Saturday, February 14, 2009

bahas & pantun





agak kepenatan hari ini walaupun SABTU. ya,hari ni hari sekolah. hari yang bermula dengan satu tragedi. haha! gila bunyinya! sebelum tidur malam tadi,jam loceng di handphone sudah dibunyikan. memandangkan jam loceng yang sebenar telah ditukar hakmilik kepada 'mak punya' jadi pilihan yang ada cuma bergantung pada jam loceng handphone. sekitar pukul 1 a.m baru lah mata terpejam setelah 30 minit bertukar arah baring. sekejap pusing kiri,sekejap pusing kanan. entah apa lah benda yang difikirkan. masa nak cuba pejam mata lah tiba tiba teringat wajah-wajah insan yang tak sepatutnya diingati pada waktu-waktu sebegitu. entah kenapa saat-saat itulah terasa macam nak melihat wajah mereka depan mata. kalau boleh,nak berbual dengan mereka. agagagaga! memang bila menjelang malam je,otak menjadi semakin senget. tak apalah. mungkin itu salah satu cara nak menghilangkan tekanan di minda kot? kemudian,mata terus terlelap tanpa sedar. lena betul tidur sampai lah terdengar bunyi 'beep' yang kuat beberapa kali. terdetik juga dalam hati "alamak,pagi-pagi dah memekak benda ni!" . haha. gila betul salah kan benda tak ada nyawa! tangan cepat je mencapai handphone yang bising dari tadi sebab tak suka tidur diganggu. padahal sendiri yang bunyikan jam. kemudian pejam mata balik dengan niat nak pejam mata untuk seminit je. konon nak bagi otak seimbang dulu la kan. ala,baru pukul 5.45 pagi. sedap je baring-baring ditambah pulak dengan kedinginan dalam bilik yang suhunya kurang daripada 20 degree celcius. =P celik mata lagi sekali je,terus tengok jam kat dinding. what the.......?????????? ya Allah! mati aku! macam mana boleh terlajak tidur ni? jam dah menunjukkan pukul 6.50 pagi. terus panik waktu tu. perkara pertama yang terlintas dalam otak yang tak cukup oksigen saat itu adalah "ponteng je lah. nak bersiap pergi sekolah pun dah tak sempat rasanya." yelah,dah lah tumpang kereta jiran,takkan nak suruh tunggu kita yang lembap nak siap-siap ni? jadi,keputusan muktamad adalah menelefon ojie tersayang untuk memaklumkan bahawasanya diri ini tak jadi pergi sekolah. otak mula ligat fikir nak bagi alasan ke atau nak jujur. kemudian,terdengar suara mak ojie yang mengangkat telefon.

"Hello,fauziah ada?"
"Fauziah tengah mandi lah"
"Erm..tak apa lah. terima kasih ye"

Hati berbunga riang tatkala itu. haha. yes! ada harapan nak pergi sekolah. tak sangka jiran sebelah rumah pun mengalami kes yang sama pada waktu yang sama. kami memang berjiran yang ada chemistry yang sangat kuat! kui kui kui. sampai je sekolah pagi tu,belum sempat turun dari kereta,loceng sekolah dah berbunyi. mula-mula macam takut tapi bila fikir balik " relaks la. hari ni kan sabtu. lagipun bukan tiap-tiap hari sengaja datang lambat". melangkah penuh keriangan masuk kawasan sekolah walaupun datang lambat. haha. masuk je kawasan sekolah,mata terus menangkap imej tiga orang makhluk Allah yang berdiri bersama-sama. haha,saya kenal mereka. mereka adalah jantung hati saya! hehe. terus je letak beg dan pergi jaga kelas. masuk kelas dan belajar! bm,bi belajar penuh fokus. sampai masa biology,mula main-main. belajar tapi tak serius sangat sebab cikgu banyak buat kelakar+cerita pengalamannya. habis rehat,semua sibuk menghafal ayat hafazan. niat memang nak pergi menghafaz dekat ustazah. sambil menghafal tu,sempat lagi main kejar-kejar dengan cik nadhrah dalam kelas. hehe. kemudian,romai dengan bell datang bawa kami berdua ke perpustakaan untuk hal perbahasan. yeeehhhaaaa!! dapat skip kelas. seronoknya sebab NANIRO semua ada! lepak dekat dalam library sampai balik. macam-macam benda yang kami buat tak kira penting ke tak. senior form 5 yang join perbahasan semua ada sebab nak berlatih untuk pertandingan isnin ni. so,tugas kami di situ sebenarnya adalah untuk melihat semua aspek mengenai perbahasan supaya boleh jadi pelapis tahun depan. pelapis??? perbahasan??? mampu ke?? pantun je pun dah hilang keyakinan dah . kemudian kena tolong peserta perbahasan buat pantun untuk sokong/bangkang hujah-hujah mereka. skill pantun dah lah berkarat lepas tu diminta buat pantun? aiyak! letih jugak lah nak buat pantun yang sesuai. nasib baik yus dengan ain tolong sekali menyelesaikan masalah ni. thanks tau korang! korang memang best! selesai satu bebanan,mula lah menggila.buat lawak bodoh yang tersangatlah bodoh walaupun lawak bodoh itu bukanlah dicipta oleh orang yang bodoh. yus jadi ketua,ain jadi penolong ketua. kombinasi yang baik! saya cuma jadi pengikut je. hahahahaha. loceng sekolah bunyi,terus je meluru ke kelas nak ambil beg yang ditinggalkan. semua balik rumah masing-masing dan berakhirlah kisah bersama teman.


*sangat mengantuk. ini saja yang mampu dicoretkan. bersambung kemudian.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...