Tuesday, November 29, 2011

Heart Beats Fast.

Tak sangka, sem 1 aku dah habis. Sekarang goyang kaki bersantai cuti cuti semester. Uish, memang sekejap gila rasa.
Rasa macam baru hari tu minggu orientasi.
*ayat cliche*


Eh, kejap.
*termenung*

Apa nama minggu orientasi tu ha? Ah sudah. Aku pun lupa.

Nampak sangat tak suka. HAHAHAHAHAHAHAHA! *evil laugh*

Ok,fullstop.

Tapi yg pasti minggu orientasi tu memang paling dibenci semua orang lah. Lantak lah kau masuk universiti mana pun, kolej mana pun, kampus mana pun, seriously bagitau aku siapa suka minggu orientasi?

Unless,

kau adalah senior yang conduct orientasi tu kan?
Kalau aku pun suka. TEEHEE~


Menjalani hidup dekat IPT ni memang lain. Well, nampak sangat lah kementahan aku bila tulis ayat macam ni kan? Padahal orang lain dah experience life kat IPT bertahun tahun rilek je, tak kepoh pun macam aku. Ah,lantak.

Firstly, duit terasa macam air. Seriously dude, you will have no idea when you are running out of money. Tahu tahu duit lesap macam tu. Managing your own financial is no fun at all. I mean, if you are the kind of spend-thrift like me? Masa tu baru kau rasa "Oh,macam ni ke perasaan mak bapak aku bila aku mintak itu ini?". Mesin ATM tu dah macam nyawa kau tau?Dulu masa sekolah boleh lah. Duit belanja mak ayah bagi. Duit makan memang tak payah fikir. Kalau duduk rumah, makan fully sponsored by mummy daddy.




Let say if you guys duduk boarding school, makanan pihak asrama dah uruskan. Makan siap 5 kali sehari,you! Sumpah takkan kebulur, unless kau orang jenis tekak anak raja, lauk asrama tak layan lah kan? Tapi bila kat IPT ni, pandai pandai lah nak kebulur ke nak berkenyang kenyangan ke. Kalau yang stok nak berjimat tu, lunch je makan. Breakfast dengan dinner makan ringan ringan je. Ada yang lagi parah, rembat Maggi pagi petang siang malam. Krisis ekonomi punya pasal. Tapi aku selalu curi curi je makan orang punya sesuap dua,sebab mak aku tak bagi beli Maggi dah. :'(
Stok kaya jangan cakap lah. Kalau boleh setiap waktu makan bantai makan kat luar, makan pulak tu, nak mahal je. Huh.

Nampak tak perbezaan dua darjat ni?

Secondly, duit transport. Masa sekolah, kau pernah nak fikir pasal duit transport? Pergi sekolah kalau naik bas, duit yuran bas, ayah bayar. Kalau naik kereta, ayah hantar. Kalau sekolah dekat, jalan kaki. Kan? Kalau duduk asrama, apa kau nak sibuk pasal pergi sekolah? Sekolah sure sure lah setakat beberapa tapak je daripada asrama kau orang kan? Tapi bila dekat IPT ni, kalau kau orang dah jemu lauk kafe, atau kata lah macam kat kampus aku, setiap kali weekend je, kafe tutup. Bila waktu waktu lunch hour, tak teraba raba kau nak cari transport nak cari makanan? Nak cari teksi, pakai duit lagi ouh. Kos pengangkutan pergi balik je dah berapa? Tak campur kos kau orang makan apa lagi kat kedai makan tu kan. Kalau yang ada kereta sendiri tu, duit minyak kau dah berapa ringgit pulak?

Thirdly or lastly, time management. Dulu masa sekolah, yes. Kalau duduk rumah,hari hari mak ayah membebel kat telinga kau bising itu ini,jangan asyik main lah, siapkan kerja sekolah lah, pergi study lah. Kalau yang duduk asrama, jadual dah ditetapkan. Pagi sampai petang sekolah. Malam,prep. Waktu solat semua wajib turun, solat berjemaah. Ni bila kat IPT, tak ada siapa nak bising kat kau suruh kau study ke,buat research ke,siapkan assignment ke. Kau nak berjoli dari pagi sampai malam pun tak ada hal, tak ada lecturer nak halang, janji assignment hantar masa due date. Nak solat, tak nak solat, semuanya terpulang kat kau. Tak ada siapa nak guide kau buat itu ini.


In a nutshell *cewah cewah* , there's a huge difference between what you call as school's life and campus's life. Memang sumpah lain. Senang cakap, everything is about you,yourself. Kau urus hidup kau, tak ada siapa nak remind bila kena study, bila kena tidur,bila kena solat. Tak ada pengawas nak ambil nama kau. Kau punya hidup,kau uruskan. So obviously, eventhough I've been to a boarding school before but still, I find this is not easy. Maybe because everything is still new to me, perhaps.



Izzatulisme kata :

1. My writing skills in English essay is getting worse. Oh, need to work hard on it like seriously hard.
2. Cuti sem ditemani tasks daripada lecturer, tapi aku masih tak sentuh kerja kerja itu. Not even a glimpse of them.
3. Currently learning various abbreviations. I find rare abbreviations are interesting to be used when you're texting. =)




P/s : I'm trying to learn to live one day without you but I feel incomplete. =)




2 comments:

  1. haha....
    ayat dia "I'm trying to learn to live one day without you but I feel incomplete. =)"
    bagus je...hehe
    selamat belajar izza :)
    u r a good girl!!!

    ReplyDelete
  2. hehe. apa lah man. ayat macam tu pun bagus ke? ahahaha. sy masih bercuti lah man. man tu ha, dah masuk sem baru jgn kusut2 okay? hee., u r a good boy too! =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...