now playing : Next to You(cover)- Conor Maynard ft Ebon Day
Melihat manusia yang menjadi heartless, aku kagum dan terfikir mana agaknya sumber kekuatan untuk menjadi se"heartless" itu mereka dapat. Sebab aku memang jenis beremosi. Pantang ada benda, memang emosi tak bertempat.
Semalam ada kawan bertanya bagaimana untuk get over someone. Setelah aku tengok dia separuh nyawa menangis kerana lelaki yang pada dia, adalah yang terbaik setakat ni. Tapi bagi aku, kalau sudah mampu menitikkan airmata itu sudah luar biasa.
Aku cuma senyum, sebab aku pernah ada pengalaman itu. Yang exactly sama. Memang sebiji. Terasa bangga sekejap.
*senyum lebar lebar*
Macam macam aku kata pada dia. Daripada bagaimana bodohnya aku menangis, sampai lah ke setiap cara yang aku buat untuk lupakan semuanya. Tentang bagaimana payahnya nak move on. Tapi satu saja prinsipnya, mental kau kena kuat,baru semuanya boleh gerak. =)
Herm, sudah. Aku bukan doktor cinta nak elaborate lebih lebih.
Tapi yang pasti, aku gembira sebab nasihat aku yang tak berapa nak bertauliah sekurang kurangnya dah mampu buat kawan aku tu tak menangis seteruk dulu. Itu dah cukup.
Sebab pengalaman ajar aku sesuatu. Just believe in this.
People do come and go.They never stick in your life foreverbutstick in your mind as long as you allow them to be.-Izzatul Nazihah (2011)
Jadi aku sentiasa percaya yang orang orang yang ada dalam hidup aku sekarang bukan untuk aku take for granted sebab aku tahu one fine day, its either aku atau mereka yang akan pergi. Somehow itu hidup.
Tapi masih, kalau ada mesin putar masa, aku rindu zaman sekolah. Aku rindu how the environment seems to be that homey untuk aku. Sangat sangat sangat sangat sangat sangat. Boleh tak aku letak 1000 "sangat"?
Ah,maaf aku merepek. Ni cuma break sekejap daripada assignment aku. HEHE!
p/s : Terima kasih kerana kagum dengan saya walaupun kebolehan itu tidak seberapa.
Anda buat saya mampu tersenyum seorang,wahai manusia. =)
here's my answer
ReplyDeletehttp://gadiskacamatahitam.blogspot.com/2011/09/how-to-become-heartless-person.html