For the first time in my whole life and finally I know how it feels like to be rejected. Ni semua kerana lecturer tercinta yang dengan penuh rasa bertanggungjawabnya me"reject" draft assignment aku dan jugak kawan kawan yang lain sebanyak dua kali.
Der,kalau sekali kena reject,gua boleh petakkan muka lagi der. Tapi ni DUA KALI bhai! DUA KALI! Berapa malam gua tak tidur, tahan mata macam gila, siap dah bermata panda dah gua ni, dengan harapan assignment gua dia terima. Gua pun siapkan assignment gua dengan ketekunan yang lu orang tak terbayang wa cakap lu, bayangkan muka gua tengah tekun, macam ni.
Dan gua pun dengan penuh riang ria bawak assignment gua keesokan hari nak hantar, dengan muka macam ni,
Dan tanpa belas kasihan dia reject+marah+maki maki assignment gua dengan muka macam ni,
Gua pun diam. Ok,dia cakap salah. Dan gua pun berlalu dengan kawan kawan yang lain bersama kekecewaan menggunung. Dan dia suruh gua dengan sekutu sekutu gua print baru assignment tu. Maka berangkatlah kami dengan penuh kecewa begini,
Dan kami pun teruskan 24 jam tanpa tidur lagi, menyiapkan segala benda alah yang dia nak, betul betul dah cuba ikut apa dia nak. Esoknya, gua dan sekutu sekutu gua hantar lagi draft draft kami, kali ni memang berharap tahap gila, bayangkan lah betapa comelnya muka gua berharap. HAHA! Tapi dia reject lagi. Dengan muka "friendly" dia yang bikin gua panas je. Pergh! Panas hati bhai! Gua pun dah naik pelik dah dia ni. Apa lagi bhai lu nak brado? Gua dah ikut apa lu cakap pun lu reject jugak draft gua? Masa tu, serius gua dah tak rasa down. Gua rasa macam ni,
Dan bukan gua sorang. Gua rasa masa tu, semua dah meletup macam apa. Siapa tak geram. Ini adalah kecerewetan pertama yang terhebat gua pernah jumpa. Masuk kali ketiga, gua dengan sekutu sekutu gua dah redha, siapkan semua, edit ikut sebiji macam apa dia perintahkan, dan masa tu semua dah stick dengan kata kata "redha dan tawakal". Pergh! Bayangkan betapa fed up nya gua?
Dan selepas je hantar assignment dia, lega gila. Sumpah lega. Gua punya excited macam ni,
HAHA! Comel kan comel kan gua macam ni? Ok,gua tau. Tak payah nak puji lebih lebih sangat la. Segan pulak gua yang pemalu ni.
Tapi tak boleh nak enjoy sangat. Sebab lepas ni, assignment mendatang gua lagi double triple daripada ni,
Untuk sementara, gua nak release tension jap untuk beberapa hari gua di rumah ni, cover balik sleepless nights gua yang beberapa hari terkorban ni,hirup udara Selangor selepas terperap di Kelantan selama dua bulan yang dah terasa macam dua tahun. Serius gua cakap, heaven bhai jejak rumah sendiri,negeri sendiri. Baru sekarang gua terasa nak appreciate negeri gua. HEHE!
Till then. Jaga diri semua yang berada di rumah masing masing tu.
Sabtu ni gua balik Kelantan balik. Nak extend cuti sampai lepas raya boleh? =P
p/s : I miss you like crazy,man!
No comments:
Post a Comment