Friday, August 5, 2011

Semuanya Lain.

Betul. Aku tak tipu. Ini fakta. Hati perempuan ni memang fragile. Senang je nak terasa.

Hari tu, aku didatangi text ringkas. Secara tiba tiba. Daripada manusia yang bukanlah rapat dengan aku, menyatakan betapa kagumnya dia dengan management aku sebagai seorang leader. Dan betapa dia berharap dapat sekumpulan dengan aku bila ada kerja berkumpulan lagi tapi too bad kami tak ditakdirkan sekumpulan. Sumpah,aku memang terkejut. Sampai macam tu sekali dia punya kagum? Aku hampir macam tak percaya. Takkan lah ada orang yang boleh judge sampai macam tu.


Jujur, sikit sebanyak aku agak ter"effect" jugak dengan ayat ayat dia tu. Aku diam dan fikir banyak kali. Buat aku rasa terharu, tak sangka, betul betul tak sangka. Walaupun sampai ke harini, aku tak tahu lah apa yang dikagumkan sangat. Sebab bagi aku, aku macam seorang failure when it comes to leadership. Tapi bila ada manusia yang berkata sebaliknya, aku jadi bersemangat balik. HEHE!

Terima kasih,manusia kerana bagi aku tersenyum satu hari.


Tu lah. Kan aku dah kata, hati perempuan ni mudah tersentuh. Fragile gila gaban. Cakap macam tu je pun dah terharu. Tak boleh blah kan? Aku tau aku tau. Saja nak bajet bagus kejap.





Oh ya, sekarang sudah Ramadhan. Serius, makin lama aku duduk di Kelantan, makin tak betah aku dengan segala benda. Ah,ni mengarut. Aku ada lagi 5 tahun nak bertapa di sini. Makin teruk pulak homesick aku. Makin rindu aku dengan Selangor tercinta. Semua benda. Semua tu bagi aku, merangkumi semua aspek. Daripada makanan, environment, macam macam lagi lah. Dulu masa sekolah asrama pun tak lah seteruk ni homesick aku.


Kau bayangkan, harga makanan bazar Ramadhan kat Kelantan ni, lagi mahal daripada Klang. Tak ke sakit jantung aku tengok harga harga dia? Putus selera aku tengok harga harga dia. Nak jimat punya pasal, beli lauk pauk pun fikir dua tiga kali. HAHA! Aku call mak, mengadu. Mak kata tak apa. Kalau rasa teringin nak makan apa apa, beli je walaupun harga dia mahal. Kalau tak cukup duit, nanti mak tambah. Tapi aku pulak jadi tak sampai hati. Macam gedik sangat pulak. Tak apa, tak lama dah nak balik raya.


Eh,sebelum terlupa. Selamat berpuasa kawan kawan! *walaupun agak lambat*


p/s : Sumpah rasa nak balik sekarang jugak!








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...