Saturday, February 28, 2009

saya penat menangis.


semalam hari yang sangat memenatkan. sumpah penat semalam! bukan penat badan,penat jiwa dan otak! tak tahu kenapa air mata saya terlalu aktif kebelakangan ni. mengalir keluar dari kelopak mata macam berlumba-lumba sesama sendiri. walaupun banyak kali saya pesan pada diri sendiri jangan menangis,tapi otak ni makin degil pulak. saya tak tau nak luahkan masalah pada siapa. nak luahkan pada kawan baik,mereka tak faham perasaan saya malah ada yang masih mampu untuk bercerita kenangan manis di saat saya betul-betul lemah dan tidak punya kudrat untuk menjadi pendengar yang setia seperti selalunya. minta maaf kawan! rasa terkilan mula datang bila tak ada seorang manusia pun yang sudi menawarkan diri untuk mendengar masalah diri. mereka pun perlukan ruang untuk diri sendiri jugak kan? takkan nak suruh mereka juga bersedih hanya kerana saya tengah bersedih. tak patut betul! nak luahkan masalah pada parents? mereka tak faham jiwa saya. lagipun saya sedaya upaya mengelakkan dari menumpahkan walau setitik air mata depan mereka sebab saya tak mahu mereka risau tengok saya. lagi-lagi ayah. saya tak berani untuk mengalirkan air mata depan ayah sebab saya tak mahu ayah anggap saya lemah. saya selalu berlakon tabah,kuat semangat depan ayah. saya jarang menangis depan ayah walau macam mana teruk saya dimarahi sekalipun. sebab tu ayah tak pernah tahu betapa rapuhnya perasaan anak dia yang sorang ni. bila saya cuba menjelaskan sesuatu,ayah ingat saya bantah arahan dia. tapi tak apa. sebab tu saya selalu redha bila hidup saya ditentukan sepenuhnya oleh kuasa seorang ayah. saya jugak tahu dan sedar ayah buat semua tu sebab nak saya ada masa depan yang baik. kesian mak. selalu tersepit dengan tangisan saya dan keputusan ayah. mungkin saya menangis kerana fikiran saya yang belum cukup matang kan? biarlah. nak luahkan masalah pada adik beradik? mereka jauh di perantauan. masing-masing sibuk nak kejar cita-cita. takkan saya nak bebankan mereka dengan masalah saya yang tak seberapa ni? saya cuma ada diri sendiri. sebab tu saya penat. saya penat ingatkan diri sendiri jangan jadi terlalu lemah. saya penat menangis kerana benda yang sama. saya penat mengesat air mata sehingga saya rasa saya dah tak ada air mata lagi dah. saya menjadi semakin penat bila saya tak dapat kawal perasaan saya.


p/s : tolong inform saya macam mana nak berhenti menangis boleh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...