Tuesday, June 14, 2011

Lumrah Hidup.


Kalau dulu, kita cuma fikir tentang exam akhir tahun.
Sekarang, kita akan fikir apa hala tuju kita selepas setiap exam.

Kalau dulu,kita cuma fikir tentang apa akan jadi esok hari.
Sekarang kita akan fikir apa kita akan jadi dalam beberapa tahun akan datang.

Kalau dulu kita cuma rancang setiap tindakan kita untuk jangka masa seminggu.
Sekarang kita akan rancang setiap tindakan yang dapat tolong kita dalam beberapa tahun lagi.

Kalau dulu kita tengok orang sibuk kejar cita cita.
Sekarang kita pula sibuk nak penuhkan impian.

Kalau dulu pandangan kita cuma terhad kepada sekolah.
Sekarang pandangan kita lebih terbuka untuk tengok apa itu dunia.

Kalau dulu kita cuma fikir pasal betapa ketatnya hidup dengan peraturan sekolah.
Sekarang kita fikir macam mana nak atur hidup sendiri tanpa peraturan lagi.

Kalau dulu kita cuma buat rancangan untuk hujung tahun je.
Sekarang kita fikir apa rancangan yang bagus untuk hidup kita lagi sepuluh tahun.

Kalau dulu kita takkan fikir macam mana life progress kita lepas ni.
Sekarang kita akan terfikir setiap tindakan kita mampu ke bawa kita ke impian sendiri?

Kalau dulu,kita boleh nangis sebab gaduh dengan kawan.
Sekarang rasanya tak perlu dah nangis tu semua,bukan zaman sekolah dah.

Kalau dulu kita tak perlu nak fikir benda alah masa depan ni semua,gembira je hari sekolah.
Sekarang kita selalu ragu ragu kalau keputusan kita tu betul atau salah.


Dan

Kalau dulu kita fikir semuanya macam fairy tale.
Sekarang, kita kena faham dan belajar,dunia tak kekal. Apa yang kita ada sekarang tak akan bertahan. Bila sampai masa,datang. Bila sampai masa juga akan pergi. Walau macam mana sayang pun kita dengan masa lepas. Kita kena bergerak untuk tengok hari esok.


Nak tak nak, kita memang akan growing up.


Sebab apa? Mudah.


Sebab itu memang lumrah hidup.


Dan kita sedang menjalani sebuah kehidupan. =)




2 comments:

  1. tol, kalau aku bukan AKU, dah lama aku leleh2 menangis doe. haha. tapi betul la ape kau cakap. school time, its history now. lets open a new chapter :)

    ReplyDelete
  2. betul kan? aku pun rasa nak nangis leleh2 je setiap kali ingat balik pasal how we need to move on with our new life. tak mau. rindu zaman sekolah! :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...