Friday, August 5, 2011

Berlakon nyanyi nyanyi.


Hari ni hari jumaat. Ya, mood hujung minggu sudah datang. Maktab memang sunyi tahap tak ingat. Yang rumah dekat semuanya balik. Cis, pantang cuti, asyik nak balik rumah je. *padahal dengki sebenarnya*. Dan assignment plus kerja kerja aku memang banyak. Banyak yang tak terkata. Minggu depan aku ada test untuk subjek Basic Mathematics. Fuh,kena prepare ni. Gila berkarat otak dah lama tak ambik exam. Tak apa tak apa, boleh buat punya. Tak payah gelabah sangat,Nazihah.

Oh,selepas Song in Motion hari tu, projek terbaru aku sekarang untuk subject English Studies aku diberi tugasan pula melakonkan satu musical drama berdasarkan short story yang ada dalam syllabus aku. Pergh,nak pilih short story pun agak azab sebenarnya. Gila kau, kena ada scriptwriterlah bagai. Gaya macam nak berlakon dekat Istana Budaya je. Dan aku diberi amanah sebagai producer untuk production house aku.




Kau bayangkan, kami ni kononnya membentuk satu production house sendiri ala ala macam nak buat pementasan Puteri Gunung Ledang tu, dan aku diberi amanah untuk jadi producer,bermaksud semua ahli production house di bawah pemantauan aku. Gila, tak pernah aku handle kerja berat macam ni. Aku bukan orang yang hebat. Macam mana lah ada orang boleh percaya nak bagi aku kerja ni? HAHA!

Oh ye,setelah berbincang, production house aku diberi nama House of Da Vinci. Nama nak gempak je kan? Tak boleh blah gila. HAHA!

Jujur,aku tak letak high expectation yang tinggi untuk musical drama ni. Sebab aku bukannya David Teoh yang kerja supply duit je untuk Razak Mohaideen buat filem. HAHA! Aku ni pun baru nak berjinak jinak ni. Tapi melihatkan muka muka ahli production house aku, dah boleh nampak dah potensi masing masing tu. *ayat bodek*




Pementasan musical drama ni akan berlangsung mungkin lagi dua bulan macam tu. Jadi sepanjang bulan puasa aku memang kena bekerja macam esok-sudah-tiada untuk siapkan the whole draft untuk musical drama production house aku ni together with committee yang lain. Sebab lepas raya, latihan akan berjalan dengan rancak dan agresifnya. Yela, kalau tak buat betul betul kang,segan pulak dengan production house lagi satu. HEHE. Maruah kena jaga beb.

Eh kejap. Aku kena berlakon jugak ke? Nak mintak excuse boleh? Aku producer,kena jaga anak anak buah. HAHA! *ayat mengelat*

Kerja berlambak yang teramat sangat. Dah kena kurangkan habit melepak dah ni rasanya.



p/s : Saya sayang awak banyak banyak!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...