua terasa nak appreciate negeri gua. HEHE!

Till then. Jaga diri semua yang berada di rumah masing masing tu.


Sabtu ni gua balik Kelantan balik. Nak extend cuti sampai lepas raya boleh? =P




p/s : I miss you like crazy,man!




Friday, August 12, 2011

Ada apa dengan Rabu.

Hari Rabu. Hari yang sepatutnya jadual kelas aku packed macam haram. Fuh, lega bila tau kelas 2 jam yang boring macam gila tu cancel petang tu. Aku rilek rilek santai santai main Angry Bird depan laptop sambil buat assignment. HEHE~

Bagus kan aku?

Eh kejap. Ha. Hari Rabu hari tu pagi pagi lagi aku ada test Maths. Aku ingat ambik TESL tak ada dah jumpa nombor nombor lagi. The whole thing should be all about English. Pergh, kecut perut dia wa cakap lu der, nak terkencing bhai! Seram sejuk semua ada. Dah lama tak exam kan. Tapi tu lah dia, aku study pun rasa macam tak study. Sampai tak sahur aku hari tusebab benda alah ni. Haram jadah soalan dia. Macam tak ada kaitan dengan nota nota yang lecturer kasi pun. Erk? SPM double triple lagi best kot. *ok,ni statement gila bajet*


Kecewa? Agak lah. But at least I did make some effort rather than nothing at all.

Lepas tu ada presentation untuk short story subject English Studies. Duduk dekat sini, presentation tu macam makanan ruji aku. Kau cakap, subjek apa je yang tak payah nak present? Letih woo~ But to be honest, I dont think I did well for the presentation. Cakap laju gila macam haram ,tak explain pulak sampai aku pun naik tak paham apa benda aku cakap, apatah lagi mereka yang mendengar.

Rasa macam nak tumbuk muka sendiri,boleh?


Erm, dah lama dah tak nampak kelibat mamat tu. Facebook chat dia pun dah jarang online. Lama gila tak sembang. Haih, tolonglah muncul depan mata. Dapat tengok sekilas pun jadilah. Seriously, dia nampak smart tahap gila pakai kemeja daripada pakai t-shirt kot. HAHA!

Statement sakai apa aku letak ni? Erk, ting tong.

Eh kejap, apa point aku sebenarnya?


Sebenarnya, aku pun tengah tak paham apa aku taip ni. Free-typing ni. Menaip tanpa backspace. HHEEHEHE!




Friday, August 5, 2011

Semuanya Lain.

Betul. Aku tak tipu. Ini fakta. Hati perempuan ni memang fragile. Senang je nak terasa.

Hari tu, aku didatangi text ringkas. Secara tiba tiba. Daripada manusia yang bukanlah rapat dengan aku, menyatakan betapa kagumnya dia dengan management aku sebagai seorang leader. Dan betapa dia berharap dapat sekumpulan dengan aku bila ada kerja berkumpulan lagi tapi too bad kami tak ditakdirkan sekumpulan. Sumpah,aku memang terkejut. Sampai macam tu sekali dia punya kagum? Aku hampir macam tak percaya. Takkan lah ada orang yang boleh judge sampai macam tu.


Jujur, sikit sebanyak aku agak ter"effect" jugak dengan ayat ayat dia tu. Aku diam dan fikir banyak kali. Buat aku rasa terharu, tak sangka, betul betul tak sangka. Walaupun sampai ke harini, aku tak tahu lah apa yang dikagumkan sangat. Sebab bagi aku, aku macam seorang failure when it comes to leadership. Tapi bila ada manusia yang berkata sebaliknya, aku jadi bersemangat balik. HEHE!

Terima kasih,manusia kerana bagi aku tersenyum satu hari.


Tu lah. Kan aku dah kata, hati perempuan ni mudah tersentuh. Fragile gila gaban. Cakap macam tu je pun dah terharu. Tak boleh blah kan? Aku tau aku tau. Saja nak bajet bagus kejap.





Oh ya, sekarang sudah Ramadhan. Serius, makin lama aku duduk di Kelantan, makin tak betah aku dengan segala benda. Ah,ni mengarut. Aku ada lagi 5 tahun nak bertapa di sini. Makin teruk pulak homesick aku. Makin rindu aku dengan Selangor tercinta. Semua benda. Semua tu bagi aku, merangkumi semua aspek. Daripada makanan, environment, macam macam lagi lah. Dulu masa sekolah asrama pun tak lah seteruk ni homesick aku.


Kau bayangkan, harga makanan bazar Ramadhan kat Kelantan ni, lagi mahal daripada Klang. Tak ke sakit jantung aku tengok harga harga dia? Putus selera aku tengok harga harga dia. Nak jimat punya pasal, beli lauk pauk pun fikir dua tiga kali. HAHA! Aku call mak, mengadu. Mak kata tak apa. Kalau rasa teringin nak makan apa apa, beli je walaupun harga dia mahal. Kalau tak cukup duit, nanti mak tambah. Tapi aku pulak jadi tak sampai hati. Macam gedik sangat pulak. Tak apa, tak lama dah nak balik raya.


Eh,sebelum terlupa. Selamat berpuasa kawan kawan! *walaupun agak lambat*


p/s : Sumpah rasa nak balik sekarang jugak!








Berlakon nyanyi nyanyi.


Hari ni hari jumaat. Ya, mood hujung minggu sudah datang. Maktab memang sunyi tahap tak ingat. Yang rumah dekat semuanya balik. Cis, pantang cuti, asyik nak balik rumah je. *padahal dengki sebenarnya*. Dan assignment plus kerja kerja aku memang banyak. Banyak yang tak terkata. Minggu depan aku ada test untuk subjek Basic Mathematics. Fuh,kena prepare ni. Gila berkarat otak dah lama tak ambik exam. Tak apa tak apa, boleh buat punya. Tak payah gelabah sangat,Nazihah.

Oh,selepas Song in Motion hari tu, projek terbaru aku sekarang untuk subject English Studies aku diberi tugasan pula melakonkan satu musical drama berdasarkan short story yang ada dalam syllabus aku. Pergh,nak pilih short story pun agak azab sebenarnya. Gila kau, kena ada scriptwriterlah bagai. Gaya macam nak berlakon dekat Istana Budaya je. Dan aku diberi amanah sebagai producer untuk production house aku.




Kau bayangkan, kami ni kononnya membentuk satu production house sendiri ala ala macam nak buat pementasan Puteri Gunung Ledang tu, dan aku diberi amanah untuk jadi producer,bermaksud semua ahli production house di bawah pemantauan aku. Gila, tak pernah aku handle kerja berat macam ni. Aku bukan orang yang hebat. Macam mana lah ada orang boleh percaya nak bagi aku kerja ni? HAHA!

Oh ye,setelah berbincang, production house aku diberi nama House of Da Vinci. Nama nak gempak je kan? Tak boleh blah gila. HAHA!

Jujur,aku tak letak high expectation yang tinggi untuk musical drama ni. Sebab aku bukannya David Teoh yang kerja supply duit je untuk Razak Mohaideen buat filem. HAHA! Aku ni pun baru nak berjinak jinak ni. Tapi melihatkan muka muka ahli production house aku, dah boleh nampak dah potensi masing masing tu. *ayat bodek*




Pementasan musical drama ni akan berlangsung mungkin lagi dua bulan macam tu. Jadi sepanjang bulan puasa aku memang kena bekerja macam esok-sudah-tiada untuk siapkan the whole draft untuk musical drama production house aku ni together with committee yang lain. Sebab lepas raya, latihan akan berjalan dengan rancak dan agresifnya. Yela, kalau tak buat betul betul kang,segan pulak dengan production house lagi satu. HEHE. Maruah kena jaga beb.

Eh kejap. Aku kena berlakon jugak ke? Nak mintak excuse boleh? Aku producer,kena jaga anak anak buah. HAHA! *ayat mengelat*

Kerja berlambak yang teramat sangat. Dah kena kurangkan habit melepak dah ni rasanya.



p/s : Saya sayang awak banyak banyak!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...