Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Sing it beautifully.

The original version was by Peterpan but I think I prefer Yuna's cover of this song. Though it is an old song but the lyric is just too beautiful. I've once involved in this kind of situation which I think the main solid reason I am overwhelmed with it. Remember when I said about that harmless flirt article in the previous post? Maybe there is a slight connection between this song and the article. Okay, this is what an experience would say. I talk on the ticket of experience,okay kids? Just dont be like me. Healing needs time. Seriously. To get back on your feet it needs time. To build a strength it needs time. To be real it takes a long time. And just a second to ruin everything.








"Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta ....."


This is why I love literature for this particular moment. Twisted words can't be easily interpreted by others. I am always inspired by Shakespear. Okay, tell me. Did you understand Sonnet 18 on your first reading? Honestly, I didn't. I took a deep breath, like seriously deep to go through each line. There are certain people would just smile and say "Eh,apa benda kau sastera sangat ni?". Well, that's the best part I suppose. So, please dont frown when reading my posts about any literature presented here. Okay okay, I am jiwang mengkarat ; as they say. No offense. I take it as a compliment. Well, I do have to admit here. Isn't that pretty clear?



Words of wisdom by Izzatulisme today :

Think deeper and you will see more than just a word behind all those letters. That's why they are chosen.




p/s : Tiba tiba teringat Fatin Fareena yang sangat membenci Yuna dan akhirnya menjadi peminat setia Yuna.





Wednesday, March 9, 2011

Mari Ber"penguin"


-Nasib baik penguin semua tengah aktif masa nak tangkap gambar-


Sepanjang percutian aku ke Langkawi hari tu, ada satu fakta menarik yang aku baru dapat tahu daripada pemandu pelancong. Penguin merupakan seekor haiwan yang sangat setia pada pasangannya dan tidak akan mencari pasangan lain sehingga pasangannya mati. Selepas pasangannya mati, barulah penguin akan mencari pasangan lain. Woah..tak sangka penguin begitu setia.


Tengok, penguin pun boleh setia pada satu pasangan. Kenapa tidak kita? Adoii~ Malulah pada penguin. Tapi kalau tengok betul-betul, orang kita sekarang. Nak cari yang setia pada pasangan memang payah. Bercinta sekejap bagai nak rak lepas tu putus tak sampai sebulan. Kalau cinta monyet tu aku tak hairan. Yang aku maksudkan ni bagi golongan yang dah nak ke jinjang pelamin. Haha.. Zaman sekarang. Apa-apa pun tak mustahil. Dalam hal macam ni,aku memang tak salahkan mana-mana jantina. Lelaki perempuan sama je.

- Penguin mencari pasangan masing masing-


Tapi berdasarkan pemerhatian aku, sebilangan besar lelaki mampu hidup dengan budaya penguin ni. Syabas syabas! Dan pemandu pelancong tu jugak ada memberitahu, kajian membuktikan lelaki yang mempunyai banyak pasangan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding lelaki yang mempunyai satu pasangan. Tapi tu semua macam payah sikit aku nak percaya. Apa kaitan ajal maut dengan bilangan pasangan? K-A-R-U-T.

-Okay, all the penguins showed some sexyback-


Aku pernah diberitahu oleh seseorang yang berkata, perempuan boleh sayang seorang lelaki pada satu masa. Berbeza dengan lelaki yang boleh sayang banyak perempuan pada satu masa. Maka di situlah rasionalnya lelaki dibenarkan berpoligami. Tak pastilah kesahihan info ni. Apa pendapat anda? Wallahu'alam..


Simply a frank point of view from a naive girl who speaks honesty.


p/s : I am obviously not a DR.LOVE nor a LOVE EXPERTISE.


Wednesday, March 2, 2011

I Ain't Affected by Harmless Flirt.

Waah.. Tajuk nak kebaboom je kan? Hehe..

Pernah dengar tentang "harmless flirt"? Aku pertama kali dengar istilah ni pun masa form 4. Mula-mula macam tercengang sekejap. Lepas kaji selidik barulah aku faham definisi sebenar "harmless flirt". Mengikut kata beberapa orang yang lebih tua daripada aku, berikut adalah pendapat mereka.


"Harmless flirt are things like teasing, joking around, giggling, maybe even some blushing - things like that."

"Harmless flirting is like the flirting that you do, not expecting anything to come out of it."

"If you are flirting with someone who is taking it lightly then it's harmless. If you happen to be flirting with someone who is taking your flirtations to be something more genuine, then it's intentional, whether you meant for it to be or not. "


Secara personal, aku pernah mengalami situasi macam ni. Dan aku sangat bersetuju dengan pendapat yang terakhir. Dan sebagai perempuan, aku mengaku hati perempuan lebih mudah tersentuh berbanding lelaki. Pantang ada macam perkara syahdu sikit, mulalah "Alahai..sweetnya~". Lepas tu mulalah tak tentu hala, tangkap cintan dengan mamat yang kononnya "Prince Charming" dia tu kan.

Ditambah lagi kalau si lelaki baik,caring,memahami. Sentiasa ada dengan si perempuan. Wah, memang angau lah si perempuan. Aku mengaku, pernahlah sekali terjebak dalam situasi ni. Mungkin masa tu pemikiran mentah sangat. Nak fikir benda-benda yang matang sikit memang harapan lah. Jadi segala kebaikan si lelaki dianggap serius. Lepas tu, terus jatuh sayang. Kononnya "sayang mati". Sanggup menangis satu hari kerana seorang lelaki yang dah pun jatuh cinta pada perempuan lain. Childish yang teramat-amat kan?


Lepas je kejadian tu, aku pun didik diri jadi universal. "Harmless flirt" sebenarnya meaningless dan bertujuan untuk hiburan semata-mata. Aku belajar personaliti orang sekeliling. Masuk rentak semua orang. Dan aku belajar segala macam "harmless flirt" baik daripada lelaki mahupun perempuan yang lebih menguatkan pemahaman aku, jangan senang-senang suka hati nak jatuh sayang kat orang. I mean as in terms of love towards the opposite gender. Sayang member tu lain ceritalah der.


Bagi aku, "harmless flirt" itu sangat bergantung dengan siapa kau bercakap. Kalau bagi orang yang dah pandai nak immune kan diri dengan benda alah macam tu, okay je tak ada hal setakat nak layan "harmless flirt" ni. Tapi bagi orang yang tak biasa dan tak faham hakikat sebenar istilah ni, mungkin berpotensi mengalami apa yang aku pernah alami.

Secara umumnya, aku percaya sangat kita kena ada pendedahan pasal ni.So dudes and babes out there, when someone is trying to joke around with you using those flirting words, don't simply take it seriously. Maybe they never intend to flirt with you, just giggling around. Or maybe they are doing intentional flirt. Who knows? Jadi sila luaskan pergaulan anda. Cuba kenal pelbagai jenis manusia dan kenalpasti karakter pengamal "harmless flirt" dan pengamal "intentional flirt". That's the key. Dengan cara macam tu, kita boleh bezakan antara dua perkara yang nampak macam serupa tapi berbeza sebenarnya. Pada masa yang sama ajar diri sendiri jangan jadi rapuh. Just like how I used to be. Dan sekarang aku berpegang teguh dengan prinsip,

"I AIN'T AFFECTED BY HARMLESS FLIRT".



Quotes of The Day
Imam Dhahabi (rh) said: "Whosoever seeks knowledge for actions,then his knowledge makes him humble & fearful,& causes him to weep at (the deficiencies in) himself. But whosoever seeks knowledge for the sake of merely teaching, giving verdicts,in order to brag,or to show-off; becomes foolish,arrogant & looks down in contempt at the people,& is destroyed by pride,& the people hate him.." [Siyar A'laamun-Nubulaa-18/192]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...